lalala

Thursday, 9 June 2016

Virus Nafsu dan Vaksin Ramadan

Virus Nafsu dan Vaksin Ramadan
Bismillahirrahmanirraheem
In The Name of Allah, the most Beneficent, the most Merciful
I testify that there’s no God to be worshiped but Allah,
And I testify that Muhammad (peace be upon him) is His messenger.
Alhamdulillah, thummalhamdulillah, ala ni’mati Ieman wal Islaam,
Walhamdulillah, ala ni’mati Ramadan.
Allahumma sallimna li Ramadan, wa sallim Ramadan lana.
Ya Allah sejahterakan kami untuk Ramadan,
Dan sejahterakan Ramadan untuk kami.

Credits ; The Islamic Online University


Menurut Habib Ali al-Jufri di dalam sebuah nasihat ringkas, pesannya :
“Apabila bertemu dengan malam Ramadan, Rasulullah akan berdoa “Ya Allah, selamatkanlah kami untuk Ramadan dan selamatkanlah Ramadan untuk kami.”
 Riwayat lain : “Selamatkanlah Ramadan dari kami.” Iaitu jangan biarkan kami berbuat jahat dan jangan biarkan kami meragut kemuliaan Ramadan, jangan biarkan kami berbuat dosa yang tidak sepatutnya dan kurang beradab dalam kemuliaan bulan Ramadan. Dan selamatkanlah ia penuh penerimaan untuk kami. Inilah cara Rasulullah ketika bertemu malam Ramadan.


Melihat scenario Ramadan dalam kalangan alam Melayu, kadang-kadang serasa tenang, kadang serasa geli hati. Mana tidaknya, kaum Melayu yang dilentur dengan adab sopan dan keluhuran budi ini menyambut Ramadan dengan penuh beradab sekali. Pesta ibadah yang meriah. Ibrah yang ditemui merata-rata. Keinginan yang membuak-buak untuk membersihkan seluruh hati dan jiwa. Masya-Allah. Ini adalah bagian sambutan Ramadan yang saya temukan pada sebahagian besar kenalan saya. Namun, yang membuat geli hati adalah, masih wujud golongan tipikal yang menyambut Ramadan sekadar berpuasa. Yang lebih diutama dan dinanti-nantikan adalah habuan kemenangan berpuasa. Ini serious bikin gelak. Zaman budak-budak dulu tak apalah, Ramadan itu sekadar puasa yang isinya lapar dan dahaga. Cukup bulan, ajak mak abah pergi shopping baju raya dan set geng untuk ronda kampong kutip duit raya. Tapi scenario ini bukan topik utama yang ingin saya kupas. Ia sekedar bicara basa-basi yang menjadi muqadimah bicara sebenar hari ini. Dan scenario ini tidak sama buat semua orang. Ia bergantung kepada siapa anda menjadi kawan dan bagaimana anda membentuk ruang lingkup kehidupan social anda.


Saya lebih tertarik untuk menyingkap satu skop yang lebih besar, yang jarang kelihatan di balik indahnya Ramadan. Yang gelap, hitam, menyeramkan. Yang tidak terlihat dek mata kasar dan mungkin saja tempiasnya belum membias ke sosok tubuh kita mahupun keluarga kita, tapi di dunia sebelah sana, ini benar-benar terjadi. Aneh sekali merasakan menulis hal sebegini di bulan mulia, kerana selalunya menulis di bulan Ramadan perihal perasaan atau keindahan alam jauh lebih mudah dan menyenangkan, berbanding menyingkap kisah hitam yang satu ini. Tapi hari ini kerana saya tidak mampu berdiri sendiri menyikapi permasalahan ini, buah fikir ini saya kongsi. Agar sama-sama ditelusuri. Sekiranya belum mampu membuahkan solusi sekalipun, mudah-mudahan mampu membuat kita tegar berdiri, dan menyanggupi amanah seorang Muslim.

It is a story of a big polemic named ‘RAPE PROBLEMS’.

Tidak lama sebelum menjelangnya Ramadan, kita dikejutkan dengan kisah rogol dan bunuh secara kejam seorang gadis Indonesia , Eno Farihah yang mendapat liputan luas dan menyentap jantung hati ramai daripada gadis-gadis Melayu khususnya, dan masyarakat Nusantara umunya. Tidak perlu rasanya saya menggambarkan kesadisan penghujung hidup beliau. Moga saja almarhumah ditempatkan bersama para soliheen dan solihaat, dan mendapat sebaik-baik rehat daripada dunia yang sakit dan penat. Ini sekaligus membuatkan kita kembali membongkar kisah-kisah yang mempunyai profil hampir serupa, iaitu kisah mendiang Junko Furota dan almarhumah Nurin Jazlin. Kisah buasnya nafsu manusia dan rasa kasihan yang beransur hilang.

Kemudian, tak lama selepas itu, Syed Azmi (aktivis kemanusiaan) telah membongkarkan kisah sekumpulan Paedophile yang bergerak aktif malalui medium Telegram, sejurus selepas tertangkapnya Richard Huckle, seorang paedofilia prolific, bahkan pernah melakukan jenayah paedophile di Malaysia sendiri. Paedophile bukan jenayah baru , dan ia merupakan salah satu cabang daripada masalah seksual yang melanda. Jenayah ini mulai dikenali ramai setelah terbongkarnya kisah seorang pelajar Imperial College London yang menyimpan gambar-gambar pornografi kanak-kanak ditangkap oleh polis Britain. [Kredit fakta, catatan Dr.Ismail]

Saat kisah ini digembar-gembur oleh media, para netizen dan masyarakat mulai cakna tentang keselamatan anak-anak mereka, malah wujud individu-individu yang memulakan pelbagai inisatif untuk menangani masalah ini dan membantu mangsa-mangsa penderaan seksual melalui sokongan moral. Namun ini semua tidak lama. Kerana barah ini sudah terlalu besar (malignant) dan kita hanyalah mencantasnya di hujung-hujung sahaja.

