lalala

Monday 25 November 2013

Be a Gentleman

Bismillahirrahmanirrahiim
In the name of Allah, the most beneficent, the most merciful

I testify that there's no God to be worshiped but Allah
And I testify that Muhammad (SAW) is His messenger.

Alhamdulillah.
Hari ini masih diberi ruang dan peluang,
Untuk menikmati Iman dan Islam.

Okay. Saya tahu ini agak pelik.
Saya menulis tentang perihal sesuatu-yang-agak-terkehadapan?
Tapi apabila sudah tiba masanya,
Saya rasa...Ya.
Saya perlu bercakap juga. Beritahu. Berleter.Berkicau.
Huh. Apa2 saja yang sewaktu dengannya.
Tanggapan anda. Saya benarkan saja.

Ini mungkin berbaur pemberitahuan. Tapi taklah sampai maqam 'pekeliling kerajaan' tuh.
Tapi sebenarnya ia lebih kepada...Nasihat...mungkin?
Atau amaran? Atau ugutan? Pfftt. Taklah.
Keep calm and take it easy.

Kepada jejaka2, pemuda2, syabab2,laki2, dan sahabat2 di luar sana,
Yang terasa macam entry ini saya tulis khas buat antum,
maka ia memang khas untuk antum pun.

Bagi mereka yang serasa allergik untuk baca,
Antum boleh klik pangkah dan bukak tab baru untuk perkara yg lebih berfaedah.

O Allah. Give me strength to keep writing.
Gila tak gila, cuak jugaklah nak tulis psl benda2 futuristik mcm nih.
But it's ok. Stop membebel dan teruskan kepada poin.
BM!
Dude,
It's okay to be you.
I mean, it's okay to have all those kind of 'feelings'.
Yang semestinya tak perlulah nak disyarah panjangkan perasaan bagaimana yang saya maksudkan.
Antum pastinya lebih arif dan mahir.

Dalam fatrah sebegini,
Memang menjadi fitrahlah untuk saling mencari.<---bagi sesetengah individu sahaja kot.
Dan fitrahlah bila Adam mula mencari Hawanya.
Hakikatnya, rasa itu tidak salah dan tidak wajar untuk dipersalahkan.

Antum tidak salah kerana memiliki perasaan itu.
Antum tak perlu ke penjara pun sebab menyukai/menyayangi seseorang.
Antum tak perlu sorok muka bawah meja atau simen muka dgn simen lantai sebab perasaan yg satu tu.
Antum cuma perlu tahu, cara yang betul untuk selngkah ke hadapan.

Kalau antum rasa sudah cukup bersedia,
Ilmu sudah berkepuk di dada,
Iman sudah agak2 solid sebagai hamba,
Amal sudah menjamin pahala,
Ekonomi sudah agak2 stabil, tak kisahlah harga gula/minyak melambung tahap ikan kembung sekalipun,
Keluarga sudah boleh terima,
Kerjaya...err...ok. KIV pun tak apa.
Benar2 sedia membina Baitul Muslim?
Benar2 sedia membentuk masyarakat Muslim?
Benar2 sedia menanggung beban dosa yg selama ini ditanggung bapa?
Kalau ya,
Silakan, mengorak langkah.

Entry ini dikhususkan lagi buat mereka2 yang mengerti,
Hukum hakam yg melibatkan leleki-perempuan, ikhwah-akhawat,muslimin-muslimat,
Senang kata,
Saya berkata2 dengan antum, wahai fuqaha' fiddeen.
Antum tahu,
Couple itu tidak manis. Tidak rock dan tidak jugak best.
Itu gerbang kepada zina,kan?
Dan antum tahu,
Nikah itulah yg terlebih sopan
 dan halal yang terjamin.

Antum mahukan yang manis, sopan, bersih, diredhai,
Jadi jalannya juga haruslah manis, sopan, bersih,dan diredhai.

Antum inginkan puteri seorang ayah,
Mintalah dengan cara yang baik.
Sebab saya pasti kalau antum berada di tempat sang ayah pun,
Antum pasti mahu hak seorang wali dimuliakan, kan?

