lalala

Wednesday 25 January 2012

Ana Mas'ul> I'm a caliph> Saya pemimpin

Assalamualaikum...
Sebaik2 doa buat saudara2 seagama..seaqidah..sealiran..sefikrah...


Kenapa saya tulis ana caliph? Why should I proudly declare myself as a leader? Kenapa perlu saya berbangga memegang amanah sebagai khalifah ini???
Kerana...Bukan saya yang pinta amanah ini...Bukan saya isi borang untuk diberi tanggungjawab ini..Bukan saya google untuk mencari jawatan kosong ini..tetapi...
Dia yang beri...Dia yang amanahkan...Dia yang mempertanggungjawabkan...
Siapa dia?
Tentulah Tuhan yang saya cari..yang saya kasihi..yang saya cintai..( Allah)
Kalau sekalipun saya menangis...Saya merayu...saya menjerit "aku tak nak la jadi khalifah! penat tau x??"
Saya tetap perlu menggalas beban di pundak ini..
Kerana apa?
Sebab Allah telah berfirman: "Sesungguhnya kami telah menawarkan amanat kepada langit,bumi, dan gunung-ganang, tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir tidak akan melaksanakannya( lantaran beratnya amanah) lalu dipikullah oleh manusia...- Al-Ahzab: 72
Jadi..nak tak nak..saya perlu juga untuk menggagahi tanggungjawab ini...
Tapi bukan kerana terpaksa..
Tapi kerana...
Saya cuma hamba kepada Tuhan yang Esa..!

2 comments: