In the Name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful
Apa khabar Iman?
Ah, lupa. Apa khabar iman para mu'meen yang sedang berpuasa?
Walaupun syaitan laknatullah dah takde, tak smeestinya iman kita akan sentiasa meningkat di Ramadhan ini,kan?
Kita tetap manusia biasa,
Yang perlu kepada mujahadah,
Dalam erti kata yang sebenarnya,
Kita perlu menang bermujahadah.
Kerana apa?
Simple.
Ini diri kita.
Nafsu kita.
Kita yang mengawalnya.
Jai kita perlu jadi insan yang MAMPU mengawalnya.
Mujahadah pada M yang Lebih Utama?
Kenapa M?(garu kepala)
**************************************************************************
Mei 2012
Dia menekan-nekan remote control itu berulang kali.dari Tv 1 hinggalah ke Tv9...
Lalu ditekan lagi ke Tv3.
Nak ditekan lebih-lebih memang tak tertekanlah jawabnya.
Orang xde Astro,der!
Dia mengetap bibir. Lalu keluhan kasar dihembuskan.
Boringnya malam Ahad! Bosan!!
Program realiti Tv yang tersiar di kaca TV dipandang sepi.
Jam di tangan dipandang sekilas. 10.00 PM.
Ah! malas lah. Baik tido.
Dia berkalih ke kanan. tak boleh tidur juga.
Berkalih ke kiri pun sama. Matanya masih segar. Yelah, selalunya Ahad malam sekitar jam 12 baru dia boleh melelelapkan dua biji matanya. Itupun setelah bermacam aktiviti yang dilakukan. Tapi malam ni lain.
Malam ni lain sebab cerita kesukaannya telah tamat.
Adoyaii! Aku nak tengok Merlin la...! Mentor ni nak buat apa...!
Dia teringat episod terakhir cerita kesukaannya itu.Bagaimana Lady Morgana berjaya ditumpaskan.
Camelot berjaya ditawan kembali.
Arthur ditabal sebagai raja Camelot yang baru menggantikan mendiang ayahnya, Uther.
Gweneviere berjaya disatukan dengan King Arthur.
Merlin tersenyum gembira.
ya! Dia memang sangat suka akan cerita orang putih yang satu itu.
peminat setia la katakan. Boleh dikira dengan jarila berapa kali dia miss cerita feveretnya itu.
Dah tak boleh tidur, dia melangkah ke rak buku milik ayahnya.
Ditatap satu per satu buku2 milik ayahnya.
Tiba2 matanya tertancap pada sebuah buku. Berwarna Kuning.
Syamail Muhammadiyyah.
Involuntary action menyebabkan dia mula meneliti buku itu. Cuba menghadam isi dan maknanya.
Bukan susah manapun. dah translate ke bahasa Ibunda.
Tiba2 hatinya bermonolog sendirian.
Hati: Beb! Ko bengang eh tak dapat tengok Merlin?
Nafsu: Mestilah..! Aku solat isyak awal2. Setel kerja2 rumah awal2. Alih2 aku terlupa pulak yang Merlin season ni dah tamat.
Hati: Urm...Rindu tahap gaban la ko kat Merlin ni eh. kenapa? Bukan hense sangat pun Merlin tu. Arthur mungkin la ....
Nafsu: Ye. Memang la Merlin tu tak hensem,witch dia pun kadang2 bodoh2 je aku tengok, asyik2 dia je yang menang, Morgana pulak asyik tak habis2 nak nyusahkan hidup orang, Gaius pun ntah bila nak mati. tapi tak kisahlah betapa teruk dan slacknya citer tu, aku nak tengok jugak weh! Bila season baru nak ada ni?
Hati: Habis, M yang lagi satu ko tak rindu pulak eh?
Nafsu: M mana lagi nih...?
Hati: Muhammad Rasulullah. yang ko tengah pegang kisah hidup dia tu. Aci buat2 tak tahu pulak..
Nafsu: Err................Time ni barulah nak terhantuk, terngadah bagai.
Baru dia sedar, dia umat yang tak tahu diuntung.
Dia telah salah meletakkan rindunya. Salah memilih siapakah M yang lebih patut diutamakan.
Bulan2 berikutnya tatkala malam Ahad, hatinya meronta juga ingin menonton The Adventure of Merlin. Tapi disabarkan. Dia kata dalam hati,
" I feel bad when I miss Merlin. But I feel worse when I'm not missing Muhammad"
28 Ramadhan 1433 H
Dia melangkah keluar. Adiknya sedang menonton televisyen. Usai bertarawikh dia bercadang untuk mengemas biliknya di tingkat atas. Tapi demi melihat kaca televisyen,langkahnya terhenti.Kerana telinganya menangkap sebaris nama. Morgana.
" Citer ape nih? Merlin ke?" tanyanya kepada si adik yang asyik menonton TV.
"Ntah. tak sempat usyar tajuk" Lalu dia tumpang sekaki.
Sempat ia menonton cerita Inggeris itu dua puluh minit. The Sorcerer's Apprentice. Ala2 Merlin zaman Milennium la. matanya terpaku. Rindunya sedikit terubat. Tapi mujahadahnya teruji. Abah keluar.
"cerita ape korang tengok malam2 Ramadhan ni? isyk. pasal sihir2 ni tak elok la. Boleh merosakkan akidah. Dah, tutup Tv. Pegi masok tido. Kang tak bangun sahur pulak,"
Abah memang tak suka dia tengok cerita2 macam ni. kata Abah cerita Omputih ni banyak unsur yang boleh mendurjanakn akidah umat Islam. It is Abah. Indeed. Selama ni aku tengok Merlin pun sorok2 sebenarnya.
Demi mengimbau pada mujahadahnya beberapa bulan lalu,dia melangkah masuk ke kamarnya.Dia rasa bersalah sebenarnya. Sebab malam itu malam Ramadhan. Dia rasa bersalah sebab menyukai cerita2 berunsur sihir walaupun dia tidak memaksudkannya. Dia rasa bersalah sebab dia orang Islam. Kalau Yahudi tahu dia begitu, pasti mereka makin suka. Yang penting dia rasa bersalah pada Rasulnya. Tapi dengan akur pada kata2 Abah mengurangkan rasa bersalahnya. Sekurang2nya dia ingin buktikan yang dia mampu. Mampu menang bermujahadah. Walau seisi dunia tak tahu. tapi dia yakin Allah tahu.
Al-Mulk. Lights off.
***************************************************************************
Jauh di sudut hati, saya tertanya-tanya.
Bagaimana kualiti keimanan saya?
Bila saya selalu gagal mengutamakan cinta Allah...
Bila saya selalu gagal mengutamakan Rasulullah....
Bila saya meletakkan dunia di hati dan bukan di tangan saya...
Tuhan,
Saya lemah.
Ampuni saya.
No comments:
Post a Comment