Cukup dengan pendedahan kes-kes di sekitar Nusantara. Kita bergerak ke sisi dunia yang lain.
 Baru-baru ini Pope Francis mengumumkan peraturan baru yang dikenakan kepada paderi-paderi paedofilia. Tidak lama sebelum itu, di United Kingdom 2 kes ditemui guru perempuan meniduri anak murid lelaki daripada ribuan kes di sekolah menengah rendah (Middle high school) , melibatkan remaja lelaki bawah umur 18.  Ini belum dicampur kes-kes yang melibatkan dunia kelas ketiga seperti kes gadis-gadis Chibok yang diculik dan dijual sebagai ejen seks, dan pelarian-pelarian wanita Rohingya yang dirogol di khemah-khemah tahanan sebelum diperdagangkan oleh penjenayah pemerdagangan orang.  Sebuah video terbitan AJ+ yang diacarakan oleh jurnalis Palestin-Amerika Dena Takruri mendedahkan bahawa jenayah rogol di Amerika Syarikat melibatkan sekurang-kurangnya 1 daripada 5 wanita di Amerika pernah dirogol sekali seumur hidup, dan bilangan ini makin bertambah apabila melibatkan 1 daripada 3 tentera-tentera wanita di kem-kem latihan askar pernah menjadi mangsa rogol kepada pegawai tentera lainnya. Di China, patung-patung perempuan (mannequin) dijual sebagai alternatif bagi mengelakkan para suami curang dan meniduri wanita lain.

Lihat.

Dunia kita semain sakit dan tenat. Kita baru bicara soal masyarakat yang sakit jiwa dan rohaninya, masyarakat yang hidup ditunggangi nafsunya. Kita belum bercakap tentang kehancuran institusi keluarga, transgender, dadah, nuclear, perebutan kuasa dan sebagainya.
Tidak mudah menaip dan mengingat semua fakta-fakta yag menggerunkan ini sekiranya tidak disertakan dengan tafakur mencari jalan keluar. Lucu apabila kita hidup membayangkan dunia semakin aman, hakikatnya dunia semakin menuju kehancuran.

Nak tahu apa yang lebih menyedihkan?

Kegilaan masyarakat sekarang yang lebih suka menuding jari dan mencari salah orang lain tanpa cuba memerhatikan lompong diri sendiri. Kes-kes rogol malah dijadikan bahan kelakar, lawak bodoh yang langsung tidak lawak. Budaya victim-blaming menjadi ikutan. Ya, pada asalnya kita sendiri maklum, wanita-wanita yang berpakaian tidak cukup kain itu mengundang nafsu lelaki. Buaya, mana mungkin menolak bangkai. Tapi fenomena hari ini, bangkai tiada, haiwan lain yang dibangkaikan. Kita juga maklum bahawa dengan kemudahan akses kepada internet pada hari ini membuatkan pornografi menjadi tatapan harian. Daripada keseluruhan kes rogol yang berlaku di Amerika, hanya 40% yang dilaporkan kepada pihak polis, dan hanya 10% daripada jumlah tersebut menerima hukuman.

Kita tahu itu salah, tapi hakikatnya kita membenarkan. Mungkin bukan saya, bukan anda, tapi pandangan alam (world view) kita seolah-olah mengiyakan.

Ironi sekali apabila di suatu enjin berita yang mengkhabarkan kes-kes sebegini di bahagian berita lokal, di bahagian berita hiburan menyangkan pula gambar yang entah apa-apa. Ironi sekali apabila sebuah syarikat majalah yang memaparkan tentang gaya hidup sihat menerbitkan majalah lain yang menceritakan tentang fesyen dan seks semata. Lucu bila badan-badan kecil sibuk melakukan pembaikan masyarakat (islah) tetapi pihak yang lebih berautoriti masih terikat dengan janji-janji dan gaya hidup ala Barat.  Ini sungguh, seperti sebuah kitaran yang tidak berkesudahan.

Masyarakat dididik oleh media untuk menanggapi bahawa pornografi adalah perkara biasa untuk ditonton, apatah lagi untuk remaja lelaki yang meningkat dewasa. Masyarakat direncahkan bahawa adegan-adegan atas katil dan ringan-ringan adalah bahan pelaris di dalam sebuah cerita. Masyarakat wanita khususnya digoda dengan pentas fesyen yang membawa ideologi lebih banyak yang kita dedahkan, lebih menarik dan lebih mengikut trend. Masyarakat kita didodoikan dengan lagu berunsur lucah dan video muzik yang langsung tiada tapisan etika pakaian yang menjadi zikir harian. Masyarakat kita akhirnya terjebak dalam persaingan mengejar pandangan manusia, mahu digelar juara dan tidak mahu mengaku kalah,hatta dalam perkara-perkara yang melibatkan jenayah seks dan maruah. Ya, kita tahu semua ini salah, tapi kita tidak mampu berkata tidak. Kan?

Fenomena tidak mampu berkata tidak ini pernah disentuh oleh John Stossel di dalam penulisannya ‘No, They Can’t’. Namun jauh sebelum itu, bagi yang beragama Islam seperti kita, maka kita sepatutnya lebih mengetahui bahawa agama adalah penawar. Bagi semua virus yang mengjangkiti masyrakat pada hari ini, agama adalah ubat yang paling mujarab. Apatah lagi di kesempatan Ramadan. Namun masih ada yang memilih untuk membiarkannya pergi begitu sahaja.


Bertegaslah dengan diri saat memasuki madrasah tarbiah Ramadan. Kerana di bulan yang dibuka seluas-luasnya pintu Syurga dan ditutup serapat-rapatnya pintu Neraka ini, kita tidak perlu memilih untuk ingkar. Kerana di bulan yang dirantai habis seluruh syaitan durjana ini, yang tinggal hanya kita dan nafsu kita. Maka cuba untuk tidak menggantikan kekosongan kerja yang ditinggalkan oleh para syaitan. Hanya 30 hari ini untuk kita menundukkan nafsu yang selama ini kita turuti. Hanya sebulan ini untuk cuba meraih pandangan dan keampunan Ilahi. Hanya 720 jam ini untuk benar-benar memperuntukkan diri kepada yang mencipta kita dari sehina-hina air mani.

