Bismillahirrahmanirrahim
In the Name of
Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful
I testify that
there’s no God to be worshipped but Allah,
And I testify
that Muhammad (pbuh) is His messenger
All praises be
to Allah, for His Almightiness and Greatness,
Indeed, I’m not
more than just a frail, timid slave.
Ana ukirkan
tanbiih ini selaku insan bertuah yang dipilihNya,
Untuk masih lagi
menjejak langkah di bumi barakah, bumi bertuah.
Alhamdulillah,
tahmid buatNya.
Ana masih lagi
bukan insan yang layak untuk menyentuh soal ini.
Tapi untuk
pengetahuan kalian, topic ini tidak sensitive, bagi mereka yang kurang
sensitivitinya.
Topik ini tak
perlu antum baca, kalau antum rasa tak perlu,
Topik ini hadir
sekadar untuk buat kita bangkit,bukan terus jatuh terduduk.
Saban hari
menelusuri lembaran baru di bumi waqafan,makin banyak yang dipelajari,
Saban hari
mendengar bait bicara yang terluah dek warga di sini, makin tercabar rasa di hati.
Sekali lagi, ini
bukan topic sensitive.
Ini bukan luahan
yang tertaip lantaran lahar marah yang menyala-nyala,
Ini bukan luahan
yang penuh dendam semata, bukan untuk menjadi batu api,
Ini bukan
pertama kali ana merasakan begini,
Cuma kini datang
ilham untuk berkongsi.
Bukan pertama
kali ana berdiri di perhimpunan pagi untuk mendengar bait bicara dan amanah
para murobbi,
Tentu sekali
buat kami yang sedia mendengar di bawah ini,
Ucapan mereka
penuh azimat,
Sangat utuh jika
digenggam buat pembakar semangat.
Namun tatkala
soal batch dibicarakan,
Hati akan seraya
bergetar,
Telinga seakan
rasa mahu dikatup,
Diri akan terasa
lemah, namun tegar untuk terus kuat.
“Jangan jadi
macam batch tahun lepas…”
“Batch tahun
lepas boleh dikatakan gagal, antara rekod terburuk yang pernah kita ada…”
“Batch tahun lepas tak dapat mencapai
target kerana…”
“Batch tahun ini mesti jadi lebih baik
daripada batch tahun lepas..”
Cukup. Kata2 itu terlalu menusuk.
Tidaklah sampai bernanah telinga ini
menadah untuk mendengarnya,
Tapi cukuplah kerana insan ini juga punya
hati dan perasaan.
Insan ini bukan halimunan untuk menelan
setiap kata itu tanpa terluka hatta sekecil kuman.
Jangan
Salahkan Mereka.
Sahabat2 yang pernah satu saff perjuangan,
Jangan pernah sekalipun kita salahkan
mereka,
Kerana berkata itu dan ini kepada batch
kita.
Sebab kita tidak sedar,
Mungkinkah
benar kata2 itu?
Mungkinkah
juga kurang benarnya?
Atau mungkin ana yang beremosi?
Kebenaran itu memang pahit,sahabat. Ana tak
tipu.
Tapi janganlah kita salahkan mereka,
Kerana mereka juga usaha,seperti kita,
Mereka juga bersengkang mata,seperti kita,
Mereka sanggup mengenepikan
keluarga,semata2 untuk kita,
Mereka sanggup menjual masa mereka untuk
diluangkan bersama kita,
Mereka adalah dalam kalangan murabbi2
terbaik,yang pernah Allah anugerahkan,kepada kita.
Namun hakikatnya,kita semua manusia.
Mereka terluka,kerana kita.
Mereka kecewa, dengan kita.
Mereka terima impaknya ,hasil keputusan
kita.
Refleksi
Diri Kita, Cukuplah dengan 1 Kekalahan.
Antum yang tidak berada di dalam kasut ana,
mungkin tidak begitu terasa bahananya.
Tak apa. Lain hamba, lain mehnahnya.
Jadi sahabat2!
Cukuplah dengan sebuah kekalahan,
Cukuplah dengan sebuah kejatuhan,
Cukuplah dengan sebuah kegagalan,
Muslim takkan jatuh pada lubang yang sama
buat kedua kalinya!
