lalala

Saturday, 22 December 2012

Da'wah is out there...!

Bismillahirrahmanirrahim...
In the name of Allah the most beneficent the most merciful.
I testify that there's no God to be worshiped but Allah
and I testify that Muhammad (SAW) is His messenger.

I contented and accepted that Allah is my Lord,
and Islam is my religion ( way of life)
and Muhammad (SAW) is the prophet sent for us. (that includes me n___n)

Pernah tengok cerita kartun 'UP!'?
Maka tagline 'Adventure is out there' mesti dah selalu menjadi halwa telinga,kan?
Apa yang cuba saya bawakan ialah
Da'wah = Adventure
So both are out there...! (gaya action kamen tgh gelak dengan tangan sebelah naek ke atas) =='

Di sini dengan sukacintanya saya bawakan kepada anda dan diri sendiri kisah tentang dakwah.
Kisah ini sesungguhnya tiada kaitan dengan yang masih bernafas atau yang dah ditalkinkan.
Belum pernah diterbitkan lagi oleh mana2 publisher kecuali blog ini.
Paling penting, kisah ini perlu ditatap sebagai ibrah kerana si-tukang-pemilik-kisah ini langsung tidak berniat untuk mewujudkan segala riak-'ujub-sombong-bongkak dalam diri beliau.
Moga manfaatnya dikongsi bersama.

"Siapa yang melihat kemungkaran, hendaklah dia MENGUBAHNYA dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah MENGUBAHNYA dengan lidah, jika tidak mampu hendaklah dia MENGUBAHNYA dengan hati, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman".-Hadis riwayat Muslim.

That's it. Kerana da'wah itu MENGUBAH dan bukannya sekadar MENYURUH /MENCEGAH.

Cherita 1: Adhoc Hijab Tutorial

Shakira dan Nisha mengitari di sekliling kedai buku itu. Rasanya takkan puas sekadar melihat sedikit-dikit. Haruman buku kadangkala lebih menenangkan daripada Ambi Pur lavender. Niatnya hendak mencari buku rujukan. Err..tapi biasalah...Ruangan 'bacaan umum'-'novel'-'buku agama' tidak dapat tidak pasti disinggah.
Buku rujukan yang dicari tiadalah berjumpa. Jadi mereka putuskan untuk pulang sahaja. Tiba-tiba
Bump! Shakira terlanggar seorang wanita. Ayu berbaju kurung biru. Dan mahkota kepalanya yang cantik ibarat model dalam iklan Sunsilk pada waktu 9.00 a.m. Di ruangan buku-buku agama.
"Maaf!" sepatah luah Shakira. dan wanita itu lekas tersenyum.
"Err..Miss!" Shakira berpaling semula. Aku kah itu yang diseru? Keningnya sebelah terangkat.
"Err..tumpang tanya. Macam mana nak pakai tudung macam tu ye...Agak-agak susah tak nak belit-belit?" Shakira memandang tudungnya. Oh! Cara memakai pasmina inikah yang ditanya.
"Tak. Tak susah pun." Memang pun. Shakira memakai pashmina itupun kerana 2 sebab. Pertama, tak perlu susah-susah nak iron. Pashmina is ready to be wear anytime. Kedua, dia punya stail membelit memang senang. Hijab tutorial dalam majalah Dara.com pun lagi susah daripada cara dia memakai pashmina.
"Macam mana ye? kena balance kan dulu ke panjang kedua-dua belah baru belit? Kena pakai apa je dulu?" ujar wanita itu sambil menunjukkan muka yang sangat berminat.
"Oh tak payah. Tak payah balance-balance. Mula-mula pakai anak tudung. Then inner. Then pashmina. kalau macam saya, saya terus je buat macam ni...bla..bla...bla." dan hijab tutorial dalam kedai buku pun bermula secara adhoc.
Setelah mendapatkan jawapan yang agak clear-clear water, Shakira minta izin untuk berlalu. Bimbang terlepas bus Rapid. Nak balik rumah naik apa oi...?
Shakira lekas mendapatkan Nisha. Dia masih terkejut sebenarnya. Seumur hidup, tak pernah lagi ada orang tanya dia cara-memakai-hijab. Inikan dalam kedai buku pula tu.
"Sembang apa tadi?" soal Nisha melihatkan wajah Shakira yang agak pucat macam baru kena tunang dengan Edward Cullen je.
"Hijab tutorial." Shakira dan Nisha tersenyum lalu melangkah keluar dari kedai buku.

Tiada buku yang terbeli. Tapi mungkin ada hati yang terisi.
Sementara menunggu bus, Shakira kembali memikirkan peristiwa tadi. Memangla nampak kecik je. Eleh, Maria Elena buat hijab tutorial kat Youtube. Tak kecoh pun der.
Tapi ini Shakira. Yang kadangkala bertudung litup, kadangkala bertudung labuh bidang 50-60. Yang kadangkala berpashmina. Tapi belum pernah keluar aci selamba togel kepala. Dia pernah terasa macam kurang wara' pakai shawls/pashmina. Dia pernah terasa macam tabarruj je pakai benda ni semua. Tapi dia memang penggemar fesyen. Dan dia tidak boleh dipersalahkan kalau ingin jadi up-to-date. Dan kerana itu juga, dia mencipta stail sendiri. Dan kerana itu juga dia cuba melabuhkan pashminanya, baik di depan mahupun di belakang. Kerana dia baca surat cinta Allah, dan Allah meletakkan garis panduan sebegitu.

