In the name of Allah, the most beneficent,the most merciful,
I testify that there's no God to be worship but Allah,
And I testify that Muhammad (s.a.w) is His messenger.
Ramadhan kareem,
Allahu akram.
Tanpa memperpanjang kalam, post ini saya tujukan khas buat mereka2 yang sedang rancak berbicara mengenai 1 isu yg agak 'berat' [kalau kita ni jenis yg nak pikir mudah je, ini berat] di ruangan komen akaun Facebook saya.
Awalnya, tahniah kerana membangkitkan isu ini. Saya tak pernah menyangka pulak status saya yang selalunya berbaur 'ringan' akan membawa kepada suatu isu yang sebenarnya patut, dan sememangnya sudah tiba masanya untuk dibicarakan dengan lebih serius. [Ok. Mohon bajet status viral seketika.] haha.
Back to topik. Dan untuk pengetahuan anda, post ini dituliskan saat saya sudah 'pecah mengantuk' dan sedang berteleku menunggu saatnya untuk sahur. Heheh.
Alhamdulillah, isu ini mulai hangat [atau dihangatkan] betul2 sejurus saya selesai bertadarus surah An-Nisa', maka sedikit sebanyak poin2 yang ditujukan dapat saya periksa dan inilah sedikit dari hasilnya.
Okay. Mohon mood serius dan ilmiah.
Al-Ukht :
Mengapa menidakkan
perjuangan femenisme yang ternyata memberi untung kepada banyak pihak?
Umpamanya, gaji sama tanpa diskriminasi gender, cuti bersalin, hak mengundi dll.
Hakikatnya, memang, dalam ajaran Islam sendiri mengangkat taraf wanita. Ya, benar. Tidak dinafikan. Namun, soalnya, apa implementasinya pada zaman sekarang?
Jika ditelurusi, perjuangan femenisme ini banyak menawarkan kebebasan kepada wanita, yang sebenarnya sudah lama ditawarkan Islam.
Juga, femenisme ini lah yang memberi tekanan kepada lelaki, untuk memimpin, dalam erti kata yang bukan menindas.
Umpamanya, gaji sama tanpa diskriminasi gender, cuti bersalin, hak mengundi dll.
Hakikatnya, memang, dalam ajaran Islam sendiri mengangkat taraf wanita. Ya, benar. Tidak dinafikan. Namun, soalnya, apa implementasinya pada zaman sekarang?
Jika ditelurusi, perjuangan femenisme ini banyak menawarkan kebebasan kepada wanita, yang sebenarnya sudah lama ditawarkan Islam.
Juga, femenisme ini lah yang memberi tekanan kepada lelaki, untuk memimpin, dalam erti kata yang bukan menindas.
Dibalas oleh Al-Akh :
so kena perjuangkan
implementasi Islam yg sebenarnya lah kan? instead of feminisme? Sbb klau pilih
feminisme, kita akan cenderung utk ambil pakejnya semua skali termasuklah
aspek2 yg bertentangan dgn islam. Cthnye menentang hukum faraid. Nak suruh sama
harta warisan kepada lelaki dan perempuan.
Sorry menyampuk.
Sorry menyampuk.
Dibalas oleh Al-Ukht yang sama :
Yup. Lagi bagus
kalau kita boleh buktikan yang pembahagian faraid Islam adil, menggunakan
tafsiran yang dikenali.
Sebabnya, kita semua tahu bahawa femenisme menuntut untuk re-check tafsiran ayat-ayat Al Quran dan hadith yang berkaitan dengan perempuan.
Salah satu approach yang sedang dilakukan, ada ustaz-ustaz yang menjadi rujukan sekalian para feminist.
Sebabnya, kita semua tahu bahawa femenisme menuntut untuk re-check tafsiran ayat-ayat Al Quran dan hadith yang berkaitan dengan perempuan.
Salah satu approach yang sedang dilakukan, ada ustaz-ustaz yang menjadi rujukan sekalian para feminist.
[Maaflah. saya belum reti nak memprinscreen komen mereka secara langsung. Serious. saya agak buta IT. Sengih.]
----------------------------------------------------------------------------------------
Saya suka perbualan sebegini. [Walaupun agak pening pada mulanya untuk memahami akar umbi dan hala tuju perbincangan ini]. Dan saya pun telah berjanji akan menjawab pertanyaan Al-Ukht yang saya kasihi, pada masa yang sama sangat meraikan pendapat lanjut dari Al-Akh yang dihormati.