Maaf andai ada antara antum/antunna yang
terhiris dengan bicara ana,
Ana menaip berdasarkan apa yang ana rasakan
betul. Antum/antunna ingin bangkang, di dalam hati. Antum ingin setuju,silakan.
Tiada paksaan.
Terlalu banyak hipotesis yang boleh diambil
dari kejatuhan ini,
Terlalu banyak ibrah yang Allah minta kita
kaji,
Mungkin benar, Kitalah yang menjatuhkan
prestasi sekolah hebat ini.
Kitalah yang menconteng arang di muka
mereka2 yang berusaha memartabatkan sekolah ini,
Mungkin benar, namun Allah hendak menguji.
Jangan
Rasa Down, Allah Bersama Kita.
There’s always a silver lining, behind a
cloud.
Hikmah Allah itu untuk dicari, jangan
ditunggu ia menghampiri.
Allah nak uji, adakah kita sudah benar2
yakin dengan usaha,doa dan tawakkal kita kepadaNya?
Allah nak uji, adakah kita benar2 sudah
menjalankan tugas dan ketaatan kita kepadaNya sebelum kita pohon kejayaan
daripadaNya?
Allah nak uji, goyahkah kita tatkala
disuntik sedikit provokasi?
Allah nak uji, yakinkah kita boleh berjaya
dengan tahap tarbiah,disiplin,biah, dan akhlak kita yang semakin meruncing?
Allah bukan sahaja nak uji kita (pelajar2)
malah yang di atas juga.
Allah nak uji,mampukah kita terima ujian
ini?
Allah nak uji,redhakah hambaNya yang sudah
berusaha andai dikemudiankan natijahnya?
Allah nak uji, pasrahkah sang hamba
menerima andai dipergilir kemenangan dan kejatuhan?
Sebenarnya, Allah nak uji.
Dan kitalah ujiannya.
Jadi, jangan rasa down.
Yakinlah,
Allah melihat segala amal perbuatan kita.
Allah menilai hasil usaha kita,
Allah mendengar setiap rintihan doa kita,
Allah suka kepada pergantungan kita
terhadapNya.
Nusrah Allah tak pernah kurang,sentiasa
meluas.
Nusrah Allah akan hadir pada waktunya dan
tiba tepat pada saatnya.
Yakinkah antum/antunna?
Tepuk dada, Tanya hati, soal iman.
Ibrah
dari Fathul Makkah.
Nama batch kita apa?
Al-fateh namanya.
Nombor batch kita apa?
56. Penegak 5 rukun Islam dan 6 rukun Iman
hendaknya.
Sedikit ibrah dari Fathul Makkah ingin ana
kongsikan bersama.
Kerinduan Rasulullah dan para sahabat
terubat tatkala Rasulullah diilham mimpi menunaikan haji di Baitullah.
Kegembiraan ini dikongsikan bersama. Kira-kira 1400 muslimin menyertai
rombongan haji Rasulullah menuju kampong halaman yang dirindui. Namun
kedengkian musyrikin Makkah merencatkan
hajat mereka. Setelah Baiah Ridzuan menggentarkan kaum musyrikin,maka
termeterailah Perjanjian Hudaibiyyah. Perjanjian yang kelihatan menguntungkan
kaum musyrikin dan merugikan kaum muslimin itu bayak menerima rungutan daripada
para ahli rombongan. Namun wala’nya mereka pada Rasulullah,mereka akurkan
sahaja.
Memandangkan isi kandungan Perjanjian
Hudaibiyah para Muslimin tidak boleh menunaikan haji pada tahun itu (10 H) dan
boleh menunaikan haji pada tahun berikutnya selama 3 hari tanpa membawa
sebarang senjata, maka mereka bersedia untuk beransur pulang ke Madinah. Oleh
kerana tidak dapat menunaikan haji, Rasulullah meminta para sahabat
bercukur,menyembelih haiwan yang mereka bawa sebagai korban dan bertahallul
untuk membebaskan diri dari ihram. Maka ketika inilah para sahabat menolak
dengan masing2 tidak membuat seperti yang disuruh oleh Rasulullah. Rasulullah yang
pada mulanya kecewa lalu ditenangkan oleh zaujahnya,Ummu Salamah. Kemudian
Rasulullah sendiri yang bertahallul,bercukur dan berkorban. Demi melihatkan
qudwah yang ditunjukkan oleh amir yang bergelar rasul Allah, para sahabat
lantas mengikuti arahan Rasulullah satu per satu.