Soal istiqomah atau tidak, itu lain cerita. Apa yang penting ialah kita beri peluang pada diri untuk mencuba. Kalau gagal tidak mengapa. Boleh bangkit lagi dan teruskan mencuba.

Semoga yang keluar daripada madrasah ini adalah muslim-muslim yang bertaqwa. Yang menjadi ikon kepada muslim lain serta manusia-manusia di serata dunia. Yang mampu menunjukkan bahwa Islam itu indah sebenarnya, tidaklah seburuk kacamata Islamophobia. Yang mampu mengawal nafsu dan membersihkan hati kerana di situlah jatuhnya pandangan Ilahi.

Selamat berpuasa dengan iman dan pengharapan!
Ramadan kareem, Allahu akram!

Madinat Nasr, Kaherah.
4 Ramadan 1437 H.




Wednesday, 20 April 2016

What Time Has Done to Us?

Bismillahirrahmanirraheem
In The Name of Allah The Most Beneficent, The Most Merciful
I testify that there's no God but Allah, and Muhammad  (pbuh) is His messenger.

What time had done to us?

Seorang sahabat yang saya kasihi kerana Allah menghantar ini ke halaman Facebook saya.

Credits

Berserta caption “Setiap kali hujan saya hanya teringat kepada seseorang.” Kemudian disebutnya nama saya.

Untuk seketika, saya terpempan jadinya, why all of a sudden?
Saya titipkan di ruang komen, “Can I ask why?”
Dia menjawab, “Hang kan tak boleh kena hujan. Haha.”

It took me hours to realize that I was once so vulnerable to rain. I was even forgot that yeah, I used to be that low-immune teen growing up to have a high one.

Menetap hampir dua tahun di bumi yang jarang sekali ditimpa hujan membuat saya lupa kalau di tanah sendiri saya seringkali lemah menghadapi hujan. Mesir yang purata taburan hujannya hanyalah 20 -200mm setahun membuatkan saya seperti anak kecil mendapat gula-gula apabila hujan turun menimpa tanah. Bagaimana mungkin untuk saya mampu membuat endah tidak endah pada anugerah Tuhan yang satu ini? Hujan itukan satu anugerah. Saya sudah tidak memikirkan kebarangkalian untuk jatuh sakit setiap kali saya mensyukuri hujan. Kerana hal itu sudah lama sekali tidak terjadi.
Dulu mungkin ya, saya lemah sekali. Imun badan saya rendah kerana acapkali pasca terdedah kepada hujan, saya demam panas. Mungkin sebagai perlindungan, saya menjauhkan diri daripada hujan. Namun mungkin juga bukan kerana itu, tapi kerana saya telah menjadikan kelemahan saya sebagai alasan untuk bermanja-manja dengan keadaan.
Kalau saya bisa kembali ke masa silam,


Credits :It's Teme


Sengaja saya gunakan Bahasa ibunda mudah-mudahan mesejnya sampai. Ada sesuatu yang perlu dikhabarkan. Kadangkala kemewahan dan keselesaan hidup mencampakkan kita ke dalam gaung kemanjaan dan kealpaan. Kita seronok sekali berada di dalamnya, kita tidak terfikir untuk keluar. Tapi memandangkan dunia dan seisinya hanyalah fana’. 

No state is eternal. 

Yang abadi hanyalah Tuhan. Kemewahan, keselesaan pun segeralah beransur pergi. Yang di depan kita sekarang kesempitan dan kesukaran untuk didaki. Lalu dengan segala keterbatasan yang ada, kita sebenarnya terus mendaki untuk melihat apa yang Tuhan sediakan untuk kita setibanya di puncak.

Kita tumbuh dan membesar saban hari untuk mempelajari hal-hal yang makin sukar.
 Kita menduduki peperiksaan tahun ini untuk menghadapi tahun depan yang lebih mencabar.
 Kita berjalan di daerah ini untuk sampai ke daerah yang lebih jauh tak terjangkakan. 
Kita memikul beban amanah saat ini buat persiapan menghadapi masa depan yang lebih rencam. 

Kita tidak berpatah balik ke belakang. Dan kita tidak mempelajari hal yang lebih mudah daripada apa yang kita hadapi sekarang. Namun bagaimana kita menyikapinya adalah yang lebih utama.

Benar, apa yang menanti di depan adalah terlebih sukar dan tersangat rencam. Namun ia akan menjadi mudah sekiranya kita sudah terbiasa dengan kesusahan sekarang. Dan ia akan menjadi biasa sekiranya kita punyai jiwa besar yang luar biasa. Bukankah, alah bisa tegal biasa?


Pesan seorang murabbiah yang dititip sewaktu riadah, kita ini bersifat dengan sifat air, kerana komposisi tubuh manusia terdiri daripada 63% air. Bukankah di dalam Al-Quran Tuhan ada menyebut bahwa asal kita adalah air? [ Al-Anbiya’ :30] Bukankah air itu sifatnya mengalir? Bukankah air itu sewaktu kecilnya sahabat yang menenangkan, tika besarnya bala yang memenangkan? Lalu bagaimana mungkin kita bisa merana lemas dengan segala hal yang mendatang sewaktu aliran tumbesaran ? Bukankah hidup sememangnya punyai kitaran yang telah Tuhan tetapkan?

Whether we realize it or not, each day, we’ve been growing stronger. And even if we don’t look backward, we keep moving forward. So take a deep breath today and ask ourselves, what time has really done to us?


Or maybe instead, what we had done to ourselves, within times? 


