lalala

Monday, 25 November 2013

Be a Gentleman

Bismillahirrahmanirrahiim
In the name of Allah, the most beneficent, the most merciful

I testify that there's no God to be worshiped but Allah
And I testify that Muhammad (SAW) is His messenger.

Alhamdulillah.
Hari ini masih diberi ruang dan peluang,
Untuk menikmati Iman dan Islam.

Okay. Saya tahu ini agak pelik.
Saya menulis tentang perihal sesuatu-yang-agak-terkehadapan?
Tapi apabila sudah tiba masanya,
Saya rasa...Ya.
Saya perlu bercakap juga. Beritahu. Berleter.Berkicau.
Huh. Apa2 saja yang sewaktu dengannya.
Tanggapan anda. Saya benarkan saja.

Ini mungkin berbaur pemberitahuan. Tapi taklah sampai maqam 'pekeliling kerajaan' tuh.
Tapi sebenarnya ia lebih kepada...Nasihat...mungkin?
Atau amaran? Atau ugutan? Pfftt. Taklah.
Keep calm and take it easy.

Kepada jejaka2, pemuda2, syabab2,laki2, dan sahabat2 di luar sana,
Yang terasa macam entry ini saya tulis khas buat antum,
maka ia memang khas untuk antum pun.

Bagi mereka yang serasa allergik untuk baca,
Antum boleh klik pangkah dan bukak tab baru untuk perkara yg lebih berfaedah.

O Allah. Give me strength to keep writing.
Gila tak gila, cuak jugaklah nak tulis psl benda2 futuristik mcm nih.
But it's ok. Stop membebel dan teruskan kepada poin.
BM!
Dude,
It's okay to be you.
I mean, it's okay to have all those kind of 'feelings'.
Yang semestinya tak perlulah nak disyarah panjangkan perasaan bagaimana yang saya maksudkan.
Antum pastinya lebih arif dan mahir.

Dalam fatrah sebegini,
Memang menjadi fitrahlah untuk saling mencari.<---bagi sesetengah individu sahaja kot.
Dan fitrahlah bila Adam mula mencari Hawanya.
Hakikatnya, rasa itu tidak salah dan tidak wajar untuk dipersalahkan.

Antum tidak salah kerana memiliki perasaan itu.
Antum tak perlu ke penjara pun sebab menyukai/menyayangi seseorang.
Antum tak perlu sorok muka bawah meja atau simen muka dgn simen lantai sebab perasaan yg satu tu.
Antum cuma perlu tahu, cara yang betul untuk selngkah ke hadapan.

Kalau antum rasa sudah cukup bersedia,
Ilmu sudah berkepuk di dada,
Iman sudah agak2 solid sebagai hamba,
Amal sudah menjamin pahala,
Ekonomi sudah agak2 stabil, tak kisahlah harga gula/minyak melambung tahap ikan kembung sekalipun,
Keluarga sudah boleh terima,
Kerjaya...err...ok. KIV pun tak apa.
Benar2 sedia membina Baitul Muslim?
Benar2 sedia membentuk masyarakat Muslim?
Benar2 sedia menanggung beban dosa yg selama ini ditanggung bapa?
Kalau ya,
Silakan, mengorak langkah.

Entry ini dikhususkan lagi buat mereka2 yang mengerti,
Hukum hakam yg melibatkan leleki-perempuan, ikhwah-akhawat,muslimin-muslimat,
Senang kata,
Saya berkata2 dengan antum, wahai fuqaha' fiddeen.
Antum tahu,
Couple itu tidak manis. Tidak rock dan tidak jugak best.
Itu gerbang kepada zina,kan?
Dan antum tahu,
Nikah itulah yg terlebih sopan
 dan halal yang terjamin.

Antum mahukan yang manis, sopan, bersih, diredhai,
Jadi jalannya juga haruslah manis, sopan, bersih,dan diredhai.

Antum inginkan puteri seorang ayah,
Mintalah dengan cara yang baik.
Sebab saya pasti kalau antum berada di tempat sang ayah pun,
Antum pasti mahu hak seorang wali dimuliakan, kan?

Wali itu bukan cuma berguna tatkala akad.
Wali itu punya hak yang perlu disempurnakan,
Seawal puterinya ingin dirisik,
Hinggalah antum benar2 sedia menggantikan tampuk bebanan seorang bapa,
Kepada seorang puteri.