Baiklah.
Jawapan saya untuk soalan yang paling utama.
Mengapa menidakkan
perjuangan femenisme yang ternyata memberi untung kepada banyak pihak?
Umpamanya, gaji sama tanpa diskriminasi gender, cuti bersalin, hak mengundi dll.
Umpamanya, gaji sama tanpa diskriminasi gender, cuti bersalin, hak mengundi dll.
Al-Ukht, saya tidaklah menidakkan secara 100% perjuangan feminisme yang adakalanya tampak begitu bergaya dan perkasa sekali. Saya cuma tidak menyokongnya. Ada beza ya, 'menidakkan' dengan 'tidak menyokong'. Harap maklum di situ.
Mengapa ya saya tidak sokong...?
Hal ini kerana feminisme adalah tidak lebih dari 1 ideology yang diwujudkan oleh manusia. Sekadar 1 sistem untuk meyokong kerapuhan sistem2 rekaan manusia (yang telah lama wujud seperti sekularisme, materialisme, dan liberalisme). Ya. Feminisme atau gerakan emansipasi dan pembelaan wanita wujud akibat berlakunya penafian ke atas hak-hak asasi wanita yang seolah-olah menganggap wanita sebagai warga kelas ketiga yang tidak didengari pandangan dan buah fikirannya.
Bertentangan sekali dengan Islam yang merupakan sebuah cara hidup yang begitu menyeluruh. Islam sendiri sudah lengkap, malah melengkapi para penganutnya. Islam sendiri telah meletakkan lelaki dan wanita pada taraf yang sepatutnya. Tidak ada yang terlebih, dan tidak ada yang terkurang. Kedua-duanya adil dan saksama, melainkan penganut agama Islam sendiri yang membuat taraf lelaki dan wanita ini kelihatan berat sebelah, baik dari segi pengetahuan, mahupun pengamalan.
Lalu, apabila saya sudah yakin dengan Islam yang lengkap sempurna, mengapa perlu saya menyokong feminisme...?
Dan ya, saya setuju bahawa perjuangan mereka pada AWALNYA memberi untung kepada banyak pihak dari sudut gaji, cuti bersalin, hak mengundi, hak penjagaan anak, harta sepencarian, kemiskinan, pendidikan, dan penganiayaan terhadap wanita.
Namun, setelah suara2 mereka mula didengari dan pejuang2 wanita ini mula mendapat tempat dalam persidangan2 antarabangsa, juga, banyak polisi2 mesra-wanita telah digubal, halatuju pejuang2 ini mulai menyelekoh jauh. [Sebab itu saya caps lock pada kalimah awalnya]
Mereka mulai menuntut kesamarataan gender dengan tamak dan halobanya. Prinsip mereka 'What men can do, women can do, what women can do, men can do'. Pihak pejuang wanita didapati terlalu ghairah cuba memaksa wanita menjadi seperti lelaki dalam semua aspek kehidupan, serta menuntut hak-hak kebebasan melewati batas agama dan norma adat setempat.Mereka mulai mengadakan kempen yang entah macam apa seperti kempen 'Nipples for free' yang membenarkan wanita untuk tidak menutup bahagian payu daranya secara sopan, juga kempen [yang namanya saya tak ingat] yang menyokong wanita berhaid tidak perlu memakai tuala wanita kerana membiarkan darah haid itu mengalir juga merupakan kebebasan bagi wanita. Tidak dilupakan, gerakan feminism hari ini begitu galak mencucuk jarum anti-keluarga yang mendapat tentangan hebat dari kelompok pro-keluarga dan kini, hal ini seringkali menjadi isu perdebatan di dewan PBB.
Ini, hasil ombak feminisme sekarang. Perlukah saya untuk tururt berganding bahu memperjuangkannya?
Jawapan saya untuk penyataan yang kedua:
Jika ditelurusi,
perjuangan femenisme ini banyak menawarkan kebebasan kepada wanita, yang
sebenarnya sudah lama ditawarkan Islam.
Juga, femenisme ini lah yang memberi tekanan kepada lelaki, untuk memimpin, dalam erti kata yang bukan menindas.
Juga, femenisme ini lah yang memberi tekanan kepada lelaki, untuk memimpin, dalam erti kata yang bukan menindas.
