lalala

Monday, 21 July 2014

Adek-Beradek 'Lain Mak, Pak Asing'

Bismillahirrahmanirraheem
In the Name of Allah, the most beneficent, the most merciful

I testify that there's no God to be worship but Allah,
And I testify that Muhammad (s.a.w) is His messenger.

Selamat datang 10 malam terakhir.
Menyoroti Ramadhan dengan pandangan mata bahwa ia akan berakhir.
Oisyh! Pedih mata!

Awal kalam,
Ucapan takziah dan doa dipanjangkan buat keluarga penumpang2 dan krew2 yg terlibat dalam nahas MH17, juga kehilangan MH 370.
Saya tak mampu untuk mengulas panjang mengenai soal ini kerana kedua-duanya masih terumbang-ambing, teroleng-oleng di lautan 'persepsi' dan 'hipotesis'. Belum ada sebarang keputusan yang membolehkan saya mengatakan sesuatu sebagai 'muktamad'. Cuma saya yakin, kedua-dua ini adalah ujian Allah untuk saya, untuk anda, dan untuk semua rakyat Malaysia khususnya. Dalam dunia, ujian apakah yang mudah...?
Pasti, saya tidaklah sekuat anda yang diuji dengan kehilangan sedemikian rupa, tapi saya masih cinta akan negara ini, dan saya juga terkena tempias 'air mata'nya. Untuk anda2, semoga kuat!

Hasil kreatif orang Taiping kiter

Sekarang menuju ke topik perbicaraan.

Alkisah, semenjak dua menjak Zionis laknatullah menyerang Ghazzah beberapa minggu lalu, sana-sini, di masjid kampung seberang dan kampung sebelah, di dinding2 iklan dipenuhi dengan rencam bunting (banner). Jadi, sepanjang perjalanan ke mana-mana, saya yang tercatuk di kerusi penumpang kereta ayah saya yang berjenama nasional itu (sebab saya tak reti bawak kereta lagii), saya terus leka menjadi pemerhati yang setia.

Jalan sikit, banner ini.
"Jemaah 'Mak Jemah' mengalu-alukan sumbangan anda ke akaun kami sebagai dana untuk membantu saudara2 kita di Palestin." 

Ke depan lagi, banner itu.
"Mahu menambah saham akhirat? Ayuh bersama jemaah 'Lebai Tuah' menyumbang ke akaun prihatin Palestin kami."

Kona kanan, ehh..jumpa pulak banner ni,
"Promosi berbuka puasa dan bersolat tarawikh berimamkan imam dari Palestin. Anjuran jemaah 'Bunga Raya'. Tempat terhad.Daftar segera."

Di dinding2 tanah perkuburan pulak,
"Kami dari jemaah 'Adik Comel' membantah sekeras-kerasnya keganasan Zionis ke atas Palestin."

Adoi.
 Pening kepala.
 Mesti kaya kan syarikat2 banner. Boleh la beli baju raya banyak sikit tahun ni.Langsir pun boleh tukar baru dah . Lalala.

Haru.

[Dengan adanya post yang menyentuh isu jemaah2 ini, bukanlah menunjukkan saya ini anti jemaah, ataupun orang yang trcicir dari jemaah (nanges saya), ataupun orang yang tidak faham akan kepelbagaian jemaah.]

Sebaliknya, saya sangat menghargai akan wujudnya jemaah yang pelbagai, yang mana jemaah2 ini pastilah terhasil di atas maslahat ummah yang terlalu pelbagai dan memerlukan seribu satu cara untuk disentuh dan ditangani.

Saya cukup hadam bahawa kepelbagaian jemaah tidak sepatutnya melemahkan, malah saling menguatkan dan saling melengkapi. Ibarat batu-bata yang saling membina, kerana hakikatnya jemaah2 Islam ini pastilah tertubuh dek kerana semangat yang melonjak2 dari mukminin-mukminat yang mengerti Islam dan mahukan kebaikan dari Islam itu dikongsi dan disebarkan merata. Dan, bukankah mukmin itu bersaudara...?