Rasanya bagi antum yang cukup faham bahasa Melayu ini,
Mudah untuk faham pernyataan2 di bawah,bukan?
Tak perlulah nak bermesej2an.
Tak perlu tlg kejut qiam dan ajak puasa sunat segala bagai.
Tak perlu nak YM atau pm kat FB ,tanya itu ini.
Tak perlu nak kongsi rasa dengan satu kelas.
Tak perlu mendesak.

Peliharalah keberkatan rasa fitrah itu,
Sedari awal tumbuhnya.

If you really want her,
Be a gentleman.
Approach her wali,
Not her, the lady.

See you soon,
Walimah jgn lupa jemput!

Credits: Efef!



Sunday, 3 November 2013

Elle's Story

Bismillahirrahmanirrahim,
In the name of Allah the most beneficent, the most merciful
I testify that there's no God to be worshiped but Allah,
And I testify that Muhammad (saw) is His messenger.

I accepted Allah as my Lord,
Islam as my religion,
And Muhammad (saw) as the prophet sent to me.

Blog world, welcome back.
Mintak maaf dah bersarang ankabut di sini.
Akibat tukang khatib yg sibuk menelaah.
Now that STAM dah habis,
Bolehlah menggoreng banyak2 kat laman sesawang ni.

STAM dah habis.
It means waktu bersyurga-syurgaan di bumi waqafan pun hampir habis.
Allah,
I'm gonna miss these moments.
Seriously.

For the STPM & SPM warriors,
Keep on doing your best.
Ummah awaits you.

Elle's Story.
A simple present from a street walker,
An observer,
And a daydreamer?

DhuhaIkhlas.
______________________________________________________________________________
 I
Aku Elle.
Discovery Channel Magazine atas riba.
Terbuka. Tapi mata pandang merata.
Cari hati. Nak bawak balik rumah.

Lapar. Panjat tingkat atas.
Pekena Mary Brown. Okeylah lunch ala2 breakfast gitu.
Aku jalan straight. Nampak gerai jual majalah.
Matanya melilau mencari majalah-majalah yang berkenan.
taste dia. Tup. Gotcha!
Majalah Galaxie ditatap. Diselak-selak.
Tiada niat membeli. Sekadar mengupdate.
Lama aku tinggalkan dunia ni...

Tiba-tiba dia perasan ada mata yang memandangnya serong.
Kira slack macam seluar yang abah pakai nak pegi keja.
Bapak slack gilaa..
Kacau! kalau budak sekolah nampak aku usyar Galaxie ni tamatlah riwayat...
It's ok. Tak ada niat nak membeli pun. I had enough.



II
Ini aku. ya. Ini memang aku.
Kau tak payahlah nak kecewa dengar cerita aku.
Aku tak paksa.
First thing first,
Kalau kau tengok aku hari ni, saat ni,detik ni,
Kalaulah dalam hati kau yang suci bersih tu nak terbit sikit rasa hormat,
baik cancel niat.
Kalaulah kau, sebagai manusia biasa nak letak high expectation pada aku yg biasa2 ni jugak,
tak payahlah.
Kalaulah kau menantikan yang baik-baik saja dari aku,
dan bila kau ttengok aku buat benda2 salah dan kau rasa aku manusia paling berdosa,
Aku tak kata aku malaikat dari awal.

Tak. Tak.
Ini bukan KL Noir. Bukan Dukana. Bukan Versus. Bukan Anthem, Tunas or whatsoever.
Aku tak tulis pasal Julia The Heroin, atau Ed'sassin of Wrath atau Dash.
This story is mine. Perfectly, exclusively.

This is me,
When I walk and think.
About back being the real me.
So I made a check up.
Being a real me is defined as what?
The crystal clear sides I was born with,
Or the dark sides I shall not live with...?
Aaarrggghhh!
Serabut......



III
Aku memang Elle.
Dulu pun Elle. Sekarang pun Elle.
Orang selalu tanya,
Who will I be?
Aku nak jawab apa...
Aku pelakon.
Atas pentas yang aku kongsi bersama kalian.
Aku yakin aku tak berlakon sorang2.
Melainkan dalam barzakh nanti.
Cop! Tapi barzakh dah kira backstage.
Pentas aku cumalah dunya.

Aku pernah bercita-cita untuk jadi pelakon terhebat.
Bajet gilaa,kan?
 How will I end up...?



