Bismillahirrahmanirrahim...
In the name of Allah the most beneficent,the most merciful.
I testify that there's no God to be worshiped but Allah, and I testify that Muhammad (SAW) is His messenger.
"sahabat, lepas ini awak nak ke mana?"
Saya diam. Tidak tahu mahu bereaksi bagaimana. Mahu bereaksi yang sebaiknya.
Lidah saya tiba2 lumpuh. Mendadak. Saya tidak benci soalan ini. Cuma tidak pandai memberikan jawaban.
Pada saat terlantunnya pertanyaan.
Sahabat, awak tahukan saya tidak suka orang 'membaca' saya?
Tapi kadang2 saya harap awak boleh 'meneka' saya. Sebab saya makin kurang mahir meluah bicara.
Makin khali. Makin sendiri. Makin sepi.
Kalau awak tanya saya wahai sahabat,
ke mana saya selepas ini?
saya pasti tetap tidak tahu untuk menjawab apa.
sebab saya yang lemah ini takut, untuk terlalu tinggi dalam bercita-cita.
Tapi sahabat,
kalau awak tanya saya ke mana saya selepas ini wahai sahabat,
yang termampu saya beritakan hanyalah,
saya ingin pergi ke mana saja takdir ini membawa saya.
saya ingin menjadi siapa saja yang Dia mahukan saya untuk menjadi.
saya ingin terus berjalan, terus beriman.
Kalau awak tanya saya wahai sahabat,
mungkin saya akan tersenyum dan diam kembali.
sebab saya tak pasti, bagaimana esok hari.
yang pasti, saya sudah tidak mahu ulangi dosa semalam.
saya sudah tidak mahu ingkari takdir tulisan Ilahi,
saya sudah tidak mahu jadi abdi yang sering berteka-teki,
meragui ketetapan Dia buat diri ini.
Kalau awak tanya saya wahai sahabat,
Dan saya tidak menjawab,
Awak jangan kecewa ya?
sebab beginilah saya, seadanya.
khalis...
ReplyDeletesiyes touching!!
sahabat..terima atas atas nukilan yang begitu indah...
walau aku jauh beribu batu darimu..
doaku sentiasa mengiringi langkah perjuanganmu..
moga Allah berikan rahmat pada mu pada ku
dan pada ukhwah yang terbina ini.
nice entry,,,rindu nk dengar nasihat dr khalis,,
ReplyDeleteshukran,,