"Sesungguhnya orang2 yang beriman itu bersaudara...." [Al-Hujurat;10]

Para amilin jemaah2 sekalian pasti sudah hadam, malah lumat mungkin firman persaudaraan di atas,
cuma saja, rajin jari malam ni nak menaip, sekadar mengingatkan kembali.

Namun yang membuat saya jauh termenung, terfikir, terbayang2 (dah macam org gila bayang) ialah...

Atas tapak apakah yang membolehkan para jemaah sekalian bergabung dan menjadi satu entiti yang besar, agam,gagah, canggih, bervisi, berwawasan, bertoleransi, dan bersuara kuat yang akhirnya membuahkan hasil....?

Atas isu kalimah Allah...?
Atau atas isu perkauman...?
Atau atas isu kenegaraan...?
Atau atas isu ummah....?

Saya faham akan masing2 jemaah mempunyai marhalah yang tertentu. Adapun, hadaf(tujuan)nya masih sama, (skrip jawapan mana2 jemaah, bila ditanya soal ghayah), iaitu mardhatillah. Ya. tujuan ini tidak harus lain. Kerana kunci sorga adalah keredhaan Allah. Lalu mana mungkin ada ahli jemaah yang sudah berpenat lelah di dunia tetapi tak mahukan sorga Allah, kan?
Yang berbeza hanyalah pembawakan, pendekatan, manhaj, dan rujukan. Okay. Itu kira masing2 punya style lah. Saya menghormatinya dan saya raikan perbezaan ini.^___^

Cuma yang terus-terusan membuat saya bingung, ialah pada rapuhnya solidariti kita, walaupun terhadap isu ummah.

"Gila kau solidariti kita rapuh...! Kita antara yang paling lantang bersuara kot..." Okay. Sejenis disclaimer.

Ya! Solidariti kita rapuh. Sangat rapuh terhadap apa yang sedang menghujani saudara2 kita di Ghazzah.
Kita mengaku kita prihatin, kita cakna, kita kasihan, kita turut merasa beban, kita sanggup carikan sumbangan, kita sanggup boikot, kita sanggup doakan, kita akan selalu hashtag sana-sini.

"Jemaah aku dah berusaha sehabis mungkin. Siap buat poster, banner bagai..."

"Ala...Jemaah kita dah bukak akaun khas untuk Palestin."

"Jemaah gua bro, siap tubuhkan unit khas lagi tau untuk bantu Palestin ni."

"Enta tahu, jemaah ana siap merekrut bakal2 tentera Al-Qassam versi Malaysia. Jemaah enta ada..?" 

Fuhh...Juling biji mata.

Ya. Kita mengaku kita saudara, kita ada di sini untuk mereka, kita tolong mereka itu,kita bantu mereka ini, kita hantarkan makanan dan bantuan ubat2an untuk mereka, kita hantarkan doktor2 untuk mereka, kita jual t-shirt lepastu 20% masuk dalam akaun mereka, kita Qunut Nazilah setiap subuh untuk mereka, kita kasi bankrupt Mekdi dengan Setabak sebagai solidariti untuk mereka. Lalu itu sudah cukup...?

"Kau ni tak reti-reti ke nak bersyukur...? Orang dah sanggup buat semua tu dah kira jihad apa...? Tak payah la nak harap tinggi2 sangat...Okay la tu, jemaah tu buat sikit, jemaah ni buat sikit..."

