Bismillahirrahmanirrahim
In the name of Allah, the most Beneficent, the most Merciful.
I accepted that Allah is my Lord,
and Islam as my way of life,
and Muhammad is His prophet and messenger.
**********************************************************************
Kolej Kampung Jawa, 2010
Elsa berjalan memasuki perkarangan sekolah. Dewan yang sederhana besar itu kelihatan sesak dengan pelbagai ragam ibubapa dan anak2 mereka. Hari pendaftaran la katakan. Here, I'm gonna start it. All over again. Usai penaftaran, ibu bapa Elsa pulang. Maka tinggallah Elsa memulakan episod baru dalam hidupnya di sekolah barunya itu. Sekolah yang pernah menjadi impiannya dan dimaqbulkan Allah sebagai hadiahNya.
Minggu Jalinan Kasih. 2 minggu. Lama kot. Penat tapi best. Banyak aktiviti, hectic tapi layann je. Dalam kesibukan MJK, Elsa teringat pesan sahabat2nya yang lama.
" Cari Dhira. Dia orang yg boleh kau harapkan sebagai kawan."
Maka bermulalah misi Elsa mencari Dhira. Memanglah susah. Bayangkan dia harus mencari seorang budak perempuan yg tidak dikenali rupanya cuma diketahui namanya dalam lautan 300++ manusia. Tapi takdir tetap menjodohkan. Sewaktu mereka dipecahkan mengikut kelas,
"Nama awak sape?"
"Dhira."
Elsa rasa nak peluk je makhluk Allah di hadapannya itu. Penantiannya berakhir.Lega. Bunga2 persahabatan mula memekar. Elsa sedar akan kekurangannya. Dia memang becok, tapi ia amat sukar memulakn perkenalan. Sebab itu, dia mengalami sedikit kesulitan berada di tempat baru. Tapi Elsa wajib bersyukur, sebab Allah dah mudahkan kerjanya. Kerja mencari sahabat baru. Menyimpul silaturrahim.
Ye. Mereka sekelas. Skodeng punya skodeng, rupa2nya dalam sekelas itu, wujud 4 orang pelajar dari negeri yang sama di utara Tanah Air. Elsa kalau boleh memang nak sangat kamceng dengan clan Penangitesnya. Hisy! Bukan Elsa ni assabiah. Cuma senang kalau dah kamceng dgn member sekapal. Nak balik pun senang. Lagipun dah duduk sekelas, ape maslahnya? Bab duduk sekelas ni, Elsa memang wajiblah bersyukur. Allah permudahkan sekali lagi. Tapi dalam keempat2 student tu, ada seorang pelajar lelaki. Biarlah kat dia. Elsa malas ambil port. Elsa nak kawtim yang perempuan ni je. Cuma member perempuan yang sorang ni, lain sikit. tak macam Dhira.
Yaya namanya. Elsa pernah beberapa kali terserempak dengan Yaya di Dewan Makan. tapi Yaya buat dek jer. Yelah, Yaya mana kenal Elsa. Cuma Elsa je yang kenal Yaya. Sebab kawan Elsa dari sekolah dulu pernah jugak suruh Elsa cari Yaya. Dah jumpa. Tapi susah pulak nak approach. Adoyaii...
"Awak Yaya kan? Elsa. Ni Dhira. Kami pun budak Penang gak."
"Ouh yeke. Awat tak habaq awal2?" haa tuu dia. dah terkeluaq loghat Penang sejati dia. Menurut Yaya, dia pun memang tercari2 akan kami, cuma sifat pemalunya dan sifat buat dek kami yang mencegahnya dari meneruskan niatnya. Okay, Elsa bekeng jugak, tapi buat lek sudah...Akhirnya, Allah mentautkan hati 3 sahabat ini.
Elsa bukan dari sekolah agama. Maka seharusnya dia berasa pelik akan segala keberadaan di sekolah barunya itu. Maklumlah, sekolah barunya itu sekolah agama. Bahkan, tidak keterlaluan andai dilabel, Sekolah Agama Terbaekk di Malaysia! Manakala Dhira dan Yaya memang berasal dari sekolah agama. maka mungkin bagi mereka, segala macam bentuk pentarbiyahan di sekolah barunya itu bukanlah alien. Sedangkan bagi Elsa, dia perlu masa untuk menerima semua itu.
Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan. Kemanisan ukhuwah yang ditaut Allah makin bercambah. Makin menambah kemanisan iman. Makin membina kekuatan untuk berjuang.
Keakraban mereka terzahir dari pelbagai sudut. meski mereka terpisah kerana berbeza rumah sukan, keakraban yang terjalin di luar ruang lingkup rumah sukan nyata dirasai. Elsa ingat lagi,dia dan Yaya menggelar Dhira sebagai budak fakta. Mana taknya, Dhira suka mengeluarkan fakta2 dari kenyataan2 yang dibacanya. Yang membuat Elsa makin mengagumi sahabatnya. Dhira selalunya akan menganggap Elsa dan Yaya mengejeknya tapi kemudian mereka sedar, gurauan itu yang makin merapatkan mereka. Kalau waktu exam, memang semua orang akan kalut. Elsa lemah Maths,maka dia akan mengendeng2 ke Yaya. Elsa panggil Yaya otak kalkulator. Nanti Yaya akan ajar Elsa sampai Elsa faham.
Penghujung Tingkatan 4, Yaya dan Dhira diangkat menjadi pimpinan sekolah. Elsa rasa bangga, "eheh, tak sangka sahabat2 aku gempak2," . Masing2 makin sibuk dengan taklifan masing2. Namun waktu tetap belum berjaya menjarakkan mereka. waktu Final exam Tingkatan 4, masing2 pulun. Elsa tahu, sahabat2nya lebih pintar daripadanya. maka dia takut, mereka dipisahkan kerana mereka akan dikelaskan semula pada tahun hadapan. Elsa pasrah menanti keputusan. Alahmdulillah, mereka tidak dipisahkan. Maka hati kekal bertautan hingga ke Tingkatan 5.
Persahabatan mereka mekar dengan gurauan senda dan tawa tangis yang dikongsi bersama. usrah mereka rancak bergerak. Masing2 saling mengingat dan saling mengislah diri. Elsa sedar, dirinya sangat bertuah kerana diberi sahabat sebaik Dhira dan Yaya. Elsa sedar, tanpa mereka, dirinya mungkin tak sekuat hari ini. Elsa banyak belajar dari mereka. Setahun bersahabat, Elsa sudah mampu menerima perubahan yang berlaku ke atas dirinya. Hijrahnya kerana dia punya sahabat.
Persahabatan manalah yang tidak diuji. Elsa pernah diuji kerengganan bersama Yaya. Namun ujian itu berjaya diharunginya kerana Yaya lebih memilih untuk bersamanya Namun ujian yang Elsa terima bersama Dhira memakan masa yang agak lama untuknya pulih. Elsa tahu, Dhira punya personaliti yang menarik dan pastinya mudah bersahabat. Dhira punya sahabat lain yang lebih baik darinya. Malah sahabat baru Dhira itu lebih dekat dengan Dhira, lebih mesra dengannya. Elsa tahu, Elsa tak mampu untuk merenggut itu semua dari Dhira. jarak berlainan blok dan komitmen yang banyak menjarakkan sedikit hubungan Elsa dan Dhira. Dhira demam, Elsa cuba juga sedaya upaya melawatnya walaupun dia sndiri terkocoh2 mengurus diri. Elsa nak Dhira tahu, walaupun Dhira dah ada sahabat baru, Elsa tetap sudi menjadi bahu tempat Dhira meluahkan tangis, dia tetap sanggup menjadi wajah yang akan tertawa saat melihat Dhira gembira.
Tambahan pula, mereka bertiga adalah yang terpilih dari kalangan yang terpilih. Kekuatan tarbiah makin diperkasa melalui usrah dan kunjungan ukhuwah. Elsa selalu bersyukur tatkala mengingatkan dirinya bahwa dia adalah dari golongan yang dipilih Allah untuk bergerak menyebarkan dakwahnya. Kata naqibat Elsa, dakwah itu harumnya semerbak cinta.
Perjuangan mereka diteruskan untuk memburu 11A+ dalam SPM. Perjuangan mereka ibarat meniti lorong sempit di lereng bukit kerana mereka berjuang untuk diri sendiri, untuk maruah keluarga dan yang paling penting, brjuang untuk agama Allah. Berbagai-bagai liku getir yang mereka lalui sepanjang perjalanan meniti perjuangan ini. Elsa rakam satu per satu dalam kotak memorinya. Elsa tak nak memori2 indah ini terpadam begitu saja.
