lalala

Saturday, 11 May 2013

STAM @ KISAS

Bismillahirrahmanirrahim
In the name of Allah the most beneficent, the most merciful
I testify that there's no God to be worshipped but Allah
And I testify that Muhammad (SAW) is His messenger.

Ok. cerita hot sekarang. Menjadi bualan di mana2.
Mengalahkan kesedihan blackout PRU 13.
Bermula tahun 2013, STAM di KISAS akan ditutup.
in other words,
No more STAM in KISAS.

Ini sekadar 1 statement khabari. Boleh diragui kesahihannya.
Betul ke STAM dah x de kat kisas pasni?
Serius weh STAM nak tutup?
Kenapa weh? Acu citer sikit?

Meh nak kabo.

Kenapa diputuskan agar STAM ditutup?
1. Sebab  Sijil Tinggi Agama Malaysia dibuka secara unofficial di kisas bila bekas pelajar yang minta agar pihak sekolah berbuat demikian. Tahun percubaan pertama, kesemua calon memperoleh MUMTAZ! [alhamdulillah]
2. STAM sebagai kesinambungan kepada Sijil Tinggi Kolej. Dalam erti kata lain, wadah yang melahirkan generasi ulama' dan umara'. Bakal penjejak dan penuntut ilmu di bumi kinanah.Tapi sekarang....?
3. STPM menggunakan sistem modular. Lebih sesuai dgn suasana keuniversitian. At least, calon2 STPM sudah x ada masalah utk adapt dgn sistem modular, berbanding dgn STAM yang masih mengekalkan sistem terminal.
4. Bukan semua lepasan STAM akan ke Al-Azhar [ tapi saya, in shaa Allah ] . Jadi, mereka terpaksa menyambung kuliah di universiti tempatan.Tanpa mempelajari subjek Pengajian Am. Dan terpaksa menyesuaikan diri dengan sistem modular. phew~
5. Calon2 STAM 2013 kurang berdaya saing untuk maju. Performance kureng membanggakan. Ok. Ini memang, our bad. Tapi kami tgh try hard untuk improve ni....! [doakan ]
6. Kekurangan tenaga pengajar. Kebanyakan cikgu2 STAM akan bersara. Padahal sebenarnya mereka ini sangatlah berhati mulia, sanggup ajar kami walaupun sebenarnya core business mereka adalah STPM. [jazakallah u khairan jaza]


Jadi, cara2 untuk menghalang STAM daripada terhapus daripada senarai mutiara2 KISAS...
1. Promote stayers! perbanyakkan ex-kisas yg sanggup menyambung 1/2 tahun memakai baju sekolah dan abid all the school rules. [Ini serius perlu!] sebab kalau kita kaji, inilah faktor utama STAM dibuka dulu.

2. Ex-Kisas yang belajar agama, Azhari2 sekalian, datanglah mengajar di KISAS. Jom jadi tenaga pengajar yg menabur bakti di kolej tercinta. Kehadiran antum sangatlah diperlukan.
 Alkis maybe boleh usahakan? Sayang STAM kan...?

3. Berdoa supaya Allah permudahkan urusan kita. Supaya Allah tentukan segala2nya yg terbaik buat Bumi Waqafan tercinta. 

4. Mungkin ex-kisas yg bekerja/ ada saudara/kawan yg bekerja di PPD/BPI/KPM boleh tolong cari solusi utk polemik ini? 

Apa2 pun, sebelum kita minta pertolongan makhluk, mintalah dahulu pada yang Khaliq.
Apa2 pun usaha kita, May Allah bless.

Sekian.
Calon STAM 2013 yg bersekongkol dgn mereka2 yg x nak STAM dibubarkan.
ALLAHU TA'ALA A'LAM.

Tuesday, 7 May 2013

Forward

Bismillahirrahmanirrahiim
In the name of Allah the most beneficent, the most merciful
 I testify that there's no God to be worshiped but Allah
And I testify that Muhammad (SAW) is His messenger.


She walks passed by the classes.
And see through inside.
The recitation of Qur'an was so calming.
Such a serenity.
It was minutes before "Asr.
"Kelas STAM akan dihazafkan. Bermula tahun depan.sudah tiada kelas STAM. Kelas Agama ada 2."
That sentence.
Such a thunderstorm.
Killing her inside.
But that is it.
There's nothing she can do.
Nothing.