IV
Aku memang dilahirkan putih suci persih.
Nak kata aku baik masa kecik dulu...
Ada ke baby yg lahir terus jadik perompak?
Aku tak membesar di celahan Lorong Haji Taib,
Atau Chow Kit, atau Petaling Street.
Ayah dengan mak memang ikut kaedah Imam Shafie la,
Nak didik aku punya pasal.
Tapi nak buat macam mana,
Aku sendiri yang pilih jalan gelap ni,
Dari terang cahaya, aku yang merangkak menuntun zulmat,
Bukan kerana aku takut cahaya itu menyilaukan,
tapi sebab aku yang buta dalam penilaian.



So I throw  out all my sweet yesterdays,
And I chose darkness to accompany my way,
And so, I went astray.

Aku ingat dulu Ayah selalu baca ayat ni,
"Alastu birabbikum, Qaaluu balaa, shahidna.." -Al-A'raf :172
Tapi aku aci buat pekak je. Ayah bukan ustaz pun. Tak payahlah nak bagi ceramah free.
Masa tu memang jiwa kacau. Tak suka dgn benda-benda agama ni.
Rasa mcam baik sumbat earphone kat telinga dengar Panic at the Disco lagi baik.

But not at this very time.
Bila aku dengar je sorang ni sebut balik ayat tu,
rasa seram sejuk bulu roma aku.
Orang itu memang tak pernah gagal menyeramsejukkan,
Satu janji telah ku mungkiri.

Janji aku dengan Rabbi.
Tuhan, aku tak nak jadi munafik!

V
Hari ini mungkin ya,
Aku sudah disapa hidayah,
Aku dikurnia taufik untuk berhijrah.
Aku kembali kepada fitrah,
Bahwa diri, hati, jiwa dan seluruh hela nafas ini ,
Bukan milik dunia, tapi milik pentadbirnya.

Hari ini mungkin ya,
Aku yang kau nampak macam baik sikit ni,
Aku yang kau tegur mungkin akan tunduk dan terima teguran seadanya,
Aku kau lihat memenuhi undangan majlis2 ilmu, menuntut indungan sayap malaikat,
Aku kau lihat bertudung litup,
Aku kau lihat berkarib dengan Al-Quran,
Aku kau lihat berkumpul dengan para solihaat,
Aku yang kau lihat hari ini cuma bukti,
Bahawa kasih sayang Allah tak pernah putus buat hambaNya.

Aku yang kau lihat hari ini ungkin sudah kau rasa selamat,
Dari fitnah dunia dan permainannya,
Dari ranjau hidup dan sengsaranya,
Dari jilatan neraka sakar dan seksaannya.

Tapi satu.
Aku sebenarnya takut. Khuatir. Risau.
Tergelincir. Tertipu. Terpedaya. Terpesona. Terperangkap.
Futur. Nauzubillah.

Aku selalu harap Allah selamatkan aku dari kembali ke sisi2 gelapku.
Aku himpunkan takut dan harapku pada Dia.
Namun aku masih seorang manusia,
Yang takkan lepas dari dicuba.

Tuhan,
Bagaimana harus aku keluar dari zon selesa mewah ini,
Dan menuju medan dunia realiti?

I believe one fine day,
There'll be a girl,
Reciting the Holy Quran,
In the midst of Vatican City.
And it is me.
I wish.
 Allahu.
Allahu rabbi...
Don't let me go astray,
Anymore.



Elle's Story.
Ended.

wabillahi tawfeek wal hidaayah.



Friday, 30 August 2013

Mesir. Mursi. Malaysia. Saya.

Bismillahirrahmanirrahim
In the name of Allah the most beneficent, the most merciful
I testify that there's no God to be worship but Allah,
And I testify that Muhammad (SAW) is His messenger.


Saya pernah terbaca satu status di mukabuku.

"Democracy only works when it is agreed by the West." (mohon kopi pasta ye, tukang khatib status)

Dan saya tak mampu sangkal. Itu sungguh benar.
Mana mungkin demokrasi mampu hidup di mana2 negara kalau tanpa persetujuan ,
Kepimpinan Rumah Putih.

Saya pernah terdengar seseorang berkata begini,

"Cuba kita kaji semula. Berapa banyak pemimpin negara yg tidak sukakan kepimpinan Dr.Mursi? Kenapa Dr. Mursi begitu dibenci? Bagaimana PR (public relation) Dr. Mursi dengan pemimpin2 dunia yang lain?"

