Bismillahirrahmanirrahim
In the name of Allah the most beneficent, the most merciful
I testify that there's no God to be worshiped but Allah
And I testify that Muhammad (SAW) is His messenger.
Bus ekspress meluncur laju meninggalkan jalan. Aku yang terbata di atas bahu jalan, mengesat mata. Beg yang tidak seberapa berat diangkat, jam tangan pemberian sahabat2 direnung sekilas. Jam 2.15 pagi. Di Terminal Bas Sg.Nibong. Sungguh, seumur hidup tak pernah aku buat langkah berani mati macam ni.
Inilah akibatnya, tertidur tahap tak ingat dunia Sedar2 bus dah masuk Penang. Aku tanya pakcik yang agak2 soleh pakai kopiah kat sebelah aku tadi, "Pakcik, Butterworth dah lepas ke?" . Pakcik tu kata "Ya,"
Lagi mau tunggu? Baik aku turun sini. Sg.Nibong pun Sg.Nibonglah. Wajib call Abah suruh ambik aku ni. Dah darurat ni Bah. Anak gadis Abah sorang2 kat sini. *baru teringat,aku gadis rupanya*
Aisehmen! Bateri handset kiok la pulak. Tu la...Tadi dalam bus kemain lagi layan Vanilla Twilight. Al-Mulk tak pulak. Kan dah kena sebijik.
Usyar sekeliling. Ada phone booth. Tapi, alamak aii...Geap laa kawasan ni. Dah la ada beebrapa mamat berbangsa India lepak tepi tu. Sumpah aku tak berani merisikokan diriku yang solehah ini untuk menelefon di phone booth yang tak tahu boleh guna ke tidak tu. Penumpang yang turun sekali dengan aku tadi dah makin beransur pulang. Tinggal aku dengan sorang mamat ni. Tinggi renjong. Muka...Not bad. *Okay. mata aku nagntuk la time tu*
"Mak aii...takkan nak mintak pinjam handset mamat ni? Muka memanglah nampak cool. Buatnya dia tak ada kredit ke, tengah tunggu laling dia mai jemput ke, tak ke naya perempuan solehah macam aku?" Fikir 10 kali jugaklah nak pinjam handset kawan ni.
"Aisy...tapi ini dah darurat, Lantaklah. Asal dapat sampai rumah cepat." Lalu aku pun dengan kekuatan yang entah datang dari mana bersuara,
"Brother, boleh pinjam handset tak? Bateri saya dah konglah," Muka memang seposen habis. Nasib baik brother ni (yang aku pun tak tahu Melayu ke Cina ) bagi je aku guna handset touch screen dia. Huhu. Aku call mak. Infom kat mana aku sekarang. Mak kata Abah on the way. Aku lega. Alhamdulillah.
Aku pulangkan handset dia. Aku guna 36 sen. Alamak!
"Err...36 sen. nak kena bayar balik ke?"
"Eh,tak payah." Ok. Dia senyum. Terbaek! nasib baiklah Allah kirim dia kat sini. Walaupun asap rokoknya sangat menganggu tekak aku, terima je lah. Orang dah berbudi tu,der.
dalam hati mercup dengan doa,
"Ya Allah,kirimlah lagi oaang2 yang boleh aku harapkan selain mamat ni,"
Tak lama lepas tu, turun la lagi 1 rombongan dari bus yang parkir jauh sikit dari kami.
Ada seorang muslimah turun dari bus tu, melangkah laju menuju ke sebelahku. Aku tarik nafas lega.
Terima kasih ya Allah. Kerana sudah bantu aku...! (gaya nabila)
Tiba2 ada satu kereta meluncur laju, kereta saudara mamat baik u la kot.
Sebelum dia pergi, dia tanya aku lagi,
"Ada nak guna lagi tak?"
"Tak ada. Terima kasih." Senyum. Tunduk kepala sikit kat dia, atas keprihatinannya terhadap insan darurat macam aku.
Tak lama lepas tu,akak yang kat sebelah aku ni pun menyapa aku.
Sungguh,dia sangat mesra.
Seawal bersalaman lagi, dia telah bersalam semut denganku. Hairan. Jarang jumpa manusia spesies ni.
"Adik sekolah mana?"
"Kisas."
"Oh. Turun dari mana?"
"Dari KL. Kan cuti sekolah, balik." Dan aku pun terlebih ramah membuka cerita kemalangan aku yang tersilap stesen bus.
"Akak dari mana?"
"Oh,akak baru balik dari kenduri naqibah akak. Kat Sg.Besar. tengah tungguh kawan naqibah akak yang sorang lagi tu datang ambil,"
Aku melopong dengar. Orang ini join usrah. Yipee!
"Akak join usrah?"
