lalala

Wednesday, 22 August 2012

Duduk. Baca. Selami. Transformasi.

Bismillahirrahmanirrahim.
In the Name of Allah, the most Beneficent, the most Merciful.

I testify that there's no God to be worshipped but Allah,
I testify that Muhammad (peace be upon him) is His messenger.

1.00 a.m
Kubang Semang.
Hujan bakal surut.

Dengan lafaz bismillah, ana nukilkan tanbiih ini.
Buat saudara-saudari seperjuangan.
Moga bermanfaat intipatinya.

Ana tak tahu mana nak mula.
Sedar diri ini terlalu banyak kekurangan utk diperbaiki.
Tahu diri ini terlalu banyak kelemahan untuk dikoreksi.
 Tapi entry ini ditaip, sekadar peringatan yang datang utk mengetuk pintu2 hati,
antum yang sedang membaca.
Hidayah milik Allah jua.

Dah lama,kan?
Kita tahu taklifan kita.
Ye,kita selalu didoktrinkan,
Kitalah Abidullah..Kitalah khalifatullah..Kitalah dai'e ilallah.
Benar. Itu semua kita.
Dua tahun kita dibiar berjinak dengan arena tarbiah.
Dua tahun kita diadun biah solehah.
Kita kenal apa itu tarbiah.
Kita faham bagaimana biah solehah.
Kita erat menjalin ukhuwah.
Kita cukup masak dengan semua itu.
Ye, kita dah boleh iktiraf diri kita:
Produk Kisas yang berjaya.

Sedangkan, di sinilah medan perjuangan kita yang sebenarnya.
Kita sudah melepasi fasa2 indah berada di Bumi Tarbiah, Bumi Qiadah.
Kita ibarat helang yang bertebaran di muka bumi Allah,
Mengibarkan sayap dakwah,
Berserta ibrah dan thaqofah.
Tak kiralah, kita akan kembali ke Bumi itu ataupun tidak,
Kita tetap diuji. Kita tetap perlu teruskan perjalanan. Kita tetap perlu ke hadapan.

Sama ada antum sedar ataupun tidak,
Atau ana yang terlebih sedar,
Kita makin lari dari paksi yang sekian lama kita bermukim ini.
Mungkin kerana kita lebih dididik daripada mereka,
Maka kita menganggap semuanya halal bagi kita?
Mungkin kerana kita yang terpilih di antara mereka,
maka kita menganggap kita layak berbuat sesuka hatinya?
Mungkin kita lupa,
Kitakan manusia biasa.

Kita memang, pernah menjadi yang terpilih antara yang terpilih.
tapi kita kena ingat, kita takkan selamanya menjadi yang terpilih.
Kita kena usaha, agar Allah tetap memilih kita,
Dan berdoa supaya Allah menetapkan hati kita,
Untuk menjadi junduNya.
 Memang kita pernah diiktiraf sebagai junduNya,
Tapi itu semua takkan kekal lama.
Dan itu semua akan luntur dek masa dan ketika.
kerana manusia berubah.
Dan kita manusia.

Kita nak mentarbiah orang,
Sedang dalam ketika ini kita lupa,
Tarbiah dalam diri kita bukanlah sekuat mana.
Kita nak mengajak orang ke arah makruf,
Sedang kita lupa kita juga sering berbuat mungkar.
Kita nak mengajak orang menegakkan yang Haq,
Sedang kita lupa kita sendiri yang selalu menegakkan kebatilan.

Dakwah itu luas,sahabat!
Islam itu mudah,sahabat!
Tarbiah itu sunnah,sahabat!
Ukhuwah itu indah,sahabat!

Benar,
Kita perlu menjadi diri kita sendiri.
Kita tak perlu hipokrit, dalam usaha dakwah fardhiah.
tapi kita perlu ingat,
Kita perlu menjadi diri kita yang sebenar,sesuai dengan kehendakNya.
Dai'e perlu qudwah.
Abid perlu thiqah.
Khalifah perlu quwwah.

Benar,
Dulu kita sedikit jumud.
tapi sekarang kita tak perlu terlalu terbuka.
Hingga akhirnya kita yang hanyut.

Benar,
Kita pernah leka dahulu.
Kita punya masa lalu yang gelap.
Kita punya masalah peribadi yang tak terungkap.
tapi kita juga punya tanggungjawab.
Amanah ini berat untuk kita,
tapi Allah lebih menegtahui bila Dia memilih kita.

Benar,
Kita sakit.
Kita susah.
Kita derita.
Sukar hidup dilingkar prejudis.
Sakitnya diri tetap bertahan,
demi membuktikan yang kita juga mampu,
tapi kita jangan lupa,
Kita hanya mengikut sunnah.
Nabi dulu lagi susah.

Oh ya!
maaf, andai diri ini cuma pandai menaip kata2.
maaf andai bicara ini sukar difahami.
Mungkin belum waktunya untuk antum memahami.
tapi nanti bila antum terasa cukup matang untuk menyelami,
bacalah, fahami, telusuri,
Moga makin subur hati yang dipilih Allah,
untuk menyebarkan dakwahNya,
kerana cinta kepadaNya....!

WA.
1.28 a.m
23/08/2012
alfakirahilallah.


2 comments:

  1. ma sya Allah my lalingg :)
    i'm impress and realise :)

    thousands thanks sahabat! uhibbuki fillah

    ReplyDelete
  2. subhannllah.....thanks khalis..may ALLAH bless

    ReplyDelete