lalala

Wednesday, 2 July 2014

Feminisme....Wajarkah..?

Bismillahirrahmanirrahim
In the name of Allah, the most beneficent,the most merciful,

I testify that there's no God to be worship but Allah,
And I testify that Muhammad (s.a.w) is His messenger.

Ramadhan kareem,
Allahu akram.

Tanpa memperpanjang kalam, post ini saya tujukan khas buat mereka2 yang sedang rancak berbicara mengenai 1 isu yg agak 'berat' [kalau kita ni jenis yg nak pikir mudah je, ini berat] di ruangan komen akaun Facebook saya.
Awalnya, tahniah kerana membangkitkan isu ini. Saya tak pernah menyangka pulak status saya yang selalunya berbaur 'ringan' akan membawa kepada suatu isu yang sebenarnya patut, dan sememangnya sudah tiba masanya untuk dibicarakan dengan lebih serius. [Ok. Mohon bajet status viral seketika.] haha.

Back to topik. Dan untuk pengetahuan anda, post ini dituliskan saat saya sudah 'pecah mengantuk' dan sedang berteleku menunggu saatnya untuk sahur. Heheh.

Alhamdulillah, isu ini mulai hangat [atau dihangatkan] betul2 sejurus saya selesai bertadarus surah An-Nisa', maka sedikit sebanyak poin2 yang ditujukan dapat saya periksa dan inilah sedikit dari hasilnya.

Okay. Mohon mood serius dan ilmiah.

Al-Ukht :
Mengapa menidakkan perjuangan femenisme yang ternyata memberi untung kepada banyak pihak? 
Umpamanya, gaji sama tanpa diskriminasi gender, cuti bersalin, hak mengundi dll. 

Hakikatnya, memang, dalam ajaran Islam sendiri mengangkat taraf wanita. Ya, benar. Tidak dinafikan. Namun, soalnya, apa implementasinya pada zaman sekarang?

Jika ditelurusi, perjuangan femenisme ini banyak menawarkan kebebasan kepada wanita, yang sebenarnya sudah lama ditawarkan Islam.

Juga, femenisme ini lah yang memberi tekanan kepada lelaki, untuk memimpin, dalam erti kata yang bukan menindas.

Dibalas oleh Al-Akh :
so kena perjuangkan implementasi Islam yg sebenarnya lah kan? instead of feminisme? Sbb klau pilih feminisme, kita akan cenderung utk ambil pakejnya semua skali termasuklah aspek2 yg bertentangan dgn islam. Cthnye menentang hukum faraid. Nak suruh sama harta warisan kepada lelaki dan perempuan. 

Sorry menyampuk.

Dibalas oleh Al-Ukht yang sama :

Yup. Lagi bagus kalau kita boleh buktikan yang pembahagian faraid Islam adil, menggunakan tafsiran yang dikenali. 
Sebabnya, kita semua tahu bahawa femenisme menuntut untuk re-check tafsiran ayat-ayat Al Quran dan hadith yang berkaitan dengan perempuan.


Salah satu approach yang sedang dilakukan, ada ustaz-ustaz yang menjadi rujukan sekalian para feminist.
[Maaflah. saya belum reti nak memprinscreen komen mereka secara langsung. Serious. saya agak buta IT. Sengih.]
----------------------------------------------------------------------------------------

Saya suka perbualan sebegini. [Walaupun agak pening pada mulanya untuk memahami akar umbi dan hala tuju perbincangan ini]. Dan saya pun telah berjanji akan menjawab pertanyaan Al-Ukht yang saya kasihi, pada masa yang sama sangat meraikan pendapat lanjut dari Al-Akh yang dihormati.

Baiklah.

Jawapan saya untuk soalan yang paling utama.
Mengapa menidakkan perjuangan femenisme yang ternyata memberi untung kepada banyak pihak? 
Umpamanya, gaji sama tanpa diskriminasi gender, cuti bersalin, hak mengundi dll. 

Al-Ukht, saya tidaklah menidakkan secara 100% perjuangan feminisme yang adakalanya tampak begitu bergaya dan perkasa sekali. Saya cuma tidak menyokongnya. Ada beza ya, 'menidakkan' dengan 'tidak menyokong'. Harap maklum di situ.
Mengapa ya saya tidak sokong...?
 Hal ini kerana feminisme adalah tidak lebih dari 1 ideology yang diwujudkan oleh manusia. Sekadar 1 sistem untuk meyokong kerapuhan sistem2 rekaan manusia (yang telah lama wujud seperti sekularisme, materialisme, dan liberalisme). Ya. Feminisme atau gerakan emansipasi dan pembelaan wanita wujud akibat berlakunya penafian ke atas hak-hak asasi wanita yang seolah-olah menganggap wanita sebagai warga kelas ketiga yang tidak didengari pandangan dan buah fikirannya.
Bertentangan sekali dengan Islam yang merupakan sebuah cara hidup yang begitu menyeluruh. Islam sendiri sudah lengkap, malah melengkapi para penganutnya. Islam sendiri telah meletakkan lelaki dan wanita pada taraf yang sepatutnya. Tidak ada yang terlebih, dan tidak ada yang terkurang. Kedua-duanya adil dan saksama, melainkan penganut agama Islam sendiri yang membuat taraf lelaki dan wanita ini kelihatan berat sebelah, baik dari segi pengetahuan, mahupun pengamalan.
Lalu, apabila saya sudah yakin dengan Islam yang lengkap sempurna, mengapa perlu saya menyokong feminisme...?

Dan ya, saya setuju bahawa perjuangan mereka pada AWALNYA memberi untung kepada banyak pihak dari sudut gaji, cuti bersalin, hak mengundi, hak penjagaan anak, harta sepencarian, kemiskinan, pendidikan, dan penganiayaan terhadap wanita. 
Namun, setelah suara2 mereka mula didengari dan pejuang2 wanita ini mula mendapat tempat dalam persidangan2 antarabangsa, juga, banyak polisi2 mesra-wanita telah digubal, halatuju pejuang2 ini mulai menyelekoh jauh. [Sebab itu saya caps lock pada kalimah awalnya]
Mereka mulai menuntut kesamarataan gender dengan tamak dan halobanya. Prinsip mereka 'What men can do, women can do, what women can do, men can do'. Pihak pejuang wanita didapati  terlalu ghairah cuba memaksa wanita menjadi seperti lelaki dalam semua aspek kehidupan, serta menuntut hak-hak kebebasan melewati batas agama dan norma adat setempat.Mereka mulai mengadakan kempen yang entah macam apa seperti kempen 'Nipples for free' yang membenarkan wanita untuk tidak menutup bahagian payu daranya secara sopan, juga kempen [yang namanya saya tak ingat] yang menyokong wanita berhaid tidak perlu memakai tuala wanita kerana membiarkan darah haid itu mengalir juga merupakan kebebasan bagi wanita. Tidak dilupakan, gerakan feminism hari ini begitu galak mencucuk jarum anti-keluarga  yang mendapat tentangan hebat dari kelompok pro-keluarga dan kini, hal ini seringkali menjadi isu perdebatan di dewan PBB.
Ini, hasil ombak feminisme sekarang. Perlukah saya untuk tururt berganding bahu memperjuangkannya?