Sunday, 12 July 2015

Untuk Diri dan Jiwa Kita yang Seringkali Memberontak

Bismillahirrahmanirraheem
In the Name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful

I testify that there's no God to be worshiped but Allah
And I testify that Muhammad s.a.w is His messenger

Menngeletar tanganku saat mula2 menulis...
(Eceh..amek feel Zainuddin sikit)

Alhamdulillah, Allah kurniakan kesempatan untuk kembali menulis setelah hampir setahun 'bercuti' dari mengisikan ruang ini dengan tulisan. Bagi sesiapa yang rasa dah berhabuk dan bersarang ankabut (labah-labah), bolehlah lap2 sikit skrin laptop anda. Setelah meredah onak badai, Alhamdulillah dapat kembali berceloteh di sini. Ingat senang ke nak lawan rasa malas nak turun ke CC, malas nak taip panjang2, malas itu, malas ini, nak kena tengok buku lagi .(hamboiii...) Little that you should know, I'm struggling for this.

Tapi disebabkan rasa gian nak menulis, ku pacukan juga kudrat yang tak seberapa. Jadi, maaflah kalau banyak typo tu. Almaklumlah, dah lama tak sentuh keyboard real. Asyik2 sentuh skrin je.=,=

Jadi, untuk adik2 dan sahabat2, dengan izin Allah saya ingin mengotakan kata.

Untuk diri dan jiwa kita yang seringkali memberontak.

Credits. 


Awalan, terima kasih kepada adik2 dan sahabat2 yang dulu pernah memberontak. Sebab apa? Kalaulah dulu kalian tidak memberontak, mungkin saja sampai ke hari ini saya tak pernah dengat terma 'memberontak' itu. Atau mungkin saja saya akan menganggap pemeberontakan itu kerjabuat para pengganas dan pemberontak2 jalanan saja. Paling penting, kerana dahulu kalian pernah memberontak, maka hari ini saya mampu faham, bagaimana rasanya memberontak. (please note that I'm to tell you how rebellious I am nowadays )

Keduanya, maaf sangat2. Maaf sebab dulu saya kurang matang, dangkal pengalaman dan kurang arif dalam menghadapi dan menyikapi kalian. Saya kurang empati dengan apa yang bergelojak dalam diri dan jiwa kalian. Saya menganggap kita semua sama , padahal kita semua ada kurang dan lebihnya. Saya mohon maaf di atas khilaf masa lalu saya, pun , masih berharap dapat memperbaikinya dari masa ke semasa.

Ketiganya, saya gembira dapat bersama-sama dengan kalian. Ya. Bukan mudah untuk kita mendabik dada mengatakan 'saya faham', walhal sebenarnya kita belum merasai bagaimana rasanya menjadi orang itu. Sebagai contoh, kawan kita bercerita tentang sakitnya putus cinta. Tiba-tiba kita jawab, ;aku faham apa yang kau rasa'. Sila muhasabah diri, betul ke kita ni faham...? Sedangkan kita tak pernah bercinta. Tapi, harini saya boleh kata saya faham, apa yang kalian rasa. Sebab Allah telah memberi peluang kepada saya untuk menjadi seperti kalian.

Adakah ini karma? Saya tidak terlalu mempercayai karma, tapi saya yakin akan putaran roda dunia. Bahwa tak selamanya kita akan berada di atas, baik, suci, iman sentiasa menaik, taat, patuh, solehah. Saya yakin bahawa sampai suatu masa saya akan merasa berda di bawah. Saya jauh sekali menyalahkan takdir, walaupun hakikatnya sukar juga hendak bersangka baik degan setiap takdir yang kita rasakan, kadang2 tidak menyebelahi kita. Dan saya bersyukur, Allah beri peluang untuk merasakan menjadi manusia pemberontak, menyusahkan orang lain, bikin sakit otak, dan lain-lain.

Adik2 dan sahabat2,
Kalau dulu kalian merasakan terikat dengan peraturan, ingin jiwa bebas melakukan hal-hal yang kita nak lakukan, tak kisah apa orang nak kata, suka melakukan perkara yang orang lain tak buat, suka mempersoalkan itu ini, aci redah buat semua benda tanpa fikirkan risiko. Percayalah, saya juga melalui yang sama. Tapi, dalam rangka yang sedikit berbeza. Bahkan mungkin, saya melakukan hal yang lebih teruk, dan tak sampai pada akal kalian untuk memikirkannya. Cukup. Mari kita jangan pnajangkan aib masing2.

Susah sebenarnya untuk berlapang dada dengan setiap apa yang berlaku. Allah letakkan kita di suatu tempat baru. Kita terpaksa bermula dari kosong semula. Harus bermula dari bawah. Harus tumbuh menyamai resmi padi, makin tunduk bila makin berisi. Kita terpaksa menerima orang2 dan persekitran baru. Lebih menyakitkan, ianya hanya indah di bayangan dari kenyataan. Mungkin salah kita, mengharap yang tinggi2, lalu bila kita terpaksa melaluinya, kita kecewa, lalu kita memberontak. Sakit saat melihat lajunya larian sahabat2 yang sudah jauh ke depan, walhal kita masih perlu berperang sendirian. Kita rasa marah, rasa beku bila keinginan hati kita tidak selari dengan norma kehidupan yang terpaksa kita lalui. Kita menganggap orang2 sekeliling tidak memahami dan mementingkan diri sendiri. Kita tidak tahu kepada siapa untuk bercerita, lalu kita  cipta cara sendiri untuk mengekspresikan diri. Barangkali agar orang lain menyedari, barangkali agar sesuatu keajaiban terjadi. Adik2, dan sahabat2, yakinlah. Ini adalah tarbiyah dari Allah.

Kalian ingat senang bagi saya mengatakan bahawa ini adalah tarbiyah dari Allah?