Kemudian mereka beransur pulang dengan hati
yang kecewa. Ialah, hati mana yang tidak kecewa, andai persiapan sudah serapi
mungkin. Tiba2 hajat mereka ditolak mentah-mentah. Namun,tika inilah Allah
memberi tarbiah kesabaaran direct kepada 1400 muslimin yang terpilih.
Dalam perjalanan pulang,Rasulullah masih
lagi dapat menangkap beberapa mulut yang mengomel,”kedatangan kita ini sia-sia
sahajalah,”. Rasulullah tersenyum lalu bersabda, “Tidak,malahan kita telah
membuka SATU PEMBUKAAN YANG AGUNG”
Pembukaan yang agung bukan janji semata.
Kita sendiri sudah maklum akan hal dakwah yang berkembang biak setelah Kota Suci
Makkah berjaya ditawan.
Jom
Memaknakan Unggul buat Al-Fatih!
Bila ketua Umum f5 melaungkan ikrar pelajar
f5 bahawa mereka akan menjadi batch terunggul,ana turut sama melaungkan yang
sama. Ya,walaupun ana sudah tidak mampu menyumbang dalam SPM,itu tidak bermakna
ana hilang peluang kedua.
Lagipula, hati ana selalu berkata,
“Bukan batch diorang je yang hebat. Batch
aku pun hebat jugak ape…?”
Jadi, sahabat2…
Cukup2lah dengan segala kelalaian dan
kelekaan kita selama ini,
Bumi manakah yang sekarang ini kita jejak?
Benua manakah yang sekarang ini kita pijak?
Tenang lazuardi Bumi waqafan jangan
dilupakan.
Kita Al-Fatih,kan?
Maka kitalah,jentera2 pembuka yang akan
mengemudi bahtera tajdid,
Kitalah jundi2 yang akan memulakan
pelayaran yang penuh cubaan,
Kitalah kader2 dakwah yang akan mengembara
seluas dunia untuk buktikan,
Kita layak membuka mata mereka,
Untuk menilai kembali, siapa kita.
Kita yang akan membuka mata mereka bahawa,
Berjaya itu bukan sekadar di atas sekeping
slip tertera natijah SPM.
Cemerlang itu bukan untuk dunia semata tapi juga akhirat sana,
Unggul itu bukan sekadar sukses akademik
tapi chantek akhlak dan sahsiahnya,
Hebat itu bukan sekadar petah berkata2 tapi
tahu melaksana,
Gemilang bukan sekadar untuk ke matrikulasi
atau university tapi untuk membina modal insani,
Diterima bukan di mata hamba tapi pada
penilaian Tuhannya…!
p/s: Baarakallah kpd yang dah fly..tinggi2 ke negara orang,tempat jatuh lagikan dikenang....
Kita generasi pengulang revolusi pembukaan
yang agung…Insha Allah…May Allah bless…
Al fakirah ilaLlah,
Gombak,1.15 a.m.
:) khalis.thanx sbb menyedarkan ^_^
ReplyDeletesemoga kita ssama kuat ea ;)
uhibbukifillah
Ukhuwwah itu sangat indah..ia mnjadi penghubung antara kita..jgn dibiar terputus..sejauh manapun kita merantau..sejauh manapun kaki melangkah..sejauh manapun pandangan mata terhalang
ReplyDeletekerana....
dengan Ukhuwwah ini kita mampu berdiri megah
Al-Fateh tak pernah mengalah,kita juga tak boleh mengalah..
Kunci pintu baru sahaja dimasukkan ke dalam perumahnya,
menunggu masa pintu dikuak seluas-luasnya..
Batch Al-Fateh___Batch Sang Pembuka~~
insyaAllah. kitakan berjaya dunia akhirat :D
ReplyDeleteinsyaAllah.ukhwah yg trbina tkkan penah putus
dihubungkan melalui doa2 walau dimana jua.
alhamdulillah ujian itu mendekatkan kita kpdNYA.
-generasi al-fateh akn terus bangkit bersinar :)-
apesal apesal apesal aq lmbt nmpk post ni....adehh
ReplyDelete