Jawapan saya untuk penyataan yang kedua:
Jika ditelurusi, perjuangan femenisme ini banyak menawarkan kebebasan kepada wanita, yang sebenarnya sudah lama ditawarkan Islam.
Juga, femenisme ini lah yang memberi tekanan kepada lelaki, untuk memimpin, dalam erti kata yang bukan menindas.

Al-Ukht, kebebasan yang ditawarkan oleh feminisme ini tidaklah sama seperti apa yang ditawarkan oleh Islam. Analoginya begini. Feminisme ini adalah ibarat anak remaja yang meronta2 untuk mencuba segala benda di usia remajanya.Manakala Islam adalah ibarat ibu bapa yang akan menyokong setiap benda baik yang dicuba oleh anak remajanya, tetapi akan melarang setiap benda buruk yang ingin dicubanya. Jika kita berbalik kepada sifat asal wanita iaitu emosi, kita akan dapat melihat sebenarnya kebebesan2 yang dituntut oleh golongan feminisme adalah radikal dan tidak rasional. Sebagai contoh,
1. Mereka monyokong gerakan LGBT, dengan alasan wanita boleh memilih untuk mempunyai teman hidup baik dari kalangan lelaki mahupun wanita juga.
2. Mereka mahukan bentuk2 kebebasan yang sesuai dengan nafsu mereka[seperti kempen2 'bijak' yang saya sebutkan tadi], padahal isu kecantikan dan aurat wanita yang dieksploitasi secara meluas dalam dunia pengiklanan, peragaan dan industri hiburan tidak pula menjadi isu yang hangat untu dipertahankan. 
3. Wanita seharusnya diberikan hak untuk menggugurkan kandungan agar mereka tidak dibebankan dengan tanggungjawab keibubapaan yang akan mengganggu prestasi kerja mereka.
4. Agama dianggap satu halangan dalam mencapai hak asasi kemanusiaan secara total kerana agama menggalakkan keluarga, keibuan, perkahwinan dan paksaan seksual.

Dan Al-Ukht, feminisme ini memang telah berjaya membuka mata para lelaki bahawa wanita tidak sewenang-wenangnya boleh diinjak-injak. Namun Islam tidak menawarkan begitu. Saya yakin Al-Ukht sendiri telah menemukan banyak dalil bahawa Allah menciptakan tiap suatu di atas muka bumi ini secara berpasangan. Maka lelaki, pasangannya ialah perempuan. Pasangan diciptakan untuk saling melengkapi,saling mempringati, dan saling bertolongan dalam jalan kebajikan serta saling bercegahan dalam jalan kemungkaran. [Ar-Rum:21][Al-Maidah :2]  Bukan untuk saling memberi tekanan, saling menindasi, juga untuk saling berlawan untuk membuktikan siapa lebih handal. Ini sudah lari dari tujuan penciptaan.

Walaupun tidak saya nafikan, episod penindasan ke atas wanita dilihat semakin tiada belas kasihan dan selah-olah tidak bertepian pula dari dulu hinggalah ke zaman serba moden ini. Di mana-mana pasti akan terdengar kisah2 menyayat hati yang dilakukan oleh kaum lelaki ke atas wanita yang dianggap lemah ini. Kalau dahulu diperhambakan untuk melakukan kerja2 berat, kini menjadi hamba seks. Kalau dahulu disuruhnya wanita memakai cawat besi dan dikunci supaya isteri tidak curang pada suami, kini ada suami yang sanggup menjual isterinya sendiri. Kalau dahulu wanita tidak dibenarkan bersuara, kini masih wujud golongan stereotaip yang masih kolot pemikirannya, seperti orang2 jahil dahulu. Ala, jahiliyyah mana pernah rasis memilih fatrah.
Tapi, masih...Itu tidak menjadi alasan untuk para wanita turut bersikap stereotaip terhadap lelaki. Saya selalu dengar ayat ini "Ahh! Lelaki semuanya sama.!" [mungkin jugak pernah menuturkannya. dulu] Haa.... Itulah stereotyping. Memang terdapat banyak lelaki jahat, yang tidak memikul amanah mereka untuk menjaga wanita seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah "Rifqan bilqwariir", tapi percayalah Al-Ukht, di balik semua bayang2 lelaki yang menakutkan dan menyebalkan itu, masih wujud lelaki yang baik2. Bukankah Al-Quran itu sangat sesuai tak kira zaman...? Lelaki baik2 bukan wujud pada zaman Rasulullah dan sahabat saja, percayalah, zaman sekarang pun masih ada, cuma mungkin...Kita jarang mendengar headlineseperti "Suami tolong jagakan isteri yang terlantar akibat stroke selama 20 tahun"  ...?

Dan ya, apabila telah dinyatakan bahawa "Ar-rijaalu qawwamuna 'ala 'nisaa' " Mengapa perlu persoalkan lagi...? Saya tahu mungkin sukar bagi sesetengah kita untuk mengakui hakikat ini memandangkan realiti yang berada di depan mata adalah sangat mendukacitakan dan menyukarkan kita untuk mempercayaai 'Di mana lebihnya lelaki ini..?' Tapi jauh di dalam hati, saya yakin. Kita tidak mungkin tidak beriman dengannya. Kita cuma, menunggu realiti menjadi dalil.

Tentang pernyataan Al-Ukht yang seterusnya,
Yup. Lagi bagus kalau kita boleh buktikan yang pembahagian faraid Islam adil, menggunakan tafsiran yang dikenali. 

Sebabnya, kita semua tahu bahawa femenisme menuntut untuk re-check tafsiran ayat-ayat Al Quran dan hadith yang berkaitan dengan perempuan.

Salah satu approach yang sedang dilakukan, ada ustaz-ustaz yang menjadi rujukan sekalian para feminist

Ya. Oleh itu, kita memerlukan lebih ramai bijak pandai dalam ilmu faraid. Kita juga memerlukan lebih ramai umat Islam yang kembali merujuk hukum faraid dalam pembahagian harta. Kita juga memerlukan bukan setakat ustaz, malah akan lebih osem kalau ada ostazah yang mampu menerangkan keadilan hukum faraid kapada para feminist sekalian [kerana hakikatnya mereka akan lebih cenderung untuk merujuk yg sama jantina,kan?] Kita tidak perlu tunduk kiranya feminist menuntut untuk re-check Al-Quran dan Al-Hadith bernanaan wanita kerana boleh jadi ini sekadar permainan mereka [kerana mereka sudah awal2 lagi menolak agama yang dianggap penghalang hak asasi], padahal kita sememangnya yakin bahawa tidak ada yang perlu disangkal apabila ianya melibatkan kalamulLah dan kalam Ar-Rasul. Sebelum kita membahaskan kenapa Allah melebihkan lelaki dalam isu faraid, adalah lebih baik kita mempelajari hukum-hakam faraid yg telah diceritakan dengan panjang lebar di dalam surah An-Nisa'. Ironi sekali, nama surah sudah jelas "An-Nisa' " tetapi masih wujud juga sebahagian nisa' yg tidak berpuas hati hanya kerana tidak mendalami isinya.