Wali itu bukan cuma berguna tatkala akad.
Wali itu punya hak yang perlu disempurnakan,
Seawal puterinya ingin dirisik,
Hinggalah antum benar2 sedia menggantikan tampuk bebanan seorang bapa,
Kepada seorang puteri.

Rasanya bagi antum yang cukup faham bahasa Melayu ini,
Mudah untuk faham pernyataan2 di bawah,bukan?
Tak perlulah nak bermesej2an.
Tak perlu tlg kejut qiam dan ajak puasa sunat segala bagai.
Tak perlu nak YM atau pm kat FB ,tanya itu ini.
Tak perlu nak kongsi rasa dengan satu kelas.
Tak perlu mendesak.

Peliharalah keberkatan rasa fitrah itu,
Sedari awal tumbuhnya.

If you really want her,
Be a gentleman.
Approach her wali,
Not her, the lady.

See you soon,
Walimah jgn lupa jemput!

Credits: Efef!



Sunday 3 November 2013

Elle's Story

Bismillahirrahmanirrahim,
In the name of Allah the most beneficent, the most merciful
I testify that there's no God to be worshiped but Allah,
And I testify that Muhammad (saw) is His messenger.

I accepted Allah as my Lord,
Islam as my religion,
And Muhammad (saw) as the prophet sent to me.

Blog world, welcome back.
Mintak maaf dah bersarang ankabut di sini.
Akibat tukang khatib yg sibuk menelaah.
Now that STAM dah habis,
Bolehlah menggoreng banyak2 kat laman sesawang ni.

STAM dah habis.
It means waktu bersyurga-syurgaan di bumi waqafan pun hampir habis.
Allah,
I'm gonna miss these moments.
Seriously.

For the STPM & SPM warriors,
Keep on doing your best.
Ummah awaits you.

Elle's Story.
A simple present from a street walker,
An observer,
And a daydreamer?

DhuhaIkhlas.
______________________________________________________________________________
 I
Aku Elle.
Discovery Channel Magazine atas riba.
Terbuka. Tapi mata pandang merata.
Cari hati. Nak bawak balik rumah.

Lapar. Panjat tingkat atas.
Pekena Mary Brown. Okeylah lunch ala2 breakfast gitu.
Aku jalan straight. Nampak gerai jual majalah.
Matanya melilau mencari majalah-majalah yang berkenan.
taste dia. Tup. Gotcha!
Majalah Galaxie ditatap. Diselak-selak.
Tiada niat membeli. Sekadar mengupdate.
Lama aku tinggalkan dunia ni...

Tiba-tiba dia perasan ada mata yang memandangnya serong.
Kira slack macam seluar yang abah pakai nak pegi keja.
Bapak slack gilaa..
Kacau! kalau budak sekolah nampak aku usyar Galaxie ni tamatlah riwayat...
It's ok. Tak ada niat nak membeli pun. I had enough.



II
Ini aku. ya. Ini memang aku.
Kau tak payahlah nak kecewa dengar cerita aku.
Aku tak paksa.
First thing first,
Kalau kau tengok aku hari ni, saat ni,detik ni,
Kalaulah dalam hati kau yang suci bersih tu nak terbit sikit rasa hormat,
baik cancel niat.
Kalaulah kau, sebagai manusia biasa nak letak high expectation pada aku yg biasa2 ni jugak,
tak payahlah.
Kalaulah kau menantikan yang baik-baik saja dari aku,
dan bila kau ttengok aku buat benda2 salah dan kau rasa aku manusia paling berdosa,
Aku tak kata aku malaikat dari awal.

Tak. Tak.
Ini bukan KL Noir. Bukan Dukana. Bukan Versus. Bukan Anthem, Tunas or whatsoever.
Aku tak tulis pasal Julia The Heroin, atau Ed'sassin of Wrath atau Dash.
This story is mine. Perfectly, exclusively.

This is me,
When I walk and think.
About back being the real me.
So I made a check up.
Being a real me is defined as what?
The crystal clear sides I was born with,
Or the dark sides I shall not live with...?
Aaarrggghhh!
Serabut......



