lalala

Friday 29 March 2013

Understanding Pure Intention

Bismillahirrahmanirrahim
In the name of Allah,the most beneficent,the most merciful
I testify that there's no God to be worshiped but Allah
And I testify that Muhammad (SAW) is His messenger.

What lies in the heart,
Even words can't describe them.

Berat mata memandang,
Berat lagi bahu memikul,
Inikan pula cuma telinga yang mendengar.

I was in the car with my father. On the way to his college , somewhere in Penang.

" I have to deal with these kids. Sometimes they easily cancel the class. We don't really have much time to cover up. The syllabus, I have to finish them all. " Suddenly my father spoke out.

"Why? They were troublesome?"

"Some of the kids, they are very good, very obedient, very committed to study..But the other some of them...They just take it for granted...I'm very disappointed with them. 48 hours is the contact hours for students with their lecturers. If it's not enough,then it wouldn't be sufficient for exam. They aren't eligible to sit for exams."

"Biasalah tu Abah..."

"These kids...we want to help them. We really want to help them. If they're really committed in studying, but when they couldn't perform well in exams, at least there's something we could do for them. But if they aren't committed..with all sorts of excuses...we couldn't help them out. Anak2 orang Melayu ni la...We (the college) really want to help our kids. Muslim kids. That's why we never really mind about fees. There's about 1 million++ fees unpaid. But as long as they want to pursue studying, we just let it be. We're not IPTA. we ddepend only on Majlis Agama Islam under the asnaf of fisabililah and PTPTN. And yet these kids still playing around...There's no other college did like we do..."

"Perhaps because they think that they pay for it..." I was trying to give out opinion.

"Yeah but still...Paying fees doesn't mean they can take it for granted. Studying is for the sake of knowledge..Not for the sake of making the fees worthy... "

"Mentality. They hardly change it, Abah."

"I hope that they'll realize how hard we've put in efforts in order to make them succeed. we just want to help them. But if they don't wanna do the same for themselves,there's nothing more we can do. Muslims,we shouldn't acted out this way. It mustn't be the same on Chinese/Indian kids in Malaysia. they really value the knowledge."

"Malays are still in the comfort zone ," I added.

After seeing, listening, and reading Abah's hardship as a lecturer..My minds were thrown back to my teachers. Yeah...Sometimes we acted out like the kids too.

Even though I have to take time understanding...
At least it worth it.

I understand, teachers.
The efforts you've been put through...
The hardship you've been went through..
The dissapointment you've to swallow...
Those of them that we're just ignore...
Those of them that we're just taking for granted..
Those of them that we're misunderstood...


But maybe,
I just can't picture them out.
Yeah, I can't tell you that I understand you through my words,
Neither my actions,
But I want you to know,
You're always valued.

Sincerely,
I'm sorry.
I'm not sure whether I won't  hurt you anymore even when I don't realized it,
But for all misbehavior and mischievousness I have/might be created...
I'm really sorry.

last but not least,
Never the least,
Thank you.
May Allah bless you.

 

Tuesday 26 March 2013

Hikmah Pertemuan....Mungkin

Bismillahirrahmanirrahim
In the name of Allah the most beneficent, the most merciful
I testify that there's no God to be worshiped but Allah
And I testify that Muhammad (SAW) is His messenger.

Bus ekspress meluncur laju meninggalkan jalan. Aku yang terbata di atas bahu jalan, mengesat mata. Beg yang tidak seberapa berat diangkat, jam tangan pemberian sahabat2 direnung sekilas. Jam 2.15 pagi. Di Terminal Bas Sg.Nibong. Sungguh, seumur hidup tak pernah aku buat langkah berani mati macam ni.

Inilah akibatnya, tertidur tahap tak ingat dunia Sedar2 bus dah masuk Penang. Aku tanya pakcik yang agak2 soleh pakai kopiah kat sebelah aku tadi, "Pakcik, Butterworth dah lepas ke?" . Pakcik tu kata "Ya,"
Lagi mau tunggu? Baik aku turun sini. Sg.Nibong pun Sg.Nibonglah. Wajib call Abah suruh ambik aku ni. Dah darurat ni Bah. Anak gadis Abah sorang2 kat sini. *baru teringat,aku gadis rupanya*

Aisehmen! Bateri handset kiok la pulak. Tu la...Tadi dalam bus kemain lagi layan Vanilla Twilight. Al-Mulk tak pulak. Kan dah kena sebijik.