Dan saya hanya mendengar culas. Mana mungkin kepimpinan dunia yang tamak2 belaka ini
akan berpadu hati dan tenaga untuk sama2 menyokong seorang yang memelihara 30 juz Al-Quran dalam dadanya.

Okay. Nothing is impossible in this free world, kan?
Yeah. Nothing IS impossible that I wish the rulers inside The White House would convert to Islam.
Tapi..Mungkinkah?

Saya punya banyak persoalan,
Ingin saya tujukan kepada Pak Arab-Pak Arab Mesir,
Dan salah satunya,
"Kenapa dengan sang diktator Hosni Mubarak kalian bertahan 30 tahun,
Tapi dengan sang hafaz Mohamed Mursi kalian memperlakukan sebegitu?"

Selepas satu demi satu negara Islam dirobek kuasa2 gergasi dunia,
Saya merasakan bumi manapun yang akan saya pijak adalah sama saja,
Tak kira mereka mendapat ranking keamanan ke berapa dalam dunia,
Tak kira mereka mempunyai rangkaian polis dan ketenteraan sehebat mana,
Tak kira Palestine, Syria, Libya, Tunisia ataupun Misra.
Sama saja.

Saya harap Ibu Nouglaa setia,
Menanti Dr. Mursi yang terpenjara rahsia,
Saya harap Dr. Mursi qawiy,
Melewati hari-hari kelam di balik jeriji2 besi,
Saya harap Ikhwanul Muslimin terus haibat,
Di celahan anjing2 As-Sisi yang berlagak kuat,
Saya harap 64 juta penyokong keadilan menang,
Dalam perjuangan menuntut kebenaran,
Saya harap Rabia akan kering,
Dan bermandi darah sehari-hari,
Saya harap saya mampu berbuat sesuatu,
Tapi saya masih hanya mampu begini,

Semoga Allah berkahi kemerdekaan ke 56,
Buat bumi bertuah bernama Malaysia ,
Semoga Allah bersihkan saki baki karat Jahiliyyah,
Yang berdaki di hati-hati bapa dan anak-anak kita,

Saya tahu Malaysia masih aman damai permai,
Saya tahu saya wajib bersyukur kerana Allah telah terlalu sayangkan kita,
Saya harap rakyat Malysia tidak akan terus hanyut leka, lena
Kerana boleh jadi ni'mat merdeka yang hari ini kita rasa,
Diragut semula,
Kerana keJAHILan dan keALPAan saya, dan anda.

Sehening sahrawi Kaherah,
Saya menanti Disember beserta syita,
Dan mergastua di hutan hujan tropika,
Serta kabus di perbukitan tua,
Akan tetap selalu bersama.





Monday, 5 August 2013

Ramadhan 1431H-1434 H

Bismillahirrahmanirrahim
 In the name of Allah the most beneficent, the most merciful
I testify that there's no God to be worshiped but Allah
And I testify that Muhammad (SAW) is His messenger.

Alhamdulillah..<---( cara sopan utk mengungkap kegembiraan)
Yeay! Syioknya! <--- ( cara kurang sopan tapi bolehlah kan?)
Dapat jugak saya membersihkan sawang2 spiderman dalam blog ni.
Haish! Org busy trial STAM okay? =,=

Ramadhan yang bakal berlalu,
Sama rasanya, sebu,
Memikirkan waktu yang makin pantas membunuh,
Ibarat menghalau pulang,
Seekor camar sepi,
Di persinggahan khali.

Kolej Islam Sultan Alam Shah
 Itu satu persinggahan ,pasti

Dan saya,
Anggaplah ibarat seekor camar sepi.



2010-1431 H
Saya baru beberapa bulan mendiami Bumi Waqafan.
Dan ramadhaan pun tiba. Saya sambut sekadarnya.
Saya kuatkan diri dengan berkata,
"Tak apa. Puasa tahun ni bukan dengan family. Sekurang-kurangnya kawan2 ada."
Saya yang pilih utk merantau. Saya harus terima pahit manis hakikat perantauan.
Ramadhaan Kareem- Allahu akram.
Saya terdiam. Ucapan apa tu?
Serious tak pernah dengar. Kalau tak jejak kai ke KISAS, agaknya entah bila baru saya mengerti ucapan itu.
Rasanya masih terdengar suara Kak Nusaibah selaku Exco Tarbiah dan Qiadah 4,
Melaungkan kalimah keramat itu.
Dan sewaktu Majlis Khatam Al-Quran di Dewan Al-Muttaqin wal Muthaqqafin,
Apabila urusetia memasang lagu Welcome Ramadhan- Mishary Rashid AlAfasy,
Rasa macam nak suruh dunia berhenti berputar.
Biarlah nikmat Ramadhan ini saya hadamkan sebentar.

