lalala

Friday, 11 July 2014

Jenis2 Manusia dan Kedegilannya

Bismillahirrahmanirraheem
In the name of Allah, the most beneficent, the most merciful

I testify that there's no God to be worship but Allah,
And I testify that Muhammad (s.a.w) is His messenger.

Selamat datang "Keampunan!"

Memandangkan baru2 ini kita dikejutkan dengan adegan tidak matang dari Israel laknatullah,
yang mana saya kira mungkin mereka sengaja mahu test power penduduk Palestin yang sedang berpuasa.
Benarlah kata seorang ustaz yang saya hormati, "Israel ini cari fasal nampaknya menyerang Palestin sewaktu bulan puasa. Mereka terlupa untuk selak kitab sirah tentang perang Badar nampaknya"[lebih kurang begitu], jadi saya rasa macam gatal tangan pulak kalau tak menulis tentangnya.

Sentap ke ulu alveolus

Selalunya bila saya mempunyai azam yang kental & semangat membara untuk menulis tentang Palestin, saya akan menulis dalam bahasa Ineggeris. Tapi memandangkan sekarang ini semangat ketuanan Melayu saya makin membuak-buak [bukan rasis, okay?] , dan target saya adalah orang2 Malaysia yang faham, atau sekurang2nya tahu membaca dalam Bahasa Melayu untuk dibidik tepat, maka post ini saya tuliskan dalam Bahasa Melayu. Dan kalau anda tak reti sangat nak baca dalam bahasa ibunda, ayahanda, nenda, kakanda, dinda saya ini, apa susah. google translate kan ada..? Heh.

Anda mesti pernah dengar perkataan ini kan...?

D E G I L

atau lebih hebat lagi, anda pernah dilabel dengannya. Woah! Jangan risau. Anda berada sekapal dengan saya. Degil ini juga kalau dalam bahasa orang kulit sawo matang boleh disebut sebagai :
1. Keras kepala
2. Jiwa kering
3. Kepala batu
4. Mangkuk tingkat
5. Periuk belanga,
dan segala yang seangkatan dengannya.

Menjadi degil sebenarnya tidaklah teruk sangat. Cuma kurang sikit je dari 'nekad'.

Jadi sempena fasa 'maghfirah' ini, ingin saya kongsikan beberapa erti 'D E G I L' yang telah saya luaskan konteksnya tanpa terlebih dahulu meminta izin dari Dewan Bahasa dan Pustakaq.

1. Stesen2 Televisyen dan Radio serta mana2 media yang terlibat melaporkan kejadian di Palestin dengan ayat yang lebih kurang begini " Askar2 dari Israel membunyikan siren di Tel Aviv berikutan serangan roket yang diterima dari Hamas, semalam. Bagaimanapun jua, roket yang disasarkan oleh pejuang2 Palestin tidak mengakibatkan sebarang kecederaan."

Tang mana yang degilnya?

- Bila masa pulak Israel tu dah sah diiktiraf jadi sebuah negara...? patutnya sebutlah 'petempatan haram Israel'.


2. Ini dia muka manusia2 yang tak berhati perut. Degilnya mereka ini untuk memusuhi Palestin, nauzubillah. Kang cakap lelebih kurang 'ummphh' puasa. Perangai tak pernahnya semenggah [gaya makcik2 berleter].
Tweet PM Israel laknatullah. Mohon hack.

Pinochio moden
Mereka ni degil sungguh untuk menkluki Palestin. Ya, kita boleh contohi kedegilan mereka ini untuk menghalau mereka keluar dari Palestin, kalau saja kita sedegil mereka. Tapi sayang... Kita, terlalu baik hati, berdiam diri dan lebih suka memerhati, bukan?

Mereka ini yang memulakan peperangan, eh. alih2 Pak Obama mintak Hamas berdamai dengan Israel. Pffttt....Ada ke patut...? Hukum mahkamah mana dia pakai...? Serabut.
Kronologi serangan
" Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu : 'Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dan melampau."

"Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu) ; dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.

"Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu harta kekayaan dan anak-pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya."

"Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada kamu juga. Oleh itu,apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh2 kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya) ; dan untuk memasuki masjid (Baitulmaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang telah mereka kuasai,dengan sehancur-hancurnya"

[Al-Isra' : 4-7]


Ini bukan olok2 macam dalam filem Indiana Jones


Jadi saya rasa mereka memang degil, untuk kebinasaan dunia dan akhirat mereka.


3. Golongan ketiga ini juga degil. Walaupun saban tahun kebelakangan ini, bila melangkah ke musim sejuk je,
 mesti dengar kes2 serangan ke atas palestin ni. Tapi yang saya tabik, mereka ini degil yang macho. Topi saya untuk solidariti anda. Ini bukti bahawa mereka masih punya hati perut yang suci murni tanpa lemak kolestrol bernama 'hasad dengki'. walaupun beza agama, ternyata mereka masih mengerti jiwa manusia.
Ini adalah gambar2 solidariti dari Perancis,Morocco,Tunisia, dan Algeria. Jordan pun ada cuma tak sempat nak hapload. Its okay Jordanian. Allah knows.




Solidariti dari Algeria


4. Ini pula golongan yang degil nak masuk syurga! Wooha! Mereka ini bermati-matian sanggup mempertahankan tanah air terchenta. Para pemimpin HAMAS, para ibu yang sanggup menghantar anak2 mereka menjadi syuhada. Anak2 yang tabah menerima pangkat 'yatim piatu'. tak lupa, skuad Komando Amfibia Bridge Al-Qassam yang sumpah macho bergaya!








5. Yang kelima ini, golongan degil di Malaysia. Heh. Ini pun satu hal jugak. Tebahagi kepada dua. Satu golongan degil sangat nak tidur. Tak mau ambik tau langsung huru-hara yang berlaku kat tempat orang. Sibuk dok beratur beli McD, sibuk dok bangga dapat minum Setabak, sibuk dok ratah Milo dan Kit Kat. Eh! Okay. Terasa. Once upon a time. Yang satu golongan lagi degil sangat nak tolong . Sibuk ke sana sini kutip dana, buat konferens, qunut nazilah setiap subuh, sebarkan flyers, dan boikot sehabis mungkin. Mereka ni degil betul. Mungkin sebab....Mereka betul2 degil untuk ke sorga...?



Allahumma ameen.

Kredit gambar2 : 
Aqsa Syarif, Mohammed Zeyara, lain2 facebookers tegar. May Allah bless <3

No comments:

Post a Comment