Usyar sekeliling. Ada phone booth. Tapi, alamak aii...Geap laa kawasan ni. Dah la ada beebrapa mamat berbangsa India lepak tepi tu. Sumpah aku tak berani merisikokan diriku yang solehah ini untuk menelefon di phone booth yang tak tahu boleh guna ke tidak tu. Penumpang yang turun sekali dengan aku tadi dah makin beransur pulang. Tinggal aku dengan sorang mamat ni. Tinggi renjong. Muka...Not bad. *Okay. mata aku nagntuk la time tu*

"Mak aii...takkan nak mintak pinjam handset mamat ni? Muka memanglah nampak cool. Buatnya dia tak ada kredit ke, tengah tunggu laling dia mai jemput ke, tak ke naya perempuan solehah macam aku?" Fikir 10 kali jugaklah nak pinjam handset kawan ni.
"Aisy...tapi ini dah darurat, Lantaklah. Asal dapat sampai rumah cepat." Lalu aku pun dengan kekuatan yang entah datang dari mana bersuara,
"Brother, boleh pinjam handset tak? Bateri saya dah konglah," Muka memang seposen habis. Nasib baik brother ni (yang aku pun tak tahu Melayu ke Cina ) bagi je aku guna handset touch screen dia. Huhu. Aku call mak. Infom kat mana aku sekarang. Mak kata Abah on the way. Aku lega. Alhamdulillah.
Aku pulangkan handset dia. Aku guna 36 sen. Alamak!
"Err...36 sen. nak kena bayar balik ke?"
"Eh,tak payah." Ok. Dia senyum. Terbaek! nasib baiklah Allah kirim dia kat sini. Walaupun asap rokoknya sangat menganggu tekak aku, terima je lah. Orang dah berbudi tu,der.

dalam hati mercup dengan doa,
"Ya Allah,kirimlah lagi oaang2 yang boleh aku harapkan selain mamat ni,"
Tak lama lepas tu, turun la lagi 1 rombongan dari bus yang parkir jauh sikit dari kami.
Ada seorang muslimah turun dari bus tu, melangkah laju menuju ke sebelahku. Aku tarik nafas lega.
Terima kasih ya Allah. Kerana sudah bantu aku...! (gaya nabila)

Tiba2 ada satu kereta meluncur laju, kereta saudara mamat baik u la kot.
Sebelum dia pergi, dia tanya aku lagi,
"Ada nak guna lagi tak?"
"Tak ada. Terima kasih." Senyum. Tunduk kepala sikit kat dia, atas keprihatinannya terhadap insan darurat macam aku.

Tak lama lepas tu,akak yang kat sebelah aku ni pun menyapa aku.
Sungguh,dia sangat mesra.
Seawal bersalaman lagi, dia telah bersalam semut denganku. Hairan. Jarang jumpa manusia spesies ni.

"Adik sekolah mana?"
"Kisas."
"Oh. Turun dari mana?"
"Dari KL. Kan cuti sekolah, balik." Dan aku pun terlebih ramah membuka cerita kemalangan aku yang tersilap stesen bus.
"Akak dari mana?"
"Oh,akak baru balik dari kenduri naqibah akak. Kat Sg.Besar. tengah tungguh kawan naqibah akak yang sorang lagi tu datang ambil,"
Aku melopong dengar. Orang ini join usrah. Yipee!
"Akak join usrah?"
"Ha'ah. Kat sekolah adik pun mesti ada usrah kan?"
"ha'ah. Kitorang usrah under Badar. Ada silibus yang sekolah bagi," Jawapan serious skema.
"Akak dah masuk maktab ni, usrah dia under NGO. macam2 la usrah yang ada. Nanti kalau adik dah masuk U pun,samalah." dan dia pun menyebut satu per satu NGO yang dia tahu mempunyai usrah.
"Tapi walaupun kita ada banyak NGO Islam, hadaf kita semua sama. Nak tegakkan kalimah Allah."
Aku makin tertarik dengan akak ni. Namanya Kak Pah.
Lalu perbualan kami berkisar pula tentang latar belakang keluarga, dan macam-macam lagi.
Kak Pah banyak mengajar aku tentang hidup.
Dalam perbualan sesingkat 45 minit itu, banyak yang aku pelajari darinya.
Abah belum datang juga.
Aku paham, rumah aku kat Seberang kot!
Ini Island!