Tamat SPM. Masing2 membawa haluan sendiri. Dhira telah berjaya dengan cememrlangnya. Dia berjaya melanjutkan pelajaran ke United Kingdom, jurursan psychology. Manakala Yaya pula berjaya menempatkan dirinya di negeri Che Siti wan Kembang dalam jurusan Pengajian Islam dengan Sains. Elsa pula masih di tempat yang sama. Elsa sedar, masih ada segelintir perjuangan yang masih berbaki menanti untuknya di kolej tercinta. Legasi warisan nabi yang harus diteruskannya.
Waktu dapat result SPM, Elsa menangis. Bukan kerana dirinya tidak mendapat keputusan seperti yang diharapkan, tapi kerana sahabt2nya berjaya mendapat keputusan yang selayaknya mereka dapat. Elsa bingung, kenapa dia jadi begini? Sebab dulu, dia takkan menangis gembira untuk kawannya. Dia seorang yang ego terhadap kawana2nya. Dia mahu segalanya dia yang ungguli. Dia tak boleh kalah kepada kawannya. tapi kini, keadaan berubah 359 darjah.
Elsa tahu, walau kini dia tidak punya Dhira dan Yaya di sisinya untuk bersama meneruskan perjuangan di kolej tercinta, Elsa yakin dia tidak kesendirian. Elsa tahu, segetir2 perjuangannya di kolej tercinta, getir lagi mehnah buat sahabt2nya di luar sana. Elsa yakin, walau dia sanagat terasa dengan ketidakberadaan Dhira dan Yaya di sisinya, dia tidak pernah lekang daripada sokongan dan dokongan doa aripada sahabat2nya itu.
Paling penting, Elsa nak Dhira dan Yaya tahu, antara perkara yang paling perlu Elsa syukuri, adalah mempunyai sahabat secomel dan sebaik mereka.Elsa nak Dhira dan Yaya tahu, dia juga pernah merasai kepahitan yang mereka rasai. Elsa nak Dhira dan Yaya tahu, tidak pernah sekalipun saat Elsa mengenang momen2 indah mereka di kolej tercinta, air mata Elsa tidak menitis. Elsa nak Dhira dan Yaya simpan kenangan mereka especially di KL Sentral (rumah kedua mereka) sebab Elsa pernah menangis teruk bila dia dah tak ada clan nak melepak bersama sebelum balik cuti beraya.
Elsa nak bagitahu kat Dhira dan Yaya, Elsa selalu ada dalam hati mereka. Elsa nak Dhira dan Yaya rasa kehadirannya. Elsa nak Dhira dan Yaya tahu, bila Dhira dan Yaya rasa nak nangis, Elsa pun rasa begitu. Walaupun bahu Elsa jauh dari pelupuk mata mereka, Elsa nak mereka tahu yang kalau saja Elsa berkudrat, Elsa akan segera memeluk menerkaa dan mereka akan menangis bersama. Elsa nak mereka tahu, yang mereka sentiasa punya Elsa untuk berkongsi cerita. Elsa nak Dhira dan Yaya tahu, mereka adalah antara sisi terbaik yang pernah dianugerahkan Allah dalam hidup Elsa.
Sekarang Elsa dah tahu,kenapa dia mampu bergembira untuk sahabt2nya, Kerana Elsa ikhlas bersahabat dengan mereka,, Ya, keikhlasan Elsa tidak boleh dihakimi oleh sesiapa melainkan Allah. Tapi Elsa nak jugak Dhira dan Yaya tahu, Elsa masih,tetap dan akan selamanya jadi sahabat mereka.
***************************************************************************
To my clans,
Ups and downs,
Tears and laughs,
Fails and success,
We'd face it together,
and we did.
To my clans,
I did have bad side of me,
And I did get rid of them slowly,
I did try hard to stand all alone me,
But I couldn't do it,
Cuz I feel your presence,
Right beside me.
To my clans,
We might seem like,
Being part thousand miles away,
but deep down in your heart,
Call my name,
and I'll say
"Awat? hang rindu aku ka?"
May Allah bless our friendship.
Because I befriend with you,
Because of Him.
elsa,yaya,dan dhira.aiseh,tahu sapa kot.
ReplyDeletebtw,kuat yaa! disebalik yaya dan dhira ada ramai lagi yg bersamamu shbt :)