"Tak apa . Buat yang terbaik utk tahun ni!"
"Awak dah tahu? Kelas stam akan dihazafkan"
"Macam mana ni? Kelas Stam kan penerus generasi Ulama'?"
"Sedihnya. Masha Allah."

She didin't know either,
How to face this.
Yet, there's still thousands of reasons to stay.
Alhamdulillah.
Tahmid.
She was given chance.
To be among the last.
Yet she's still walking.
It's been millions of steps being paced.
Yet she's not even tired.
It's been years she left her childhood.
The best moments ever.
The times she doesn't have to think much.
The times she doesn't have to care much.
The times she doesn't have to understand much.
The times she doesn't have to fight much.
The times she doesn't have to love much.
The times she doesn't have to hurt much.

She's still here, missing those best moments ever.
But there's not much time to linger on the memories,
There's nothing left to say,
There's nothing left to take,

It may be hard,
To keep on moving.
It may be hurt,
To stay on walking.
It may be cursed,
To just go and leave,
But life doesn't really tolerate with her,
Life didn't give her too many options,
She's still have to keep on walking,
Though she never knows what's waiting.

Everybody has a past,
Everybody lives the present,
Everybody deserves a future. - Anthem. Hlovate.

So she decided to move.
Go further forward.
And turn back sometimes,
Cause moving forward doesn't mean she throw,
All her yesterdays in a dustbin named sorrow.

In the name of Allah,
She's moving forward.



Harap & Sabar

Bismillahirrahmanirrahiim
In the name of Allah, the most beneficent, the most merciful
I testify that there's no God to be worshiped but Allah
And I testify that Muhammad ( SAW) is His messenger.

Hari baru. Lembaran baru.
Hari ni rasa sangat hidup.
Mungkin selepas dapat hati baru.
 Ya, hati baru.
Hati yang Allah pinjamkan,
 lepas bengkak mata menangis.
Bukan cengeng/gembeng/ciwek okay.

Menangis muhasabah.
Menangis meminta.
Menangis mengadu cerita.
Menangis sebagai hamba.

Bila kolam mata kering kontang,
Nescaya hati pun gundah godam,kan?

5 Mei 2013.
Ada sejarah. Ada cerita.
Remember today.
Harapan. Selalu ada.
Harapan.
Berhati-hati menggantung harapan,
Takut terjatuh di kelayuhan,
Takut terbang tak kesampaian.

Tapi harapan sukar sekali mati.
Harapan selalu ada.
Selagi bersamanya wujud keyakinan,
Harapan tidak mati.

Orang mukmin KENA ingat,
Harapan itu doa.
Doa itu senjata.

Orang mukmin KENA ingat,
Harapan itu cita2.
Bercita2lah untuk agama Allah.

Dan orang mukmin PERLU ingat,
Harapan sangat mudah tercipta,
Hamun sangat sakit tatkala kecewa.

Orang mukmin yang faham agama,
Janganlah mudah2 menunas harapan,
Andai tahu diri tak mempu tunaikan,
Kerana ia kelak mengecewakan,
Dan pasti sekali lebih menyakitkan.

You got it, Mukmineen?

Story #1:
" Anak2...Hujung minggu ni ada apa?"

"PRU...!" sebulat suara anak2 persih itu menjawab. Wanita itu lekas sekali tersenyum. Anak2 zaman sekarang. Memang selalu update. Bagus. Dai'e memang perlu jadi up-to-date. Apatah lagi untuk isu2 sensasi seperti ini. Takkan nak tunggu pak PM datang sekolah baru nak kenal siapa yang pegang tampuk pemerintahan negara.

"Betul. Anak2...Ahad ni berapa hari bulan?" Bermain dengan nombor. Itu memang kepakarannya.

"5 / 5/2013." jawab seorang murid.

"Cuba bukak Al-Quran. Cari surah ke-5, ayat ke 55-56."Dia menyudahkan kalam, salam diberi dan mengatur langkah ke luar kelas.

