Bismillahirrahmanirraheem
In the Name of Allah, the most beneficent,the most merciful.
I testify that there's no God to be worship but Allah,
And I testify that Muhammad (s.a.w) is His messenger.
Kembali ke beberapa tahun lalu,
Ketika itu almarhumah nenek masih hidup lagi,
Tapi sudah sakit-sakit.
Seringkali dari rumah ke hospital,
Berulang-alik.
Kata orang, sakit tua.
Biasalah.
Tapi lama- kelamaan , nenek pergi jua.
Doktor pun manusia biasa,
Sehebat manapun dia,
Setinggi manapun sijil sub kepakarannya,
Doktor sekadar merawat,
Tapi Allah yang berkuasa menghidup dan mematikan.
Al-Fatihah untuk nenek, pada saat ingatan menjengah.
Biasalah tu, nak dekat2 raya ni.
Beberapa kali sewaktu ke hospital,
kalau waktu itu agak lengang,
Dan Abah pun punyai mood untuk berbual,
Kami akan bicara rencam topik.
Tapi pernah suatu saat melalui lobi
Di hospital swasta milik jutawan dermawan Cina, yang membawa cogan kata,
"Hospital tanpa laba",
Abah berhenti melangkah.
Saat itu kami di hadapan papan tanda nama doktor-doktor yang bertugas di hospital.
Papan nama itu sudah sering menjadi tumpuan saya,
Sedari saya tampil ke mari awal-awal dulu,
Sewaktu menemani nenek menjalani check-up,
Atau untuk melawat sesiapa.
Mana saya tahu,
papan nama itu turut mengamit perhatian Abah.
Abah berdiri di sebelah papan nama itu,
lalu tersenyum memandangnya.
Padahal saya masih ligat berfikir,
"Di mana semua doktor-doktor anak Melayu yang saban tahun ditaja ke universiti2 hebat di negara2 serata dunia..?"
Tiba-tiba Abah lemparkan suatu kenyataan.
"Insha Allah, suatu hari nanti, nama anak Abah akan ada kat sini."
Abah tersenyum lagi.
Saya telan liur. Ameen.
"Kakak nak gantikan doktor mana ni?"
Saya yang sememangnya tak tinggi,terhincut-hincut menunjukkan ke sebaris nama, yang menyandang jawatan dalam bidang kepakaran yang saya idamkan.
Abah tersenyum lagi, lalu mengusap kepala saya,
"Abah doakan."
Dan saya terus membesar, dan menambah ketinggian (sedikit).
Terus mengejar cita-cita yang pada mata kasar manusia,
Sudah hampir mustahil.
Mana mungkin untuk berpatah balik ke muara,
Kalau sudah sampai ke tebing pada waktu senja?
Dan saya teringat sewaktu temuduga universiti tempoh hari,
saya ditembak dengan soalan yang paling saya tak duga.
"Kamu nak jadi apa bila besar nanti..?"
Saya kaget. Yang menemuramah itu adalah orang kanan fakulti Pengajian Islam, dan seorang lagi pensyarahnya.
Saya ambil masa agak lama untuk menjawabnya,
Kerana dilemma, antara berselindung atau mengaku jujur.
"Err, academician?"
"Ooh! Pensyarah? Macam doktor Wan?" beliau menunjukkan kepada pensyarah di sebelahnya itu, sambil ketawa ramah.
Padahal dalam hati saya jenuh berperang.
saya mahu menjadi academician, bijak pandai, ulama', doktor ummah!
Kerana saya yakin sekiranya saya mengatakan,
"Saya ingin menjadi doktor. "
Mereka pasti kaget, lalu berkemungkinan menyerbu saya dengan rencam soalan yang sudah malas untuk saya carikan jawapan.
"Saya ingin menjadi doktor, Prof. Doktor untuk ummah!"
"Lalu kenapa kamu ambil opsyen ini? Kenapa tak terus ke fakulti Sains atau Perubatan? Kenapa bazir peluang orang lain? Apa jaminan kamu untuk ke bidang yang 360 darjah berlainan dengan sijil kamu? Kenapa hadiri temuduga ini? " Ahh. Dan macam-macam lagi 'kenapa' yang tak mampu saya tekuni.
Saya mintak maaf, membohongi Prof!
Dan saya ingin katakan ini kepada Abah,
"Nanti, sesudah Abah melihat nama kakak di papan itu, izinkan kakak memilih tempat kerja yang lebih kakak senangi. Insha Allah sekiranya Allah memberi kesempatan dengan menempatkan kakak di situ, maka hari itu Abah akan mengerti, kenapa kakak memilih cita-cita ini. Tapi andaikata apa yang kakak hajat tidak selari dengan perancangan Tuhan, Abah doakanlah supaya kakak redhan. Dan supaya kakak selalu ingat, bahawa Allah tidak akan pernah salah meletakkan tempat untuk hambaNya, dan Allah tidak akan sekali-kali menzalimi hambaNya, yang lemah dan serba kerdil ini."
"Hospital ini tidaklah secanggih hospital2 di tempat kita. Tapi saya memilih untuk bekerja di sini. Supaya nanti boleh saya sebarkan melalui hati, tanah air Malaysia yang saya kasihi. Ini bukan rumah hantu. Ini rumah merawat yang pondasinya kasih sayang dan kemanusiaan, tapi telah dibedil oleh busuk kebencian. "
No comments:
Post a Comment