Penat saya bertarung dengan nafsu sendiri agar mampu menerima hakikat bahawa ini adalah apa yang Allah kehendaki.
Lelah saya diamkan kata2 hati sendiri apabila hati sibuk berceloteh mengkomen itu ini hanay kerana saya tidak bersetuju dengan pendapat majmuk.
Habis basah sejadah dan telekung pada malam2 yang saya adukan cerita pada Tuhan. Segala2nya saya ceritakan. Mengadu tidak mampu terus-terusan begini.
Sakit saya mujahadah menenteramkan hati sendiri apabila melihat kebejatan berlaku di depan mata, tapi saya tidak mampu mengatakan kebenaran, kerana lidah kebenaran selalunya membawa binasa., di mata manusia.
Susah untuk saya lalui semua ini apabila saya sedar bahawa saya perlu tundukkan ego sendiri, namun orang lain sewenang-wenangnya mencemar usaha murni ini.

Benar. Ini tarbiyah dari Allah.

Saya sakit sebenarnya untuk melukai hati2 suci yang terpaksa saya lukai semata2 untuk berjaya melalui fasa ini.
Saya adakalanya membenci diri sendiri kenapa saya tidak mampu menjadi dengar dan patuh seperti orang lain.
Saya terpaksa berpura2 senyum di depan mereka2 yang berautoriti padahal saya sedang menyembunyikan salah diri di belakangnya.
Namun, hakikatnya saya sering terkesima dengan nusrah Ilahi.

Allah masih sudi menghadirkan beberapa sosok2 suci untuk menenteramkan jiwa yang sedang hebat memberontak.
Walaupun tidak ramai, mereka mencukupi.
Merka agak memahami.
Bila saya ceritakan hal ehwal berontak ini, mereka bijak bereaksi.
Soalan2 yang saya lontarkan, dijawab dengan ilmu dan hikmah.
Mereka tidak memaksa. Hanya memerhati saya.
Dan mungkin, mereka istiqomah berdoa.

Adik2, dan sahabat2, saat saya menulis post ini
Hakikatnya saya masih lagi belum mampu kembali menjadi manusia yang pernah kalian kenali.
Dan sesudahnya adakah saya makin menjadi2 atau makin pulih, hanay allah yang mengetahuinya.

Saya cuma ingin khabarkan, bahawa roda hidup ini membuatkan jiwa dan hati kita kadang2 menyalahi fitrah kebaikannya.
Dan saya anggap itu normal.

Suka untuk saya kongsikan beberapa cara untuk saya menyikap jiwa dan diri yang memeberontak ini,

1. Adukan dan ceritakan semua pada Tuhan. Jangan selindung2. Cerita sampai habis. Doa sampai nangis.

2. Seringlah berkumpul dengan orang2 baik. Orang2 soleh yang dengan kebaikannya, mampu memberi kesan ke dalam jiwa kiat, dengan izin allah.

3. Go against our heart. Sekiranya kita marah kepada seseorang, buat baik kepadanya. Sekiranya kita merajuk untuk bekerja dengan persatuan, cari kerja dengan pihak yang sudi menerima khidmat bakti kita. Sekiranya kita malas beribadah, time tu jugak kita buat ibadah tu. In shaa Allah berkesan.

4. Jangan layan sangat perasaan. Serious. Kanag2 bila kita rasa nak memberontak ni, fikiran kita kurang waras dan kita sebenarnya lebih beremosi. Jadi jangan layan sangat emosi tu, nescaya bila kita fikir2 balik nanti, kita yang malu sendiri.

5. Cuba tundukkan ego dalam diri. kalau sekalipun orang lain akan mencemarkan usaha kita, tak apa. Kita teruskan usaha dengan bergaya.

6. Jangan berharap terlalu tinggi. Ini bahaya. Sebab kita lebih cenderung untuk terlebih kecewa. Akhirnya, boleh jadi kita marah dengan takdir. Paling menakutkan, takut2 kita menyalahkan Tuhan. Nauzubillah.

7. Ikhlas segalanya kerana Tuhan. Ini serious susah. Tapi tak mustahil. Ikhlas adalah rahsia. sesuatu yang istimewa antara kita dengan Allah. Di luar orang mungkin nampak kita ni buruk, kaki rebel, keras kepala, kepala angin, namun hanya Allah yang tahu, kalau2 dalam hati kita tu, kita ingin berubah, kita ingin jadi baik, kita ingin dekat denganNya.

8. Berusaha menjadi seseorang di sisi Allah, walaupun kita bukan siapa2 di sisi manusia, Ini formula untuk tidak kecewa.

9. Memberi pada yang sudi. Cari jalan untuk menggembirakan hati. jalan apa2 pun boleh, asalkan Allah dan Rasulullah redhai.

10. Beramal dengan ilmu yang Allah pinjmkan. Pesan Imam Ghazali di dalam Ayyuhal Walad," Ilmu seperti senjata. namun tidak akan bermanfaat andai tidak digunakan. Sepertimana seorang yang memiliki pedang, tidak akan mampu mencegahnya dari dibaham harimau, kalau dia sekadar memiliknya, namun tidak menggunakannya."


Diriwayatkan dari Nawwas bin Sam'an r.a, bahawa Nabi S.A.W pernah bersabda, "Kebaikan adalah akhlak terpuji, sedang dosa adalah apa yang mendesak dalam jiwamu, sedang engkau tidak suka hati bila manusia melihatnya" (HR Muslim)

Saya mohon doa kalian yang solehah, agar dengan berkat Ramadhan, kita semua mampu untuk hijrah. Menjadi yang lebih dekat di sisi Allah.

Untuk mereka2 yang merasa tersakiti oleh saya sepanjang proses ini, andai ada yang terbaca post ini, ketahuilah bahawa saya memohon ampun dan maaf. Bukan senang menjaga seorang doktor, di celah ketumbukan para ustazah.

Salam Ramadhan Kareem
Salam Aidulfitri.

Credits

Saturday, 4 October 2014

Choose an 'Ismael' or be an 'Ibraheem'

Bismillahirrahmanirraheem
In the Name of Allah, the most Beneficent, the most Merciful.

I testify that there's no God to be worship but Allah
And I testify that Muhammad (s.a.w) is His messenger.

