In the name of Allah the most beneficent,the most merciful
I testify that there's no God to be worshiped but Allah
And I testify that Muhammad (SAW) is His mesenger
Ini kisah seorang adik. Junior saya. Pemain catur kebangsaan. Pesilat Kebangsaan.
In shaa Allah, hamba Allah yang cintakan Tuhan.
Pagi itu selepas perhimpunan Jumaat,
Khabar pemergian seorang Syeikh yang amat disengani,
Sangat meruntun nurani.
Hilang sudah seorang lagi pejuang agama,
Yang soleh lagi muslih.
Al-Fatihah. Syeikh Ramadahn Al-Bouti.
Khamis sebelumnya saya diberitakan tentang khabar kematian seorang ustaz.
Pemergian yang tidak disangka2...
Saat saya benar2 perlu.
Al-Fatihah meratib sendu. Hiba berbaur lagu.
* * * * *
* * * * *
Dan sebelumnya saya dan kawan2 diuji.
Ingin melaksanakan agenda tarbiah, tetapi diduga oleh yang tak mengerti.
Dia tiada di tempat kejadian.
Tapi lekas sekali mengerti.
Ingin melaksanakan agenda tarbiah, tetapi diduga oleh yang tak mengerti.
Dia tiada di tempat kejadian.
Tapi lekas sekali mengerti.
Datang adik ini.
Dengan senyumannya yang tidak pernah lekang.
Lalu dia berkata,
"Kak,pasal hal semalam tu...Saya nak bagitau akak, Rasulullah pernah bersabda,'Aku wasiatkan agar kamu tetap bertaqwa kepada Allah dan sentiasa taat dan patuh walau yang memimpin kamu adalah seorang budak.Sebahagian dari kalian yg hidup setelah peninggalanku akan melihat banyak perselisishan faham. Oleh itu, berpegang tetaplah dengan sunnahku dan sunnah khulafa' ar-rasyidin . Peganglah dengan gigi geraham kamu...Dan tolaklah semua perkara yang baru,kerana yang baru itu bid'ah..dan semua yang bid'ah itu sesat,' (riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah)"
Saya diam tersenyum. Kagum pada kekuatan ingatannya dan hadis2 nabi yang selelu lancar meluncur dari lidahnya yang petah berkata-kata.
Dia sambung,
"Kak, teringat kata2 Us.Nik Abduh, lebih kurang macam ni,' Remaja sekarang bukan perlu dihidang dengan hiburan (keseronokan) tapi perlu dihidang dengan tarbiah..'"
"Saya akan tetap terus sokong apa yang akak buat...Selagi tak bertentangan dengan syara'. Tarbiah memang akan dipandang serong, tatkala akhir zaman."
Allahu rabbi...
Terima kasih ya Allah,
Kerana menghadirkan insan macam dia.
Bukan untuk saya seorang saja.
Tapi juga buat mereka yang seperjuangan bersama.
Adik ini memang,
Seperi Shila Amzah di hati kami.
Yang sentiasa tahu waktu,
Untuk menghiburkan hati pilu,
Dengan jenaka dan kata2,
Yang membuahkan tawa,
Lalu mengesat pergi air mata.
Moga Allah merahmatimu Dik.
Chaiyook! Pemain catur kebangsaan...!
Bawlaah balik piala kemenangan,
Buat kolej Islam kesayangan.
Doa kami, dan kau selalu dalam ingatan.
No comments:
Post a Comment