Bismillahirrahmanirrahim
In the name of Allah, the most beneficent, the most merciful.
I testify that there's no God to be worshiped but Allah,
and I testify that Muhammad (SAW) is His messenger.
All praises be to Allah,
For all kindness and bless on me,
an you too.
Ahlan ya bughaas, (bahasa syurga, bahasa Rasulullah, bahasa al-Quran)
Selamat datang wahai pipit,(bahasa ibunda, bahasa ayahanda)
Welcome dear sparrows. (bahasa antarabangsa)
2013 bakal membuka tirai meninggalkan 2012 yang penuh kisah,
Adik2 akak yang bakal menjejak kaki ke Bumi Waqafan,
Tahniah diucapkan.
Akak tahu, adik2lah survivor hebat unuk sekeping slip PMR .
Tertera 9A. Alhamdulillah.
Terpilih masuk ke bumi waqafan, sekali lagi tahmid pada Allah.
Adik2 adalah antara yang terpilih. Antara yang begitu teringin, Allah pilih adik.
Allah baik,kan?
KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH.
Adik,
Kalau berat rasa hati nak pindah ke sini, maka ringan2kanlah.
Kalau rasa x bersedia nak duduk asrama penuh, persiapkanlah diri.
Kalau rasa x sanggup nak berpisah dgn mak ayah, inilah waktunya ajar diri berdiri di atas kaki sendiri.
Kalau rasa sayang nak tinggal KAWAN2, percayalah, adik2 akan dapat SAHABAT2 di sini.
Kalau rasa sayang nak tinggal GURU2, percayalah, di sini adik2 akan berkenalan dgn MURABBI2.
Kalau takut kena ragging, ahh...! KISAS subur dgn kasih sayang tanpa sebarang ragging.
Usar gundahmu ke tepi. Wujudkan langkah jitu.
Di kolej ini adik bukan sekadar DIAJAR tetapi DIDIDIK,
Di kolej ini adik bukan sekadar mendalami ISLAM tetapi adik diajar menyuburkan IMAN, menyantuni IHSAN.
Di kolej ini adik bukan sekadar belajar untuk mendapat 11A+ dan MENGEJAR CITA2, tetapi adik belajar untuk tumbuh sebagai seekor HELANG yang perkasa dan mencapai redha Allah.
Di kolej ini adik bukan sekadar disuap ilmu DUNIA, tetapi insha Allah adik akan dihidangkan ilmu UKHRAWI.
KOLEJ INI SPESIAL ,ADIK!
Kolej ini ada 7 UNIQUES.
1. TARBIAH ISLAMIAH.
2. BIAH SOLEHAH.
3. TEACHERS
4. FRIENDS
5. UKHUWWAH.
6.USRAH.
7.MUSOLLA.
Ini tawaran hebat kepada adik, yang telah dipilih Allah.
Adik jangan pernah menyesal untuk datang ke sini.
Hijrah adik insya Allah diberkati.
Adik,
Di bumi waqafan yang digelar bumi tarbiah,bumi qiadah,bumi barakah dan bumi selaut cinta ini,
Pipit2 seperti adik yang datang dengan bulu yang persih,
Digilap dan dilatih,
Untuk keluar terbang sebagai helang yang perkasa.
Ya! Helang agama yang gagah perkasa.
Adik,
Akak cakap awal2.
KISAS bukan syurga.
Budak2 KISAS bukan malaikat.
Jadi kalau adik2 inginkan perubahan baik dalam diri adik2,
Tolonglah sama2 kita suburkan biah solehah dan tarbiah,ye?
Adik2 jangan salahkan KISAS andaipersonaliti adik masih tetap seperti itu.
Adik muhasabah diri balik.
Ketuk pintu hati adik.
Tanya diri, "Adakah aku sudah siap ditarbiah dan mentarbiah?"
Tanya hati, "Adakah aku sudah siap untuk berhijrah?"
Adik,
Di sinilah tempatnya,
Kita membuka sepenuh hati, cuba menerima hadiah yg Allah beri,
Ini umpama menghargai tawfiq dan hidayah,
Andai itu merupakan pencarian kita selama ini.
Adik,
Di KISAS iman takkan sentiasanya tinggi.
Di KISAS kita akan lebih banyak menangis daripada tersenyum sendiri.
Di KISAS kita akan merasa manisnya taqarrub pada Ilahi.
Di KISAS kita akan merasa mudah untuk meluangkan 1/3 malam menangisi karpet musolla Al-Muqarrabin/ Saidina Ali.
Di KISAS kitan akan lebih menghargai guru kerana mencicip manisnya ilmu.
Di KISAS kita akan mengenal beza, antara kawan dan sahabat, antara kaca dan permata.
Di KISAS kita merasa indahnya hidup berpayungkan agama Allah.
Di KISAS kita takkan lekang dari tazkirah dan solat berjemaah, insha Allah.
Di KISAS kita akan lebih bersemangat untuk keluar dan membela agama Allah.
Di KISAS kita mengupas isu2 sensasi dalam usrah.
Di KISAS kita akan menyayangi dormate/classmate seperti ahli keluarga kita sendiri.
Di KISAS kita akan lebih gemar memandang langit dan mengucap tahmid.
Saat adik melangkah masuk ke gerbang Kolej Islam Sultan Alam Shah yang sederhana itu,
Adik perbetulkanlah niat adik.
Moga Allah bantu.
Akak mendoakan yang terbaik untuk adik2.
Kehadiran adik kami nantikan dengan hati yang penuh kegembiraan.
Sebab apa adik2 tahu?
Sebab adik2lah mata rantai perjuangan yang bakal menjulang panji2 agama Allah.
Dan sekiranya hadir adik2 hanya untuk berbuat onar,
Masih belum terlambat untuk adik2 beristighfar.
Masih belum terlambat untuk kembali menghidupkan biah solehah di bumi waqafan.
Semoga Allah mentautkan hati2 kita,
Dan ukhuwwah ini lestari selamanya,
Hingga kita bertemu lagi semesra di dunia,
Begitulah harapnya di JANNAH sana.
Love,
Akak.
macam2 feeling bce entry khalis,,thanx ALLAH c0z gave me a truly friend~
ReplyDeletekakak dhuha, sayu je rase. selamatlah ye smbung perjuangan :) uhibbuki fillah !
ReplyDeleteSalamualaik'..
ReplyDeleteSubhanallah..
Kagum dgn adik2 KISAS..
Alhamdulillah pernah sampai KISAS walaupun sekadar tetamu..