Sebenarnya Shakira nak sangat buat hijab tutorial kat wanita tadi supaya dia benar-benar faham. Tapi keadaan tak mengizinkan. Kalau boleh Shakira nak dia tahu, kenapa kena pakai inner. Of course lah untuk menutup bahagian leher yang berisiko tinggi untuk terdedah. Kenapa pilih pashmina instead of shawl biasa. Of course sebab pashmina tidak jarang dan saiznya LEBIH BESAR daripada shawl biasa. Dan untuk adjustment supaya menutup aurat selari syara', pashmina lebih mudah di 'adjust' berbanding shawl biasa.



Ahem! Awak,
Sebenarnya MUSLIMAT boleh je nak jadi FASHIONISTA!
Siapa kata MUSLIMAT tak berani bermain dengan warna, fesyen dan stail?
Cuma wahai MUSLIMAT,
Berfesyen biarlah Allah dan rasul tak marah,
Manusia pun tak kisah,
Sebab tak menyakitkan mata yang memandang.


Cherita 2 : Bukan nak MENGORAT, nak suruh TUTUP AURAT.

Dalam Bus Rapid ( Nisha pulang dengan menaiki motorsikalnya), Shakira memilih tempat duduk belakang. Bukan kerana belakang itu best, atpi kerana dekat dengan loceng. Eheh! Senanglah nak ting tong pak cik bus nanti kot-kot lah beliau terleka dengar lagu hindustan kan?
Dan doa tidaklah lekang jua dari bibirnya kerana bus itu komunitinya hampir 3/4 aBANGLA/Myanmar.tak kisahlah. Foreigners.
Tiba di suatu perhentian, naik la seorang hamba Allah yang Shakira rasa macam Melayu Muslim. Muka tu..Not bad la. tapi the worst part is...Alamak seluar enta tak cukup kain la brader...!Salah tailor kah?

dan nak dijadikan cerita, hamba Allah tadi tu duduk betul-betul di hadapan Shakira. Err..rasa selamat sikitlah sebab at least kalau jadi apa2, ada la knight in the shining amour tu kan? Ye la. Kita je Melayu Muslim dalam bus tu. Tetiba rasa cam Allah hantar guardian angel pulak. Huhu.
Melihatkan seluar hamba Allah yang tak cukup kain tu, Shakira lantas perasan ada mentol menyala atas otak kanan. Ahha!
Shakira lekas menegluarkan sekeping kertas A4 dan sebatang pen. Lalu dicoretkan,
"Salam. Brother, orang Islam kan? Lain kali tolonglah tutp aurat dengan sempurna ye. Tak rugi pun. Dapat pahala lagi. Insya Allah." Lalu kertas itu dilipat 4. Digenggam kemas. Shakira akan memberi 'warkah cintan'
itu sebaik sahaja pak cik bus berhenti di tempat yang dia ingin turun.
Ting tong! Sudah sampai. Dengan hati yang berdebar-debar, tangan yang terketar-ketar. Lafaz bismillah ditutur perlahan.
"Bang, nah!" hamba Allah itu memandang Shakira dengan muka yang penuh persoalan. Err agak-agak dalam minda dia cakap macam ni kot..
'Budak ni apahal bersurat-surat? Dia admire aku kot. Nak bagi number fon lah tu.'

Ooppss! Sorry bro... tak berniat nak ngorat enta. Cuma nak mintak kerjasama baik agar menutup aurat.

 Shakira lekas sekali menuruni tangga bus dengan wajah yang cuba diselambakan. Dan Bus itu pun segeralah berlalu.
Seumur hidup, belum pernah lagi Shakira buat begitu. Ini kira langkah berani mati la ala-ala kamikaze dulu.

Shakira tak berniat nak bajet bagus, konon tegur orang tapi diri sendiri pun tunggang langgang.
Cuma, mungkin kerana Allah yang hantar kekuatan untuk dia berbuat demikian.
Inilah dikatakan praktis.
Dakwah bukan sekadar teori.
Dakwah bukan sekadar dengar kuliah, hafal ayat Quran dan hadis, dan berhujah sesama orang dakwah.
Tapi inilah medan dakwah yang sebenarnya.

Dan Shakira rasa, cara Allah mengetuk pintu hatinya ialah dengan kata-kata seseorang...
" Kerana dakwah itu taghyir (mengubah)..."

Anyway, thanks Shakira. Kerana sudi berkongsi cerita.
dan awak, kerana sudi membaca.
dan saya, semoga dapat sedikit ibrah.

al-fakirah ilaLlah.
Penang.
16.53
22/12/2012

No comments:

Post a Comment