Tiba2 kawan kak Pah datang.
kak Pah dengan penuh sifat caringnya mengajak aku tunggu bersamanya di dalam kereta kawannya.
dan kawannya sangat tidak kisah.
Di dalam kereta, kami sambung berbual.
"Akak kata tadi, usrah ada banyak NGO. Akak yang mana 1?" Kak Pah beritahu, dia NGO yang pertama sekali yang dia sebut seawal tadi.
"Awak tunggu dengan kitoranglah kat dalam kereta ni, kat luar tu bahaya." Keprihatinannya membuat aku bangga,punya saudara seakidah sepertinya.

Tiba2 datang seeokr anjing. Kak Ain (kawan kak Pah) menghalau anjing itu dengan tangannya walau sebenarnya anjing itu di luar kereta, kami baik2 sahaja di dalam.
"Jangan berani nak kacau Hisan," katanya.
"Hisan?" aku buat muka pelik.
"Nama kereta ni."
"Kenapa kereta pun nak kena ada nama?"
"Yelah. Rasulullah pun letak nama pada haiwan tunggangannya,kan? Macam kawan Kak Pah yang lain pun dia ada letak nama kat kereta diorang..." Kagum sebentar. Sampai ke tahap ini mereka diajar untuk memahami sirah.

Aku tengok jam. Resah sebenarnya kerana Abah belum sampai. Kami bertiga masing2 diam. Sepertinya sudah hilang bicara. Mengantuk? Itu sudah pasti.
Kak Ain memasang kaset. Keretanya Kereta Iswara, paham2je lah.
Aku ingat nak dengar lagu, alih2 ayat Quran yang berkumandang.
Aku amati wajah mereka.
Insan manakah dalam dunia ini yang sanggup menjadikan ayat Quran sebagai bahan untuk ditadabbur tatkala jam 2.45 pagi?
Masing2 diam, mentadabbur ayat.
Tiba2 kaset rosak. Aisehmen, kena bawak keluarla dari player.

Lepastu kami pun sembang2 lagi. Bagi hilang mengantuk.
Cuma 1 je. Bila aku tanya,
"Kak Pah, apa beza semua NGO tu? lagi satu,ada dalam senarai yang Kak Pah sebut tadi tu, parti politik,kan? Bukan NGO,"
Kak Pah diam seketika. Dia memandang kak Ain. Sungguh,aku ingin tahu sejauh mana mereka arif tentang ini. Baru aku mampu menyimpulakn tentang mereka,
"Akak pun tak tahu sangatlah dik tentang usrah2 lain ni. Nanti adik google2 lah tengok,ya?"
Aku mengangguk. Dalam hati berkutik sesuatu.

tak lama lepastu, Abah pun sampai.
Aku pun buat muka lega. Aku salam & peluk Kak Pah dan kak Ain. Tanda aku hargai pertemuan dengan mereka. Aku salam Abah dan Kakak.
Sepanjang perjalanan, Abah menasihatiku agar jangan lagi mengambil tiket malam. yelah, it's kinda nuisance. Aku mengaku. Aku silap bajet masa. Tapi mindaku lebih tertarik mengenangkan Kak Pah.

Sampai depan rumah. Nafas lega ditarik panjang.
Alhamdulillah.
Bukak pintu. Terdengar suara orang sedang menunaikan solat.
Aku tengok jam dinding. 3.30 pagi.
Ada lembaga bertelekung sedang khusyu' menghadap Tuhan.
Alhamduillah, Ummi.

Terima kasih ya Allah.
Atas semua pemberianMu ini.
Untuk semua ini.
yang takkan terbayarkan olehku.
Untuk hikmah kepulanganku ini,
yang takkan terbeli oleh sesuatu apapun.

Alhamdulillah.




Sunday 24 March 2013

Aku, Kau dan UIA...

Bismillahirrahmanirrahim
In the name of Allah the most beneficent, the most merciful
I testify that there's no God to be worshiped but Allah
And I testify that Muhammad (SAW) is His messenger.