"Seriuos touched cikgu ni. Dia bukan ajar subjek Quran Sunnah pun. Syariah Islamiah pun tak. Tapi ilmu...super dooper hebat." puji seorang anak murid. Kata-kata itu memang tulus dari hatinya. Betapa dia mengagumi wanita yang mengajranya bermain nombor itu.

"Itulah...Professional mutadayyin." Kawannya membalas ringkas. Kening dua-dua belah terangkat kemas. Dia tersenyum menampakkan riak wajahanya yang turut menyenangi wanita bernama guru itu tadi.

Buka latihan dikemas. Semuanya dikumpul untuk dihantar.
Pintu bilik guru diketuk.
"Assalamualaikum ,cikgu." Cikgu menjawab salam. Senyum tak pernah lekang.
"Ini buku2nya ,cikgu."
"Alhamdulillah. Terima kasih. Kamu dah tengok ayatnya?" di tangan cikgu tergenggam kemas terjemahan Quran kecil. Mudah dibawa ke mana-mana.
"Dah, cikgu."
"Saya...Dah lama tunggu saat-saat ni." Cikgu dan kami tersenyum.
"Saat di mana yang hak akan tertegak dan yang batil akan kalah sekalah-kalahnya." Cikgu menuturkan laju harapannya.

Ya, cikgu. Dan itulah juga yang kami harapkan.
Harapan kita satu, sama.
Harapan yang selama ini kita gantung, tinggi kepada Allah.
Dan sesungguhnya Dia maha mendengar.

"Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, itulah yang tetap menang”. (ayat 55,56 surah al-Maidah)"






Story #2
Jawapan terakhir dicoretkan rapi.
Ok. Paper 2 dah habis.
Masa masih berbaki hampir sejam.

Tunggu apa lagi...?
Curhat la...Atas kertas soalan exam yang masih putih persih.
Daripada rugi tak benconteng, maka ada baiknya jugak kalau berkarya sikit.

To buy books:
1. Anthem-Hlovate
2. Hlovatinta
3.Bahtera Penyelamat
4. Fiqh Da'wah
5.Gadis Kecil di Pinggiran Gaza
6. The Art of Deception
7. Lemony Snicket's series of unfortunate stories.
8. Reclaim Your Heart

*                              *                              *                             *                             *                           *
"Kau dah siapkan baju batik nak pegi esok,Ni?"

"Dah. Siap basuh wangi-wangi, letak softener, iron sampai macam hantar dobi je."

"Waah...Semangat betul kau."

"Haruslah...Fisrt time kot. Kau tengok ni, list buku aku nak beli."

"Boleh tahan banyak, der."

"Banyak tak banyak, baucer mau kasi habis, maa"

Tiba-tiba Tikah masuk dengan muka monyok.
Qeela senggol lengan Uni.
Apahal Tikah?

"Korang tahu tak...?"

"Tahu apa...? Kau masuk alih2 tanya. Salam pun tak bagi. Ate cube kome bermuqaddimah sikit....?"

"Lawatan kita ke PWTC esok cancel. Pihak atasan tak  bagi." lalu Tikah menyembamkan wajahnya ke bantal. Frust bukan main.

"What...?!" serentak 1 dorm itu bergema.

"Tak jadi....??" Uni rasa harapannya musnah. Habis hancur berkecai.
Sama seperti kertas yang dituliskan senarai buku yang hendak dibelinya. Digenggam kemas akibat menahan geram.

Semalaman mereka bad mood. Uni apatah lagi. Dia paling pantang orang mengoyak-ngoyakkan harapannya. Baginya, lebih baik jangan mencipta harapan kalau tahu akan melukakan.

Uni tak boleh duduk diam. Siapa pun tidak menegurnya kerana mengerti akan mood Uni ketika itu. Esoknya Uni tidak tinggal diam. Dia ke hulu hilir mencari idea. Plan A sampai ke Plan D direka. Kalau untuk idea2 nakal sebegini pantas sahaja otak Uni bekerja. Namun hampa, tiada satu pun yang menjadi. Uni call abah.

"Assalamualaikum abah. Sihat?"

