lalala

Saturday, 15 September 2012

Memaknakan Unggul buat Al-Fatih




Bismillahirrahmanirrahim
 In the Name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful
I testify that there’s no God to be worshipped but Allah,
And I testify that Muhammad (pbuh) is His messenger
 All praises be to Allah, for His Almightiness and Greatness,
Indeed, I’m not more than just a frail, timid slave.

Ana ukirkan tanbiih ini selaku insan bertuah yang dipilihNya,
Untuk masih lagi menjejak langkah di bumi barakah, bumi bertuah.
 
Alhamdulillah, tahmid buatNya.
Ana masih lagi bukan insan yang layak untuk menyentuh soal ini.
Tapi untuk pengetahuan kalian, topic ini tidak sensitive, bagi mereka yang kurang sensitivitinya.
Topik ini tak perlu antum baca, kalau antum rasa tak perlu,
Topik ini hadir sekadar untuk buat kita bangkit,bukan terus jatuh terduduk.

Saban hari menelusuri lembaran baru di bumi waqafan,makin banyak yang dipelajari,
Saban hari mendengar bait bicara yang terluah dek warga di sini, makin  tercabar rasa di hati.
Sekali lagi, ini bukan topic sensitive.
Ini bukan luahan yang tertaip lantaran lahar marah yang menyala-nyala,
Ini bukan luahan yang penuh dendam semata, bukan untuk menjadi batu api,
Ini bukan pertama kali ana merasakan begini,
Cuma kini datang ilham untuk berkongsi.

Bukan pertama kali ana berdiri di perhimpunan pagi untuk mendengar bait bicara dan amanah para murobbi,
Tentu sekali buat kami yang sedia mendengar di bawah ini,
Ucapan mereka penuh azimat,
Sangat utuh jika digenggam buat pembakar semangat.
Namun tatkala soal batch dibicarakan,
Hati akan seraya bergetar,
Telinga seakan rasa mahu dikatup,
Diri akan terasa lemah, namun tegar untuk terus kuat.
“Jangan jadi macam batch tahun lepas…”
“Batch tahun lepas boleh dikatakan gagal, antara rekod terburuk yang pernah kita ada…”
“Batch tahun lepas tak dapat mencapai target kerana…”
“Batch tahun ini mesti jadi lebih baik daripada batch tahun lepas..”
Cukup. Kata2 itu terlalu menusuk.
Tidaklah sampai bernanah telinga ini menadah untuk mendengarnya,
Tapi cukuplah kerana insan ini juga punya hati dan perasaan.
Insan ini bukan halimunan untuk menelan setiap kata itu tanpa terluka hatta sekecil kuman.


Jangan Salahkan Mereka.
Sahabat2 yang pernah satu saff perjuangan,
Jangan pernah sekalipun kita salahkan mereka,
Kerana berkata itu dan ini kepada batch kita.
Sebab kita tidak sedar,
Mungkinkah  benar kata2 itu?
Mungkinkah  juga kurang benarnya?
Atau mungkin ana yang beremosi?
Kebenaran itu memang pahit,sahabat. Ana tak tipu.
Tapi janganlah kita salahkan mereka,
Kerana mereka juga usaha,seperti kita,
Mereka juga bersengkang mata,seperti kita,
Mereka sanggup mengenepikan keluarga,semata2 untuk kita,
Mereka sanggup menjual masa mereka untuk diluangkan bersama kita,
Mereka adalah dalam kalangan murabbi2 terbaik,yang pernah Allah anugerahkan,kepada kita.
Namun hakikatnya,kita semua manusia.
Mereka terluka,kerana kita.
Mereka kecewa, dengan kita.
Mereka terima impaknya ,hasil keputusan kita.

Refleksi Diri Kita, Cukuplah dengan 1 Kekalahan.
Antum yang tidak berada di dalam kasut ana, mungkin tidak begitu terasa bahananya.
Tak apa. Lain hamba, lain mehnahnya.
Jadi sahabat2!
Cukuplah dengan sebuah kekalahan,
Cukuplah dengan sebuah kejatuhan,
Cukuplah dengan sebuah kegagalan,
Muslim takkan jatuh pada lubang yang sama buat kedua kalinya!
Maaf andai ada antara antum/antunna yang terhiris dengan bicara ana,
Ana menaip berdasarkan apa yang ana rasakan betul. Antum/antunna ingin bangkang, di dalam hati. Antum ingin setuju,silakan. Tiada paksaan.
Terlalu banyak hipotesis yang boleh diambil dari kejatuhan ini,
Terlalu banyak ibrah yang Allah minta kita kaji,
Mungkin benar, Kitalah yang menjatuhkan prestasi sekolah hebat ini.
Kitalah yang menconteng arang di muka mereka2 yang berusaha memartabatkan sekolah ini,
Mungkin benar, namun Allah hendak menguji.

Jangan Rasa Down, Allah Bersama Kita.
There’s always a silver lining, behind a cloud.
Hikmah Allah itu untuk dicari, jangan ditunggu ia menghampiri.
Allah nak uji, adakah kita sudah benar2 yakin dengan usaha,doa dan tawakkal kita kepadaNya?
Allah nak uji, adakah kita benar2 sudah menjalankan tugas dan ketaatan kita kepadaNya sebelum kita pohon kejayaan daripadaNya?
Allah nak uji, goyahkah kita tatkala disuntik sedikit provokasi?
Allah nak uji, yakinkah kita boleh berjaya dengan tahap tarbiah,disiplin,biah, dan akhlak kita yang semakin meruncing?
Allah bukan sahaja nak uji kita (pelajar2) malah yang di atas juga.
Allah nak uji,mampukah kita terima ujian ini?
Allah nak uji,redhakah hambaNya yang sudah berusaha andai dikemudiankan natijahnya?
Allah nak uji, pasrahkah sang hamba menerima andai dipergilir kemenangan dan kejatuhan?
Sebenarnya, Allah nak uji.
Dan kitalah ujiannya.
Jadi, jangan rasa down.
Yakinlah,
Allah melihat segala amal perbuatan kita.
Allah menilai hasil usaha kita,
Allah mendengar setiap rintihan doa kita,
Allah suka kepada pergantungan kita terhadapNya.
Nusrah Allah tak pernah kurang,sentiasa meluas.
Nusrah Allah akan hadir pada waktunya dan tiba tepat pada saatnya.
Yakinkah antum/antunna?
Tepuk dada, Tanya hati, soal iman.