Jjadi sudah terlalu panjang-lebar rasanya, jawapan saya. Terima kasih Al-Ukht, kerana memberikan 'kerja rumah' ini kepada saya di tengah2 fasa 'rahmat' ini. Apapun, ini hanyalah pandangan dan pendirian saya yang dhaif dan dangkal ilmu ini. tidak bermaksud untuk menimbulkan sebarang masalah hati di hari kemudian. Sebarang maklum balas, boleh diutarakan agar perbincangan ini menjadi lebih menarik, tertarik dan memang da boom pun. Ehh.

Akhir kalam, sukacita saya bersetuju dengan pandangan Al-Akh. ya. Kita perlu melaksanakan Islam, mendokongnya, menyokongnya, memperjuangkannya, dan yang paling penting, mempelajari dan memahaminya. Kerana Islam dan Iman , adalah hadiah terbaik, bagi para musafir dunia.

Ah yaa...Itupun bunyi beduk diketuk oleh para pelajar maahad berdekatan,mengajak para penduduk kampung bersahur. Eloklah diri ini berundur.
Maaf segala salah silap. Moga Allah redha.

Selingan ;)
Berpuasa, jangan berpuaka.
Bersahur, jangan asyik berdengkur,
Bertarawikh, jangan asyik tunggu moreh.

Rujukan : 
1.Al-Quran,
2. Bingkisan Dai'e  Waqafan (terbitan 2011) 
3. Kertas kerja Dr Harlina Halizah Siraj sempena Persidangan Dasar Aparteid Terhadap Wanita Islam di Malaysia.
4. Biarkan Bidadari Mencemburuimu, Salim A. Fillah.


Bukit Mertajam.
3.54 a.m. 
5 Ramadhan 1435 H 


Friday, 20 June 2014

Barah Muslim Malaysia dan Demam Piala Dunia.

Bismillahirrahmanirraheem
In the name of Allah, the most beneficent, the most merciful.

I testify that there's no God to be worship but Allah,
And I testify that Muhammad (pbuh) is His messenger.

Real FIFA!


It's 2014.
And it's Rio to Brasil.

Guessed we had enough "Hips don't lie",
So as "Waka waka",
And now "It's the best day of my life".

Ya. Saya teringat sekitar tahun 2006 yang saya menjadi peminat setia bola. Sangat menuruti perkembangan terkini, semasa, benar lagi mutakhir mengenai Piala Dunia. Mengkagumi sebiji bola yang dihambat dan dirembat oleh wajah2 ganteng (lah sangat) para penggelecek2 terkenal dunia. Siap simpan keratan-keratan akhbar mengenainya. Err..siap hafal lagu Shakira. haha. Ok file closed.

Itu sekitar 2006. Waktu masih muda hijau. Kata orang mentah. Tapi dah pandai buat kepala. Tapi waktu itu baru mencecah alam remaja. Baru terkedek-kedek mencari identiti.

Paling penting waktu itu kecil lagi. Belum kenal dengan Pakcik Tarbiah. Belum kenal dengan Makcik Hidayah. Belum kenal dengan Sister Ukhuwwah Islamiyyah. Belum kenal Brother Ummah. AArrgghh! Tak kenal lagi depa semua.

So, waktu itu bolehlah nak fokus pada bola,kan? Di samping buat2 rajin untuk UPSR la konon-kononnya. Tapi sekarang lain. Benar. Dah tak sama.

Ia mungkin masih saya yang sama. Tapi ia tidak mungkin saya yang serupa, tak berganjak, bertumbuh, bertambah baik di mana-mana.

Allah telah berbaik hati memberi saya waktu dan ruang untuk tumbuh besar. Allah telah berlaku pemurah memberikan saya akal untuk mampu berfikir. Allah telah berlaku penuh kasih sayang memberikan saya hati untuk rasa apa yang sepatutnya saya rasa. Sebagai hamba. Sebagai khalifah. Dan ahh..Sebagai saudara.

Dan untuk Piala Dunia FIFA 2014. Ini adalah sekitar buah fikir dan rasa hati saya. yang mampu saya kongsi, muhasabah dan err...kutuk bersama..? Heh. Dosa kering.

Reminiscing


*                               *                                  *                                          *                               *
[1]
"Encik. Apa persiapan encik untuk FIFA World Cup pada tahun ini..?"
"Uisy..saya dah kumpul duit lama dah. Saya ingat saya nak simpan duit ni. Sebab dah lama dah saya plan untuk pergi ke Brazil tahun ni untuk tengok bola secara 'live' gitu..haa..." [ berbaur bangga gitu]
"Ooh..Encik berkerja sendiri ke? tak apa ke cuti lama-lama semata-mata nak pergi tengok bola kat Brazil?"
"Ehh..tak apa.. Saya cadang nak ambik cuti sebulan, haa. Semata-mata nak pergi Brazil."
"Uisy...bagus betul la semangat encik ni. Tiket flight mahal takpe ke encik? Encik tak kisah?"
"Ehh. Tak apa. Tak ada masalah."
"Haha. Encik nak peri Brazil ni nak tengok bola ke, nak usyar awek2 Brazil...?"
"Ehh..haha...Bola lah. Tapi sambil menyelam minum air laa.. Dapat jamu mata tengok awek Brazil pun okay gak apa."
Ketawa.

[2]
"Ok. Abang X dari KL. Ok bang. Dengar citer abang ni sanggup stay up untuk bola. Betul ke?"
"Ehh...heheh...Betul la tuu.. Dah tu nak buat macam mana. Dorang siarkan bola waktu pagi-pagi buta tu haa."
"Kiranya Abang sanggup la berjaga malam semata-mata nak tengok bola..? Abang tak de ke buat persiapan ala-ala bancuh kopi dengan biskut kering ke...?"
"Mestilah. haha. Lagipun abang memang jenis berjaga malam.Kadang abang main futsal malam2."
"Ooh. Hebat betul tempat abang main futsal tu eh. sampai pukul 2-3 pagi pun diorang still beroperasikan? Abang tak pe ke berjaga malam? Abang kerja petang eh?"
"Mana ada. Abang kerja pagi laa. Ceni haa. Abang tido dulu mula-mula tu. Pastu abang set la alarm. Dalam pukul 3-4 pagi camtu abang bangunla. Lepas habis tengok bola abang tidur la balik."
"Ehehe...Abang sempat tak sembahyang dulu bang.."
"Err..hehehe" [kang ada gak yang aku sumpah jadi mikrofon tukang DJ ni]

[3]
"Pemain bola mana yang awak paaaling minat, Leha?"
"Ehh...Mestilah CR. Sebab dia hensem. Pastu kan, bila dia sepak bola, fuh! Ada gaya. Paling penting dia memang cool je. Aisy...tak leh jadi ni..Angau Leha dibuatnya.."
"Laa...sebab dia hensem je? Bukan sebab dia pandai main ke, skill dia memang unbeatable ke, sebab dia hensem je?! perempuan ni memang laa kan..."