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ -surah al-Imran ayat 54


Bus Rapid meluncur masuk ke perkarangan UIAM. Kami berlima segera turun. Setelah mengucapkan tahmid kerana berjaya juga menjejakkan tapak kai di menara gading hasil pembinaan OIC ini, kami singgah di bus stop sebelum meneruskan langkah.

UIAM yang tersergam dengan bumbung berwarna biru firus tampak gah.
Sangat besar. Sangat luas.
Tasbih beralun pada kedamaian yang dihadiahkan Tuhan.

"Chop kejap. Nak makan." kami akur. Masing2 lapar kot.
Kau dengan buah jambu kau. Aku dengan cupcorn aku.
Pakat2 mengunyah. Sambil mata memandang terik mentari Gombak.
Malaysia sebenarnya.

Tiba2 kau tanya aku,
"Kenapa kau tak masuk sini dulu eh?"
Aku terhenti suapan. Aku kalih pandang kat kau.
"Yelah, dulu kan kau dapat UIA. Kos IRK pulak tu. Asal kau reject eh?"
Aku mudahkan soalan kau. Dalam hati,
"Kau sebenarnya nak tahu sanagt ke kenapa aku stay instead of pegi UIA ?"
Tapi dalam hati je la.

"Kalau aku masuk sini, aku tak kenal la kau,"
Kau senyum simpul. Yang lain juga.
Kita berlima.
Betul. 
Ukhuwah ini Allah yang cipta.
Takdir pertemuan kita Dia punya rencana.
Aku tak mampu berbuat apa2.
Aku cuma hambaNya, jadi segala perancanganNya,
Aku turutkan saja.

Kalaupun ada yang aku suka tentang uni ini,
Itu adalah kerana perpustakannya yang sangat besar,
Yang ada sangat banyak buku,
Yang membuat aku tenggelam dalam karung ilmu,
Yang seolah menjawab pertanyaanku,
"Can I lost into books, like I lost into woods?"

Kalaupun aku ingin menjadi sebahagian dari ahli uni ini,
Itu adalah kerana program da'wahnya yang serata arah,
Kupasan2 buku oleh penulis2 terkemuka,
Forum2 yang sesuai dengan jiwa remaja,
Dan akhawat (sisters) nya yang baik + cantik+ ramah belaka.
Itu saja. Mungkin itu saja.

Mungkin kau pelik.
Tapi , sudah2lah.
Perjalanan kita sudahpun hampir ke garisan akhir.
Janganlah kau undang lagi persoalan takdir.

Kau mungkin nampak macam aku ini,
Entah apa2.
Yang sanggup menggadaikan impian dan cita2,
Demi perjuangan yang belum pasti bagaimana akhirnya,
Tapi aku nak kau tahu,
Ini bukanlah apa2,
Pengorbanan orang lain lebih beria,
Cerita aku takkan terhenti di sini saja,
Aku akan terus mara,
Dan sampai suatu saat, kau akan tahu kenapa.

Aku cuma merancang.
Apa yang aku rasa aku suka,
Apa yang aku rasa aku minat,
Apa yang aku rasa aku boleh buat,
Tapi aku selalu lupa,

Aku ada Dia,
Dia sudah ada rencanaNya sendiri,
Dia yang memberi apa yang aku perlu,
Dia yang tahu apa yang aku mampu,
Dia yang menggubal takdir penentuku,
Dia, yang sebaik-baik perancang...!





Bila Dia...

Bismillahirrahmanirrahim
In the name of Allah the most beneficent,the most merciful
I testify that there's no God to be worshiped but Allah
And I testify that Muhammad (SAW) is His mesenger

Ini kisah seorang adik. Junior saya. Pemain catur kebangsaan. Pesilat Kebangsaan.
In shaa Allah, hamba Allah yang cintakan Tuhan.