"Ha'ah. Kat sekolah adik pun mesti ada usrah kan?"
"ha'ah. Kitorang usrah under Badar. Ada silibus yang sekolah bagi," Jawapan serious skema.
"Akak dah masuk maktab ni, usrah dia under NGO. macam2 la usrah yang ada. Nanti kalau adik dah masuk U pun,samalah." dan dia pun menyebut satu per satu NGO yang dia tahu mempunyai usrah.
"Tapi walaupun kita ada banyak NGO Islam, hadaf kita semua sama. Nak tegakkan kalimah Allah."
Aku makin tertarik dengan akak ni. Namanya Kak Pah.
Lalu perbualan kami berkisar pula tentang latar belakang keluarga, dan macam-macam lagi.
Kak Pah banyak mengajar aku tentang hidup.
Dalam perbualan sesingkat 45 minit itu, banyak yang aku pelajari darinya.
Abah belum datang juga.
Aku paham, rumah aku kat Seberang kot!
Ini Island!
Tiba2 kawan kak Pah datang.
kak Pah dengan penuh sifat caringnya mengajak aku tunggu bersamanya di dalam kereta kawannya.
dan kawannya sangat tidak kisah.
Di dalam kereta, kami sambung berbual.
"Akak kata tadi, usrah ada banyak NGO. Akak yang mana 1?" Kak Pah beritahu, dia NGO yang pertama sekali yang dia sebut seawal tadi.
"Awak tunggu dengan kitoranglah kat dalam kereta ni, kat luar tu bahaya." Keprihatinannya membuat aku bangga,punya saudara seakidah sepertinya.
Tiba2 datang seeokr anjing. Kak Ain (kawan kak Pah) menghalau anjing itu dengan tangannya walau sebenarnya anjing itu di luar kereta, kami baik2 sahaja di dalam.
"Jangan berani nak kacau Hisan," katanya.
"Hisan?" aku buat muka pelik.
"Nama kereta ni."
"Kenapa kereta pun nak kena ada nama?"
"Yelah. Rasulullah pun letak nama pada haiwan tunggangannya,kan? Macam kawan Kak Pah yang lain pun dia ada letak nama kat kereta diorang..." Kagum sebentar. Sampai ke tahap ini mereka diajar untuk memahami sirah.
Aku tengok jam. Resah sebenarnya kerana Abah belum sampai. Kami bertiga masing2 diam. Sepertinya sudah hilang bicara. Mengantuk? Itu sudah pasti.
Kak Ain memasang kaset. Keretanya Kereta Iswara, paham2je lah.
Aku ingat nak dengar lagu, alih2 ayat Quran yang berkumandang.
Aku amati wajah mereka.
Insan manakah dalam dunia ini yang sanggup menjadikan ayat Quran sebagai bahan untuk ditadabbur tatkala jam 2.45 pagi?
Masing2 diam, mentadabbur ayat.
Tiba2 kaset rosak. Aisehmen, kena bawak keluarla dari player.
Lepastu kami pun sembang2 lagi. Bagi hilang mengantuk.
Cuma 1 je. Bila aku tanya,
"Kak Pah, apa beza semua NGO tu? lagi satu,ada dalam senarai yang Kak Pah sebut tadi tu, parti politik,kan? Bukan NGO,"
Kak Pah diam seketika. Dia memandang kak Ain. Sungguh,aku ingin tahu sejauh mana mereka arif tentang ini. Baru aku mampu menyimpulakn tentang mereka,
"Akak pun tak tahu sangatlah dik tentang usrah2 lain ni. Nanti adik google2 lah tengok,ya?"
Aku mengangguk. Dalam hati berkutik sesuatu.
tak lama lepastu, Abah pun sampai.
Aku pun buat muka lega. Aku salam & peluk Kak Pah dan kak Ain. Tanda aku hargai pertemuan dengan mereka. Aku salam Abah dan Kakak.
Sepanjang perjalanan, Abah menasihatiku agar jangan lagi mengambil tiket malam. yelah, it's kinda nuisance. Aku mengaku. Aku silap bajet masa. Tapi mindaku lebih tertarik mengenangkan Kak Pah.
Sampai depan rumah. Nafas lega ditarik panjang.
Alhamdulillah.
Bukak pintu. Terdengar suara orang sedang menunaikan solat.
Aku tengok jam dinding. 3.30 pagi.
Ada lembaga bertelekung sedang khusyu' menghadap Tuhan.
Alhamduillah, Ummi.
Terima kasih ya Allah.
Atas semua pemberianMu ini.
Untuk semua ini.
yang takkan terbayarkan olehku.
Untuk hikmah kepulanganku ini,
yang takkan terbeli oleh sesuatu apapun.
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment