lalala

Friday, 15 February 2013

Err..Boleh tolong terasa tak...? Terima kasih.

Bismillahirrahmanirrahim
In the name of Allah the most beneficent, the most merciful
I testify that there's no God to be worshiped but Allah,
And I testify that Muhammad (SAW) is His messenger.



Allahu rabbi~

Diam kejap.
Sabar?
Indah. tapi susah.
sabar?
Bukan mudah.

pukul 3.05 pagi.
Mata masih celik, tak tahu kenapa.

Di luar rumah masih ada,
saki-baki mamat2 rempit.
Dan bunyi rengekan motor mereka,
Yang membingitkan.
Serious bingit.

Don't pray for life to be easy,
But pray to be a strong one.

Kerana janji tak boleh dimungkiri,
Maka aku cuba setia,
Meladeni takdir Ilahi.

Tanpa cerah cahaya,
Mana mungkin aku mampu tenang membaca,
Tanpa kasih Tuhan,
Mana munkin sampai hari ini aku mampu bertahan.

Untuk seorang perempuan,
Ini pasti sakit dan menyebalkan,
Tatkala diri dipemain orang yang tak berpengetahuan,
Untuk memperbetulkan telahan.
Orang fikir dia tekun menjaga pergaulan,
Namun siapa tahu sebenarnya dalam hati ada kebencian?

Kalau dahulu dia masih boleh senyum,
Kalau dahulu dia sering tewas bicara,
Kalau dahulu dia membiarkan sahaja,
Kalau dahulu air mata sangat murah tumpah,
Kalau dahulu dia sangat menyampah,

Kini tidak lagi.
Kini tidak mungkin lagi,
Air mata murah kerana mereka,
Tewas bicara kerana marah,
Tersenyum sakit di hati parah,
Menyampah mula bertukar agenda,
Maaf! Mengalah tak bererti kalah.

Kerana berdiri tak boleh rebah,
Kerana berjanji tak boleh mungkir,
Kerana istiqomah tak berpatah arah,
Kerana  hidup tak boleh berakhir,
sebagai sebuah epilog yang sangat sedih.

Kau boleh kata
Apa yang kau suka.
Sebab aku,
Sudah tidak kisah,
Dan kata2mu yang kau rasa,
Akan membuatku rebah terduduk,
Sebenarnya tidak lebih,
daripada dosa yang membusuk.

If life is about moving on,
I am moving on.
Bismillahirrahmanirrahim.
dan Tuhanku yang Maha Penyayang,
yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui,
Ada bersamaku.








No comments:

Post a Comment