Bismillahirrahmanirrahim
In the name of Allah, the most beneficent, the most merciful
I testify that there's no God to be worshiped but Allah
And I testify that Muhammad (SAW) is His messenger.
Life is a karma.
Sejarah berulang,walau mungkin bukan pada orang yang sama.
"Kau nervous?" sahabatnya yang selalu ceria itu dilihatnya tegang sekali waktu itu. Kedua tangannya digenggam. Nafasnya cuba diatur perlahan. Pertandingan akan dimulakan tidak lama lagi.
"Aku ingat kau dah biasa,"
"Itu dulu,"
"Habis tu sekarang?"
"Things've changed. Aku tak sama macam dulu."
"Tapi aku percaya kau masih mahir,"
"Kadangkala aku yang tidak percaya pada diri sendiri,kan?"
"Aku tahu kau pernah berhenti. Lama dulu. Kenapa?"
"Aku...Ada sesuatu untuk dijaga,"
"Lalu kau memilih untuk futur?"
"Aku takut aku tak kuat."
"Itu cuma masa lalu."
"Tapi aku selalu sukar,membunuh ingatan terhadap masa laluku. Aku tidak ingin yang kotor terus kotor. Nanti susah membersihkannya kembali."
"Tapi macam yang kau kata, keadaan sudah jauh berubah."
"Benar,masa sudah makin menongkah usia. Dan hari ini aku di sini, bersedia untuk esok seperti yang kau lihat."
"Kau sudah tidak takut?"
"Sebenarnya,masih. Tapi aku cuba untuk membuka pintu lain setelah pintu yang dulu terpaksa aku tutup."
"Kenapa tidak cuba buka pintu yang sama?"
"Kan aku dah kata, aku belum cukup kuat."
"Tapi dia dah move on."
"Huh. Sebenarnya tdia tidak pernah turn around.. If life is about moving on,I'm telling you I am."
"Aku selalu percaya kau boleh. Ini diri kau,kan?"
"Tak. Sebenarnya ini bukan aku. Ini cuma apa yang mereka, yang kalian nampak dalam diri aku. Yang sebenarnya aku sendiri pun tidak tahu bagaimana ia boleh tiba-tiba menjadi sebahagian dariku. Ini tidak lebih daripada, aku mencuba menjadi sesuatu yang baru.Ah, kau pasti tak faham,kan?"
"Memang susah. tapi aku kenal kau. In shaa Allah kau akan sentiasa boleh,kan?"
"In shaa Allah. Aku cuma , mahu berjalan selari takdir. Yang lain, biar Allah tentukan."
Dan aku pun lantas sekali mengerti.
Dan berharap dia akan segera bangkit.
Dan mendoakan dia akan berbicara dengan lancar fasih,
Seperti selalu,
Seperti dulu.
No comments:
Post a Comment