lalala

Tuesday, 21 February 2012

Iron lady of Malaysia!


Bismillahirrahmanirrahim....
In the Name of Allah..The Most Beneficent..The Most Merciful...
Okay! Dah lama mengupdate blog...sekarang jemari saya nak menaip pulak....

Iron lady of Malaysia? OMG! Macam FLOM kah?
Nope! Okay..Mungkin di mata saya dia layak mendapat gelaran FLOM ...
tapi di mata anda...dan di mata mereka....? Wallahu a'lam...
Biarlah dia tidak digelar apa pun...tapi saya mengiktirafnya sebagai ILOM....(comelnya bunyi)

Baiklah! Semasa anda membaca entry ini, mungkin anda ada terfikir begini:
1. Ah! political talking again
2. Ishk budak nih! kecik2 dah cakap sal politik
3. Apehal lak dgn budak nih?
4. Aah..Takde2! aku x nak bace la isu2 sensitif kat malaysia ni

tapi saya nak menegaskan di sini...

ENTRY INI LANGSUNG TIDAK BERBAUR POLITIK! (kalau ye pun..saya ada hak utk ckp psl ni kan?)

Ini sekadar perspektif saya sejujurnya pada seorang wanita yang cukup saya kagumi kerana:
1. Keberaniannya
2. Kesetiaannya
3. Karismanya
4. Keteguhan jatidirinya
5. ketabahannya

Haa...Bukanlah dia menjadi wanita yg saya kagumi kerana:
1. Pangkatnya
2. Hartanya
3. Kekayaannya
4. Kecantikannya
5. Keborosannya dalam berbelanja
6. Ketidakpeduliannya terhadap nasib rakyat
7. Kebanggannya terhadap perkara2 duniawi

Jujur saya merasakan sifat2 yg berwarna Hijau itu ada pada Iron lady of Malaysia
Manakala sifat2 berwarna Maroon ini ada pada...Dia yang menangkat dirinya sbg FLOM!

Wanita inilah:

Datuk Seri Dr Wan Azizah




 
setia seorang isteri
 Baiklah! Kenapa saya melabelnya sebagai Iron Lady of Malaysia?
1. Karismanya sebagai seorang pemimpin muslimah di Malaysia
2. Kecekalan hatinya menuntut bela untuk suami tercinta
3. Ketabahan hatinya membesarkan anak-anaknya tanpa suami tersayang di sisi
4. kebijaksanaannya melontarkan kata2
5. Kesetiaannya berjuang untuk suaminya
6. Seorang ibu yang berjaya mendidik anak2nya menurut syariat
7. Pemimpin yang menutup aurat, menjaga ikhtilat, bijak menambat hati rakyat!
8. Kesediaannya menghadapi sebarang konspirasi/fitnah yang dilemparkan terhadap keluarganya.

Jadi begitulah sedikit sebanyak mengenai Iron Lady of Malaysia di mata saya...
Anda fikir...berapa ramai wanita yg sanggup memegang tampuk pimpinan dgn amanah?
Berapa ramai isteri yang sanggup setia menanti sang suami keluar penjara?
Berapa ramai isteri yang sanggup terpisah dgn suami lantas membesarkan anak2 dgn sendirinya?
Berapa ramai isteri yang sanggup berkorban wang, masa, tenaga dan usaha demi suami tercinta?
Anda fikir..Anda teliti...Anda perhalusi...
Moga manfaat berpanjangan..~

Wednesday, 15 February 2012

Khutbah Terakhir Rasulullah | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Khutbah Terakhir Rasulullah | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Jom sama2 kita hayati...

when it comes to 18...

Bismillahirrahmanirrahim...
In The Name of Allah...The Most Beneficent...The Most Merciful...


When it comes to eighteen...
Well..It's still has to come, right?
I couldn't live with my age skipping 18...
Dear age...may be blessed by Him...

When it comes to 18...
Well..people said 'Hey! Sweet 18'...
Does 18 really sweet?
Then..How am I gonna make it sweet...?

When it comes to 18...
I came to realize...
This journey..It's still so long for me to go through...
I am walking my way...
Step by step I paced...

In this journey I've been through for my whole 17 years of life...
So many things happen...
So many steps taken...
So many hearts broken...
But so many sweet moments couldn't be stolen...

 When it comes to 18 ...
I should realize that...
I am a step closer to DEATH...
I am a step closer to LOST...
I am a step closer to HEREAFTER...
I am a step away from CHILDHOOD...
I am a step away from LAUGHTER...
I am a step away from  SCHOOL...
But good times/besties/memories lies in my heart forever...

Shall I remind myself?
And shall you remind yourself too?
Time's getting shorter...
Life's getting tougher...
Do we still have time to wait for another chance to come?
For live is once and die is twice...
Waste  time no more...
Prepare ourselves....
For the Judgement there...

Monday, 13 February 2012

Ikhtilat?!

Bismillahirrahmanirrahim...
In the Name of Allah...The Most Beneficent..The Most Merciful...

Okay! Dah lama rehat..hari ni jari-jemari saya mula gatal nak menaip..huhu
Baiklah! Hari ni saya nak bawakkan satu lagi pencerahan...
Kenapa? X cerah lagi ke benda nih?
Well..bagi saya dah cerah dah..cuma bagi mereka di luar sana yg masih berada di bawah kemendungan propaganda...Maka saya bawakan pencerahan mengenai apa itu IKHTILAT...

