lalala

Monday, 13 February 2012

Ikhtilat?!

Bismillahirrahmanirrahim...
In the Name of Allah...The Most Beneficent..The Most Merciful...

Okay! Dah lama rehat..hari ni jari-jemari saya mula gatal nak menaip..huhu
Baiklah! Hari ni saya nak bawakkan satu lagi pencerahan...
Kenapa? X cerah lagi ke benda nih?
Well..bagi saya dah cerah dah..cuma bagi mereka di luar sana yg masih berada di bawah kemendungan propaganda...Maka saya bawakan pencerahan mengenai apa itu IKHTILAT...

Masa saya baru bergelar student f4...saya telahpun diletakkan oleh Allah di sebuah sekolah yang sgt hebat! Ya..saya dan mereka yg mengenali sekolah saya akan mengatakannya hebat...Cuma hebat dari sudut apa??? Bergantung pada persepsi masing2...
Saya memang ketaq la masuk sekolah agama kan? Yela..1st time la katakan... Banyak pantang larangnya...
Dari hearsay yang saya dengar..uisy! menakutkan.... Dalam kepala otak tengah mencongak " Berapa lama agaknya aku boleh bertahan kat sekolah ni ea?"...tapi dalam hati mercup dgn doa "ya Allah..Bagilah aku dapat menghabiskan tahun2 terakhirku sbg student kat sekolah ni," Aisy! Sekolah ni termasuk dlm wishlist saya lah! Takkan nak give up awal2?

Tamat je MJK..Semua start dengan kehidupan baru sbg pelajar Kolej Islam...Hectic memang hectic...Tapi ke'best'an nya..Fuh! jangan lawanla.... Time ni la saya dengar sahabat2 dorm bercakap.." Duduk kat sini kena jaga muamalat," Tiba-tiba ada sorang lagi mencelah, "Bukan muamalatlah! Ikhtilat..."

Okay! Itu bahasa mereka yg berbasickan sekolah agama dari F1-F3..tapi insan2 baru seperti saya ni? =='
nasib baik di sini kaya dgn budaya keilmuan..lalu minda saya yg kekontangan erti ikhtilat ini diisi makna...
"Ikhtilat tu..Menjaga hubungan antara lelaki dan perempuan...Berkomunikasi cara Islam..."
OOH! Begitukah??? Alhamdulillah..dapat ilmu baru...
dan selama saya tinggal di Kolej tercinta selama 2 tahun ini..Saya turut belajar mempraktikkannya...Best!
"Best?? Eh..Ko merepek ke ape? Terkongkong la wey! Aku mana pernah idop camni! nak cakap dgn laki un kena ghaddul basar, babul liqa' bagai..Menyampah tau x?"
Okay~ saya terima kalau ada yg berkata sedemikian...
Betul jugak ye...Kan susah nak berkomunikasi kalau menjaga ikhtilat camni? kang maklumat x sampai kang..Sia2 je...
APA ITU GHADDUL BASAR?
Ghaddul basar ialah perkataan Arab yang apabila di Melayukan bererti menjaga pandangan...menjaga/menundukkan pandangan di sini bererti tidak memandang terus ke wajah orang yg dihadapan kita.. Maka carilah tempat lain yang sesuai dipandang...Mungkin dinding kelas..atau kasut kawan...atau...dahinya yang berkerawat??haha...Gurau sajo!Aha! Tetapi teknik ini hanyalah perlu diaplikasi apabila berlaku ikhtilat di antara rakan2 yg berlainan jantina je..Jgn la berghaddul basar dgn cikgu pulak ye! Kang x pasal2... Pesanan ana kpd ikhwah: Tak payah la nak curi2 usha akhawat..kalo serius nak masok je la minang..boleh tengok lama2...
APA ITU BABUL LIQA'?
Bab dlm bahasa Arab bermaksud Pintu...tak caya cuba check dlm citer Ahmad Albab! Fakta sahih la ni...
Liqa' pula bermaksud perjumpaan...jadi bila digabungkan...
Ia akan menjadi..Babul Liqa' = Perjumpaan di balik pintu!
Oit! Ni zaman batu ke hape nak jumpa pun kena aci main sorok belakang pintu???
tak la...ni la cara berikhtilat yg sepatutnya...Dlm teknik ini, muslimat yg hendak berkomunikasi dgn muslimin perlulah berdiri di balik pintu..manakala muslimin pula berdiri di balik luar pintu. Bercakaplah dgn nada yg serius dan jelas supaya x berlaku keciciran maklumat...
APA ITU MERENDAHKAN SUARA?
Merendahkan suara bermaksud bercakap menggunakan suara yang sesuai. Sekiranya hal yang ingin diuruskan perlukan kesegeraan,maka gunakan nada yang sedikit mendesak. Sekiranya hal tersebut sekadar suatu pesanan, maka gunalah noda moderate. Namun perlu diingatkan, nada mengada-ngada/gedix/gelenyor dan yg sewaktu dgnnya adalah sama sekali melanggar erti kata merendahkan suara. Sama sahaja. Baik muslimin mahupun muslimat. Tidak perlu bercakap dgn nada marah, cuma selitkan sedikit ketegasan.
APA ITU L-SHAPE LIQA'?
   L-Shape Liqa' ni lebih kurang macam babul liqa' cuma bezanya...takde pintu la! (kalo x mesti dah nama babul liqa juger ye x?) Dalam situasi ni mereka yg berlainan jantina yang perlu kepada suatu urusan perlulah berjumpa dlm keadaan L...
Allah dah ajar sebenarnya cara beriktilat..Cuma kita je yg xnak practise,kan?
" katakanlah kpd lelaki beriman agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, yg demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah maha Mengetahui apa yang mereka perbuat"- an-Nur:30

"Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya( auratnya) kecuali yang biasa terlihat..."-an-Nur:31
Ala...Sebenarnya simple je nak practise ikhtilat ni..Asalkan ada keinginan dlm hati..Mesti boleh! Islam kan mudah?
Well~ dah nampak nuur kecerahan? haha...
Sebenarnya..memanglah bukan mudah kita nak praktikkan benda yg jarang2 sekali kita lihat di luar..
saya mengaku..Dunia luar xkan mempraktikkan penjagaan ikhtilat seperti ini...(sebab tu saya sayang KKJ)
Malah mungkin sesiapa yg cuba mempertahankannya di luar akan dicop sbg:
1. Syadid
2. Kuno   
3.Outdated
4. Pelik
5. Sengal
6. Menyusahkan
tapi x pe! Sahabat saya pernah cakap" kita menerima tarbiah di sini supaya kita mampu wujudkan tarbiah dalam diri kita bila kita hidup di dunia luar sana..Dunia yang tidak bertarbiyah.."
Jadi saya nak nyatakan kat sini,
Korang bila nampak org2 sebegini,janganlah kutuk mereka! Tapi jadikan mereka suri teladan..Bukankah Islam itu datang dlm keadaan yang asing dan akan kembali dlm keadaan yg asing? maka beruntunglah mereka yang terasing...

Saya cuma nak katakan...
Saya x kisah apa orang nak kata... Malah saya gembira & sangat selesa dgn penjagaan ikhtilat seperti ini... Rasa selamat & seronok!
Penjagaan ikhtilat ni..ibarat precaution step la...Utk hati kita & utk diri kita... Agar kita tidak mudah ter'sangkut' pada jaring2 nafsu dunia...
Mana tahu dgn kita menjaga ikhtilat ni..Orang akan tertarik dgn Islam? banyak lagi cara menjaga ikhtilat...tetapi sebenarnya menjaga ikhtilat x lah terlalu terikat dgn teknik2 sebegini..Asalkan kita tahu menjaga batasan dlm pergaulan mengikut syarak, itu sudah cukup utk menjauhi zina dan menjaga martabat agama. Teknik2 di atas sbg contoh semata2..bagi yg baru bertatih..teruskan bertatih utk menjaga ikhtilat...bagi yg sudah boleh berjalan..teruskan berjalan...Bagi yang sudah boleh berlari..err...jangan lari dari menjaga ikhtilat ye? >_<
Moga Manfaat Berpanjangan~

No comments:

Post a Comment