In the name of Allah the most beneficent,the most merciful
I testify that there's no God to be worshiped but Allah
and I testify that Muhammad (SAW) is His messenger.
Dear Allah, guide me all way long..
Baru beberapa hari lepas saya menerima khabar dari seorang sahabat, ayahnya mengalami kemalangan dan perlu dijalankan sedikit pembedahan.
Hari ini pula saya dikejutkan dengan berita dari seorang sahabat yang lain bahawa ayahnya dimasukkan ke hospital kerana sakit buah pinggang.
Innalillahiwainnailahiroji'uun.
Dari Allah kita datang, kepada Allah jualah tempat kembali yang kekal abadi. Moga Allah permudahkan urusan kalian.
Penyakit itu datangnya dari Allah, maka Allah la jua doktor terbaik untuk merawatnya. tapi kita manusia, teruslah berikhtiar.
Kemalangan itu juga datang dari Allah, sebagai ujian kepada iman kita. dan sebagai ibrah buat manusia lainnya. manusia seperti saya. yang kadangkala, maaf. yang sering leka dibuai tipu daya dunia.
Dalam pada itu, wujud kegembiraan yang alhamdulillah mampu membuat saya tersenyum hingga hari ini.
Semua perkara ada waktunya.
Allah pergilirkan buat kita. Supaya kita kaji dan kagum pada kekuasaanNya.
........................................................................................................................................................
Ustazah Iqa datang dengan wajahnya yang tersenyum ceria. Walaupun dilitupi niqab hitam, saya masih dapat menerka senyumannya di bibir mata.
"Ustazah nak jemput walimah ni. " Ustazah itu bicara tenang. Mata saya terus mencari matanya. Minta kebenaran dipamerkan di situ.
"Ustazah...? Biar betul....Orang mana?"
bertubi-tubi soalan termuntah kerana berita ini sangat mengejutkan. Tak kurang mengujakan.
"Dengan tunang ustazah. Orang negeri sebelah."
"Chop! Bila yang ustazah tunang ni?"
"Hari tu. Raya haji. Memanglah kamu tak tahu. Tunang mana boleh heboh2. Nak walimah baru boleh heboh." Dia terus berbicara dengan senyuman yang tidak pernah lekang. saya berkongsi senyuman yang sama. Betul juga. Lekas minda menangkap hadis Rasulullah mengenai pertunangan yang berbunyi
“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan/hebahkan) tentang perkahwinan”(Hadis Riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu’anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)
Betul juga. semenjak saya kembali hidup sebagai siswi, saya memang tidak pernah bertemu muka dengan asaatizaat saya ini. Kesibukan benar2 memancung waktu untuk menaut ukhuwah dan meng'update' berita2 tentang mereka.
"Ini kadnya. Nanti datang ya. Bawak family sekali." dihulurkan sekeping kad. Lamunan saya terpancung. Kad itu saya tatap. Lama. Minda bagai cuba menerima, ya ustazah2 yang dahulunya mengajar saya mengenali apa itu tatabahasa Arab,kini sudah disunting kini bakal menjejak alam rumah tangga.
"Habis, ustazah tidak akan mengajar di sini lagi?" Soalku sambil membayangkan bagaimanalah keadaan maa'had kalau tiada wanita2 ini.
"Masih. tapi kali ini berdua. Dengan En. Suami." senyuman masih utuh. Ialah, bicara mengenai si dia yang berjanji untuk menjadi pelengkap separuh imannya.
"Oh. Heheh. Suwittnya ustazah. Ustazah Ina?"
"Pun bakal menjadi suri. Insya Allah tak lama lagi. Cuma, ustazah Ina tidak akan berkerja lagi di maahad."
"Ouh. Ala..lepas ni tak boleh dah la nak usik2 ustazah2 lagi...Kang ada Encik2 suami yang marah,"
"Apa pulak. Ukhuwah kita takkan terhenti di sini. Cuma best sikitlah, ada orang back up kita nanti."
saya tertawa.
*edited from true converse...*
Baarakallahu fikuma...
Moga Allah lestarikan mawaddah dan rahmahnya dalam rumahtangga yang kalian bina.
Moga Allah sentiasa menyuburkan iman kalian yang sudah lengkap separuh darinya.
Moga Allah sentiasa menaungi masjid yang kalian bina.
Asaatizaat...Maaf. saya tidak layak menukil bicara. Tak sedar, masa begitu pantas meninggalkan.
kalian bakal bergelar isteri tidak lama lagi.
Oh ya! Ini saya 'kopi-pasta' dari kitab mutolaah.
Setelah al-Harith bin Amr, raja negeri Kandah berkahwin dengan anak perempuan ‘Auf bin Muhlim Asyaibani, pada waktu utusan diraja hendak membawa pengantin perempuan untuk disampaikan kepada Raja tadi, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya ini.
Dia berkata:-
“Wahai anakku!
Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu,
Aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya.
Tetapi!
Ia sebagai peringatan untuk yang lalai
Dan pedoman kepada yang berakal.
Andai ibubapamu dapat memberikan segala-galanya,
Nescaya, tidak perlu bagimu seorang suami,
dan kau terlalu berharga bagi kami.
Tetapi!
Wanita dicipta untuk lelaki
Lelaki dicipta untuk wanita.
Bercerailah kau dari ayunan buaianmu
Meninggalkan teratak tempat besarmu
Melangkah menuju ke alam baru
Yang belum kau kenal
Yang belum kau biasa
Kau milik suamimu
Anggap dirimu sebagai hamba
Jadilah teman yang paling setia
Bawalah wasiat dariku
Sepuluh sifat
sebagai bekalan perjalanan
menuju alam bahagia
Relakan hatimu
sekadar yang ada
semoga suci hatimu
dengan taat setia
Dan hulur tanganmu
tanda mahu berganding bahu.
Jauhkan dirimu
dari segala yang jelek
yang dihidu atau dipandang mata
Juga awasi gerak lakumu
agar tidak sumbang mengguris rasa
Sembunyikan suram wajahmu
Gantikan ia dengan sinar
secerah sang suria pagi.
Dan badan yang semerbak harum
Bermandikan bauan
Mata berpasak, kening bercelak
Itu menambah seri
Itu membangkit berahi
Dan…
Air cukup memada
Bagi yang tiada
Jaga masa makannya
Juga waktu tidurnya
Kerana…
Perut kosong hilang bicara
Mata mengantuk hilang kesabaran di dada
Kunci mulutmu
Tabahkan hatimu
Badanmu terselamat
Jiwa temanmu tidak terseksa
Simpan dulu kerianganmu
Di kala dia berduka
Pendamkan kesedihanmu
Di kala dia bergembira
Akibat aksi tidak senada
Hilang simpatimu disebabkan pertama
Hilang suasana disebabkan kedua…
Hulurkan tanganmu…
Andai kau menghulur sebelah tangan
Nescaya dia menghulur kedua belah tangan
Tidak cukup tangan, nyiur pula ditadahkan
Ketahuilah!
Kasihmu tidak sampai ke mana
Jika hatimu berdua tidak sejiwa
Kasihmu, kasihlah dia
Bencimu, bencilah dia
Allah saja yang menentukan nasibmu.
Kau bawalah wasiatku ini, dan sampaikan salamku kepada suamimu.”
Beginilah ibu tadi menambah pesan kepada anaknya. Seterusnya wanita itu
telah mencapai kedudukan yang mulia disisi suaminya. Dia telah
memperolehi tujuh orang anak lelaki, yang kesemua telah menjadi pemerintah
negeri Yaman selepas ayahanda mereka. Beginilah seterusnya status
wanita-wanita yang memiliki kelebihan.
Sumber: Al-Mustanir
Wish you all the best...!
May Allah bless...!
p/s: saya ada dengar ura2 ada sahabat lain yg ingin mendirikan masjid. tp belum dapat kad. saya masih menuggu. =)
memg ado~~ tp tulah...dyorg tggu hbs blajar kowt~
ReplyDelete