"Waalaikummussalam. Alhamdulillah. Anak abah sihat?" Kedengaran suara bising di belakang. Namun suara abah yang jelas ceria kedengaran.

"Tak sihat. Abah, ni Uni nak ngadu ni. Ada ke patut bah, Uni tak dapat pegi pesta buku hari ni.Bla..Bla...Bla.." Uni bercerita dengan penuh semangat. Uni memang begitu. Apatah lagi kalau bersua muka, pasti lebih beremosi. Uni memang seorang yang sarat dengan emosi.

Uni mengadu kepada abah. Uni memang tak boleh diperlakukan sedemikian rupa. Abah faham sangat perangai anaknya yang seorang itu. Uni mesti dapat apa yang dia mahu. Bukan kerana dia manja atau sentiasa dilimpahi kemewahan, tetapi kerana Uni sentiasa berusaha untuk mendapatkan apa yang dia mahu. Uni bukan jenis yang mudah mengalah. Uni tidak mudah putus asa. Kalau Uni betul2 mahu, dia mesti cuba sehabis daya untuk mendapatkannya. Namun Uni akan pasrah setelah semua ikhtiarnya tidak berjaya. Mula-mula abah ingat Uni jenis yang tidak redha, rupanya abah silap. Uni redha, cuma lambat sikit.

"Uni...Sabar nak. Mungkin pihak atasan ada sebab kenapa mereka tak bagi Uni dan kawan2 pergi. Kan dah nak dekat PRU. Kang macam2 pulak jadi. Uni...Uni belajar sabar kan?"

"Tapi bah..Ini lain. Ini kes kata lain tapi buat lain. Mana aci bah.." Uni berkata laju.

"Uni..apa guna kalau kita belajar tapi tak amal? Inilah masanya Uni nak cuba amalkan sifat sabar. Abah yakin Allah nak Uni pergi event yang lebih hebat, sebab tu Allah tahan Uni dari pegi PWTC. Uni, rancangan Allah kan yang terbaik...Anggap je ni tarbiah dari Allah supaya anak abah ni lebih bersabar. Ok?"

Uni terdiam.

"Uni..Ingat tak Allah berfirman dalam surah Al-'Asr?" Abah membacakan surah Al-'Asr dari mula hingga akhir. Hati Uni kembali tenang. Uni mula menerima kata2 abah. Abah memang , selain emak yang selalu menenangkannya.

"Ok la Uni. Sekarang ni apa kata kita buat persiapan untuk sesuatu yang lebih penting?"

"Maksud Abah?"

"Uni doalah banyak2. Esok nak PRU. Moga ALlah anugerahkan kita kemenangan yang lebih besar." Uni tersenyum. Uni pandang luar sekolah. Nampak bendera Hijau Putih. Senyumnya makin lebar. Harapan kian tumbuh semula. Prioriti diletak kepada berdoa.

"Ok abah. In shaa Allah. Terima kasih. Assalamualaikum."
sabar itu indah. fassabru jamil.

*                             *                                *                                  *                                           *

"Ala...nasi lemak dah habis ye kak?" tanya seorang adik junior. Uni sekadar mengangguk. Rasa bersalah bercampur kasihan. Di tangannya terdapat 2 bungkus nasi lemak. Kawannya ada pesan 1 tadi.

"Nah." Uni menghulur 1 bungkus m,acam dalam iklan kemerdekaan zaman kecik2 dulu.
"Eh, takpela kak. Itukan nasi akak."
"Ambik la. Akak boleh share je."
"Terima kasih akak." Dia senyum girang.

"Kenapa kau bagi,Uni?"
"Takpela. Aku...tak suka nak mematikan harapan orang. Aku belajara dari kesilapan orang lain supaya aku tak ulangi kesilapan yang sama."
"Hei...Nampaknya teruk sangat kau frust sebab tak dapat pegi pesta buku ni."
"Biasalah. First time kot, tup tup x dapat. Sedih gak la aku."

"Habis tu..Kita nak makan apa?"
"Ni." Dia mengunjuk kepada sebungkus nasi lemak du tangannya.
"1 je?"
"Ala..Sharing is caring kan cik kak?" ketawa mereka berderai. Berkongsi, ukhuwah bertambah erat.