[credits. thanks]


In a moment I chose to stay away from gadgets,
And focusing on my family matters since its HOLIDAY!

But umph...Nope!
There's something I should write and share
And may this tag you along to ponder on something in this year's Eid.
Well, obviously it's not growing up if this year isn't slightly better than last year.

How old, are you...?
And how many times have you celebrate Eid Al-Adha...?
Do you know the purpose of celebrating this Eid...?
You might have listened to the Ibraheem-Ismael story very often,
But, what does it mean to you, ever...?


Well, here are some stories I'd like to share (not really share, reminding perhaps) regarding Eidul Adha.
If you can sense some 'cliche-ness' here, you may click the button '<---' , . Seriously, there's no force of keeping the reading till the last dot. But if you make it,..

BAARAKALLAHU FIIK.

It happened on my way back home, on the bus, via Hot.fm,
A DJ told me this,
" A sacrifice means an act of worship done SINCERELY in order to bring us closer to Allah."

Let alone who said it. Yeah. He's just a deejay. Not a religious student. Not even a preacher.
But that single sentence shot straight to my heart, left me moments to ponder on my Eidul Ada celebration. In the midst of raindrops splattered on the bus windows ,I can't sleep.

"Look at what has been said, not the one who said it." - Saidina Ali KW.

A sacrifice.

Means an act of worship.

Done sincerely.

In order to bring us.

Closer to Allah.

"And when (his son) was old enough to walk with him (Abraham) said : O my dear son, I have seen in a dream that I must sacrifice thee. So look, what thinkest thou? He said : O my father! do that which thou art commanded. Allah willing, thou shalt find me of the steadfast." 

"Then, when they had both surrendered (to Allah), and he had flung him down upon his face,"

"We called unto him : O Abraham!"

"Thou hast already fulfilled the vision. Lo! thus do we reward the good." -As Saaffat :102-105

Have you ever  think,
After a long waiting to get a child,
Then you're gifted a child.
He was the best gift you had over everything in your life.
How you'd love him so dearly, attached to him so closely,
That one day he'll be your heir, hopefully.

But all of a sudden your Lord commanded you to let him go...?
Sacrificing the child you love he most by your two bare hands...?
Seeing him dying in front of your eyes ...?
So what kind of father are you....?

Have you ever think,
As a child,
How could a father would've have the gut to sacrifice his own son...?
How could a father obey to a dream and even ask his son to render his life...?
How could a father be so heartless to slaughter his own flesh...?
And how could a child be so faithful..?
How could a child would've render his life unquestionably just to obey an order in his father's dream..?
How could a child has this kind of a pure, contented heart...?

But that was it.

SINCERITY.

A pure feeling.
A sole surrender.
A whole trust.

Ibraheem and Ismael were both love Allah more than anything.
Ibraheem and Ismael were both trying to please Allah.
Ibraheem and Ismael were both did their best to obey their Lord.
Ibraheem and Ismael were both prioritize their faith before their pride.
Ibraheemm and Ismael were both full of patience and courage.
Ibraheem and Ismael were both sincere, to get closer to Allah.

So when they know that it was an order from Allah,
No question. No procrastination.

No matter how hard it was.
No matter how hurt it was.
Order is to be obeyed.

O my dear son, I have seen in a dream that I must sacrifice thee."

"Allah willing, thou shalt find me of the steadfast.""

Those are the sweetest conversation of a couple of a faithful father and son.
The best goodbye ever.

No one's ever refused.
neither Ibraheem asked Allah to change His order,
nor Ismael doubted his father's love.
Both of them with a strong faith willingly sacrifice,
To get closer to Allah.

And indeed, Allah was never cruel.
Never burdened His slaves with burdened they can't afford to bear.
Never asked or destined something for no use.

The knife prepared to slaughter Ismael didn't work, with Allah willing.
The heart-sank slaughter never happened.
Ismael was saved.
Instead, Allah replaced him with a reward.

A reward no one could ever imagine of.

"Lo! That verily was a clear test." - As- Saaffaat :106

A test.
To test their faith, love and patience.
But both of them were never cheated by the world.
So they made it.
Victoriously. Joyously. Happy ending.

They proved they sincerity, priority and love towards Allah,
And Allah loves them too.

So the price of a sincere sacrifice solely done for the sake of Allah
was too infinity.

That was Ibraheem and Ismael. A famous tale no one should ever forget.

[credits. thanks]


So was our beloved Prophet Muhammad s.a.w.

What is it that Rasoolullah s.a.w did not sacrifice for us...?
What is it that Rasoolullah s.a.w did not give his best for his ummat...?
What is it that Rasoolullah s.a.w did not let go for the sake of Islam...?
What is it that Rasoolullah s.a.w did not deliver to convey the message of Allah...?

That man who lost his father since baby,
Lost his mother since he was a kid,
Lost his grandfather two years after that,
Lost his uncle who he loved so much,
Lost his faithful wife soon after that...

Stayed strong to convey to his ummah,
That this deen ul-Islam,
Does not stand on happiness without hardship and tears.

Sacrificed and lost everyone he loved,
To tell us that victory loves patience.

Sincerely endured all types of tests,
To prove that the price of a paradise is not easily earned.
Though it is known that Muhammad Rasoolullah is Habeebullah..

He did all those.
He had the purest of heart.
He had the toughest of test.
He was the sincerest of mankind.

Allahuma solli ala sayyidina wa habeebina wa shafeeina Muhammad.

So, if we,
I mean it, [we]
Me and you...
Look at us!

We were test, and asked Allah 'why me..?'
just yet,
We were test, and we get cheated by the world,
just still,
We were test, and we reluctant to sacrifice,
just yet,
We were test, and we gave up so easily,
just weak,


We claimed these,
Allah is our aim,
Ar-Rasool is our idol,
Al-Quran is our guidance,
Al-Jihaad is our way,
Al-Mautu fisabilillah is out highest dream.