Al-Ukht, kebebasan yang ditawarkan oleh feminisme ini tidaklah sama seperti apa yang ditawarkan oleh Islam. Analoginya begini. Feminisme ini adalah ibarat anak remaja yang meronta2 untuk mencuba segala benda di usia remajanya.Manakala Islam adalah ibarat ibu bapa yang akan menyokong setiap benda baik yang dicuba oleh anak remajanya, tetapi akan melarang setiap benda buruk yang ingin dicubanya. Jika kita berbalik kepada sifat asal wanita iaitu emosi, kita akan dapat melihat sebenarnya kebebesan2 yang dituntut oleh golongan feminisme adalah radikal dan tidak rasional. Sebagai contoh,
1. Mereka monyokong gerakan LGBT, dengan alasan wanita boleh memilih untuk mempunyai teman hidup baik dari kalangan lelaki mahupun wanita juga.
2. Mereka mahukan bentuk2 kebebasan yang sesuai dengan nafsu mereka[seperti kempen2 'bijak' yang saya sebutkan tadi], padahal isu kecantikan dan aurat wanita yang dieksploitasi secara meluas dalam dunia pengiklanan, peragaan dan industri hiburan tidak pula menjadi isu yang hangat untu dipertahankan.
3. Wanita seharusnya diberikan hak untuk menggugurkan kandungan agar mereka tidak dibebankan dengan tanggungjawab keibubapaan yang akan mengganggu prestasi kerja mereka.
4. Agama dianggap satu halangan dalam mencapai hak asasi kemanusiaan secara total kerana agama menggalakkan keluarga, keibuan, perkahwinan dan paksaan seksual.
Dan Al-Ukht, feminisme ini memang telah berjaya membuka mata para lelaki bahawa wanita tidak sewenang-wenangnya boleh diinjak-injak. Namun Islam tidak menawarkan begitu. Saya yakin Al-Ukht sendiri telah menemukan banyak dalil bahawa Allah menciptakan tiap suatu di atas muka bumi ini secara berpasangan. Maka lelaki, pasangannya ialah perempuan. Pasangan diciptakan untuk saling melengkapi,saling mempringati, dan saling bertolongan dalam jalan kebajikan serta saling bercegahan dalam jalan kemungkaran. [Ar-Rum:21][Al-Maidah :2] Bukan untuk saling memberi tekanan, saling menindasi, juga untuk saling berlawan untuk membuktikan siapa lebih handal. Ini sudah lari dari tujuan penciptaan.
Walaupun tidak saya nafikan, episod penindasan ke atas wanita dilihat semakin tiada belas kasihan dan selah-olah tidak bertepian pula dari dulu hinggalah ke zaman serba moden ini. Di mana-mana pasti akan terdengar kisah2 menyayat hati yang dilakukan oleh kaum lelaki ke atas wanita yang dianggap lemah ini. Kalau dahulu diperhambakan untuk melakukan kerja2 berat, kini menjadi hamba seks. Kalau dahulu disuruhnya wanita memakai cawat besi dan dikunci supaya isteri tidak curang pada suami, kini ada suami yang sanggup menjual isterinya sendiri. Kalau dahulu wanita tidak dibenarkan bersuara, kini masih wujud golongan stereotaip yang masih kolot pemikirannya, seperti orang2 jahil dahulu. Ala, jahiliyyah mana pernah rasis memilih fatrah.
Tapi, masih...Itu tidak menjadi alasan untuk para wanita turut bersikap stereotaip terhadap lelaki. Saya selalu dengar ayat ini "Ahh! Lelaki semuanya sama.!" [mungkin jugak pernah menuturkannya. dulu] Haa.... Itulah stereotyping. Memang terdapat banyak lelaki jahat, yang tidak memikul amanah mereka untuk menjaga wanita seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah "Rifqan bilqwariir", tapi percayalah Al-Ukht, di balik semua bayang2 lelaki yang menakutkan dan menyebalkan itu, masih wujud lelaki yang baik2. Bukankah Al-Quran itu sangat sesuai tak kira zaman...? Lelaki baik2 bukan wujud pada zaman Rasulullah dan sahabat saja, percayalah, zaman sekarang pun masih ada, cuma mungkin...Kita jarang mendengar headlineseperti "Suami tolong jagakan isteri yang terlantar akibat stroke selama 20 tahun" ...?