2011- 1432 H
Ramadhan datang lagi. Saya masih ternanti2.
Kejutan apa pula yg akan diperkenalkan tahun ini.
Kakak2 exco Badar dah merantau ke serata bumi Allah.
Tinggal kakak2 Ting.6, adik2 T4 dan sahabat2 saya.
Ketika ini hebat diperkatakan mengenai Thaurah Arabiah.
Saya dapat tahu,
Rakyat Mesir begitu bencikan mantan Pres. Hosni Mubarak sampaikan mereka enggan menyebut Ramadhan al-Mubarak,
dan Subuh 13 Ramadhan 1432 H,
Pasca sahur,
Ternampak bulan penuh mengmbang,
Sungguh gilang gemilang,
Serasa mnegerti kenapa pungguk begitu rindukan bulan.
"Badjie, bagi aku pinjam kamera kau boleh?"
Saya sempat snap beberapa gambar,
Indahnya bulan penuh pertengahan Ramadhan,
Di atas kubah Masjid Sultan Sulaiman.

2012-1433 H
Masuk semula ke Bumi Waqafan.
Saya membalas lambaian Ramadhan seadanya.
Saya lihat sekeliling.
Sudah tidak ada kaka2 exco Badar,
Apatah lagi kakak2 stayers,
Apatah lagi sahabat2 Batch56 Al-Fatih,
Tinggal saya, Adilah, Aishah, dan Farah,
Dan kami teruskna jua melangkah,
Menongkah malam2 Ramadhan yang penuh barakah,
Kami adalah penggerak Ihya' Ramadhan,
Di bawah bimbingan kak Ain Zuhaili selaku Pres. Hawa,
Yang tersu meniupkan semangat kami,
Alhamdulillah. Ramadhan hidup masih.
Saat beberapa sahabat mula mendapat jawapan,
Utk mara ke bumi Anbiya',
Tinggal saya yang termanggu-manggu,
Memikirkan,
Bagaimana harus aku berhadapan Ramadhan tahun depan?

2013-1434 H
Menghadapi Julai yang memenatkan.
Kejutan dan peperiksaan.
Tetap digagahkan jua diri ini menghidupkan Ramadhan,
Imaanan wah tisaaban,
Saat malam berganti siang,
Dan siang kembali memanggil malam,
Serasa seperti jerebu 2.0 pun ada,
Hati menjerit2 nak balik,
Tapi jauh di dasarnya hati menangis ,nyanyi lagu ramadhan-Maher Zain.
Sebab seawal Ramadhan telah saya coretkan,
Bagaimana agaknya menghadapi Ramadhan terakhir di Bumi Waqaf ini?
Walaupun sudah 4 tahun berlalu,
Sekali pnadang,
Rasa mcm baru semalam dengan Kak Nusaibah laungkan Ramadhan Kareem,
Kami membalasnya Allahu Akram.
Semulia-mulia Ramadhan,
Pasti saja Allah lebih mulia.
Dan saat Qiyamullail di Dewan Al Muttaqin wal Muthaqqafin itu,
Serasa tidak cukup 6 rakaat,
Allah, inikah nikmat Ramadhan terakhir di bumi singgah,
tanah waqaf ini?



Thursday, 27 June 2013

I am a weirdo...?

Bismillahirrahmanirrahiim
In the name of Allah the most beneficent, the most merciful
I testify that there's no God to be worshiped but Allah
And I testify that Muhammad (SAW) is His messenger.


I am a weirdo
When I remember you,
And all the things you've done to me,
And please don't ask me,
Why is it so hard for me to forgive you?

I am a weirdo,
That I just can't get my head off you,
I ain't a bad omen neither I wanna hurt you,
But I just can't get your eyes through,
What did I do that hurt you so full?

I am a weirdo,
That I'm still standing here,
And do nothing for even a year,
That I choose to keep my prayer,
And stay strong to make you weaker,
But why did you push me like a liar?

I am a weirdo,
When I make myself strong enough to try,
But you said you're immune to be forgiving,
I might did wrongs but you make it hard to apologize,
So tell me please,
What should I do to let my sins washed and cried?