*                                 *                                   *                               *                                 *
Bazooka saya untuk situasi2 di atas:
[1]
Kalau sekalipun encik dah baanyak sangat duit, tak payahlah nak tunjuk kesetiaan tahap tak berbelah bagi Encik tu pada Piala Dunia. Bayangkan, beribu-ribu Encik tu cuma akan habis dalam sekelip mata je. Pop! Dah habis. Nanti bila Piala Dunia dah habis, dan kalaulah pasukan feveret Encik kalah, tak ke frust menonggeng?  Encik ni bagus. Seorang yang sangat bersemangat, komited, bersungguh-sungguh. malah multi-tasking pulak tu.Tapi kan Encik, alangkah bagusnya kalau duit Encik yang berkepuk-kepuk tu disumbangkan untuk rakyat Syria yang hanya memakan kotak sebagai santapan harian mereka? Alangkah bagusnya kalau semangat ke'bola'an Encik tu dapat dikongsikan dengan semangat ke'ummah'an...? Alangkah bagusnya kalau sambil lepas Encik pergi Brazil, Encik ajak players yang menang bola dan dapat duit berjuta tu sedeqah sikit sempena Ramadhan yang akan tiba ni..?Encik tahu tak bahawasanya wujud sebilangan besar rakyat Brazil yang menentang kerajaan mereka membelanjakan wang yang banyak semata-mata untuk memeriahkan World Cup? Dan Encik yang bakal berhadapan dengan GST ni dengan bermurah hatinya green light untuk pembaziran pulak? Hadoi. Alangkah bagusnya daripada Encik jamu mata usyar awek2 Brazil,baik Encik jamu mata tengok darah dan nanah kanak-kanak Palestin? Huh. peluh.

Kreatif bila Terlalu Derita



[2]
Hai Bro!
Sanggup stay up malam hingga 2-3 pagi?
Sanggup turun court futsal waktu orang lain tengah sedap melukis peta atas bantal?
Sanggup bancuh kopi dan gigit biskut semata-mata untuk hilangkan mengantuk?
Paling menakjubkan, ko takkan mengantuk/lemah lesu pada keesokan hari...?
Ini peluang baik punya!
Ramadhan is on the way!
So, apa kata ko kekalkan keistiqamahan ko dalam berjaga malam tu untuk bermunajat di sepertiga malam?
Apa kata kalo ko set alarm pukul 3-4 pagi, ambik wudhu', jangan bukak TV pulak, bentang sejadah, tahajud sat 2 rakaat?
Apa kata ko bangun kejap alang-alang dah selalu sangat berjaga malam, selak lah 2-3 helai surat chenta Allah, pastu tidoq lah balik. Bangun balik untuk sahur dan Subuh. Itu dah mesti. Heh.
Apa kata kalo ko ajak sekali orang rumah ko, anak-pinak, jiran tetangga bagai untuk kejar Malam Al-Qadr macam ko tengok Messi dok kejar bola tu?
Berat sangat...?
Okay. Chill ya. take it easy. Apa kata stay up untuk bola, tapi istighfar dan berzikir dulu before switch on TV?
tak kisahlah ko nak tengok bola pukul berapa pun.
Tapi Subuh....?
Memanglah FIFA tu 4 tahun sekali, Subuh ni kena buat hari-hari.
Dah tu ko ingat kena seksa kat neraka sebab tinggal Subuh dengan sengaja tu 4 tahun sekali agaknya?

hekstraordinari


[3]
kak Leha.
Pemain bola yang hensem memang mencairkan, bukan?
Tambah pulak kalau dia memang ada skill,
Dengan rambut pacak steady je ibarat cicak jatuh pun boleh meninggal tertusuk dek ketajaman pacakan rambut beliau,
Tambah pulak kalau dia sumbat 2-3 gol dalam 1 match.
Pergh! memang cukup pakej laaa wa cakap sama lu.

Tapi kan Kak Leha,
Muka hensem tak boleh jamin iman dia pun hensem,kan?
Skill gelecek dia tak boleh jamin kesantunan budi bahasa dia,kan?
Rambut pacak dia tak boleh bagi akak kenyang makan bebola ketam setiap hari,kan?
Goal yang dia sumbat tak boleh jamin kita akan disumbat ke dalam syurga,kan?
Hihi.
Jadi terpulanglah kepada akak untuk memilih siapakah menantu terbaek bagi mak ayah akak.
Eh!

Le Bapak

peace yo!

Nota gelecek:
Kalau dulu yang meramalkan kemenangan ialah cik sotong kurita,
Mungkinkah tahun ini...Ianya milik panda...?
Ehh.

Saya tak main lah aktiviti ramal-meramal ni.
Hatta manusia si tukang peramal cuaca pun selalu silap.
Inikan pulak...Hmm...
Banyak ibrah sebenarnya yang kita boleh ambik dari FIFA World Cup ni. Jadi, clever-clever lah ye!

Syafakumullah, sang zombie bola.
Ahlan, Ramadhan <3

Wednesday, 4 June 2014

Mabrook 'alayk ya Palestine!

Bismillahirrahmanirraheem.
In the Name of Allah, The most Beneficent, The Most Merciful

I testify that there's no God to be worship but Allah,
And I testify that Muhammad s.a.w is His messenger.

Sobahal Khayr!
Good morning!
The sweet scent of peace and harmony...! <3
Inilah Hero!

Perhatian !
Kepada manusia2 yg mengaku saudara,
Mohon dibaca sekejap berita tentang Tanah Berdaulat Bumi Kiblat Pertama. [PALESTINE]

Mungkin bagi saudara2 di Malaysia yang masih lagi sibuk2 isu sumpahan khinzir ke dalam cekelat feveret anda, ataupun Fang Yi Yi yang terlebih manja sudah setiap hari menjadi bual bicara.Sekejap Halal, lepastu Haram, lepastu Halal balik. Habis semua orang jadi tungging terbalik. Oopss! Jgn salahkan khinzir yg curi2 masukkan DNA nya dlm cekelat anda, ataupun panda hitam putih yg duduk dalam pendingin hawa, tapi bermuhasabahlah wahai pembuat awta!
 Jadi hari ini, mari curi waktu barang sejenak untuk mendoakan palestin, masa depan yg lebih cerah.
The Ultimate Weapon

Ramallah, 3 Jun 204 - Israel mendakwa pejuang Palestin melancarkan roket di Genting Gaza, sejam sebelum kabinet dibentuk, semalam. Jurucakap tentera berkata, serangan berlaku di selatan Genting Gaza itu menyebabkan tentera udara digerakkan bagi tujuan serangan balas. [see the Zionist's game, huh?]

Sehingga kini, kesahihan Palestin melancarkan serangan itu tidak disahkan. Media menyifatkan, Israel dan Amerika Syarikat kini semakin tertekan selepas Hamas dan Fatah bersepakat membentuk kerajaan perpaduan.

Kesepakatan itu dilihat melemahkan usaha Israel untuk menakluki beberapa wilayah di negara terbabit dengan sokongan Amerika Syarikat.

April lalu, Hamas dan Fatah dibawah pimpinan Presiden Mahmoud Abbas menandatangani perdamaian sekaligus bersepakat membentuk Kabinet perpaduan.

Sementara itu, Setiausaha negara AS, John Kerry menyuarakan kebimbangan terhadap pembentukan kerajaan itu. Beliau berkata, AS tidak teragak-agak menghukum kerajaan terbabit jika melanggar prinsip komposisi dan dasar antarabangsa. [piiraahhh]

Sumber disunting dari : Surat Khabar Sinar Harian, Selasa, 3 Jun 2014

Baitulmaqdis- PM Israel [tak tahu la siapa iktiraf dia] semalam berkata, dia kecewa dengan keputusan AS untuk mengekalkan hubungan dengan kerajaan perpaduan baru Palestine. Dalam wawancara bersama Associated Press, Benjamin Netanyahu mendesak Washington memaklumkan kepada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas bahawa pakatannya dengan Hamas tidak boleh diterima . [macam budak2 x dapat aiskrim].

Kenyataan Netanyahu itu menggambarkan kekecewaan rejim Zionis berhubung peneimaan masyarakat antarabangsa terhadap kerajaan perpaduan baru Mahoud yang mengangkat sumpah kelmarin. Pemimpin Zionis itu sebelum ini menggesa dunia memulaukan kerajaan berkenaan kerana pembabitan Hamas, kumpulan pejuang yang didakwa membunuh ratusan pengganas yahudi dalam serangan sepanjang dua dekad lalu. [dah nama pun pengganas, kalau tak dibunuh, takkan nak dibelai?Hamas baru bunuh ratusan,kau bising. Yang kau bunuh jutaan rakyat palestin, kau buat senyap pulak...?]

Bagaimanapun, sehingga malam semalam, AS dan kesatuan Eropah berkata, mereka akan memberi mahmoud Abbas peluang.
"Saya amat kecewa dengan pengumuman bahawa AS akan bekerjasama dengan kerajaan Palestin yang dianggotai Hamas. Mereka yang ikhlas mencari kemanan mesti menolak langkah Mahmoud bergabung dgn Hamas. [ Tersembur air teh]. Saya berpendapat AS khususnya perlu menjelaskan kepada pres. Palestin itu bahawa langkah bergabung utk melenyapkan Israel tidak boleh diterima sama sekali." katanya. [ Drama apa lagi ini di balik lapik2 kata diplomasi..?]

Fatah yg diketuai Mahmoud Abbas dan Hamas membentuk kerajaan baru kelmarin, langkah besar ke arah menamatkan sengketa yg memecahkan warga Palestin sejak tujuh tahun lalu. [ Malaysia bila lagi? :'( ]

Sumber disunting : Harian Metro,Rabu, 4 Jun 2014.

Walaupun saya cukup masak bahawa ini hanyalah bahagian daripada wayang Yahudi dan Nasara,
Sebagaimana yang dilakukan pada pemimpin2 ngara2 Islam yg lain seperti di Baghdad, Iraq, Mesir, Tunisia dan Syria,
Jauh dalam sudut hati saya masih berharap,
Bahawa kesepakatan ini akan mencambah benih2 harmoni yang indah!

Kerana harapan,
Selalu ada.
Selagi harapan,
Disertai doa,
Kepada Tuhan.


Friday, 2 May 2014

Pipit; Kembali , Helang ; Terbang Tinggi

Bismillahirrahmanirrahim
In the name of Allah the most beneficent, the most merciful
I testify that there's no God to be worship but Allah
And I testify that Muhammad (pbuh) is His messenger.

Waizasta3anta, Fasta3inu billahi =)
If Allah brings you to it,
He'll surely bring you through it.

Perhatian! Di sini kata ganti namanya ialah :
Akak-adik. [We'll I'm talking to the youngsters you see..]

Ayat itu tadi (bukan yg perhatian tuh),
Akak jumpa kat alas katil double decker kat dorm.
Setiap kali nak tidur, mesti terpandangkan nota kecik tu.
Nota tu, sebenarnya kak Nurjannah Hasmad (PH 2011) yang bagi utk kak Aisyah Hamzah.
Tapi memandangkan nota kecik tu dah tertampal dgn eloknya,
Maka setiap hari akak baca. Lepas baca doa tido laa.

Harini Sayyidul Ayyam.
Senyum.

Pertama kali akak jumpa ayat 'magic-powerful' ni masa akak F4.
Masa tu ada sharing moments ngn students Oz-Nz (Australia-New Zealand) kat KISAS.
So, faci group akak bg 1 sticker ni.
Corak dia biasa2 je, taklah stylo mana sgt pun.
Tapi ayat dia ni haa...Ayat ni la yg buat akak bertahan...Biiznillah.
4 tahun kembara ilmu di Bumi Waqafan.

Ini..kalo nak dikatakan tausiyah stay...
Macam ye dan macam bukan..
Adik2 tentukanlah sendiri..Adik2 kan bijak pandai..? *sengih la tuu*

Hoho. Tak tahu nak mula camna.
Bismillahirrahmanirrahim..(again)
Sungguh tak tahu mahu mula bagaimana.
Dan akak menanti, dan menanti dan menanti ( sampailah akak pun boring dgn perkataan'menanti' ni)
Saat yang sesuai untuk mengkhabarkan ini kepada adik2.
Ketahuilah saat akak menaip,kondisi jari akak agak taksempurna (berbalut plaster),
Jadi awal2 mohon maaf akan segala typo (s) yang mungkin terwujud kemudian.

Pertama,untuk adik2, alfu mabrook akak ucapkan di atas pencapaian kalian yang gilang-gemilang.
Tahniah kerana berjaya mengangkat sebaris kalimah "Islam" pada nama Kolej Islam,
Tahniah kerana buat guru2 tersenyum bangga dan lega,
Tahniah kerana buat yang terbaik untuk masa depan diri dan agama,
Tahniah kerana ada best student kebangsaan.... Eh.