Pagi itu selepas perhimpunan Jumaat,
Khabar pemergian seorang Syeikh yang amat disengani,
Sangat meruntun nurani.
Hilang sudah seorang lagi pejuang agama,
Yang soleh lagi muslih.
Al-Fatihah. Syeikh Ramadahn Al-Bouti.
Khamis sebelumnya saya diberitakan tentang khabar kematian seorang ustaz.
Pemergian yang tidak disangka2...
Saat saya benar2 perlu.
Al-Fatihah meratib sendu. Hiba berbaur lagu.
*                                *                             *                                *                         * 
Dan sebelumnya saya dan kawan2 diuji.
Ingin melaksanakan agenda tarbiah, tetapi diduga oleh yang tak mengerti.
Dia tiada di tempat kejadian.
Tapi lekas sekali mengerti.
Datang adik ini.
Dengan senyumannya yang tidak pernah lekang.
Lalu dia berkata,
"Kak,pasal hal semalam tu...Saya nak bagitau akak, Rasulullah pernah bersabda,'Aku wasiatkan agar kamu tetap bertaqwa kepada Allah dan sentiasa taat dan patuh walau yang memimpin kamu adalah seorang budak.Sebahagian dari kalian yg hidup setelah peninggalanku akan melihat banyak perselisishan faham. Oleh itu, berpegang tetaplah dengan sunnahku dan sunnah khulafa' ar-rasyidin . Peganglah dengan gigi geraham kamu...Dan tolaklah semua perkara yang baru,kerana yang baru itu bid'ah..dan semua yang bid'ah itu sesat,' (riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah)"

Saya diam tersenyum. Kagum pada kekuatan ingatannya dan hadis2 nabi yang selelu lancar meluncur dari lidahnya yang petah berkata-kata.

Dia sambung,
"Kak, teringat kata2 Us.Nik Abduh, lebih kurang macam ni,' Remaja sekarang bukan perlu dihidang dengan hiburan (keseronokan) tapi perlu dihidang dengan tarbiah..'"

"Saya akan tetap terus sokong apa yang akak buat...Selagi tak bertentangan dengan syara'. Tarbiah memang akan dipandang serong, tatkala akhir zaman."

Allahu rabbi...

Terima kasih ya Allah,
Kerana menghadirkan insan macam dia.
Bukan untuk saya seorang saja.
Tapi juga buat mereka yang seperjuangan bersama.

Adik ini memang,
Seperi Shila Amzah di hati kami.
Yang sentiasa tahu waktu,
Untuk menghiburkan hati pilu,
Dengan jenaka dan kata2,
Yang membuahkan tawa,
Lalu mengesat pergi air mata.

Moga Allah merahmatimu Dik.

Chaiyook! Pemain catur kebangsaan...!
Bawlaah balik piala kemenangan,
Buat kolej Islam kesayangan.
Doa kami, dan kau selalu dalam ingatan.


Monday 18 March 2013

Teruntuk

Bismillahirrahmanirrahim
In the name of Allah the most beneficent, the most merciful
I testify that there's no God to be worshiped but Allah
And I testify that Muhammad (SAW) is His messenger.

Ini khas untukmu.
Semua yang terasa berharga dalam hidup seorang aku.

Kamu.
Teruntuk kamu.

AdaMu. Najwa Latif. Versi aku.


Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia
Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
ku merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Tuhan.
Terima kasih.
Sebab selalu ada.
Dan membalut kabut jiwa.
Dan menghadiahkan sekujur tenang.
Sungguh,hamba ini teruntukMu.

Teruntuk Umi Abah,
Anakmu sedang membesar.
Anakmu akan tumbuh jua,
Dalam segenap cara dan acara,
Dan untuk korban kasih selama bersama,
Takkan terhitungkan,
Takkan terbayarkan,
Takkan tergantikan,
Terima kasih.
Teruntuk semua yang diberi dan berbagi.

Teruntuk kamu.
Bertiga yang juga selalu ada.
Selalu setia.
Dengan senyum penuh yang mengusir gundah.
Dengan lawak bodoh yang selalu ceria,
Dengan kata tulus yang tidak berdusta,
Dengan rajuk hati yang tiada berperisa,
Kamu yang bertiga.
Tulang belulangku, darah dagingku.
Teruntuk kamu bertiga,
Yang tetap juga gembira,
Sedang hati resah sebenarnya.
Kita tahu,apa yang mereka tidak tahu.
Kita rasa,apa yang mereka tidak rasa.
Kita cuba, walaupun yang lain mungkin mengalah.
Teruntuk kamu bertiga,
Terima kasih,
Sebab selalu ada.



