lalala

Friday, 1 February 2013

Seeing is Believing

Bismillahirrahmanirrahim
In the name of Allah the most Beneficent, the most Merciful.
I testify that there's no God to be worshipped but Allah,
And I Testify that Muhammad (SAW) is His messenger.

Allahumma solli 'ala saiyyidina Muhammad,
wa'ala ahlihi wa sohbihi wa baarik wasallam.

Peace be upon him, Muhammad,
and his family and sahabah

Selawat serta salam ke atas junjungan agung
Nabi Muhammad serta keluarga dan para sahabat baginda.

12 Rabiul awal baru berlalu.
Saya nampak ramai, malah sangat ramai,
Umat Muhammad yang begitu teruja,
Menyambut hari keputeraan kekasih Allah,
Putera Aminah dan Abdullah.

Dialah....Muhammad Rasulullah..

Alhamdulillah, sekolah saya pun, buat smabutan yang cukup meriah,
Dalam terkelam-kelibut membuat persiapan Mawlid,
Kadang-kadang lupa nak simpan sikit masa,
Untuk diri ni kembali memuhasabah,
Muhammad S.A.W benarkah saya cinta dia?

Hurm..Apalah diri ni.

Kita selalu dengar orang cakap macam ni kan?

"Perjuangan kita ni, apalah sangat. Nabi dulu lagi susah"
Ok fine. Saya pun selalu cakap macam tu.
Headshot diri sendiri.
Dush! Amek ko.

Masalahnya, bila kita selalu cakap macam tu,
Adakah kita sebenarnya betul2 rasa,
Rasulullah dulu susah macam mana?

Jujur. Saya tak pernah rasa.
Mungkin sebab saya tak hidup sezaman dengan baginda dan para sahabat,
jadi saya tak sempat nak merasa kepahitan yang mereka rasa.
Mungkin sebab saya tak pernah lagi diuji sbegitu hebat,
jadi saya tak betul2 rasa sejauh mana mereka sakit,
Mungkin sebab saya tak pernah meletakkan diri saya dalam kasut mereka,
jadi saya tak pernah rasa apa yang mereka rasa.

Mungkin,kan?

Jadi bila haritu sekolah saya buat ceramah sempena Mawlid, baru saya dapat tengok,
Sikit je, tak banyak pun,
Dari apa yang mereka rasa.
memanglah, melihat tak sama dengan merasa.
Bahu yang memikul lagi berat dari mata yang melihat.

Tapi melihat adalah mempercaya.
 Seeing is believing.

Dulu masa kecik-kecik saya pernah tengok kartun,
Muhammad Utusan Terakhir.

Melalui filem yang diterbitkan oleh Saba Media itu,
Saya banyak belajar dan faham sirah.
But it was then, when I was little.

Sekarang, malam itu,
Penceramah itu menayangkan sedutan filem yang lebih kurang sama dengan cerita kartun tu,
Entah tajuk apa,tak sempat nak search.
Tapi ini versi manusia betul, bukan kartun.
Ini versi yang lebih mudah difahami, lebih mudah terasa.
Ini versi yang menusuk jiwa.
Ini versi yang mengalirkan air mata.

Betul,malam tu ramai yang menangis.
Saya tak mahu tahu kenapa diorang emnangis.
tapi apa yang saya tahu, saya pun menangis.
Sebab...Saya sedar, saya bukanlah umat yang TERBAIK,
Mahupun umat yang cuba menjadi yang TERBAIK,
Setelah Allah pilih saya untuk menjadi umat kepada Nabi dan Rasul yang TERBAIK!

Saya tahu dulu nabi susah,
Tapi saya tak tahu berapa lama emosi dan fizikal nabi pulih selepas dibaling batu oleh penduduk Thaif.
Saya tahu dulu para sahabat susah,
Tapi saya tak tahu sekuat mana benteng yang mereka bina untuk mempertahankan Rasulullah.
Saya tahu Sumayyah hebat mempertahan syahadah,
tapi saya tak tahu betapa kuat jeritan terakhir Sumayyah ketika syahid disula.

Emosi saya terganggu,
kerana penyesalan terhadap diri sendiri,
Yang asyik dan terus leka,
Sedangkan ada insan lain,
Menunggu untuk bertemu Rasulullah dalam syurga.

Jadi 12 rabiul awal telah berlalu,
Adakah cinta dan rindu kita pada Rasul juga seperti itu?
Berlalu ibarat dihembus dingin bayu,
Dan kita tetap terus termangu,
Dengan permainan dunia dan pautan nafsu...

Ahem!
 Saya tak paham macam mana ada orang boleh kutuk Rasulullah,
Apatah lagi mencaci maki para sahabat,
Syiah2 sekalian,
Kau orang dah cukup hebat ke?

sollu 'ala rasulillah,
habibil mustofa...

al-fakirah ilaLlah,
Klang.
1.07 p.m














No comments:

Post a Comment