Ucapan tahniah ini tiada batasan mahupun had bilangan 'A'.
Jadi yang lurus( baca: straight) A mohon jangan terlebih perasan,
Yang bengkak-bengkok 'A' mohon jangan memendam rasa,makan hati ulam pegaga.
Kita semua sama,kan?
Kerana beda kita, TAQWA!

Okay. Now back to the topic I guess most of u're about to click" <---"or maybe "x" on the tabs.
But please do so if you have not perform your solah yet or your parents are calling. ;)

S. T.A.Y
apa first impression bila dengar sepatah perkataan omputih ni?
Best?Glamour? Sensasi? Gerun? Sedih?Kecewa? Menyampah?
Haih. Sukahatilah nak rasa apa pun.Dah kalian masing2 punya hati dan perasaan,kan?

Pernah seseorang tanyakan soalan ini,
"Akak...Kalo tak ada pun batch saya yang stay macam mana?"

Kamu tahu akak jawab apa...?
Kamu tanya dia.Hee...

Adik2 yang dirahmati Allah,
Kerana Islam.
Dan kerana Kolej Islam itu sering saja berkesinambungan dengan agamapara penghuninya.

Islam tidak memerlukan kita,
Jatuh bangun Islamadalah di dalampentadbiran Allah Taala.
Sekiranya kita tidak menyumbang hatta sezarah pun pada Islam,Islam tak akan jatuh berguguran sebagai agama yang kalah,
Sebaliknya,
Kitalah yang memerlukan Islam!
Kita memerlukan Islam sebagai pakej kehidupan lengkap yang dihadiahi Allah sepanjang permusafiran sementara di bumi ini.
Tanpa Islam,siapalah kita melainkan seorang jasad yang lahir dari setitis mani yang hina!
Ingat adik2,
Islam tak perlukan kita,
Tapi jangan lupa,
Ummat Islam sangat,amat perlukan kita.

Begitu juga Kolej Islam.
Kolej Islam tetap akan berdiri sebagai institusi pendidikan yang memberi sejuta makna dan memori indah kepada sesiapa saja yang berkaitan dengannya,
Kolej Islam tetap subur dengan keunikan2 dan keindahan2 nya,
Kolej Islam tetap melahirkan ulama'dan umara' sesuai kehendak setempat dan semasa.

Kata Dr.Muhaya,
Bahagia itu Allah yang punya.
Maka Allah akan berikan ia kepada sesiapa saja.

Begitu juga halnya tarbiah, biah,ukhuwah, murabbi/murabbiah dan sahabiah.
Semua itu kan Allah yang punya.
Tanpa kita pun sebenarnya, Allah mampu dan sememangnya mampu,
Mengekalkan tarbiah ,
Mengindahkan biah,
Mempererat ukhuwah,
Memperkuat murabbi/murabbiah,
Memperbanyak sahabiah,
Memperkasa usrah,
Menghidupkan musolla.

Adik2,betulkan niat.

Bukanlah dengan kehadiran kita yang akan mampu membetulkan keadaan,
atau memperelok huru-hara,
Kita manusia, bukan perwira.
Bukan Superman, Spiderman,Batman ataupun Kluangman.

Tapi seperti yang ternukil dalam surah As- Saff : 14
"Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)?" Mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (agama) Allah!" (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang."

Ini suatu tawaran!

Mahukah adik2 menjadi penyokong2 ini?
Mahukah adik2 mempersiap diri menjadi pedang2 agama?
Mahukah adik2 menambah ilmu yang adik2 akan perlukan ibarat peluru?
Mahukah adik2 mengkaribi guru2 ibarat merka itu sang bapa dan sang ibu?
Mahukah adik2 merasa terpanggil untuk terus berbuat baik secara berjamaah?
Mahukah adik2 melatih diri menjadi pengikut yang setia, dan pemimpin yang qanaah?
Mahukah adik2 menghilangkan rindu yang selama ini bertakung tapi tak terluahkan?

Mahukah adik2 mendengar awal pengumuman dengan kalimah 'Subhanallah!"
Mahukah adik2 berselawat tatkala seseorang naik ke pentas?
Mahukah adik2 bersegera ke musolla dan sayang pula untukmeninggalkannya?
Mahukah adik2 merasa nasi bujang wak Kanang..? (okay.Ini bonus kaki2 fly)

Adik2,
Sungguh,peluang terbuka luas di depan mata.
Adik2 boleh memilih.

Akak tidaklah berniat menulis post ini agar adik2 secara berjemaah memboikot semua tawara biasiswa, universiti2 dan kolej2 terkemuka hanya semata2untuk kembali merasakan manisnya berada diadun tarbiah.

Mohon, Jangan dimanipulasi post yang ditulis dengan hati yang tulus suci.Heh.


Adik2,
Sebenarnya rezeki kita masing2 telahpun  berada kemas dalam suratanNya. Maka beristikharahlah.
Mohon petunjuk dari Dia yang maha Merencana.
Jangan terus2 pening kepala dan akhirnya tak sambung ke mana2...Haish!

Sekiranya telah ditakdirkan adik untuk ke luar negara,
Maka persiapkanlah dirimusebaik-baiknya.
Rencamujian dan mehnah di tempat orang sungguh sekali takkan terduga.
Tapi kuatkan juga langkah,
Kerana adik sentiasa bersama Allah.

Sekiranya telah ditakdirkan adik ke Universiti tempatan,
Baik awam mahupun swasta,
Maka persiapkanlahdiri sebaiknya,
Kerana adik membawa imej graduan Koleh Bertarbiah Tinggi seawal usia 18 tahun.
Di tanah air sendiri,
Pun, tak kurang hebat dugaannya.
Tetapkan hati,jangan gundah lagi,
Yakinkan diri bahawa langkah ini untuk agama dan diri.

Sekiranya telah ditakdirkan adik ke Tingkatan 6,
Maka masih ada waktu untuk adik berfikir semasaknya.
Adik,Stay ini pilihan Allah.
Kita tidak memilih untuk stay,
Ibu ayah kita tidak memilih untuk kita stay,
Bahkan Allah jua yang mencampakkan adik kembali ke sebuah gedung ilmu sarat cahaya,
Di tengah2bandar Klang yang digelar 'balck area'.
Pun, adik perlu persiapkan diri sebaik-baiknya.

Poinnya di sini,
Persiapkanlah diri,
Sebelum apa pun,
Sebelum ke mana pun,
Sebelum menjadi siapa pun.

Stay 2 tahun lagi tidak menjanjikan adik karpet merah dan tilam dipenuhi mawar segar bugar ( bed of roses),
Tapi tak kurang mehnah tribulasinya yang rencam.

Jadi adik yang dirahmati Allah,
Mohonlah petunjuk dan pertolongan Allah dengan jalan sabar dan solat...!


Insha Allah apa pun keputusan adik tetap membawa manfaat,
Buat diri, keluarga dan ummat.