III
Aku memang Elle.
Dulu pun Elle. Sekarang pun Elle.
Orang selalu tanya,
Who will I be?
Aku nak jawab apa...
Aku pelakon.
Atas pentas yang aku kongsi bersama kalian.
Aku yakin aku tak berlakon sorang2.
Melainkan dalam barzakh nanti.
Cop! Tapi barzakh dah kira backstage.
Pentas aku cumalah dunya.

Aku pernah bercita-cita untuk jadi pelakon terhebat.
Bajet gilaa,kan?
 How will I end up...?



IV
Aku memang dilahirkan putih suci persih.
Nak kata aku baik masa kecik dulu...
Ada ke baby yg lahir terus jadik perompak?
Aku tak membesar di celahan Lorong Haji Taib,
Atau Chow Kit, atau Petaling Street.
Ayah dengan mak memang ikut kaedah Imam Shafie la,
Nak didik aku punya pasal.
Tapi nak buat macam mana,
Aku sendiri yang pilih jalan gelap ni,
Dari terang cahaya, aku yang merangkak menuntun zulmat,
Bukan kerana aku takut cahaya itu menyilaukan,
tapi sebab aku yang buta dalam penilaian.



So I throw  out all my sweet yesterdays,
And I chose darkness to accompany my way,
And so, I went astray.

Aku ingat dulu Ayah selalu baca ayat ni,
"Alastu birabbikum, Qaaluu balaa, shahidna.." -Al-A'raf :172
Tapi aku aci buat pekak je. Ayah bukan ustaz pun. Tak payahlah nak bagi ceramah free.
Masa tu memang jiwa kacau. Tak suka dgn benda-benda agama ni.
Rasa mcam baik sumbat earphone kat telinga dengar Panic at the Disco lagi baik.

But not at this very time.
Bila aku dengar je sorang ni sebut balik ayat tu,
rasa seram sejuk bulu roma aku.
Orang itu memang tak pernah gagal menyeramsejukkan,
Satu janji telah ku mungkiri.

Janji aku dengan Rabbi.
Tuhan, aku tak nak jadi munafik!

V
Hari ini mungkin ya,
Aku sudah disapa hidayah,
Aku dikurnia taufik untuk berhijrah.
Aku kembali kepada fitrah,
Bahwa diri, hati, jiwa dan seluruh hela nafas ini ,
Bukan milik dunia, tapi milik pentadbirnya.

Hari ini mungkin ya,
Aku yang kau nampak macam baik sikit ni,
Aku yang kau tegur mungkin akan tunduk dan terima teguran seadanya,
Aku kau lihat memenuhi undangan majlis2 ilmu, menuntut indungan sayap malaikat,
Aku kau lihat bertudung litup,
Aku kau lihat berkarib dengan Al-Quran,
Aku kau lihat berkumpul dengan para solihaat,
Aku yang kau lihat hari ini cuma bukti,
Bahawa kasih sayang Allah tak pernah putus buat hambaNya.

Aku yang kau lihat hari ini ungkin sudah kau rasa selamat,
Dari fitnah dunia dan permainannya,
Dari ranjau hidup dan sengsaranya,
Dari jilatan neraka sakar dan seksaannya.

Tapi satu.
Aku sebenarnya takut. Khuatir. Risau.
Tergelincir. Tertipu. Terpedaya. Terpesona. Terperangkap.
Futur. Nauzubillah.

Aku selalu harap Allah selamatkan aku dari kembali ke sisi2 gelapku.
Aku himpunkan takut dan harapku pada Dia.
Namun aku masih seorang manusia,
Yang takkan lepas dari dicuba.

Tuhan,
Bagaimana harus aku keluar dari zon selesa mewah ini,
Dan menuju medan dunia realiti?

I believe one fine day,
There'll be a girl,
Reciting the Holy Quran,
In the midst of Vatican City.
And it is me.
I wish.
 Allahu.
Allahu rabbi...
Don't let me go astray,
Anymore.



Elle's Story.
Ended.

wabillahi tawfeek wal hidaayah.