Tak boleh ke, kita buang sekejap baju2 ananiyah yang menyarungi kita dengan nama jemaah yang kita bangga2 ...?
Tak boleh ke kita pakat2 semua jemaah Islam buat satu banner (banyak pun boleh) dengan mesej yang tegas lagi jelas, yang menunjukkan kesepakatan semua jemaah Islam di Malaysia untuk menentang keganasan di Ghazzah...?
Tak boleh ke kita pakat2 kumpul duit dari jemaah tu sikit, jemaah ni sikit, lepastu kita jemputlah mana-mana penceramah datang dan waktu nak bagi sumbangan tu, mention je gini.."Ini dari semua jemaah Islam yang ada di Malaysia..."...?
Tak boleh ke kita satukan je tabung2 sumbangan untuk Ghazzah supaya amaunnya masyuk yang subhanallah...?
Tak boleh ke kita design flyers utk melancarkan jihad ekonomi bagi melumpuhkan ekonomi Israel atas nama 'umat Islam di Malaysia'....?
Tak boleh ke kita berhenti kejap, mencari nama dan jenama semata-mata supaya orang nampak, "Oh,jemaah ni baguslah, Aktif. cakna Palestin pulak tu." [Okay. Mungkin bukan itu niatnya, sekadar memelihara hak rekacipta idea, ataupun niat2 murni yang lain. Masing2 punyai justifikasi untuk itu.Saya tidak tuduh. Tapi mungkin... Saya tidak silap meneka...?]

Tak boleh kah...?

Anda mungkin berfikir bahawa saya ini tidak matang, atau menulis berdasarkan emosi, atau tidak professional, atau tidak menghargai kepelbagaian jemaah,atau mengantuk.(heh. pandai anda teka) tapi serious...

Saya sudah bosan.

Bosan dengan ketidaksatuan ini.
 Sedarkah anda bahawa dalam negara2 Islam yang tidak bersatu ini, di sebuah negara kecil bernama Malaysia, wujud lagi berpuluh-puluh jemaah Islam yang tidak bersatu...?

Susah sangat agaknya ya, untuk bersatu...?

Tidak perlu pun bersatu dalam semua hal kerana saya percaya pada khilaf terdapat rahmat, tetapi bagi menyatakan sokongan untuk saudara2 kita, sekurang2nya biarlah kita ini nampak seperti 'bersatu'.

Namun, semua kerisauan dan gundah-gula-gulana saya ini terubat melihat poster ini,
Topi saya untuk anda semua.
Walaupun tidaklah semua jemaah Islam yang hebat mencipta nama di Malaysia ini menyertai himpunan lepas solat Jumaat-dalam-sesak-panas-waktu-puasa-lagi-tu ini, tapi saya mula percaya, bahawa sebenarnya masih ada lagi jemaah2 yang mampu memadamkan perbezaan2 kecil dan meraikan persamaan2 besar, lalu membolehkan masing2 untuk berlapang dada untuk saling membahu, especially dalam menangani isu ummah.

Kesatuan ini, moga membuahkan hasil yang lumayan.
Kesatuan ini, moga memperdengarkan mereka terhadap suara2 kita.
Kesatuan ini, moga membuka mata mereka bahawa kita tidaklah ego dalam jubah ananiyah jemaah kita.
Kesatuan ini, moga mencetuskan hormat pada kawan, dan gerun pada lawan.
Kesatuan ini, moga terus membawa ke sorga.

Suka untuk saya sertakan di sini, kalam bernas dari seorang Al-Akh  [boleh terus ke blog osem beliau di sini] yang saya hormati di jalan dakwah :

"Seperti apa jemaah islam itu: 
seperti badan dakwah menyeru manusia kepada tuhan
seperti madrasah mengajar insan ilmu agama dan keduniaan
seperti badan kebajikan yg kerjanya mengutip derma dan beri bantuan
seperti agen cari jodoh yang satukan pasangan
seperti parti politik yang bincang isu kenegaraan
seperti kem tentera yang lahirkan jundi islam dan perjuangan
seperti juga markaz sufi yang punya mutabaah amal harian.
seperti bahtera yang bawa ahlinya ke syurga idaman

pening digambarkan sebenarnya, seperti apakah jemaah islam itu.

