In the name of Allah, the most beneficent,the most merciful
I testify that there's no God to be worshiped but Allah
And I testify that Muhammad (SAW) is His messenger.
Bicara tentang cinta.
Oh! Ini di luar fitrah saya.
tapi, tak mengapalah. Sekadar berkongsi cerita.
Benar. Ini sekadar bercerita di alam maya.
...................................................................................................................................................................
"Awak, saya dapat sekolah agama yang saya cerita kat awak tu." Mujahid memandang gadis di hadapannya.
"Awak nak pergi? Sini pun sekolah agama."
"Mestilah. Dah lama saya idam sekolah ni." ujar gadis itu. Girang. Mujahid pandang lagi gadis yang sedang tersenyum di hadapannya. Gadis itu sedang leka memandang langit yang redup.
"Okay. Semoga berjaya. Iyalah, awak kan pelajar cemerlang PMR."
"Dan awak bakal pelajar cemerlang SPM," Solehah mengemas begnya dan bersedia untuk pulang.
"Awak..." Solehah memandang Mujahid.
"Ya?"
"Saya pun... Insya Allah saya akan sambung belajar di luar negara." langkah Solehah terbejat.
"Di mana? Timur tengah?" Mujahid mengangguk lalu tersenyum.
"Nanti...Makin jauhlah kita." Solehah mula rasa nak menangis. Bayangkan betapa jauhnya mereka nanti. Mujahid memang sangat menginginkan untuk belajar di Timur Tengah.
"Tak apa. Kita percaya antara satu sama lain,kan?"
Solehah jadi lega.Lazuardi petang menjadi saksi itu perjumapaan terakhir mereka sebelum masing-masing membawa haluan sendiri.
Mujahid tahu apa yang mereka lakukan itu salah.
Ya,itu sangat salah di sisi agama.
Agama tidak membenarkan mereka berdua-duaan begitu.
Agama tidak membenarkan dia merapati gadis sunti di hadapannya itu tanpa sebarang urusan yang mendesak.
Agama mengajarnya untuk mengekang diri daripada mendekati zina. Cukuplah dengan mengekang diri dari mendekati zina, berbuat zina janganlah sesekali.
Dia pelajar agama. Dia tahu banyak hukum hakam. Dia petah sekali berbicara. Dia seringkali mengeluarkan fatwa ,sekiranya orang bertanyakannya itu dan ini.
Tapi dengan perasaannya sendiri, dia kalah.
Sungguh, dia belum mampu menang bermujahadah.
Begitu juga Solehah.
Dia mengerti agama menghalalkan ukhuwah.
namun ukhuwah itu telah disalahertikan.
Dia tenggelam dalam kabut perasaannya sendiri.
Solehah tenggelam dalam pencarian identiti dirinya sebegai remaja.
Dia masih bertatih saat Mujahid menghulurkan salam kasih.
Dia tahu dia salah, tapi...
Dia juga belum mampu bemujahadah.
Seringkali Solehah menyedapkan hatinya.
Dia begitu yakin sekali bahawa suatu saat nanti, dia pasti sah menjadi milik Mujahid.
Walaupun dia pelajar sekolah agama, pengetahuannya agak dangkal,
Menyebabkan Solehah lebih menurut hawa nafsu daripada syariat agama.
Solehah berharap dengan berpindah, dia mampu berubah.
Solehah berharap, dengan berpindah, jarak tidak akan menggugah kasihnya.
Solehah berharap, dengan berpindah dia dapat mempersiapkan diri untuk menjadi milik Mujahid yang sah.
Solehah yakin dengan cinta Islamik yang dia pertahankan.
Walaupun seringkali Solehah mendengar,
CINTA ISLAMIK TIDAK WUJUD!
Namun apakan daya, dia tetap mempercayai bahawa dia di pihak yang benar.
Solehah tersepit.
Di antara menjadi hamba Allah yang solehah, dan menjadi kekasih yang cuba setia.
Sudah setahun lebih Solehah menjadi pelajar di sekolah agama yang dia idamkan. Solehah menjadi makin sibuk. Sibuk menelaah, sibuk menerima tarbiah , sibuk berukhuwah, sibuk berusrah, sibuk,sibuk dan sibuk. Hingga dia sendiri terlupa akan seseorang yang pernah mendapat tempat di hatinya,suatu ketika dahulu,kini dan masih juga.
