lalala

Tuesday, 18 December 2012

Mak Bapak Jangan Main la Brader...!

In the name of Allah, the most beneficent, the most merciful
I testify that there's no God to be worshiped but Allah
and I testify that Muhammad (SAW) is His messenger.

~Hasbiyallahuwani'mal wakeel~
~ Cukuplah Allah bagiku~


Pernah dengar ayat ni?
" Mak -mak jangan main la Brader...!"
Angguk? Mestilah. Ini sedutan dari filem Chow Kit yang ditayangkan sekitar awal tahun ini.

Oh maaf! saya terlalu sibuk dengan hal2 kehidupan saya sampaikan saya terlupa untuk singgah ke GSC dan menontonnya. Alhamdulillah. Tak payah la sibuk2 menonton wayang. Dunia kan dah maju? Oh my Youtube!

It's not about wayang that I'm about to elaborate on. Jadi bermula dari ayat ini,sila ambil perhatian...!

" Mak -mak jangan main la Brader...!"
Agak2 apa la persepsi anda apabila mendengar ayat berbaur ugutan di atas?

Ok.Ini persepsi saya.

Memandangkan Chow Kit mengisahkan survival anak2 yang membesar terbiar di kota metropolitan yang terdedah kepada sebarang mara bahaya, tentu juga anak2 ini membesar dalam keadaan yang menyedihkan dan mungkin juga terhina. Maka bersyukurlah kita tidak diuji Allah sedemikian.

Anak2 ini mungkin tidak tahu siapa ibu ataupun ayah mereka.
Anak2 ini mungkin adik beradik tapi benarkah mereka dari benih yang sama?
Anak2 ini cuba sebaik mungkin untuk mencari ruang di atas muka bumi ini agar mereka juga boleh bernafas.
Anak2 ini cuba sebaik mungkin hidup dengan fitrah mereka yang suci walau zahirnya mereka sendiri tidak pasti apakah mereka ini hasil dari hubungan yang suci atau sebaliknya.
Anak2 ini kalau boleh ingin hidup seperti manusia lain juga. tapi segelintir pihak sering menafikan hak mereka.
Anak-anak ini juga sangat teringin melihat ibu bapanya mengimamkan solat mereka dan mengajak mereka berpuasa.
Anak-anak ini juga sangat teringin merasa dibelai dan dipuji sewaktu mendapat rekod cemerlang di sekolah.
Anak-anak ini juga pasti teringin dibela oleh mereka yang mengaku orang tuanya saat dia dicerca.
Anak2 ini dahagakan kasih sayang sebenar daripada orang tua mereka apabila yang sebenarnya caci makian yang mereka terima, Saban hari. Saban waktu. Dan mereka terus membesar dengannya.

Dan kalaulah identiit sebenar mereka sebagai anak luar nikah itu terbongkar,
Apakah mereka akan berbangga dengan ibu bapa mereka?

Point yang ingin saya sentuh di sini ialah...
ANAK2 LUAR NIKAH PUN SEBENARNYA INGIN BAHAGIA...!

Perhatian ya wanita2 cantik & lelaki2 macho di luar sana.
Kalau anda dilahirkan suci, maka peliharalah diri anda daripada melahirkan janin yang tidak suci.
Kalau anda hendak memiliki, maka peliharalah diri anda daripada hubungan yang dimurkai.
Kalau anda bahagia dengan hidup yang anda jalani, jangan biar keturunan anda menangisi nasib mereka nanti.
Kalau anda terlanjur melahirkan mereka kononnya kerana cinta, jangan biar anda mati dalam kedaan dibenci.

Tolong wahai 'ibu-bapa-tak-halal-yang-belum-bersedia'. Fikir dulu sebelum buat.

Anda mungkin gembira kerana melakukannya.
Anda mungkin tidak rasa bersalah.
Anda mungkin melakukannya atas dasar suka sama suka.
Anda mungkin rasa janin itu akan turut bahagia.
Tapi anda lupa, mungkin.
Langit tak selalunya cerah.

Sebaik manapun anak itu membesar, dia tetap akan dicemuh
Sepandai manapun anak itu dalam rekod sekolah, dia tetap dimusuh,
Secantik/kacak manapun anak itu bila dia besar, dia tetap dicerca.
Sehebat manapun anak itu berhujah, dia akan tetap dibangkang.
Sejauh manapun anak itu berlari, dia tetap akan dikejar oleh bayang2 hitam.
Sesedap manapun anak itu mengaji, haknya akan tetap terus dinafi.

Wahai wanita-atau-lelaki-yang-belum-sedia-jadi-mak-atau-bapak-tapi-nak-jugak-buat-anak...

Tolong la ye...At least kalau pun anda tak fikirkan kesannya kepada diri anda,
Fikirkan untuk mereka.
Anda mungkin tak nak hidup lama,
tapi perjalanan mereka masih panjang.
Anda mungkin mampu melindungi mereka,
Tapi anda tak mampu menutup mulut orang lain.
 Be futuristic. Be realistic.
" Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya,sekiranya mereka mengetahui,"-Al-ankabut:64. Surat cinta Allah.
Saya tak hakimi. Cuma pertikaikan. Dan cuma menasihati.
Nauzubillah. Moga Allah lindungi kita daripada segala kejahatan dan kecelakaan~

No comments:

Post a Comment