lalala

Sunday, 30 December 2012

sebelum kaki melangkah...

Bismillahirrahmanirrahim
In the name of Allah, the most beneficent, the most merciful

I testify that there's no God to be worshiped but Allah
And I testify that Muhammad (SAW) is His messenger

Laa hawla walaa
quwwata illa billah...
I have no strength but the strength given by Allah.

Post ini khas buat mereka yang kecoh2 bicara soal 'tinggal tetap'.
I heart you girls~

Awak,
Terima kasih atas taujihat yg awak bagi.
Terima kasih sebab selalu, sentiasa ada bersama.
Terima kasih sebab tak pernah putus asa, menyuruh kami bertahan.

Awak,
Sebenarnya, saya bukanlah seperti yang awak sangka.
Saya tidak sehebat, seperti yang awak sangka.
Malah mungkin, saya lebih teruk dari awak
dan kalau saja awak tahu tentang saya,
Awak mungkin kecewa.

Tapi awak,
Kerana kasih sayang Allah,
Dia hantar awak, dan awak, dan awak,
yang tak pernah putus kata2 semangat buat saya,
yang tak pernah luntur kepercayaan terhadap saya,
yang tak pernah sangka buruk terhadap kekurangan saya.

Dan kerana kasih sayang Allah jugalah,
dia pertemukan kita,
di suatu saat dahulu yg kita x pernah jangka.
di saat kita meraba-raba,
mencari erti tarbiah.
di saat kita terkesima,
mencari makna ukhuwah,
di saat kita teruja,
Dibelai dengan mahabbah dari ukhuwah yg indah.

Awak,
Benar. jalan saya tidak mudah.
Jalan saya tidak indah.
Jalan saya penuh pancaroba.
Jalan saya menuntut saya, utk menjadi lebih perkasa.
dan lupakan, kisah saya yang lemah.

Berkat doa awak,
insha Allah, saya cuba.
Cuba utk berdiri tatkala ingin rebah
Cuba untuk bangkit tatkala tersungkur,
Cuba untuk senyum, tatkala sakit,
Cuba utk mempertahankan apa yg ada, selagi boleh.
Cuba utk bertahajjud, tatkala dingin subuh memeluk tubuh.
Cuba utk menggantung harapan hanya pada Dia, walau kdgkala merasa jauh.
Cuba utk tidak kalah, dan pantang menyerah.
Cuba utk memenuhi impian2 awak yg awak titip bersama.
Bersama kasih awak.
Bersama sayang awak.
Bersama doa awak.

Tapi awak,
Awak kena ingat jugak,
Allah sayang awak.
Allah tau awak lebih kuat.
Malah lebih hebat.

Sebab tu Allah letak awak kat luar.
sebab Allah tau awak helang bertarbiah tinggi.
sebab Allah tau awak helang yg mantap iman.
sebab Allah tau awak helang perkasa utk agama.

Saya yakin
Malah juga pasti.
Ujian yg awak hadapi,
Lebih getir dari kami,
Maka tatkala ujian memunculkan diri,
Jangan berundur lagi.
Awak, adalah cerminan kami.

Awak, terima kasih.
Untuk segalanya yg x terungkap lagi.
Untuk tangan yg awak hulur,
tatkala saya hampir tergelincir.

Ya Allah, terima kasih.
sebab hantar mereka,
untuk kuatkan saya.

='(

al-fakirah ilaLlah.
Penang. way 2 Klang.
Move another step. For a bigger tomorrow.



2 comments:

  1. *airmatamengalir*
    subhanallah awak... semoga kita sama2 kuat :')

    ReplyDelete
  2. khalis, tasneem mintak kebenarannya nak copy n paste kat blog sndiri, sebagai peringatan. your words touch my heart walau tasneem bukanlah salah seorang yang selalu bagi sokongan kat kamu..

    ReplyDelete