Di sekolah, terdapat seorang pelajar lelaki yang seringkali berbicara mengenai "Islamic Couple". Pelajar lelaki itu sangat menentang pasanagan yang mengaku bercinta berlandaskan agama Islam. Ini seolah2 menghalalkan sesuatu yang telah ditetapkan sebagai haram. Irshad namanya. Solehah sangat membenci Irshad. Solehah sering terasa hati tatkala Irshad berbicara. Irshad sangat cakna sebenarnya dengan masalah2 sosial yang melanda remaja seusianya. Irshad yakin, apa yang diperkatakannya memang menyakitkan mereka yang bermasalah, namun Irshad sedar dakwahnya perlu diteruskan. Oleh kerana dia berada di kelompok agamawan, Irshad tahu bahawa kebanyakan mereka tidak mungkin sewenang-wenangnya bercinta. tetapi yang mengamalkan "Islamic Couple" tak kurang ramainya. Irshad kasihan, kerana mereka ini tidak sedar bahawa mereka sedang menimbulkan fitnah terhadap agama. Kerana itu, Irshad tidak takut memperkatakan yang benar.
Di sekolah.
Di surau asrama. seperti biasa, Solehah akan menghabiskan masa mencari peluang mendekatkan diri pada Allah. Banyak yang dia pelajari di sini yang membuatkan Solehah rasa berdosa terhadap masa silamnya. Tentang dirinya yang jahil, tentang dia yang jauh dari agama, tentang rasanya terhadap pemuda yang belum halal baginya.
Solehah ingin berubah.
solehah terlalu ingin berubah.
Dia tidak ingin membuang seluruh masa silamnya,kerana dia tahu dia akan memerlukannya,untuk mengenang baetapa Allah terlalu mengasihinya dan membawanya keluar dari medan Jahiliyyah.
Dia cuma ingin menjadi lebih baik.
Ya, dia cuma ingin menjadi lebih baik.
Ditakdirkan Allah, Solehah terbaca suatu artikel mengani wanita. Ditampal oleh seorang AJK Surau. Solehah mencari nama yang menampal. Matanya tertancap pada sebaris nama. Ahmad Irshad. Solehah tidak jadi untuk membacanya. Solehah ingin melangkah pergi.
"Solehah, sudah habis solat sunat?" tegur seorang rakan. Solehah sekadar mengangguk.
"Eh,ada artikel baru. Kau dah baca?" Solehah sekadar menggeleng. Sahabatnya, Zuhad tahu bahawa Solehah sangat gemar membaca. Setiap artikel baru yang ditampal pasti menjadi tumpuan Solehah. Namun apabila reaksi Solehah lain semacam, Zuhad berasa pelik.
"Oh...Jangan cakap kat aku kau tak baca artikel ni sebab Irshad yang tampal...?" Solehah mengangguk perlahan. Matanya memandang kosong pada artikel yang tertampal comel dengan gambar sebiji epal di papan kenyataan surau.
Solehah masih teringat kata2 Irshad yang pedas menususk kalbunya yang membuatkan dia makin membenci Irshad.
"Orang zaman sekarang ni sesuka hati mereka mengubah syariat agama. Saya hendak tergelak apabila seorang Akhi ni memberi hujah surah Al-Hujurat untuk membenarkan dia dan kekasihnya berpasangan. katanya mukmin itu bersaudara, jadi tidak ada salahnya dia menjalin hubungan dengan kekasihnya kerana dua-dua pun mukmin." Irshad berjeda. satu kelas gawat dengan gelak ketawa. Solehah hanya tunduk.
"Persoalannya sekarang, iman yang bagaimanakah yang menjamin taraf 'mukmin' mereka? Oh. Saya bukanlah mahu menghukum sesiapa. Tidak. Cuma saya ingin membetulkan salah faham yang berlaku dalam kalangan remaja Islam sekarang ini yang sewenang-wenangnya menukar hukum agama. Yang peliknya, mereka yang berkelakuan pelik ini bukannya orang zaman batu, malahan pelajar agama pula tu. Siap bagi dalil,hujah bagai. Kononnya mereka di landasan yang betul. Namun sayang, mereka tak sedar mereka di jurang kehancuran."
"Dahlah Solehah. Cuba baca dulu. Comel apa. Siap ada gambar epal lagi." ujar Zuhad lembut sambil merangkul pinggang sahabatnya dan kembali menghadap papan kenyataan surau.
~ Wanita = Epal ~
Suatu saat di pagi yang cerah. Angin bertiup tenang. Sinar mentari lembut menerangi alam.Tetapi sayang, itu semua tidak dapat meredam kegundahan hati sebuah epal yang berada tinggi nun di pucuk. Sejak seminggu lalu epal itu sibuk berfikir, kenapa aku tidak dipetik orang? Padahal… kulitku licin mulus. Warnaku merah bersinar. Siapa yang melihat pasti meluap-luap seleranya. Pasti mereka terbayang betapa manisnya rasaku.
Tetapi… kenapa aku tidak dipetik orang?
Epal tersebut memandang ke bawah. Hairan, kenapa manusia lebih memilih kawan-kawannya yang berada di bawah sana. Bukankah mereka tidak mendapat udara yang bersih dan cahaya mentari seperti aku yang berada di puncak ini? Bukankah kawan-kawanku itu banyak yang telah rosak kerana seranggga?
Epal tersebut bingung memikirkan kenapa rakan – rakannya yang telah banyak tersentuh dan penuh debu menjadi pilihan, bukan dirinya yang belum tercemar dan dijamah orang. Apakah kekurangan diriku?
Perasaan rendah diri mulai merasuk. Makin lama makin kuat, diselangi rasakecewa dan bimbang. Murungnya tidak terbendung lagi. Lalu, pada pagi yang damai dan indah itu, epal tersebut memutuskan menggugurkan dirinya ke tanah. Ketika sudah berada dibawah, hatinya gembira bukan kepalang. Sedetik lagi aku akan dipilih manusia. Warna merahku yang berkilau dan kulitku yang licin mulus ini pasti mencairkan liur mereka.
Epal menanti manusia beruntung itu. Sayang sekali, sehingga malam tiba, tiada seorang pun datang mengambilnya. Rasa gembira pun bertukar menjadi risau dan sedih.
Siang berganti malam, hari berganti minggu. Kasihan..akhirnya epal tersebut busuk diatas tanah menjadi makanan ulat dan serangga. Membusuk dan dipijak – pijak manusia.”
Solehah terdiam seketika.
Mindanya ligat berputar.
Benar. Apa yang diperkatakan di dalam artikel yang baru sahaja dibentangnya tadi sangat menususk ke dalam hatinya. Air matanya perlahan-lahan mencucur. Sungguh,ini tidak disedari.
"Whoaa...Makan dalam ni." ujar Zuhad tiba-tiba tanpa menyedari betapa Solehah terasa seperti seorang gadis murahan.
Tiba-tiba Solehah pergi meinggalkan Zuhad yang terpinga-pinga. Sambil menjungkitkan bahu, Zuhad menuju ke dalam musolla untuk mencari kelibat naqibahnya.
Solehah berlari kemengahan menuju ke biliknya. Dia langsung tidak mengendahkan setiap mata yang memandangnya. Solehah membuka diarinya. Dia mencapai stapler lalu mengepilkan kesemua mukasurat di halaman diarinya yang menjadi medan untuk dia meluahkan rasa rindunya dan cerita2 yang dia ingin cerita kepada Mujahid tatkala tiba saat yang mereka percaya bahawa mereka akan bersatu juga.
Dia membuka halaman baru. Pensil dicapai lalu dicoretkan kalimah agung,
Cukup.
Cukuplah selama ini aku memperbodohkan diri sendiri.
Cukuplah selama ini aku yang mengoyakkan maruahku sendiri.
Cukuplah selama ini aku tidak pernah menyediakan ruang hati yang bersih agar mudah diterangi cahaya ilmu.
Cukuplah selama ini aku gagal mencari cinta Ilahi tetapi sibuk menumpang kasih Mujahid.
Cukuplah Solehah.
Aku tidak akan lagi menjadi epal yang menggugurkan diri ke tanah lalu membusuk mati.
Tidak akan.
Tiba2 Zuhad muncul entah dari arah mana.
"Kau nak cerita tak?" Zuhad tenang menanti reaksi Solehaha yang sudah sedikit reda.