I am a weirdo,
When people see me,
And a peaceful picture in my face,
But if only they know,
What's really there in my vain.

I am a weirdo,
But you forgot to be thankful,
For maybe in another world,
You won't find a weirdo like me, like us.

I am weirdo,
But my greatest mistake might be true.
For I once loved you like a mother,
But actually you trash me out like I'm a sinner.
beautiful weirdo






Wednesday, 26 June 2013

Kosong yang Terisi

Bismillahirrahmanirrahim
In the name of Allah the most beneficent, the most merciful
I testify that there's no God to be worshiped but Allah
And I testify that Muhammad (SAW) is His messenger.

Hidup tak selalunya indah,
Langit tak selalu cerah...

Alhamdulillah. Tertunai hak2 seorang hamba.
Dia lantas keluar musolla Pudu yang sememangnya tak berlampu. Dah habis waktu operasi.
Jam tangan dikerling. 10.15 malam.

Dia duduk di bangku aluminium depan musolla. Pandangan kosong tak berperisa dihantar ke depan.
Depan itu musolla lelaki. Tetapi cuma sosok dua lelaki ala2 Arab yang sempat ditangkapnya.
Pandangannya memang dihalakan ke arah lelaki itu. Tetapi kosong. Tembus.
Keluhan berat dilepaskan sambil mencongak-congak.
"ke mana aku selepas ini?"

Tak perlu berkejar. Tiket bas tengah malam karang. Waktu cengkerik dah mula nak berbunyi.
Dia terus duduk di situ. Dilihat sepasang adik beradik Arab yang subhanallah comel.
Dengan rambut curly,baik abang , baik adik. Ligat ke sana sini.
Ingatannya kosong. Khali. Sepi. Dia penat memikirkan nasib diri.

Dia akan kembali ke pangkuan Ummi dan Abi yang dirindui
Sementelah di medan perjuangannya sendiri,
Teruk dia dilukai.
Kalau saja luka-luka ini mampu ditembusi,
Pasti tidak ada yang tidak berbirat pada isi,
Dia tidak pinta semua ini,
Tapi dia sedang bersedia diuji.
Mustahil dia tidak bertanya pada Ilahi,
Kenapa menitipkan ujian seberat ini?
Jerebu di luar tak sehebat sebu rasa dalam hati,
Saat mengguyur renik-renik halus,
Tumpah murah di bibir sendiri.


"Miss, where do you come from?" dia buat ramah pulak.
"Pakistan." jawab cik yang putih gebu dan berblaus hitam.
"I'm Yemeni. But staying in Jeddah." beritahu wanita berskaf hijau. Mungkin sekali ibu kepada 2 budak comel tadi.
Wanita berskaf hijau tadi menegur cik berbaju hitam kerana solatnya begitu mudah sekali.
Hanya dengan memakai skaf tetapi tidak berstokin dan sebahagian lenagnnya terdedah, bagaimanakah dikatakan tertutup auratnya dalam solat?
Dia hanya tekal diam. Dia boleh terima perbezaan mazhab tapi....Dia belum mahir menegur. Apatah lagi orang asing.
"What are you doing here?"
Hijau : My sister's studying here. I come to visit her. And then we'll go to Langkawi.
Hitam: For a vacation.
Dia senyum. Kemudian wanita berbaju hitam meminta izin. Suaminya sudah selesai urusan.
 Sekarang dia cuma ada wanita berskaf hijau untuk berbual sakan.

