lalala

Monday 25 November 2013

Be a Gentleman

Bismillahirrahmanirrahiim
In the name of Allah, the most beneficent, the most merciful

I testify that there's no God to be worshiped but Allah
And I testify that Muhammad (SAW) is His messenger.

Alhamdulillah.
Hari ini masih diberi ruang dan peluang,
Untuk menikmati Iman dan Islam.

Okay. Saya tahu ini agak pelik.
Saya menulis tentang perihal sesuatu-yang-agak-terkehadapan?
Tapi apabila sudah tiba masanya,
Saya rasa...Ya.
Saya perlu bercakap juga. Beritahu. Berleter.Berkicau.
Huh. Apa2 saja yang sewaktu dengannya.
Tanggapan anda. Saya benarkan saja.

Ini mungkin berbaur pemberitahuan. Tapi taklah sampai maqam 'pekeliling kerajaan' tuh.
Tapi sebenarnya ia lebih kepada...Nasihat...mungkin?
Atau amaran? Atau ugutan? Pfftt. Taklah.
Keep calm and take it easy.

Kepada jejaka2, pemuda2, syabab2,laki2, dan sahabat2 di luar sana,
Yang terasa macam entry ini saya tulis khas buat antum,
maka ia memang khas untuk antum pun.

Bagi mereka yang serasa allergik untuk baca,
Antum boleh klik pangkah dan bukak tab baru untuk perkara yg lebih berfaedah.

O Allah. Give me strength to keep writing.
Gila tak gila, cuak jugaklah nak tulis psl benda2 futuristik mcm nih.
But it's ok. Stop membebel dan teruskan kepada poin.
BM!
Dude,
It's okay to be you.
I mean, it's okay to have all those kind of 'feelings'.
Yang semestinya tak perlulah nak disyarah panjangkan perasaan bagaimana yang saya maksudkan.
Antum pastinya lebih arif dan mahir.

Dalam fatrah sebegini,
Memang menjadi fitrahlah untuk saling mencari.<---bagi sesetengah individu sahaja kot.
Dan fitrahlah bila Adam mula mencari Hawanya.
Hakikatnya, rasa itu tidak salah dan tidak wajar untuk dipersalahkan.

Antum tidak salah kerana memiliki perasaan itu.
Antum tak perlu ke penjara pun sebab menyukai/menyayangi seseorang.
Antum tak perlu sorok muka bawah meja atau simen muka dgn simen lantai sebab perasaan yg satu tu.
Antum cuma perlu tahu, cara yang betul untuk selngkah ke hadapan.

Kalau antum rasa sudah cukup bersedia,
Ilmu sudah berkepuk di dada,
Iman sudah agak2 solid sebagai hamba,
Amal sudah menjamin pahala,
Ekonomi sudah agak2 stabil, tak kisahlah harga gula/minyak melambung tahap ikan kembung sekalipun,
Keluarga sudah boleh terima,
Kerjaya...err...ok. KIV pun tak apa.
Benar2 sedia membina Baitul Muslim?
Benar2 sedia membentuk masyarakat Muslim?
Benar2 sedia menanggung beban dosa yg selama ini ditanggung bapa?
Kalau ya,
Silakan, mengorak langkah.

Entry ini dikhususkan lagi buat mereka2 yang mengerti,
Hukum hakam yg melibatkan leleki-perempuan, ikhwah-akhawat,muslimin-muslimat,
Senang kata,
Saya berkata2 dengan antum, wahai fuqaha' fiddeen.
Antum tahu,
Couple itu tidak manis. Tidak rock dan tidak jugak best.
Itu gerbang kepada zina,kan?
Dan antum tahu,
Nikah itulah yg terlebih sopan
 dan halal yang terjamin.

Antum mahukan yang manis, sopan, bersih, diredhai,
Jadi jalannya juga haruslah manis, sopan, bersih,dan diredhai.

Antum inginkan puteri seorang ayah,
Mintalah dengan cara yang baik.
Sebab saya pasti kalau antum berada di tempat sang ayah pun,
Antum pasti mahu hak seorang wali dimuliakan, kan?

Wali itu bukan cuma berguna tatkala akad.
Wali itu punya hak yang perlu disempurnakan,
Seawal puterinya ingin dirisik,
Hinggalah antum benar2 sedia menggantikan tampuk bebanan seorang bapa,
Kepada seorang puteri.

Rasanya bagi antum yang cukup faham bahasa Melayu ini,
Mudah untuk faham pernyataan2 di bawah,bukan?
Tak perlulah nak bermesej2an.
Tak perlu tlg kejut qiam dan ajak puasa sunat segala bagai.
Tak perlu nak YM atau pm kat FB ,tanya itu ini.
Tak perlu nak kongsi rasa dengan satu kelas.
Tak perlu mendesak.

Peliharalah keberkatan rasa fitrah itu,
Sedari awal tumbuhnya.

If you really want her,
Be a gentleman.
Approach her wali,
Not her, the lady.

See you soon,
Walimah jgn lupa jemput!

Credits: Efef!



2 comments:

  1. wow !! aku nak share kat membe aku . boleh kak Phot ?

    ReplyDelete
  2. ehemm..cm mendalam je maksud tu....anyway...entry yg berguna....thank pH0t !

    ReplyDelete