"Ucad, tolong aku boleh?"
"Apa?"
"Aku tak nak jadi epal tadi."
Zuhad tertawa.
"Boleh. Insha Allah. Kau tahu, walalupun sesetengah epal yang jatuh itu orang tidak pandang, kadang2 Allah selamatkan juga. Epal yang jatuh, tidak semuanya buruk."
"Ya. Tapi aku sudah tidak mahu menjadi epal yang menjatuhkan diri."
"Okay. Kita sama-sama cuba, ya?"
Zuhad mengeyitkan matanya kepada Solehah.
* * * *
"Assalamualaikum Kak. Kakak sihat?" soal solehah melepas rindu kepada kakaknya.
"Sihat alhamdulillah. Solehah, Mujahid sudah terbang ke Syria minggu lalu."
Solehah terdiam seketika. Ingatannya terhadap Mujahid hampir terpadam 60% sejak dia bertekad mahu menjadi solehah yang baru.
"Ye ke kak? Hurm...tak apalah. Eloklah tu. Dia pun memang nak sambung belajar di sana. Kak, akak ingat tak pesan akak sebelum Solehah masuk sekolah ini dulu?"
"Apa ya? haha. Akak lupalah dik"
"Untuk mencari cinta Allah sebelum cinta manusia. Adui la kakak ni.."
"Oh..Ya..Akak ingat...Hurm..kenapa?"
"Alhamdulillah kak. Saya dah jumpa."
"yeke dik? Alhamdulillah. Moga istiqamah. Ini kena celebrate ni,"
"Tak payahla kak... Nikmat cinta Allah ni tak terkira kalu nak diraikan pun. Terima kasih ye kak. Tak pernah condemn Solehah walaupun akak tahu couple tu haram, selalu galakkan Solehah cari cinta yang lebih utama, selalu bagi rasional dan sebab untuk solehah lakukan sesuatu. Akak pernah dengar perkataan da'ie?"
"Ahah,"
"Hurm...solehah rasa akak dai'e yang baik." Tulus suaranya kedengaran.
"Adik akak dah besar..." Air mata kesyukuran menitis perlahan.
* * * * *
Solehah meneliti muka depan surat khabar.
SERANGAN DI SYRIA BERTERUSAN SEJAK SEMALAM
Solehah berastaghfar di dalam hati. Perasaannya tidak tenteram memikirkan Mujahid yang sedang menuntut di sana. Bukan kerana Solehah masih punya perasaan terhadap Mujahid, tapi kerana cakna terhadap sahabatnya yang seorang itu.
"Aku yakin dia selamat," Ujar Zuhad tiba2. Zuhad selalu begitu. Tiba2 muncul entah dari mana. Dengan kata2nya yang selalu tepat pada waktu.
"Kalaupun dia gugur,biarlah sebagai syahid."
* * * * *
"Sayang,awak kemas apa tu?"
"Diari lama."
"Banyaknya. Awak ni memang rajin menulislah. Ini kalau hantar kat apek sulat kabar lame ni konpem dapat seratus." suaminya berlelucon.
Tiba2 tangannya mencapai sehelai kertas berwarna hijau yang sudah pudar warnanya.
"Oh..Awaklah yang kidanp artikel yang saya tampal kat musolla dulu ye.." Irshad memandang isterinya dengan wajah yang dibuat-buat garang.
"Hehe. Biasalah. Kerja kisnap-mengidnap ni memang kepakaran saya sejak kecil. Kalau Irshad nak tahu, dulu Solehah suka kidnap mangga belakang rumah. Lepas tu masa Solehah darjah 4, Solehah suka kidnap buku tulis budak2 pandai kelas sebab nak tiru kerja sekolah diorang. Lepas tu kan..." Mulut Solehah ditekup perlahan.
"Banyak cakap juga awak ye. Dah. Sekarang Ahmad Irshad dapat kidnap Solehah Muhammad. Hurm..Ada bantahan?"
"Tak ada, Tuan!"
Mereka tertawa bahagia.
* * * * * *
Mujahid,
Mungkin sedari awal lagi, Solehah bukan untukmu.
Dia , biarlah terus Solehah.
dan kamu, Mujahid di jalan Allah.
No comments:
Post a Comment