lalala

Monday, 1 April 2013

Nama

Bismillahirrahmanirrahim
In the name of Allah the most beneficent the most merciful
I testify that there's no God to be worshiped but Allah
And I testify that Muhammad (SAW) is His messenger.

Ada Apa dengan Nama?

Oh. Ini bukan lagu encik Peterpan yang Ada Apa dengan mu itu.

I

Di Musolla.
Dia masuk dengan perlahan. Usai pintu musolla dikatup, dia terlihat ada 2 lembaga sedang khusyuk menunaikan solat. Solat sunat Dhuha barangkali.
Di atas kerusi terdapat seorang mualimah sedang berehat.
Dia tampak penat sekali. Memandang wajah tuanya, terusik jua rasa.
Terkenang betapa banyak jasa yang dia taburkan di sini.

Dia mengambil wudhu'.
Sahabatnya yang tadi sedang menunaikan solat sudahpun melipat telekung.
Senyuman bergantian.
Sungguh, ada riak tenang pada wajah sahabatnya itu.
Lantas rasa sayang pun memekar.
Dia sayang sahabatnya yang patuh dan taat kepada Allah itu.

Giliran dia pula menunaikan solat.
Usai. Doa Dhuha ditutur perlahan.
Ameen. Moga rezeki Allah melimpah-ruah buat insan kerdil selemah dia.

Tiba2 mualimah tadi bersuara,
"Puteri,tolong letak buku ini di atas rak sana."
Dia menurut.
"Buku lagi satu mana?"
"Sudahpun diletakkan di atas rak,"
"Terima kasih, Khairunnisa."
'Khairunnisa?' Dia sekadar bertanya dalam hati. Itu bukan namanya. Tapi dia merelakan saja.
 Dia senang mendengar nama yang meluncur dari bibir mualimah.
Meskipun itu bukan namanya, dia senang dengan nama yang mualimah redha.
Meskipun mualimah bukan ummi yang melahirkan dan menamakannya,
dia tetap senang jua.

II
Di bilik guru.
Dia berjumpa seorang ustazah untuk bertanya perihal gerak kerja.
"Puteri,apa nama kamu?"
Dia tersenyum. Ya, namanya sukar sekali diingati.
"Khairunnisa ye?"
Dia buat muka pelik sedikit. Tapi masih juga senyum. Redup pandangannya ditala ke arah ustazah.
'kenapa hari ni semua orang panggil aku Khairunnisa?'
Tiba-tiba dia mendengar seseorang mentertawakannya.
Ketika ini dia sudah keluar dari bilik guru.

"Kenapa kau gelak?"
"Itukan bukan nama kau."
"Ya...Tapi.."
"Tapi apa?"
"Aku tetap suka. Aku tetap mahu menjadi seperti yang didoakan."
"Maksud kau?"
"Sebaik-baik perempuan. Aku tetap dan masih ingin menjadi, sebaik-baik perempuan."




1 comment: