In the name of Allah, the most beneficent, the most merciful
I testify that there's no God to be worshiped but Allah,
And I testify that Muhammad ( PBUH) is His messenger.
I ain't One Dee.
Tak percaya?
Okay, saya pernah jadi kipas besar[big fan] One Direction,
Tapi sekarang biasa2 saja.
Tanpa sedar,
Sebenarnya Allah telah hantar beberapa wanita2 cantik di sekeliling saya.
Rasa bersyukur sebenarnya walaupun hakikatnya saya baru terperasankan,
Mereka ini super-duper cantik.
Cantik dalam. Cantik luar.
Dan muslimah2 ini adalah dari kalangan schoolmate saya,
Tak termasuk keluarga saya sebab saya sedia maklum,
Keluarga saya memang sedia cantik. [tolong bagi masa nak kembang sat]
#1
Usai memberi salam kedua, dia turut menadah tangan. Namun suara imam tidak kedengaran. Dia jadi bengang. Sedari solat tadi pun dia lekas terganggu kerana suara imam itu sungguh perlahan. Imam baca x best dia ok lagi, tapi kalau imam suara slow, Allahu rabbi. Sabar je la. Usai berdoa dia mencari kelibat imam. Dia nampak sahabatnya.
"Ati, kau imam eh tadi?" Ati memandangnya. Pandangan redup yg dihantar seperti biasa. namun jelas riak wajah Ati yang keletihan.
"A'ah. Kenapa?"
"Tak adalah. lain kali baca tu bagi kuat sikit."
"Eh, ye ke? Aku mintak maaf . Sorry aku tak perasan." Dia pandang muka Ati lalu terus melangkah keluar musolla.
Esoknya mereka kurang bertegur sapa. Selalunya mereka tidak begitu. Hatinya dipagut resah.
"Ati terasa dgn aku ke?"
Dia nekad. Ati perlu bersemuka dengannya. Di musolla, selepas Maghrib matanya liar mencari Ati. Dia menangkap sosok fisik Ati yang duduk membaca Quran di hujung musolla.
"Ati, aku nak cakap sikit."
"Ya. kenapa?"
"Aku...Nak mintak maaf."
"Eh..Kenapa pulak?"
"Yela. Aku sedap2 je marah kau semalam. Aku tak tahu kau penat baru balik dari kursus STAM tu. Aku mintak maaf taw."
"Aku pun laa. Kau mesti lagi penat kan? tak apalah. Kita sama2 maafkan, okay?"
Ati disalamnya erat dan dipeluk.
#2
"Akak! Jomlah main bola dengan Ayie." bersungguh dia mengajak.
"Aduh, tak sampai hati la pulak nak reject. tak apalah. Asalkan dia happy."
"Ayie reti ke main bola?"
"Eh, Ayie reti la akak. kat sekolah kan, Ayie main bola dengan kawan2...bla..bla..bla.." Dia cuma melayan sahaja keletah anak kecil itu. Bola sepak diletakkan di hadapan kaki. Satu sepakan dihantar. Ayie menyambutnya dengan girang. Mereka berbalas sepakan. Dia mengerling ke arah jam tangan.
"Ok lah Ayie. Akak kena pergi dulu ni. Nanti kalau akak lambat kena ambil nama."
"Ok! Akak!"
"Apa?"
"Akak cool la," luah anak kecil itu sambil ibu jarinya diangkat.
#3
"Nak, boleh tolong panggilkan anak mak cik?"
"Siapa ya namanya, mak cik?"
"Noor...."
"Ouh. Okay. Tapi makcik, maaf lah ye. Sebenarnya waktu melawat dah tamat."
"Mak cik nak jumpa dia sekejap je nak. Nak bagi barang ni ha."
"Tak apa. Boleh je nak jumpa tapi jangan lama ye, mak cik. Maaf," ujarnya sopan.
Mak cik itupun bertemu anaknya.
Mak cik itu sangat cantik.
Ya, kecantikkannya jelas terpancar. Walaupun sudah berkedut, dia yang memakai tudung labuh itu tetap menawan.
Barangkali kerana, ketulusannya setiap kali berwudhu'.
"Noor, cantik lah mak kau."
"Cantik,kan? Macam anak dia lah."
"Pergh! perasan..Haha..Bolehlah."
Noor memang cantik . Secantik gunung azamnya yang tinggi.
#4
saya terdengar esak tangis orang yg berdoa di hadapannya. Dia masih berdoa. Masih tekun merintih. Telekung itu...Macam kenal. Sampaikan saya sudah habis berdoa pun dia masih berdoa. saya rasa ingin memeluknya saat itu juga. Ingin menenangkannya, berkongsi dukanya. Ingin tahu apa yg begitu meruntun hatinya hingga munajatnya pada Allah lama benar. Akhirnya dia sudahi juga doanya.
"Kau okey?" Dia mengangguk.
"Aku...Rindu sangat."
"Kenapa? Cer citer."
"Aku rindu sangat kat mak aku. Aku harap sangat aku dapat balik, tolong dia masak kat dapur. "
"Laa...Tak lama lagi kita memang boleh balik pun."
"Tapi aku takut tak sempat. Aku takut Allah ambik nyawa aku sebelum tu." Sepotong ayatnya menyambar telingaku. ya. Zikrulmawt. Saya yang seringkali dihidangkan cerita hidup, sampai lupa pada kisah mati.
"In shaa Allah, sempat. Allah'll bless your intention. OK? tak mau sedih2,"
dan kami pun mula berkisar tentang cerita2 lain.
"Kan best kalau dapat selalu macam ni?"
"Yeah. spend some times for ourselves.. Cuti daripada memikirkan tentang org lain."
"I wish we have some times for the four of us."
"In shaa Allah."
Muslimat, antunna cantik.
Memang cantik.
Moga cantik di pandangan saya, cantik lagi di pandangan Allah.
No comments:
Post a Comment