lalala

Sunday, 24 March 2013

Aku, Kau dan UIA...

Bismillahirrahmanirrahim
In the name of Allah the most beneficent, the most merciful
I testify that there's no God to be worshiped but Allah
And I testify that Muhammad (SAW) is His messenger.

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ -surah al-Imran ayat 54


Bus Rapid meluncur masuk ke perkarangan UIAM. Kami berlima segera turun. Setelah mengucapkan tahmid kerana berjaya juga menjejakkan tapak kai di menara gading hasil pembinaan OIC ini, kami singgah di bus stop sebelum meneruskan langkah.

UIAM yang tersergam dengan bumbung berwarna biru firus tampak gah.
Sangat besar. Sangat luas.
Tasbih beralun pada kedamaian yang dihadiahkan Tuhan.

"Chop kejap. Nak makan." kami akur. Masing2 lapar kot.
Kau dengan buah jambu kau. Aku dengan cupcorn aku.
Pakat2 mengunyah. Sambil mata memandang terik mentari Gombak.
Malaysia sebenarnya.

Tiba2 kau tanya aku,
"Kenapa kau tak masuk sini dulu eh?"
Aku terhenti suapan. Aku kalih pandang kat kau.
"Yelah, dulu kan kau dapat UIA. Kos IRK pulak tu. Asal kau reject eh?"
Aku mudahkan soalan kau. Dalam hati,
"Kau sebenarnya nak tahu sanagt ke kenapa aku stay instead of pegi UIA ?"
Tapi dalam hati je la.

"Kalau aku masuk sini, aku tak kenal la kau,"
Kau senyum simpul. Yang lain juga.
Kita berlima.
Betul. 
Ukhuwah ini Allah yang cipta.
Takdir pertemuan kita Dia punya rencana.
Aku tak mampu berbuat apa2.
Aku cuma hambaNya, jadi segala perancanganNya,
Aku turutkan saja.

Kalaupun ada yang aku suka tentang uni ini,
Itu adalah kerana perpustakannya yang sangat besar,
Yang ada sangat banyak buku,
Yang membuat aku tenggelam dalam karung ilmu,
Yang seolah menjawab pertanyaanku,
"Can I lost into books, like I lost into woods?"

Kalaupun aku ingin menjadi sebahagian dari ahli uni ini,
Itu adalah kerana program da'wahnya yang serata arah,
Kupasan2 buku oleh penulis2 terkemuka,
Forum2 yang sesuai dengan jiwa remaja,
Dan akhawat (sisters) nya yang baik + cantik+ ramah belaka.
Itu saja. Mungkin itu saja.

Mungkin kau pelik.
Tapi , sudah2lah.
Perjalanan kita sudahpun hampir ke garisan akhir.
Janganlah kau undang lagi persoalan takdir.

Kau mungkin nampak macam aku ini,
Entah apa2.
Yang sanggup menggadaikan impian dan cita2,
Demi perjuangan yang belum pasti bagaimana akhirnya,
Tapi aku nak kau tahu,
Ini bukanlah apa2,
Pengorbanan orang lain lebih beria,
Cerita aku takkan terhenti di sini saja,
Aku akan terus mara,
Dan sampai suatu saat, kau akan tahu kenapa.

Aku cuma merancang.
Apa yang aku rasa aku suka,
Apa yang aku rasa aku minat,
Apa yang aku rasa aku boleh buat,
Tapi aku selalu lupa,

Aku ada Dia,
Dia sudah ada rencanaNya sendiri,
Dia yang memberi apa yang aku perlu,
Dia yang tahu apa yang aku mampu,
Dia yang menggubal takdir penentuku,
Dia, yang sebaik-baik perancang...!





No comments:

Post a Comment