"Katakanlah: "Berjalanlah di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan itu." [ Al-An'am :11]
Masih banyak ruang inci bumi Tuhan yang perlu diteroka,
Maka kembaralah.

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) diantara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik." (Ali-Imran :110)
Masih banyak ummat Islam dalam negara yang tidak kenal Tuhan dan Rasulnya,
Maka perkenalkanlah.

"Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang ruju` kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian dan janganlah kamu melampaui batas hukum- hukum Allah sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan." (Hud : 112)
Masih banyak kader2 dakwah yang menanti untuk disantuni oleh mereka yang berhati waja,
Maka kembalilah, dan santunilah.

Dan pesan akak,
Jangan terlalu berharap indah.
Kadang, sahabatmu yang dahulunya berjanji untuk sama2 meladeni bahtera perjuangan akan dijui dengan takdir yang tak selari perancangannya,
Maka maafkanlah dia.
Kadang,sahabatmu yang sudah jauh melihat dunia dahulupernah menitis air mata dan berjanji akan menyokong jalan juangmu dari segenap arah,
Tapimungkin dia turut ditimpa mehnah tanpa dia sangka,
Maka berdikarilah.
Hati, andai luka,pujuklah sendiri.
Jiwa, andai parah, tujulah Tuhan dengan berlari!

Hidup adalah untuk memberi semaksimanya,
Bukan untuk sekadar menerima...!


Tapi hakikatnya,
Stay itu indah,
Sungguh,
Ibarat diberi pluang bersama soleh-solehah di dunia,
Sementara mennunggu peluang untuk bersama lagi di Jannah.

Bagi akak,
Jujurnya,
4 tahun di bumi waqafan adalah antara tahun2 terindah dan terbaik dalam hidup.
Dan akak akan meneruskan lagi kembara,
Ke manapun saja yang Dia hendak bawa.

Adik,bagaimana pula...?
^___^


Salam Stay Istiqamah,
Akak.














Sunday, 20 April 2014

10 Tahun Lagi

Bismillahirrahmanirraheem
In the name of Allah, the most beneficent, the most merciful.

I testify that there's no God to be worshiped but Allah,
And I testify that Muhammad (pbuh) is His messenger.

10 TAHUN LAGI.

SELURUH UMAT ISLAM AKAN MENGENANG,
GENAPNYA 100 TAHUN KEJATUHAN KHILAFAH ISLAMIYYAH YANG TERAKHIR,
YAKNI KHILAFAH TURKI UTHMANIYYAH.

1924-2024.

KAU, UMAT ISLAM KAN?
KAU...SEDAR TAK?

ALLAHU.
THABATKAN IMAN,ISLAM DAN IHSAN DALAM HATI KAMI.
BIAR KAMI GENGGAM ANUGERAH2 TERINDAH MU INI DENGAN SELURUH KUDRAT KAMI,
WALAU SAKITNYA IBARAT,
MENGGENGGAM BARA API.





Saturday, 19 April 2014

Kalau Benar Sahabat.

Bismillahirrahmanirrahim
In the name of Allah, the most beneficent, the most merciful.

I testify that there's no God to be worshiped but Allah,
And I testify that Muhammad (pbuh) is His messenger.

Setelah sekian lama beban pekerjaan menjarak masa,
Dan kemalasan bertambah nyata,
Kini akhirnya. Mencuri2 masa. Menukil bicara.
Takut tak terluah. Di alam nyata.


"Maaf. Saya tak pandai bersahabat." saya enggan bersalaman.
"Tapi kita boleh cuba."
"Saya kerdil. Tak layak bersahabat dengan kamu." Saya benar-benar tak pandai bersahabat.

Tapi dikurnia juga Allah.
Sahabat2 yang tak terungkap istimewanya.
Tidak seorang dua, bahkan terlalu ramai.
Walaupun tak semua ada pada setiap masa,
Saat2 suka mahupun saat2 hiba,
Mereka tetap sahabat saya.

Jadi saya takut.
Takut tidak mampu menjaga amanah ini sebaik mungkin.
Benarlah saya akui tak pandai bersahabat,
Tapi kalau tiada sahabat bagaimana harus saya mendepani jatuh bangun hidup?
Saya bukan pulau. Jadi saya tak rela dipulaukan.
Sebab pulau, walau sendiri, walau terjarak,
Dari kejauhan,
Tetap juga indah mendamaikan.
Tapi saya bukan pulau.

Ada bicara penting ingin saya sampaikan di sini.
Kerana kita ini makin tumbuh dewasa,
Jadi kita sudah mula merencana dan menebar cita2.

Saya seringkali mendengar kalian berbicara,
"Weh, nanti kalau walimah aku, jangan lupa datang ye!"
Insha Allah. Senyum.
Kalau walimah kamu, saya pasti sangat gembira.
Kalau walimah kamu, saya pasti ingin benar hadir.
Kalau walimah kamu, saya pasti menyiapkan hadiah.
Kalau walimah kamu, saya akan berpesan pada dia sang pelengkap agamamu supaya menjagamu sesungguh nyawanya, supaya dia tahu yang dia nikahi itu adalah aset agama,
Kalau walimah kamu, saya akan bantu mempersiapkan kamu, sebagai suri rumah tangga dunia, dan penghulu segala bidadari sorga,
Kalau walimah kamu, saya pasti bersyukur dan menitiskan air mata gembira.
Pasti, insha Allah.

Tapi maafkan saya.
Saya tak pasti saya mampu atau tidak melaksanakan itu semua.
Kerana itu adalah perancangan dalam hati saya,
Manalah tahu ia tidak selari dengan apa yg tersurat dalam Lauh MahfuNya.

Jadi di sini saya ingn berpesan,
Kalau nanti kamu menerima perkhabaran jenazah saya,
Tolong hadir.
Kalau nanti kamu menerima perkhabaran jenazah saya,
Tolong kirimkan doa.
Kalau nanti kamu menerima perkhabaran jenazah saya,
Ambil lah ibrah daripadanya.
Kalau nanti kamu menerima perkhabaran jenazah saya,
Semadikan dengan sempurna.
Kalau nanti kamu menerima perkhabaran jenazah saya,
Sebelum sempat saya melihat kamu berwalimah,
Maafkan saya.

Kerana saya sedar,
Kita semua terlalu gembira merancang untuk dunia.
Tapi saya juga sedar,
Kita jarang menduga hidup selepasnya bagaimana.

Saya tahu kamu tidak akan ada untuk seluruh momen2 penting dalam kanvas cerita hidup saya,
Dan saya pun begitu juga,
Tapi saya teramat yakin,
Kamu tidak pernah menggugurkan nama saya,
Dalam rantaian doa2 yang kamu kirim ke Dia,
Saat sujud lamamu dan saat nihil tahajudmu.

