lalala

Friday 8 June 2012

Sambutlah Salamku

Bismillahirrahmanirrahim...
In the nameof Allah the most beneficent the most merciful

How's your faith?
May Allah bless=)

Sahabat2 LowerSix!
Assalamualaikum...!
Hype...!
Ahlan wasahlan...!

Ape?
Dah lapuk?
Yelah...Saya tahu agak lewat utk saya mengucapkan semua tu pada antunna,
Tapi dah ada peluang sekarang,
baek saya ucapkan?
so...

Ahlan wasahlan wa marhaban bikunna, ya asdiqai mahbubaat..!(err..kalo salah nahu wat2 xnampak suda ye?)
hehe

It's never too late kan?
So takpelah nak wish bila pun.
 
21 Mei 2012,
seorang gadis (saya ler tu) tercatuk di sebelah seorang ustazah.
"ustazah,perlukan bantuan?"
"Duduklahkalau ingin membantu"ujar sang mualimah seraya tersenyum sambil tangannya ligat mengemaskini data. Maklumlah, hari ni hari besar.
Cekgu2 semua pakai baju batik.Excited nak terima sahabat2 lowerSix 2nd intake.
Mata sang gadis melilau merata. Seluruh dewan terbuka dijelajahinya. Kaunter nombor,kaunter rumah sukan,kaunter kelas,kaunter biasiswa, hatta kaunter koop pun dilihatnya.
Aktif bebola matanya. Mengusyar. Haish~!
Bukan usyar muslimeen okay!!
 "Hurm,ramai jugak lowerSix ni." tuturnya perlahan.
Pemerhatian diteruskan.
"Waaah! Ramai la yang cun2. Muka solehah. Muka pandai2 pulak tu." komen persendiriannya tanpa disoal.


11.00 pagi- Taklimat dgn pihak pentadbir
Matanya meliar lagi. Kali ini menjelajahi Dewan Ulul Albab.
Ramainya datang. Parents diorang ni sangat supportive la.Bagus2.Fikirnya sambil cuba menangkap butir bicara yang dihadapan mikrofon.

1.00 petang- Masuk asrama
Fuh! Penatnya! Seharian jugaklah aku bertungkus-lumus. Nasib baik takde prep petang.
Ditelitinya wajah sahabat2 baru.
Lalu dipanjatkan doa:
"Ya Allah,
Aku tahu penatku ini berbaloi,
kerana Kau mendatangkanku,
Sahabat2 baru,
Mereka hebat2 ya Allah,
Aku khuatir tidak layak bersahabat dgn mereka,
Maka bukakanlah hati mereka untuk menerimaku,
dan bukalah hatiku untuk menerima mereka,
Moga dgn kekuatan ukhuwah ini,
Akan meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kami.
Ameen~


Stay,Istiqamah

Bismillahirrahmanirrahim...
In the name of Allah the most beneficent the most merciful

Kaifa imanukum jami'an?
Moga yazid...

Saya rindu pada pertanyaan ini,
Mungkin kerinduan ini yg menyebabkan hati,
Ingin kembali ke tempat yg dicintai.

Merenung sejenak,
Detik2 manis hidup sebagai pelajar,
Adakalanya membuat aku tersenyum,
Tak kurang juga membuat air mata gugur,
Satu per satu.

Ye...Ye...
Sekolah memang:
1. Memenatkan
2. Malas memikir & menyiapkan hommework
3. Malas hantar project paper
4. Malas join koko
5. Susah nak cilok2 masa nak tidur
Saya akui.


Tapi ke'best'an sekolah yang:
1. Ada tarbiah
2. Ada biah solehah
3. Ada ukhuwwah
4. Ada murabi
5. Ada sahabat2

Membuatkan saya berfikir dua kali,
Sanggupkah saya meninggalkan tempat ini sebelum cukup mutiara saya kutip?

Lalu saya putuskan,
Menerima jawaban istikharah yang selama ini dinantikan.
Tetap tinggal.

Entahlah.
Mungkin pada kacamata orang lain,
Lebih baik keluar.
Cukup2lah bersekolah.
Aku dah x sanggup tau x?
Tapi saya dan mereka berbeza.
Kami memandangnya dengan kacamata juga.
Tapi kacamata cinta...!

Dahulu pernah seorang ukhti memberitahu saya,
" Staylah. Insya Allah ada barakah."
Dan dia pernah menulis di sekeping kertas.
"Stay,Istiqamah"
Saya hanya diam. Termangu. Membisu.