Ibrah dari Fathul Makkah.
Nama batch kita apa?
Al-fateh namanya.
Nombor batch kita apa?
56. Penegak 5 rukun Islam dan 6 rukun Iman hendaknya.
 
Sedikit ibrah dari Fathul Makkah ingin ana kongsikan bersama.
Kerinduan Rasulullah dan para sahabat terubat tatkala Rasulullah diilham mimpi menunaikan haji di Baitullah. Kegembiraan ini dikongsikan bersama. Kira-kira 1400 muslimin menyertai rombongan haji Rasulullah menuju kampong halaman yang dirindui. Namun kedengkian  musyrikin Makkah merencatkan hajat mereka. Setelah Baiah Ridzuan menggentarkan kaum musyrikin,maka termeterailah Perjanjian Hudaibiyyah. Perjanjian yang kelihatan menguntungkan kaum musyrikin dan merugikan kaum muslimin itu bayak menerima rungutan daripada para ahli rombongan. Namun wala’nya mereka pada Rasulullah,mereka akurkan sahaja.

Memandangkan isi kandungan Perjanjian Hudaibiyah para Muslimin tidak boleh menunaikan haji pada tahun itu (10 H) dan boleh menunaikan haji pada tahun berikutnya selama 3 hari tanpa membawa sebarang senjata, maka mereka bersedia untuk beransur pulang ke Madinah. Oleh kerana tidak dapat menunaikan haji, Rasulullah meminta para sahabat bercukur,menyembelih haiwan yang mereka bawa sebagai korban dan bertahallul untuk membebaskan diri dari ihram. Maka ketika inilah para sahabat menolak dengan masing2 tidak membuat seperti yang disuruh oleh Rasulullah. Rasulullah yang pada mulanya kecewa lalu ditenangkan oleh zaujahnya,Ummu Salamah. Kemudian Rasulullah sendiri yang bertahallul,bercukur dan berkorban. Demi melihatkan qudwah yang ditunjukkan oleh amir yang bergelar rasul Allah, para sahabat lantas mengikuti arahan Rasulullah satu per satu.
Kemudian mereka beransur pulang dengan hati yang kecewa. Ialah, hati mana yang tidak kecewa, andai persiapan sudah serapi mungkin. Tiba2 hajat mereka ditolak mentah-mentah. Namun,tika inilah Allah memberi tarbiah kesabaaran direct kepada 1400 muslimin yang terpilih.
Dalam perjalanan pulang,Rasulullah masih lagi dapat menangkap beberapa mulut yang mengomel,”kedatangan kita ini sia-sia sahajalah,”. Rasulullah tersenyum lalu bersabda, “Tidak,malahan kita telah membuka SATU PEMBUKAAN YANG AGUNG”
Pembukaan yang agung bukan janji semata. Kita sendiri sudah maklum akan hal dakwah yang berkembang biak setelah Kota Suci Makkah berjaya ditawan.

Jom Memaknakan Unggul buat Al-Fatih!
Bila ketua Umum f5 melaungkan ikrar pelajar f5 bahawa mereka akan menjadi batch terunggul,ana turut sama melaungkan yang sama. Ya,walaupun ana sudah tidak mampu menyumbang dalam SPM,itu tidak bermakna ana hilang peluang kedua.
Lagipula, hati ana selalu berkata,
“Bukan batch diorang je yang hebat. Batch aku pun hebat jugak ape…?”
Jadi, sahabat2…
Cukup2lah dengan segala kelalaian dan kelekaan kita selama ini,
Bumi manakah yang sekarang ini kita jejak?
Benua manakah yang sekarang ini kita pijak?
Tenang lazuardi Bumi waqafan jangan dilupakan.
Kita Al-Fatih,kan?
Maka kitalah,jentera2 pembuka yang akan mengemudi bahtera tajdid,
Kitalah jundi2 yang akan memulakan pelayaran yang penuh cubaan,
Kitalah kader2 dakwah yang akan mengembara seluas dunia untuk buktikan,
Kita layak membuka mata mereka,
Untuk menilai kembali, siapa kita.
Kita yang akan membuka mata mereka bahawa,
 Berjaya itu bukan sekadar di atas sekeping slip tertera natijah SPM.
Cemerlang itu bukan  untuk dunia semata tapi juga  akhirat sana,
Unggul itu bukan sekadar sukses akademik tapi chantek akhlak dan sahsiahnya,
Hebat itu bukan sekadar petah berkata2 tapi tahu melaksana,
Gemilang bukan sekadar untuk ke matrikulasi atau university tapi untuk membina modal insani,
Diterima bukan di mata hamba tapi pada penilaian Tuhannya…!

p/s: Baarakallah kpd yang dah fly..tinggi2 ke negara orang,tempat jatuh lagikan dikenang....

Kita generasi pengulang revolusi pembukaan yang agung…Insha Allah…May Allah bless…
Al fakirah ilaLlah,
Gombak,1.15 a.m.