And yet buddy,
We still refused to give up making sins,
We still prioritized our lust,
We still put our minds over the teachings,
We still doubted over His fates and orders,
We still failed to obey the rules and borders,

We did too many ma'siyah,
We enjoyed lots of jahiliyyah,
We did too little dakwah,
We defend too little tarbiyah,
Let alone of siyasah.

And yet, we expect to enter jannah...? credits ;)


" Do men think that they will be left alone on saying, We believe, and not be tried?" -Al-Ankaboot ;2

At this age, dare to ask yourself,
"What had I ever sacrifice sincerely to get closer to Allah...?"
:')

Happy Eid-ul Adha Al Mubaarak.






Wednesday, 1 October 2014

Menyikapi Hujan

Bismillahirrahmanirraheem
In the Name of Allah, the most beneficent, the most merciful.

I testify that there's no God to be worship but Allah
And I testify that Muhammad (s.a.w) is His messenger.

[credit. thanks]
" Dan Dialah yang menurunkan hujan setelah mereka berputus asa dan menyebarkan rahmatNya. Dan Dialah Maha Pelindung, Maha Terpuji." [42:28]

Sebiru lazuardi tiba-tiba memendung,
Terkesan kilau petir dan dentum guruh,
Dan langit pun segera,
Memuntahkan gugusan runtuhan hujan,

Bagaikan anak-anak kecil pasca merdeka,
Hujan dengan lebat bangganya menyimbah rata,
Mengena tanah, haiwan, manusia dan tumbuhan,
Lalu bagaimana manusia menyikapi hujan...?

Ada sesetengahnya tersengih bersyukur,
Namun banyaknya yang meratib bersungut,
Ada sesetengahnya berdoa 'Allahumma soyyiban nafi3aa'
Pun, ramainya mencari teduh di bawah kaki lima,
Ada yang menyibak sekaki payung tanda bersiaga,
Ada yang rela basah untuk menutupi air mata.

Kadangkala manusia menjadi begitu kasihan,
Dibalut dingin kesejukan,
Menjadi teroleng-oleng ditiup taufan  ringan,
Lalu di bawah teduhan,
Dia belajar mengumpul kekuatan.

Kadangkala manusia menjadi begitu berkebajikan,
Hanya dengan siaga sekaki payung pemberian,
Ingin dipayunginya sekalian manusia kebasahan.

Kadangkala manusia menjadi begitu kealpaan,
Katanya cuaca hari ini tidak baik,kerana hujan,
Padahal dahulu dia sendiri pijar dalam kemarau berpanjangan.

[credits. thanks.]


Sekitar Petaling Jaya memang basah hujan semedang seminggu dua ini.
Dan dalam itulah rencam cara manusia menyikapi hujan.
Manusia itu, termasuk saya.

[credits. thanks]


Tuesday, 26 August 2014

Siapa ajar kau untuk berputus asa...?!

Bismillahirrahmanirraheem
In the Name of Allah, the most Beneficent, the most Merciful.

I testify that there's no God to be worship but Allah
And I testify that Muhammad (s.a.w) is His messenger.



Adik menolak pintu. Kasar.

"Kak, kakak di mana?" Bungkam menyelimuti.

"Kak, kakak di mana? Adik perlu kakak."
Bukannya sebelum ini kakak tak pernah menjawab kalau dipanggil adik.
tapi adik selalu begitu bila lemah. Terus-terusan memanggil kakak.
Membuncah harapannya andai saja kakak menjawab 'ya'.

Adik terduduk lesu. Bibirnya terkunci rapat. Bisu.
Di hadapan semua orang, adiklah yang paling kuat.
Adik agresif, adik sensitif, adik responsif.
Tapi di depan kakak, adik menjadi dirinya yang satu lagi.

"Kakak kan sudah pernah pergi dulu. Lalu adik yang meminta agar kakak kembali, dan kakak benar-benar kembali. Lalu sekarang...Kenapa kakak perlu pergi lagi untuk kesekian kali...?"

"Adik kenapa?"

"Kakak!" adik mahu segera mendakap kakak. Adik mahu pinjam kekuatan kakak. Kekuatan yang dia tak punya. Kekuatan yang selama ini dipura-purakan saja.

"Maaf dik. Kakak kan sudah pilih jalan sendiri. Adik juga sudah merestui. Lalu sekarang kenapa...?"

"Adik minta maaf kak."

"Komplikasi lagi...?" Adik mengangguk. Seraya itu air mata berjejeran.

"Kakak fikir adik sudah benar-benar siap. Sudah siap menongkah arus hidup sendiri. Kakak fikir adik sudah mandiri. Sudah membebaskan pergantungan pada manusia, dan hanya menggangtung harap pada Dia. Apa kakak silap mengukur adik...?"

" Tapi terkadang adik tetap perlu khabarkan kepada kakak. Adik cuma mahu menenteramkan hati saja."

"Khabarkan . Ke mari."

"Kenapa segalanya seringkali tidak mudah, ya kak? Kenapa segalanya terasa sukar sekali? Sampai kadang-kala..."

"Adik mahu putus asa? Begitu?"

Adik teringat kata-kata kakak. Masakan mahu berputus asa hanya kerana jalannya tidak mudah?

"Tapi adik lelah,kak! Adik tahu adik tidak harus dan tidak boleh berputus asa tapi..."

"Adik lelah pada pendakian sendiri kerna jalan yang adik tempuh banyak liku dan duri...? Dan adik membandingkan dengan pendaki-pendaki lain yang jalan mereka terbentang luas sekali...? Begitu?"

"Setelah semua ini....Adik merasakan penatnya kak. Adik merasa tidak kuat untuk meneruskan. Adik khuatir yang di atas bukan ditentukan untuk adik. Mungkin juga untuk orang lain, tapi bukan adik."

" Padahal kakak sudah begitu yakin untuk membiarkan adik berkelana sendirian, tahu?" sinar cahaya pudar pada bebola mata kakak.