Jemaah-jemaah Islam yang wujud ketika ini, bukan wujud atas dasar bercanggah (تضاد) sesama sendiri, tapi ianya merupakan kepelbagaian (تنوع) kepada perjuangan islam. Ini menggambarkan keluasan fahaman islam dan sifat keterbukaan islam dalam menangani kepelbagaiaan penganutnya.

Setiap jemaah islam punya cita-cita tinggi, mengejar daulah islamiah, ustaziatul alam. Kerana wujudnya maratibul amal inilah, wujudnya jemaah islam. Namun terkadang kita seakan-akan lupa, bahawa sesebuah jemaah islam yang dibina tidak akan berjaya mencapai daulah islamiah yang diinginkan sekiranya hanya berjuang melalui jemaah mereka sahaja dan tidak mahu bersatu dengan jemaah islam yang lain.

Jemaah islam perlu ingat, mereka tidak akan mampu merekrut semua warga sesebuah negara menjadi ahlinya dan dengan mudah membina daulah islamiah. Ianya tidak lain dan tidak bukan, jemaah islam tersebut perlu bergabung tangan dengan jemaah islam yang lain demi kemenangan islam. 

Kumpulan gangster boleh bergabung apabila berhadapan dengan musuh yang sama, namun mengapa jemaah islam ini masih bercakaran sesama sendiri melawan musuh islam. Bingung sekali.

Sejarah menunjukkan, hubungan diplomatik antara Melaka dengan Pasai terjalin melalui perkahwinan antara sultan Melaka, Megat Iskandar Shah dengan Puteri Pasai. Perkahwinan seperti ini memudahkan urusan perdagangan dan penyebaran dakwah islam.
Ibu Dato Onn Jaafar adalah dari keturunan bangsawan Turki yang terpelihara di Istana Harem. YM Cik Rogayah Hanim adalah keluarga bangsawan Turki yang dinikahkan atas perkenan dan restu Sultan Turki sebagai tanda persaudaraan dengan Maharaja Abu Bakar ketika baginda melawat Turki pada tahun 1887. Hubungan antara negara ini semakin rapat dengan ikatan darah.
Sungguhpon begitu, umat kita makin parah apabila pernikahan antara jemaah menjarakkan hubungan kekeluargaan, bahkan malu untuk mengaku seibu dan sebapa, tidak semanhaj katanya. Perpecahan seperti inikah yang telah kita ajarkan.

Persaingan antara jemaah ini bukanlah persaingan kalah-menang, tetapi ianya persaingan menang-menang. Belajar daripada jemaah lain tentang kelemahan kita, dan mula berubah kepada yang lebih baik.

Di Malaysia, kita akui warga negara bukan 90% muslim, maka hak minoriti dan bukan islam perlu kita pelihara. Kerana islam bukanlah ajaran yang tidak membenarkan agama lain diamalkan, bahkan dalam islam rumah ibadat tidak boleh dirosakkan ketika perang demi menjaga kesucian dan sensitiviti agama. Tidak dapat tidak, seruan dakwah dan hubungan antara agama perlu dipelihara. 

Yang jelas, hulurkan tangan kesatuan, pecahkan tembok pergaduhan, juang keadilan, islam mengajar keamanan."

Untuk semua bilah kata2 yang saya taipkan, no offense. Ini adalah buah fikiran yang tulus lahir dari minda saya yang berkecamuk memikirkan perpecahan yang merugikan ini. Anda kurang bersetuju, atau anda mempunyai pandangan yang akan meredakan 'kecamuk fikiran' saya ini, silakan berkongsi pandangan secara terhormat, seperti seorang Muslim yang berpuasa gituuu.

Sebarang keterlanjuran, terasa hati, tertuduh lelebih, saya mintak maaf.

tapi, itulah realiti.

Sekian.

Kredit tajuk : Lelucon Abah. Dari mana entah abah dapat perkataan 'Adik-beradik lain mak pak asing', itu saya tak tahu. Mungkin dari tok-tok guru Abah yang sekarang pasti saya tak sempat jumpa.








No comments:

Post a Comment