In the name of Allah the most beneficent,the most merciful
I testify that there's no God to be worshiped but Allah
And I testify that Muhammad (SAW) is His messenger.
Can I lost into books,
Like I lost into woods?
Kata2 ni ternukil apabila...
Haritu, kat perhimpunan pagi yang diconquer oleh semuanya pelajar Tingkatan 6,
Datanglah seorang muslimin ni, bagi tazkirah.
Saya, datang lambat sebab bertugas. Ini yang saya sempat rakam dalam minda yang cerdas,hadiah dari Ilahi.
Dia kata:
" Statistik bacaan rakyat Jepun, setahun purata 20 buah buku.
Statistik bacaan orang Arab puratanya cuma 20 helai setahun.
Orang Malaysia pulak 2 buah buku sahaja setahun. Tengoklah, betapa lemahnya orang Islam dari sudut pembacaan. Sampaikan ada org Israel ni dia tulis 1 buku. Pasal strategi orang israel nak menentang umat Islam. Lepas tu kawan dia kata, 'kau x takut ke orang Islam baca buku ni? Karang habislah rahsia kita,' Penulis buku tu kata apa, 'Jangan risau. Orang Islam ni aku tau, kaum yang sangat liat membaca.' "
dan dia mengakhiri tazkirahnya dengan menyeru kami semua supaya meningkatkan pembacaan.
Sepanjang perjalanan dari Dar Warasatul Anbiya', saya cuba hadamkan kata2nya.
Jelas di sini, saya tertampar.
Dan saya turut memujinya, nyata dia membaca.
Yela, zaman sekarang ramai orang suka sembang rempang.
Hatta fakta pun tunggang langgang.
Tapi apa yang dia cakap tak semestinya betul.
Saya tidaklah membangkang di hadapannya.
Kerana saya cuba menghormati dia,
yang berani tampil memberi tazkirah.
Betul, orang Malaysia tak ramai yang membaca.
Tapi adakah semua orang Malaysia orang Islam?
Betul , Israel memang bertindak berani menerbitkan buku yang membuka rahsia mereka,
Tapi orang Islam pun bijak menyusun strategi untuk bangkit kembali.
Tapi saya pernah jumpa,
Raaammaaaiii orang Islam yang rajin baca buku.
Dan mereka sangat dihormati kerana ilmu.
Ada seorang senior saya yang pernah terkunci di dalam perpustakaan,
Kerana terlalu leka membelek kisah hidup Ibn Khaldun
Ada senior saya yang mempunyai 3 buah perpustakaan mini di rumahnya,
Perpustakaan negeri tak taulah berapa kali dia pergi,
Ada senior saya yang cakapnya memang berlandaskan fakta dan hujah2 nyata,
Ini jelas menunjukkan dia memang tegar membaca.
Ada cikgu saya yang saangat menggalakkan kami membaca,
Saya yakin, mereka juga selalu,sering membaca.
Ada raammaaii pimpinan negara2 Islam terdiri drpd professor2 dan doktor2,
Cuma mereka ini low-profile.
Ada baaanyaak tokoh2 ilmuan yang merupakan Melayu-Muslim,
Dan idea2 mereka cukup hebat untuk dikupas & dicerna.
Inilah bezanya,
Muslim dan Melayu.
Jangan salahkan semua Muslim,
Kerana tak baca buku,
Jangan salahkan semua Melayu,
Kerana selalu tidak tahu.
Dan bila saya menerobosi PERKISAS,
Inci demi inci,
Bila makin banyak jejak yang dilalui,
Bila makin banyak buku yang baru dijumpai,
Saya termangu sendiri,
Kenapalah aku tak terfikir nak belek buku2 ni 3 tahun lepas?
Dan masa terus memintas saya, berlari.
Sekarang masa tidak tinggal banyak lagi.
Sedangkan hutan buku yang indah itu,
Belum habis saya telusuri.
So dear time,
Can I lost into books,
Like I lost into woods?
No comments:
Post a Comment