Bismillahirrahmanirrahim
In the name of Allah the most beneficent, the most merciful
I testify that there's no God to be worshiped but Allah
And I testify that Muhammad (SAW) is His messenger.
Recall 2 days back.
Friday. December 7
Alor Setar,Kedah.
"Here we go. Alor Setar." ujar kakak setelah kami selamat sampai di stesen Shahab Perdana. Aku tersenyum simpul. Tawaran daripada pakcik teksi terus diterima. 15 minit kemudian kami tiba di Stadium Sultan Abdul Halim.
Teringat pula betapa beria-ianya aku mengajak kakak ke sana walaupun sebetulnya perancangan kami sudah agak jauh tersasar.
"Please kakak.Aku tak pernah lagi jumpa live dengan UAI." sambil buat muka setengah puluh sen. Kakak lantas bersetuju.
Berjalan lebih kurang 200m dari pintu pagar stadium. Penat tapi teruja. Tiba-tiba stuck di depan pagar. Aku pandang kakak.
"Kejapla. Ni konvoi ARC dok masuk ni,"
"Ouh. Ok then." aku menanti semua peserta konvoi yang berbaju HIJAU itu masuk dengan bendera-bendera mereka dan motor-motor mereka. Kehangatan mula berbahang. Rasa kagum hingga berdiri bulu romaku tanpa perlu diarah. Rasanya kalau la aku ini punyai motor seperti mereka, mungkin aku akan berbuat yang sama. bezanya..! peserta + penonton wajiblah kaum wanita. (aku tak harap la nak konvoi depan kaum XY)
Aku melangkah masuk bersama kakak. Kami segera mencari gerai bernombor 17. Kata kakak itu gerai kawannya. Aku lantas menuruti langkahnya. Dan bermulalah acara aku, menebarkan pandangan ke seluruh pelosok stadium. Itu hobi tak rasmi. Tak lama kemudian, azan Asar berkumadang. Pengumuman agar semua peserta himpunan untuk menunaikan Fardhu Asar kedengaran. Tandas pasti penuh dengan orang yang nak ambil wudhu'. Aku sudah jama' tadi. Alhamdulillah.
Aku dibawa bersiar-siar dengan seorang junior sekolah. Kami melangkah ke merata ceruk. Penat berjalan,akhirnya kami kembali ke tempat masing2. Dia ke gerai nasi lemaknya. Aku ke gerai kawan kakakku.
Petang itu, ceramah UAI bermula. Muqaddimahnya, ulama' geng orang muda yang kerap kali mempopularkan JKKK ini menyantuni perihal saudara2 kita yang masih sengsara di bumi Palestin. Diikuti dengan menyentuh soal tauhid dan ukhuwwah sesama Muslim. Lawak UAI tak pernah membuatku bosan. rasa tak rugi jalan 200 m. Berbaloi. Berbekal ice blended vanilla di tangan, aku melabuhkan punggung sehinggalah tamat kuliah beliau. Thanks a lot UAI!
Azan Maghrib berkumandang. Ramai yang menerpa tandas. Diumumkan bahawa solat malam itu akan diimamkan oleh Us. Haji Salleh diikuti dengan solat sunat hajat. Aku bingkas ke tandas.
Ada suatu hal yang sangat aku kagumi. Meskipun tandasnya berlecah dan kurang selesa, aku lihat muslimat2 ini tetap utuh menyantuni anggota wudhu' mereka dengan air yang berwarna agak ke'orenan'. Itulah bezanya. Kesederhanaan dan kebersamaan inilah yang membuat aku makin kagum akan laluan perjuangan ini. Jujur aku katakan, jarang sekali aku melihat program2 yang dianjurkan mendapat santunan yang mewah lagi selesa. Maka mungkin disebabkan oleh tarbiah ini, kami sudah biasa. Bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa.
Saff solat yang memanjang menyejukkan mata memandang. Aku mengitari stadium dengan pandanganku. Inilah dia, barisan syabab harapan bangsa, Fatayat tiang negara.
Malam makin rancak memadam warna awan pada langit Alor Setar. Malam makin rancak dengan ceramah 'berapi' daripada dif2 kehormat. Aku hanya mendengar. Sesekali menaik juga bulu roma mendengar amant yang berapi daripada mereka. Tambahan pula...aku duduk di depan speaker. Alahai telingaa...
Tapi tak dapat tidak aku jujur memuji semangat para syabab yang begitu berani menjulang bendera. Bendera yang cukup simple tapi cukup bermakna. Ada juga yang menjulang 2 bendera serentak. Di bawah bendera bulan penuh itu,ada bendera yang sangat aku cintai. Bendera Palestin.
Tiba-tiba aku bangkit. Menyedari kakak dan kawannya sudah lama meninggalkanku, aku mengikuti mereka. Jelas aku terlewat. tapi langkah ini ku gagahkan jua. Aku memandang lautan manusia dalam pekat malam yang zulmat.
Aku mengeluh ringan. Lautan manusia ini bagai tak mungkin aku lepasi. Tapi alhamdulillah, Allah permudahkan.
Aku mengajak kakak 'shopping'. Puas menjelajah. Sempat terserempak dengan beberapa ukhti. Sempat berlaga pipi dan bertukar khabar. kami kembali ke hadapan tempat duduk. Ceramah DSAI menghiburkan dengan lagu2nya yang lawak tetapi tersirat 1001 rasional. Isu2 negara terus dikupas. Aku terus mendengar.
12.00 tepat. Packing. balik.
_________________________________________________________________________
Sejujurnya di sana kulihat:
1. Semarak kebangkitan rakyat yang inginkan kemakmuran negara berkebajikan di bawah naungan Islam.
2. Kebersamaan kaum berbilang bangsa yang sudah penat diperbodohkan. Mereka bangkit,menuntut bela.
3. Pengorbanan pimpinan2 yang kalimah penat dan lelah bagaikan terpadam dari kamus hidup mereka.
4. Kesudian para petugas yang ikhlas.
5. Kopiah putih memenuhi ruang stadium. Jujur saya agak terkejut. tapi sememangnya saya lihat syabab lebih ramai daripada fatayat. Jarang saya lihat situasi ini. Tapi saya bangga dengan kehadiran kalian. amat sangat.
6. Jentera pemuda harapan agama, fatayat tiang negara sedang bergabung tenaga, merealisasikan aspirasi daulah Islamiah.
7. Paling penting, saya dapat rasakan, kebangkitan ini akan menterjemahkan mimpi kami bersama ke alam realiti. Dunia, lihatlah nanti.
*sekejap aku, sekejap saya. Tak penting pun kan? Ignore it.
Kulihat...Sesuatu yang kau mungkin belum lihat...Atau mungkin kau sengaja menidakkan...Penglihatanmu. Aku tak tahu. Aku tidak menghakimi kamu.
No comments:
Post a Comment