Teruntuk mereka,
Yang terus mendukung dan menyokong,
Tetap juga aku berterima kasih.
Teruntuk mereka,
Yang terus menghukum,
Ingin saja, aku berterima kasih.
Walau sebenarnya kau fikir aku tidak tahu,
Walau sebenarnya kau bijak berselindung,
Walau sebenarnya kau silap hukum,
Aku tetap juga berterima kasih.
Paling penting,
Terima kasih buat Tuhan yang Maha Baik.
Yang merinduiku,
Yang menarikku dekat,
Agar jangan jauh-jauhan lagi.

Teruntuk ini dan itu,
Terima kasih.

Thursday 7 March 2013

Cuma warna rambut yang sama.

Bismillahirrahmanirrahim
In the name of Allah the most beneficent, the most merciful
I testify that there's no God but Allah
And I testify that Muhammad (SAW) is His messenger.

Warna rambut memang sama,
Hati lain-lain der...

Ayat ini pertama kali saya dengar tatkala meonoton iklan kemerdekaan Petronas di kaca TV.
(Iklan Petronas memang selalunya best dan ada moral value,kot?)

Tiada apa sangat pun untuk diperkatakan.
Sungguh, tidak banyak yang mampu diperkatakan andai bahasa hati ini,
Tak ramai yang faham.

Hati sendiri,
Sendiri mahu tahu la.
Betul tu...
Don't expect others to understand you,
Because you,yourself.
You have it all, actually.
Tapi tetap juga,
kadang2 rasa ingin berkongsi.

Ini adalah apa yang saya rasa.
Tak ahu kenapa, tapi rasa ingin dikongsi bersama.
Kalau tak rasa ingin membaca,
Tiada salahnya berinjak ke blog sebelah. =]

Belajar subjek2 STAM sememangnya sesuatu yang indah.
memahaminya apatah lagi,
Ini memang satu anugerah.
Ah,hikmah!
Seringkali saya merasa dijentik2,ditumbuk2, ditampar2 dan disepak2,
Sebab bila satu per satu ilmu Allah  kita kupas,
Maka barulah sebenarnya kita sedar,
Di mana dan siapa kita.

Lebih2 lagi mengupas ilmu kalamullah (Tafsir wa Ulumuhu)
Dan bicara Rasulullah (Hadith Mustolah)
Memang tak dapat nak lari dari rasa ditempelak, ditegur, dibimbing secara tidak langsung.
Kalau sekalipun mata dah separuh terbuka sebab tak tahan nak tidur, (tido dlm kelas adalah perbuatan tidak sopan yang telah menjadi norma pelajar SBP,kan?)
Niscaya tidur itu adalah sangat sekejap dan tiadalah pula terlena.
Ini fakta.

Rambut sama warna,
Hati lain2. Ini sekadar apa yang saya rasa.
Anda tidak perlu merasakan yang sama,
Sebab ada yang indah saat meraikan yang berbeza.

Muncul seorang pelajar sekelas yang mengupas hadis,
"Kitaabul Mardhaa"
Olahannya biasa2 saja. Tetapi tak tahu kenapa,
Saya sangat terasa.
Dan memori mengitari sekitar kamar hati.
Tepuk sikit. Tanya khabar.
Duhai hati,
Redhakah kau?
Redhakah kau terhadap apa yang ditakdir Tuhan?
Redhakah kau pada sebuah perjuangan yang belum tahu bagaimana pengakhiran?
Redhakah kau saat mengetahui bahawa apa yang Dia tentukan tidak seperti yang kau inginkan?
Redhakah kau untuk kembali bermula setelah lama bersenang-senangan?
Redhakah kau wahai hati?
Redhakah kau seperti apa yang pernah kau khabarkan sebelum ini?
Jawablah wahai hati. Dan biar mata yang beri reaksi.
Fitrah perempuan.

Kemudian muncul lagi seorang pelajar sekelas yang mengupas hadis,
"Kitaabul Adab"
Ustazah memujinya kerana olahnnya yang agak baik.
Tunduk kejap. Saya jarang dapat mengolah sesuatu dengan baik.
Sungguh. Mungkin kerana, persiapan yang kurang mantap.
Atau juga kerana sifat semulajadi saya,
Yang bila bercakap tak pernah reti menarik gear 'slow'.
Ya. Saya memang cakap laju.
Macam Kakak KP Dorm yang sangat saya kagumi.
Tapi saya tahu saya tak boleh terus2 laju.
Dakwah akan terganggu.
Maka in shaa Allah, sikit2 saya cuba ubah.
in shaa Allah, Allah tolon bersama nusrahNya.
Kitaabul Adab menceritakan tentang adab memuji seseorang.
Menurut hadis,
Yang dimaksud dengan pujian yang tercela adalah pujian yang berlebihan dan pujian yang dapat menyebabkan orang yang dipuji merasa bangga diri (‘ujub).
Dari Abu Bakar radhiyallahu ‘anhu, beliau menceritakan bahwa ada orang yang memuji temannya yang ada disamping Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
ويلك قطعت عنق صا حبك, قطعت عنق صا حبك
“Celakalah engkau, kau telah menggorok leher saudaramu. Kau telah meggorok leher saudaramu!”
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengucapkannya beberapa kali. Lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

من كان منكم مادحا أخاه لا محالة فليقل: أحسب فلانا والله حسيبه ولا أزكي على الله أحسبه كذا وكذا إن كان يعلم ذلك منه
“Barang siapa yang terpaksa harus memuji saudaranya, maka katakanlah: ‘Aku kira si fulan demikian dan demikian, tetapi Allah-lah yang menilai (keadaan sebenarnya). Aku tidak mau menilai atas nama Allah (kepada seseorang) demikian dan demikian, jika memang kelebihan itu ada pada dirinya.” [Hadits shahih, riwayat Bukhari (III/158) dan Muslim (IV/2297)] 
kopi-pasta dari blog ni.tengs tuan punya blog!

Benar sekali.
Ternyata Nabiyullah benar2 futuristik.
Hanya dengan beberapa kata2 pujian,
Boleh membunuh seluruh amal insan.
HUrm, teringat surah Luqman: 18,
“Dan janganlah engkau memalingkan muka engkau daripada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan angkuh, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.”

Dan minda laju pula hinggap pada bait2 yang tertulis dalam Salju Sakinah- karangan Us. Zaid Akhtar.
Pujian itu ibarat pisau cukur, di leher manusia.
Ouch! Maka teruskan berhati2 dengan kata2 pujian,
Kerana yang terpamer di wajah langsung tak sama dengan yang rasa yang mencorak hati.
Beware Muslims!

Baru tadi,
Muncul lagi seorang pelajar sekelas yang mengupas hadis,
"Kitaabul 'Adwaa'"
Menceritakan tentang bagaimana mungkin,
Sesebuah doa itu diterima dan tertolaknya,
Selalunya, doa pasti diterima Allah,
Cuma saat pengkabulannya, belum pasti.
hadis ini pernah saya dengar dulu.
Tapi saya kan juga manusia biasa,
Yang penuh khilaf dan dosa,
Hadis ini pernah saya terlupa,
Dan berdoa juga pernah saya sambil lewa,
Sedangkan tak sedar diri,
Tengah meminta dari Rabbul Izzati.
Tapi selalu2lah ingat,
Allah selalu, sentiasa dekat.
  Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang mendo’a apabila ia berdo’a kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (QS. 2:186)

Oh Ya!
dapat text Hayya Naqra' dari seorang lagi pelajar kelas.
Ianya tentang common sense yang baru saya fahami.
  ucapan hikmah: “ridha’n nas ghayatun la tudrak” (keridhaan seluruh manusia merupakan tujuan yang tidak akan pernah tercapai), juga sebagaimana ucapan Imam Ibn Hazm: “Siapa yang mengharap keridhaan seluruh manusia padanya maka ia adalah orang gila!”
Saya harap, mereka yang mencerita,mengupas dan mengedar risalah tentang hadis2 ini turut sedar,
Akan hal yang sepatutnya mereka sedari awal dulu.
Belum terlambat,
Untuk perbaiki keadaan.
Kita tidak pernah terlewat,
untuk tunaikan amanah terhadap ilmu ini.

Inilah sedikit sebanyak yang ingin saya kongsi.
Jangan marah,jangan bengkeng.
Saya cuma melunaskan,
Apa yang tertuntas.

Sekali lagi maaf.
Tak berniat langsung mengguris sesiapa.
Tapi kalau hati dah terasa,
nak buat macam mana?