Saya tidak mengerti,
Kenapa perlu tetap tinggal di sekolah yang sudah lumat kita jelajahi?
Kenapa perlu sibuk2 menjaga tampuk tarbiah dan biah solehah?
Kenapa menyambung lagi 2 tahun? Tak cukupkah 2 tahun menanggung amanah sbg siswa?
Tidak cukupkah mutiara2?
 

" Fastaqim Kama Umirta"
Syiar kolej itu. Sudah berulangkali saya baca.
Sudah beratus kali saya dengar.
Sudah terlalu sering saya lihat.
Tapi baru kali ini saya memandang,
Dengan pandangan mata hati.
Dan akhirnya saya mula mengerti,
Soalan2 yang dahulunya mengasak minda,
Kini makin terjawab,
satu per satu.

"Stay,Istiqamah"
Perkataan itu terlalu mendalam maksudnya.
Terlalu simbolik. Terlalu bermakna.

Saya bukanlah ingin mencanang kepada seluruh dunia,
Sekadar berkongsi rasa,
Maaf andai ada yang terasa,
"Hek eleh,bapak eksen gile minah ni. Kerek siot."
Say whatever.

Ya Allah,
Kukuhkanlah langkahan kaki kami,
Berkatilah perjuangan kami,
Lindungilah kami,
Bimbinglah kami,
Kuatkan kami,
Ikhlaskan hati kami,
Rabatkan dan tsabatkan nurani kami,
Tajdid niat kami,
Lembutkan hati mereka untuk menerima kami,
Tingkatkan iman dan taqwa kami,
Moga kerananya,
Makin teguh langkah kami.

Ameen~

Buat Helang2ku...

Bismillahirrahmanirrahim...
In the Name of Allah the most beneficent,the most merciful

Apa khabar iman,sahabat?
Masihkah bergetar tatkala mengingatNya?
Masihkah bersuara tatkala rindu pada RasulNya?

Jika masih ya, Alhamdulillah.
Ya! Sudah lama saya tidak mengupdate blog ini.
Boleh dikatakan pencapaian yg sangat merosot ; 1 bulan 1 post.
Haha... xpelah...Biar sedikit,moga mudawwamah.

Musim persekolahan sudah bermula kembali.
Saat telapak kaki menginjak kembali Bumi Waqafan,
1001 rasa mula berbagi,
1001 macam kenangan bersemadi,
1001 rahsia tersimpan sendiri.


Melangkah ke alam tingkatan 6.
Tipulah kiranya saya katakan mudah.
Bohonglah kiranya saya katakan indah.
Tapi saya tak mampu mengalah.
Belum masanya kerana perjuangan belumpun bermula.

"Innal bughatsa biardhina yastansir"
Sahabat2,ingat lagi kata2 ini?
Kalau sudah lupa,
Saya bawakan kembali.
Kalau masih ingat,
Saya kukuhkan lagi.
"Pipit2 yang masuk ke bumi ini akan keluar sebagai helang"

Sahabat,
Jalan yang terbentang dihadapanmu itu,
Adalah ketentuan Dia untukmu,
Aku tahu ia tidak mudah bagimu,
Aku ingin kau tahu ia tidak mudah jua bagiku.

Dua tahun kita diadun biah,
Dua tahun kita menganyam tarbiah,
Dua tahun membina ukhuwah,
Dua tahun mengejar mimpi dan cita2,
Dua tahun jua, mempersiap diri ke medan dakwah.

Kini kita tercampak merata,
Timur,Barat, Selatan dan Utara,
Aku gembira melihat denai perjalanan kita,
Bertebaranlah kalian di bumi Allah,
Lebarkan sayap dakwah,
Kembangkan kepak 'ibrah,
Telususrilah jalan para anbiya',
Moga nanti tatkala aku menapak,
Kalian mampu untukku jejak.

Ya! Aku tahu kalian dihenyak mehnah di luar sana,
Sedang aku masih diBumi Tarbiah,
Tapi aku percaya kalian adalah,
Jundi2 di jalan Allah.
Maralah ke hadapan,
Jangan rasa segan,
Kita bawa Islamkan?

Aku rindu kalian,
Sungguh, sangat, amat.
Aku nak beritahu kalian,
Dunia luar bukan KKJ..!