lalala

Sunday, 18 March 2012

Women Abuse...Di mana penghujungnya? (Physically)

Bismillahirrahmanirrahim...
In the Name of Allah..the Most Beneficent..the Most Merciful...
Hey ya..Whassup?
Apa khabar iman pada hari ini?

Hidup sebagai umat di zaman ini..di zaman teknologi serba canggih ini...di zaman orang tidak lagi menggunakan alat2 kuno ini...rupanya menuntut iman yang tidak sedikit..namun kiranya iman di dada hanyalah senipis nanomit...mampukah manusia itu..yang mempunyai hawa nafsu itu..menahan diri dari noda dan dosa???

DUNIA SEMAKIN BERDARAH...
MANUSIA SEMAKIN KEJAM...
AMARAH SEMAKIN BERMAHARAJALELA...
PERIKEMANUSIAAN MULA MENGHILANG....

Ada yang tidak bersetuju dgn saya???
Duhai sahabat seaqidah...
Jujur kiranya saya khabarkan saya takut....
Takut utk hidup di dunia hari ini...
kerana apa saya takut???
kerana saya seorang wanita....
Oh! Bukan saya menyesali takdir Sang Pencipta...
Cuma saya takut..Bimbang..Kesal...Marah...Kecewa...
Melihat wanita diperkotak-katikkan begitu sahaja...
Melihat wanita seperti tiada nilai harganya...
Melihat wanita dibunuh dan diperkosa...
Melihat wanita diculik dan didera...
Melihat wanita diperlakukan lebih teruk daripada hamba....
Oleh sang laki-laki yang sebenarnya..
Dikurniakan kudrat oleh yang Maha Esa...
Untuk membela sang Hawa...
Tapi sayang...Sejuta kali sayang....
Sang Adam berlaku durjana...
Nasib sang Hawa bukannya dibela..
malah dihenyak..dihempuk..diinjak2...
Sebab sang Adam yang durjana itu tahu...
Sang Hawa itu lemah...

Al-Fatihah dititipkan buat seorang lagi mangsa kerakusan dan kekejaman manusia...
Adik Nurul Nadhirah Abdullah (Dirang)
Baru 5 tahun budak tu..Tapi manusia..Bila nafsu yg m'jadi sembahan...
Habis rentung dibakarnya tanpa secebis belas mahupun kasihan...
Entah apa salah dan dosa adik tu kat sang pembunuh yang tercela....

Punyalah penat polis,nenek,mak bapak budak tu cari....
Alih2 mayatnya dijumpai 5 km je dari kawasan perumahan dorang...
Okay..Itu fakta kekejaman yang berlaku di negara ini...Malaysia yang 'so call aman makmur sentosa'
 Dan pastinya ini bukan kes yang pertama...
Saya kongsikan kpd anda bbrp lg kekejaman terhadap golongan hawa yang berlaku di serata dunia...

Kes 1
1 Pembunuhan kejam seorang remaja Jepun selepas diseksa selama 44 hari. Mangsa dikenali sebagai Junko Furuta. Diseksa dgn sangat kejam sebelum dibunuh. Apa motif dia ditangkap dan diseksa? Saya tidak tahu. Tapi apa yang pasti penderitaannya sangatla azab sehingga tidak sanggup saya ceritakan di sini. Cukuplah anda mengambil iktibar.


Kes 2
Seorang wanita arab bernama Marwa el- Sharbini telah ditikam sebanyak 16 tikaman oleh seorang lelaki bernama Alex Wiens. Ketika itu Marwa sedang membawa anaknya bersiar2 di taman permainan di Jerman. Dia mengikuti suaminya yang menyambung pengajian di sana. Marwa juga ketika itu sedang mengandung. Alex datang dan menikamnya tanpa belas kasihan. Kerana apa? Kerana Marwa seorang wanita muslim yang bertudung. Hanya kerana dia menutup auratnya. 


Kes 3
Kisah hidup seorang aktivis gerakan Islam Ikhwanul Muslimin , Zainab al-Ghazali. Zainab yang merupakan pengasas Jamaat al-Sayyidaat al Muslimat pernah ditangkap dan dipaksa menghuni sel penjara selepas as-Syahid Imam Hassan al- Banna dibunuh. Melalui hari2 di balik sel penjara selama 25 tahun, dia pernah dikurung bersama anjing2 gila dan dipaksa mengakui merancang utk membunuh Bangsat Mesir, Jamal Abd Nasser. Kemudia Zainab dibebaskan dan menulis buku bertajuk 'Hari-hari dalam Hidupku'.


Kes 4
Negara pernah digemparkan dengan kes penculikan seorang kanak-kanak sekitar tahun 2007. 27 hari kemudian negara menangis meratapi mayatnya yang dibunuh kejam dan ditinggalkan di dalam sebuah beg. Adik Nurin Jazlin Jazimin tetap dalam ingatan kerana riwayat hidupnya yang tragis. Dia dilaporkan hilang sewaktu keluar seorang diri ke pasar malam. Wujud cliche bukan di antara kes adik Nurin dan adik Dirang???


Jadi pembaca yang budiman...
Bukankah dengan kes2 yang makin melambak seperti ini..
Manusia terutama sekali wanita hidup dgn dipenuhi ketakutan?
Bukankah mangsanya...semuanya WANITA/PEREMPUAN....???
Bukanlah kehidupan dlm ketakutan ini yang kami harapkan...
Bukanlah pengakhiran yang sebegini yang kami mahukan...

Duhai kerajaan...
Kalau saja hukum Allah kau tegakkan...
Biar terpasak megah di daulah Islamiah...
Alangkah moleknya andai mereka ini mendapat hukuman...
Setimpal dgn kekejaman yang mereka lakukan...
Sebab hukum Allah itu yang Maha Adil...Maha Sempurna...

Cuba anda fikir sejenak...
Masih beranikah pencuri berkeliaran, perompak berpersatuan sekiranya hukum Allah ditegakkan?
Masih beranikah perogol memperkosa wanita sekiranya hukuman Allah menjadi balasan?
Masih beranikah kes2 pembunuhan dirancang teliti sekiranya hukum Qisas menanti?
Masih berdarahkah dunia sekiranya hukum Penciptanya yang menjadi prioriti???

Anda renung..Anda perhati...Anda teliti..Moga manfaat berpanjangan...

  

No comments:

Post a Comment