Bismillahirrahmanirrahim
In the name of Allah the most beneficent, the most merciful.
Cerita ini adalah pengalaman sebenar seorang ustaz.
Diceritakan kembali oleh Abah kepada kami sekeluarga usai sarapan pagi tadi.
Ustaz ini orang Malaysia. Berkelana di bumi Indonesia atas urusan-urusan tertentu.
Sampai di suatu daerah, azan subuh berkumandang.
Lalu ustaz ini berserta rombongannya segera ke masjid berdekatan.
Masuk masjid. Ustaz ni pun usyar la keadaan sekeliling. Dilihatnya satu fenomena pelik. jarang berlaku di mana-mana.
Jemaah Muslimahnya LEBIH RAMAI daripada jemaah Musliminnya. Kagum ustaz ni dek ramainya wanita Indonesia yang gemar berjemaah subuh.
Selepas solat Subuh, ustaz ni lepak2 dulu. Kemudian beliau ternampakla seorang pak cik ni. Setelah dikira-kira, konpem! pak cik ni tok siak rupanya. Yang peliknya, tok siak ni tadi masa solat bukan main elok je pakai pakaian solat, alih2 lepas Subuh je, terus transform! Haha. Tukar uniform. Pakai t-shirt biasa dengan seluar pendek je. Dan beliau dengan jiwa selambanya mencapai penyapu dan memulakan tugas2 rasminya sebagai seorang tok siak.
Ustaz ni ternampak la pulak jemaah Muslimah yang tadinya ramai memenuhkan saff di bahagian belakang. Aik! Cabut2 telekung je,transform jugak! Pakaiannya nauzubillah...Memang tak gaya muslimah dah la. Err..paham2 je la kut kan?
Ustaz Malaysia yang kepelikan tadi ni terus menghampiri tok siak terbabit dengan senyuman di pagi hari. Seraya bertanya,
" Pak! Bisa ditanya nggak?"
"Eh..Bisa..Bisa...Silakan pak ustaz.."
"saya tu,kagum benar dengan jemaah wanitanya di kawasan ini yang rajin solat berjemaah. Tapi,kenapa pakaian mereka begitu ya usai solat? Bukannya tadi sudah solat subuh berjemaah? dan ke mana perginya jemaah laki-laki yang lainnya?"
Tok siak dengan senyum di pagi hari turut membalas pertanyaan usat tadi dengan skrip jawapan yang rasanya sudah biasa diulang.
"Oh..Itu..Biasalah pak ustaz. laki-laki, kan susah bangun subuh. yang wanita2 ini, berpakaian begitu kerana pekerjaan mereka..."
"Pekerjaan apa pak?" tanya ustaz. garu kepala.
"Ya..Kerja biasa pak..Tahu kan? malam2 wanita kerja apa? Picit2 laki-laki..Menjadi pelayan..Pokoknya, wanita2 ini usai tamat shift kerja, langsung solat subuh. nah, itu lebih baik kan? dari kerja sampai tak ingat solat...?" Tiada riak bersalah di situ.
Ustaz itu melopong mendengar penjelasan mampat tok siak terbabit.
Nauzubillah.
"patutlah.."
Sama ada anda sedar atau tidak,itu realiti masyarakat Islam di dunia pada hari ini. Ini kisah benar,bukan rekaan semata-mata.
Pluralisme merebak dengan serebak-rebaknya tanpa mengira sempadan.
Sekularisme menjebak umat Islam untuk mengasingkan pekerjaan dengan kehidupan beragama.
Saya tanya anda. Kerja apakah yang anda rasa wanita2 itu lakukan?
Dan patutkah mereka sujud menghadap Ilahi pada hening subuh dan pada malamnya kembali melakukan perkerjaan yang sama?
Maaf ya. Sila perhatikan di sini.
Saya secara total tiada masalah, malah berbangga dengan bilangan jemaah wanita yang ramai.
Malah, saya lebih bangga sekiranya mereka yang melakukan pekerjaan terkutuk itu kembali bertaubat dengan taubat yang sebenar-benarnya.
Tapi tidak dengan menyangkakan bahawa setelah mereka 'bekerja', mereka layak bersolat tanpa secebis rasa bersalah dan malu pada pencipta mereka.
Benar. Solat itu akan mengubah manusia ke arah yang lebih baik.
Benar. Solat itu tangga kejayaan.
Benar. Solat itu mencegah kejahatan dan kemungkaran.
tapi solat yang bagaimanakah yang dimaksudkan dalam Al Quran dan hadith ini?
Anda sendiri punya jawabannya.
saudara, Islam itu inqilabiyyah.
Tetegaknya Islam, atas keruntuhan Jahiliyyah.
No comments:
Post a Comment