Jadi kerana kamu sahabat yang dikurnia Dia,
yang mengetahui segala baik buruk saya,
yang selalu setia memberi nasihat dan tausiyah,
yang sering berkongsi bahu saat mahu menumpahkan air mata,
yang sering setia menadah telinga untuk mendengar cerita,
yang sering bicara juga soal perjuangan dan cita-cita,
saya berani mempertaruhkan amanah ini.

Walaupun kamu tidaklah sehebat Abu Bakar, Umar, Uthman , mahupun Ali,
Saya pun begitu juga, pasti.
Dan saya pun tidak pasti apakah saya ini layak ke syurga Ilahi,
Tapi saya cuba meyakini janjiNya yang tak pernah tidak dikotai.

 Dan kerana kamu sudah menjadi sahabat yang begitu indahnya,
Saya terlalu ingin bertemu lagi dengan kamu.
Tapi bukan di dunia yang terlalu kotor dan menyesakkan ini,
Di syurga nanti.
Kamu boleh, simpan janji ini?

Kalau benar sahabat,
Pasti sampai syurga, nikmat!




Monday, 6 January 2014

Cikgu oh Cikgu...! > 1st week of school

Bismillahirrahmanirrahim
In the name of Allah the most beneficent the most merciful
I testify that there's no God to be worshiped but Allah
And I testify that Muhammad (PBUH) is His messenger.

Waah...! <---terlebih dose eksaited...

Alhamdulillah.Masih diberi peluang ber'blog' di tahun baru.
Ahah. New page. Welcome 2014 *wink*
Seious aku tak lupa aih tahun Hijriah. No worries fellas.

Dedicated to my dearest friends,
Aku rasa terpanggil nak share pengalaman ni dengan korang
sebab aku rasa kalau lahh korang ada kat sebelah aku sekarang ni,
Konpem bergema lahh gelak tawa kita.
But since time and distance fated to space us away, felt contented with it.
Here, I grow my school-sick.

FIRST WEEK OF SCHOOL....!
1. Hari pertama persekolahan. Okay. Alhamdulillah. Terubat sikit kerinduan utk kembali ke Bumi Waqafan.
   Aku turun tangga asrama (walaupun ni skola rendah Islam,depa ada asrama woo.daebakk..!), eh eh tiba-tiba....Aku jatuh tangga berdebuk-debuk..!! Ahow....Malu... Nasib baik tak ramai students lalu. Oh. Ujian pertama. sakit sikit. Tepuk-tepuk hilanglah. Insha Allah x effect apa2. Ok. Jatuh? Bangun balik. Kumpul semangat. Jalan.

2. Masuk kelas 4 Bukhari. Waktu Al-Quran. Ahh ketaq. Gugup tetiba. Taaruf. haha. Esok lusa aku nak taaruf depa lagi lahh. Taaruf sekali bukan ingat pun semua nama. Tiba-tiba aku terpandang sorang budak ni.
"Enta pelajar baru eh?" Dia angguk.
"Mai daripada sekolah mana?"
"Sekolah XXX. Ustazah tau dak kat skolah kami dulu kan, ada budak jahat. Depa gaduh sampai darah-darah. bal..bla..bla.."
"Tu hah? Dah tu enta join tak?" Dia menggeleng. Aku mengoyak senyum.
"bagus. Enta belajar elok2 tau. " Jujur benar dia bercerita. Tapi bila disuruh bertaaruf di depan kelas dia mengelat. haila budak...!

3. Waktu Lunch Putera dan Solat Zohor Puteri. Tiba-tiba rasa macam ada orang tarik baju aku.
"Kenapa puteri?" Dia tak cakap sepatah. Cuma jarinya menunjukkan ke arah kasutnya yang basah.
"Enti terkucil hah? Enti darjah berapa?"
"Darjah satu." Patutlah pun......Aku dengan Aina pun bawaklah beliau ini ke pejabat. Basuhkan set uniform dia dengan kasut2 sekali. Dalam bilik guru dah riuh bercerita.
"Lain kali kalau nak kecing habaq kat ustazah na. Kalau nak kencing kena pi tandas cepat2." Tiba-tiba Kak Da yang aku hormati pun datang dengan gaya keibuannya yang sangat aku kagumi *taukid gila*
"Kamu kencing kat mana ni? Kelas? Kantin? Surau?"
"Surau..." Astaghfirullahal'azhim....Pulak dah........!

4. Waktu terakhir sebelum balik. Sekilas aku usyar jam di tangan hadiah dari sahabt2 yg aku ingin ke syurga bersama mereka. 1 Abu Bakar. lepas bagi salam, ajar baca doa...
"Ustazah, dah pukul berapa? Boleh balik pukul berapa?" Haih. Biar betul budak2 ni. tak padan dengan darjah 1...
"Sikit je lagi nak pukul 4. Ok. Kalau semua nak balik, kena diam dulu." Anak murid aku yang hyper aktif kat hujung sana tu pun jadi baik tetiba.
"Ustazah, bila nak buat kerja sekolah?"
"Nantilah. Kamu buku pun x dapat lagi."
Esoknya bila dah dapat buku dan disuruh buat latihan,
"Kamu reti baca dan tulis dak?" Dia geleng. Aduhai....!
Credits la untuk semangat homeworknya itu.

5. Sebelum balik ke asrama puteri untuk Minggu Orientasi pelajar Asrama, nampak sorang budak ni menangis.
"Enta menagis kenapa?" tadi pakai baju sekolah. Ni dah tukar pakai baju sukan pulok.
"Ayah tak mai lagi."
"Jom ustazah bawak pi pejabat.Kita telefon ayah." Bila sampai pejabat....
"Kak, tolong cek sat data pelajar ni. Nak telefon ayah dia tak mai2 lagi."
"Ehh..Dia ni duk asrama.." Terkedu. Awatlah....?

6. Jumpa sorang lagi putera duk menangis.
"Enta kenapa pulak?"
"Ayah tak mai lagi."
"Enta duk asrama ke berulang?" Taknak pisang buah banyak kali oii...
"Mak ambik." Berulang lah itu sayang oit...
"Meh ustazah telefonkan mak/ayah enta. Ingat dak nombor telefon?" Dia pun bagitau la nombor telefon Lancar. Bapak dhabit gilaa. Call punya call...tak dapat.
"Betul ke ni?"
"Eh tak. Nombor mak bla..bla..bla.." Ok tak pa. Aku dial semula. Pun tak berangkat. Tiba2 ustaz warden asrama putera pun mai.
"Laa...Ni duk asrama ni.." Adoii la anak2....
Alih2 malam tu...ada 7 misscall daripada nombor2 yg aku dial tadi so-call parents putera ni.
pasang...!

Itulah. Sedikit sebanyak corat-coret pengalaman aku.
rasa mcm nak cerita telinga-ke-telinga tapi tak mampu.
tapi takpa. Manfaatkan teknologi yg ada.

Love,
Aku.