"I learn Arabic a little but still..I don't know how to speak Arabic fluently. I'm sorry."
"Masha Allah. Wallahiy, Arabic is easy. Masha Allah, you learn Arabic? In which university?"
"No. Not a university yet. I'm still  have to pass a test. It's called As Syahadah Ad Diniah Al 'Aliyah Al Maliziah. If I mae it, I'll be going to Al-Ahar, In shaa Allah." dia tersenyum dengan lrik lakar impian sendiri.
"AL-Azhar? Misr?"
"Na'am. "
"Subhanallah. Al-Azhar is a very very good university. You must can do it. Yeah , I believe you must can do it. What do you learn? Show me some books." Dia bawak keluarla sebuah buku. Mustolahul Hadith.
"Masyaa Allah. This is hard. But it's good for you."
"Yeah. See, I have to do some translations because I'm not that fasih
in Arabic, I don't understand every words." jujurnya telus. wanita itu memandangnya.
"Same with me, when I was here last year. I was staying here for 6 months to learn English." betapa pun, ramahnya wanita itu bercerita mengenai pengalamannya di Malaysia. Dan dia pula menceritakan pengalaman hidupnya di Jeddah.
"In my place, when it's time for praying we'll close all shops. If not the police will come and force us to do so. In Ramadhaan, all the restaurant will only operating after 'Asr. "
"Masya Allah. Wonderful."
"Here, it;s not like that, right? I understand because you have Chinese and some more.."
"Yeah, we have multiraces. "
"But lately I heard that our gov. wanna set up some shopping complex like those in Europe. Huh..I wonder they'll close the mall when it's time to pray or just leave it operating." ujarnya kesal,
Tiba-tiba entah macam mana boleh termasuk bab Syiah.
"Are you Syiah?"
"No, of course I'm not. I'm sunni."
"Good. poor our brothers in Syria. Basyar al-Assad is shaytan. Yeah. Basyar is shaytan. he is a strong syiah. Do you know when it's Saddam's time all the syiah were afraid. Because Saddam is a very stern ruler. Now that there's no more Saddam, syiah has spread more and more. Even in Saudi."
"And Malaysia too. Iran is the most powerful syiah centre, is it? It must be the agenda of Israel to destroy us, Muslims. Now that we have too many understandings. It's..complicated."
"Are you local?"
"Yeah. I am."
"What mazhab do you use? You know between all the 4 mazhab Syafiee , Maliki, Hambali and Hanafi. they are all good..." tiba-tiba wanita berskaf hijau itu bertanyakan soal fiqih mazhab.
Tercengang kejap. Nak jawab apa?
"We're Syafiee. We do that because...."
Wanita itu walaupun seperti masih tidak faham, tetap menerima hujah dia sebagai diskusi ilmuan.
"It's ramadhaan soon. Here..where can I find masjid with good imam like in Jeddah?"
"Ouh. I'm sorry. I don't belonged here. But if you wanna know...maybe you can try Masjid Negara or Masjid Besi in Putrajaya." wanita itu mengangguk sambil tersenyum.
Anak-anaknya yang agak buas itu beberapa kali disuruh dudk diam tapi tak diam-diam juga.
"You son...he has a wonderful hair. Subhanallah. I like it." dia kata sambil mengusap kepala budak berumur sekitar lapan ke sepuluh tahun itu.
"Subhanallah. His name is Jassim."
Dia senyum lagi. Rasa macam mimpi pulak.
Betilkah apa yang sedang dia hadapi ini?
Lupa seketika serabut dalam kepala.
Sebelum berpisah...
"Please take this." dia menyerahkan sebuah tasbih digital berwarna hitam
"But I have nothing in return." riak wajahnya serba salah.
"La' La'. All you need to do is pray for me. In shaa Allah anti minassoliheen. Please pray for me, okay? And do use the tasbih."
Dia diam tak terkata. Terbejat habis semua kata-kata.
"Syukran."
"Afwan. ma'a salaamah."
"wailalliqa'.." Dia menggalas beg dan turun
.
 
Allah.
hadiah apakah ini?
Dia tak mungkin mengerti,
tanpa cerah ilmu Ilahi.

Allahumma faqihna fiddeen.


Saturday, 22 June 2013

Rencam rasa

Bismillahirrahmanirrahim
In the name of Allah, the most beneficent, the most merciful
I testify that there's no God to be worshiped but Allah
And I testify that Muhammad (pbuh) is His messenger.

Alhamdulillah
Bagaimana lagi mahu berterima kasih pada Allah?
Ucapan tahmid takkan mampu menandingi semua kasih sayang Allah.
Terhadap hamba lemah sehina saya.

Alhamdulillah.
Di balik semua kelam kabut rasa ini,
Saya temukan sebuah tali pergantungan yang tidak tertandingi,
Yang terhulur rapi,
Pada sebuah kekuatan yang Dia pinjamkan,
Pada sebuah ketenangan yang Dia berikan,
Pada sebuah kenikmatan yang Dia anugerahkan,

Bercampur-baur rasa, sungguh tak tercerita.
Sungguh, tak terkata.

Bagaimana rasanya menonton impian zaman lampau,
Tetapi realiti diri menjarakkan imaginasi palsu?
Bagaimana rasanya bermujahadah,
Pada saat diri tak sanggup terluka bernanah?

Ini mungkin post paling ringkas,
Mungkin.