"Ini bukan pertama kalinya jalan ini menjadi sukar,kak. Bukan pertama kalinya"

"Tapi seawal dulu adik tidak pernah memikirkan ini, bukan? kenapa ini tidak pernah menjadi persoalan saat adik memutuskan untuk memulakan pendakian...? Dan, belumpun sampai ke puncak, adik sudah menyerah lelah... Siapa ajar adik untuk berputus asa...?"

" Tapi adik khuatir tak mampu diteruskan kak. Bukankah yang berkah itu pada yang mudah...?"

"Adik! benarkah adik ini mencontohi sirah Rasulullah...? Pernahkah sekali dalam seumur hidup Rasulullah berpatah arah...? Adakah adik menjumpai kisah Rasulullah  berputus asa...?"

"Yang berpatah arah kerana kesulitan dan kedegilan, berlari meninggalkan perjuangan, kemudian ditakdirkan menerima pembalasan, dan akhirnya dalam sungkur taubatnya diterima Tuhan...Itu cuma Nabi Yunus,kak. Tidak Muhammad bin Abdullah."

"Adik bukannya tidak bijak. Lalu sekarang kenapa...Semudah itu untuk berputus asa....? Adik tidak yakin dengan aturan Allah...? Adik tidak pasti apa yang menanti terkehadapan...? Adik khuatir tersungkur sebelum tiba garis penamat...?"

Lalu adik teringat sepotong ayat,
Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”(Q.S. Yusuf : 87)

Hatinya menjadi gerun tiba-tiba. 
Allah sudah memujuknya supaya terus berusaha, kenapa bisa dia tidak mengendahkannya...? 
Allah sudah menjanjikan rahmat dan pertolongan akan tiba, kenapa dia tidak mempedulikannya...?
Dan...Ahh..Masakan dia sama tarafnya seperti orang-orang kafir yang berputus asa...?
Padahal setiap hari dia bersyahadah , 
'Laa ilaaha illallah. Muhammadur RasululLah.'

"Kak, adik kan bukannya berputus asa. Adik cuma kepenatan dalam pendakian."


"Apa pun jua itu halnya yang menyakitkan, yang melukakan, yang menggerunkan, yang menyedihkan, yang menyulitkan, tidak akan meninggalkan kesan sedikitpun. Andai adik menyandarkan segala-galanya sebagai hikmah ujian. Selama adik meletakkan Dia dalam sini," kakak menunjukkan ke bahagian hati.


"Adik akan punya segalanya. Biarkan saja pendaki-pendaki lain dengan gaya dan jalan mereka. Padahal adik tidak tahu bahawa mereka juga punya pendakian yang menyeksakan, kerana adik seringkali melihat pendaki-pendaki yang sudah di atas. Adik lupa untuk melihat mereka yang ada di bawah."


"Kepenatan ini...Menyakitkan ya kak?"


"Kalau sampai adik sudah mengalirkan banyak air mata, ya, pastilah sakit. Tapi bayangkan bagaimana sakitnya berburuk sangka pada Tuhan yang selama ini memberi kita segala benda? Bayangkan sakitnya mengkhianati kekuatan jiwa Rasulullah yang tak mudah berputus asa...? Bukankah lebih menyakitkan, dik?"


"Lalu adik perlu teruskan mendaki...? Dan lihat saja apa yang tersedia di depan nanti...?" adik menyeka air mata yang mahu gugur lagi. 


Kakak mengangguk. Cukup serius. 

"Sampai adik benar-benar menemukan apa yang selama ini adik cari, baharulah kakak benarkan adik berhenti mendaki."

"Adik sudah mengheret kakak lagi dalam komplikasi. Maaf. Adik harus terus mendaki lagi."


"Adik, harus benar-benar siap untuk berjalan sendiri. Kerana di akhirnya kita juga tak punya satu sama lain. Melainkan pertemuan semula di sana."


"Sana mana, kak?"


"Sorga."






Dhuha Ikhlas.
12270814



Saturday, 23 August 2014

Kotak Kecil dalam Hati

Bismillahirrahmanirraheem
In the Name of Allah, the most Beneficent, the Most Merciful

I testify that there's no God to be worship but Allah,
And I testify that Muhammad (s.a.w) is His messenger.

Allahumma solli 'ala sayyidina wa nabiyyina wa habeebina Muhammad.
Tiba-tiba rindu pada sosok itu,
Yang tak pernah dilihat dari dekat,
Alih-alih rindu berkunjung lebat.
Moga tsabat! :')

Sebelum masuk U, mari bersyahdu-syahdu.
Supaya nanti bila dah dijarak berbatu,
Kau masih ingat aku...! (sahabiah, mohon terasa :p)

Credits to both.


Ada suatu kotak kecil dalam hati,
yang menyimpan semua kebusukan sang pemilik,
Meskipun sang pemilik tampil suci,
Tampak polos dan baik sekali,
Berkata-kata manis,
Memberi senyuman gratis,

Tetap saja kotak kecil dalam hati,
Melantun bunyi,
Suara kotak kecil halus sekali,
Hampir tenggelam pada telinga tuli,

Saat sang pemilik berasa tinggi,
Saat sang pemilik berbangga diri,
Saat sang pemilik mengungkit budi,
Saat sang pemilik merasa menginspirasi,
Saat sang pemilik terbang tinggi,
Melepas gerbang hamba pada Ilahi,
Tak berpijak di bumi.

Kotak kecil dalam hati berbunyi lagi,
Mengejut sang pemilik dari terus terulit mimpi,
Bahawa dia juga pendosa sehari-hari,
Bahawa orang lain juga layak dikunjungi tawfeeq,
Bahawa sorga untuk dikongsi,
Bukan hak milik peribadi...!

Kotak kecil dalam hati,
Suaranya halus mengelus,
Tapi cukup melelahkan,
Saat kedengaran.
Mampu menundukkan,
Jiwa tak keruan.

Kotak kecil dalam hati,
Inzar dari Tuhan.