Dan ya, apabila telah dinyatakan bahawa "Ar-rijaalu qawwamuna 'ala 'nisaa' " Mengapa perlu persoalkan lagi...? Saya tahu mungkin sukar bagi sesetengah kita untuk mengakui hakikat ini memandangkan realiti yang berada di depan mata adalah sangat mendukacitakan dan menyukarkan kita untuk mempercayaai 'Di mana lebihnya lelaki ini..?' Tapi jauh di dalam hati, saya yakin. Kita tidak mungkin tidak beriman dengannya. Kita cuma, menunggu realiti menjadi dalil.
Tentang pernyataan Al-Ukht yang seterusnya,
Yup. Lagi bagus kalau
kita boleh buktikan yang pembahagian faraid Islam adil, menggunakan tafsiran
yang dikenali.
Sebabnya, kita semua tahu bahawa femenisme menuntut untuk re-check tafsiran ayat-ayat Al Quran dan hadith yang berkaitan dengan perempuan.
Salah satu approach yang sedang dilakukan, ada ustaz-ustaz yang menjadi rujukan sekalian para feminist
Sebabnya, kita semua tahu bahawa femenisme menuntut untuk re-check tafsiran ayat-ayat Al Quran dan hadith yang berkaitan dengan perempuan.
Salah satu approach yang sedang dilakukan, ada ustaz-ustaz yang menjadi rujukan sekalian para feminist
Ya. Oleh itu, kita memerlukan lebih ramai bijak pandai dalam ilmu faraid. Kita juga memerlukan lebih ramai umat Islam yang kembali merujuk hukum faraid dalam pembahagian harta. Kita juga memerlukan bukan setakat ustaz, malah akan lebih osem kalau ada ostazah yang mampu menerangkan keadilan hukum faraid kapada para feminist sekalian [kerana hakikatnya mereka akan lebih cenderung untuk merujuk yg sama jantina,kan?] Kita tidak perlu tunduk kiranya feminist menuntut untuk re-check Al-Quran dan Al-Hadith bernanaan wanita kerana boleh jadi ini sekadar permainan mereka [kerana mereka sudah awal2 lagi menolak agama yang dianggap penghalang hak asasi], padahal kita sememangnya yakin bahawa tidak ada yang perlu disangkal apabila ianya melibatkan kalamulLah dan kalam Ar-Rasul. Sebelum kita membahaskan kenapa Allah melebihkan lelaki dalam isu faraid, adalah lebih baik kita mempelajari hukum-hakam faraid yg telah diceritakan dengan panjang lebar di dalam surah An-Nisa'. Ironi sekali, nama surah sudah jelas "An-Nisa' " tetapi masih wujud juga sebahagian nisa' yg tidak berpuas hati hanya kerana tidak mendalami isinya.
Jjadi sudah terlalu panjang-lebar rasanya, jawapan saya. Terima kasih Al-Ukht, kerana memberikan 'kerja rumah' ini kepada saya di tengah2 fasa 'rahmat' ini. Apapun, ini hanyalah pandangan dan pendirian saya yang dhaif dan dangkal ilmu ini. tidak bermaksud untuk menimbulkan sebarang masalah hati di hari kemudian. Sebarang maklum balas, boleh diutarakan agar perbincangan ini menjadi lebih menarik, tertarik dan memang da boom pun. Ehh.
Akhir kalam, sukacita saya bersetuju dengan pandangan Al-Akh. ya. Kita perlu melaksanakan Islam, mendokongnya, menyokongnya, memperjuangkannya, dan yang paling penting, mempelajari dan memahaminya. Kerana Islam dan Iman , adalah hadiah terbaik, bagi para musafir dunia.
Ah yaa...Itupun bunyi beduk diketuk oleh para pelajar maahad berdekatan,mengajak para penduduk kampung bersahur. Eloklah diri ini berundur.
Maaf segala salah silap. Moga Allah redha.
Selingan ;)
Berpuasa, jangan berpuaka.
Bersahur, jangan asyik berdengkur,
Bertarawikh, jangan asyik tunggu moreh.
Rujukan :
1.Al-Quran,
2. Bingkisan Dai'e Waqafan (terbitan 2011)
3. Kertas kerja Dr Harlina Halizah Siraj sempena Persidangan Dasar Aparteid Terhadap Wanita Islam di Malaysia.
4. Biarkan Bidadari Mencemburuimu, Salim A. Fillah.
Bukit Mertajam.
3.54 a.m.
5 Ramadhan 1435 H
5 Ramadhan 1435 H
No comments:
Post a Comment