Masa saya baru bergelar student f4...saya telahpun diletakkan oleh Allah di sebuah sekolah yang sgt hebat! Ya..saya dan mereka yg mengenali sekolah saya akan mengatakannya hebat...Cuma hebat dari sudut apa??? Bergantung pada persepsi masing2...
Saya memang ketaq la masuk sekolah agama kan? Yela..1st time la katakan... Banyak pantang larangnya...
Dari hearsay yang saya dengar..uisy! menakutkan.... Dalam kepala otak tengah mencongak " Berapa lama agaknya aku boleh bertahan kat sekolah ni ea?"...tapi dalam hati mercup dgn doa "ya Allah..Bagilah aku dapat menghabiskan tahun2 terakhirku sbg student kat sekolah ni," Aisy! Sekolah ni termasuk dlm wishlist saya lah! Takkan nak give up awal2?

Tamat je MJK..Semua start dengan kehidupan baru sbg pelajar Kolej Islam...Hectic memang hectic...Tapi ke'best'an nya..Fuh! jangan lawanla.... Time ni la saya dengar sahabat2 dorm bercakap.." Duduk kat sini kena jaga muamalat," Tiba-tiba ada sorang lagi mencelah, "Bukan muamalatlah! Ikhtilat..."

Okay! Itu bahasa mereka yg berbasickan sekolah agama dari F1-F3..tapi insan2 baru seperti saya ni? =='
nasib baik di sini kaya dgn budaya keilmuan..lalu minda saya yg kekontangan erti ikhtilat ini diisi makna...
"Ikhtilat tu..Menjaga hubungan antara lelaki dan perempuan...Berkomunikasi cara Islam..."
OOH! Begitukah??? Alhamdulillah..dapat ilmu baru...
dan selama saya tinggal di Kolej tercinta selama 2 tahun ini..Saya turut belajar mempraktikkannya...Best!
"Best?? Eh..Ko merepek ke ape? Terkongkong la wey! Aku mana pernah idop camni! nak cakap dgn laki un kena ghaddul basar, babul liqa' bagai..Menyampah tau x?"
Okay~ saya terima kalau ada yg berkata sedemikian...
Betul jugak ye...Kan susah nak berkomunikasi kalau menjaga ikhtilat camni? kang maklumat x sampai kang..Sia2 je...
APA ITU GHADDUL BASAR?
Ghaddul basar ialah perkataan Arab yang apabila di Melayukan bererti menjaga pandangan...menjaga/menundukkan pandangan di sini bererti tidak memandang terus ke wajah orang yg dihadapan kita.. Maka carilah tempat lain yang sesuai dipandang...Mungkin dinding kelas..atau kasut kawan...atau...dahinya yang berkerawat??haha...Gurau sajo!Aha! Tetapi teknik ini hanyalah perlu diaplikasi apabila berlaku ikhtilat di antara rakan2 yg berlainan jantina je..Jgn la berghaddul basar dgn cikgu pulak ye! Kang x pasal2... Pesanan ana kpd ikhwah: Tak payah la nak curi2 usha akhawat..kalo serius nak masok je la minang..boleh tengok lama2...
APA ITU BABUL LIQA'?
Bab dlm bahasa Arab bermaksud Pintu...tak caya cuba check dlm citer Ahmad Albab! Fakta sahih la ni...
Liqa' pula bermaksud perjumpaan...jadi bila digabungkan...
Ia akan menjadi..Babul Liqa' = Perjumpaan di balik pintu!
Oit! Ni zaman batu ke hape nak jumpa pun kena aci main sorok belakang pintu???
tak la...ni la cara berikhtilat yg sepatutnya...Dlm teknik ini, muslimat yg hendak berkomunikasi dgn muslimin perlulah berdiri di balik pintu..manakala muslimin pula berdiri di balik luar pintu. Bercakaplah dgn nada yg serius dan jelas supaya x berlaku keciciran maklumat...
APA ITU MERENDAHKAN SUARA?
Merendahkan suara bermaksud bercakap menggunakan suara yang sesuai. Sekiranya hal yang ingin diuruskan perlukan kesegeraan,maka gunakan nada yang sedikit mendesak. Sekiranya hal tersebut sekadar suatu pesanan, maka gunalah noda moderate. Namun perlu diingatkan, nada mengada-ngada/gedix/gelenyor dan yg sewaktu dgnnya adalah sama sekali melanggar erti kata merendahkan suara. Sama sahaja. Baik muslimin mahupun muslimat. Tidak perlu bercakap dgn nada marah, cuma selitkan sedikit ketegasan.
APA ITU L-SHAPE LIQA'?
   L-Shape Liqa' ni lebih kurang macam babul liqa' cuma bezanya...takde pintu la! (kalo x mesti dah nama babul liqa juger ye x?) Dalam situasi ni mereka yg berlainan jantina yang perlu kepada suatu urusan perlulah berjumpa dlm keadaan L...
Allah dah ajar sebenarnya cara beriktilat..Cuma kita je yg xnak practise,kan?
" katakanlah kpd lelaki beriman agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, yg demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah maha Mengetahui apa yang mereka perbuat"- an-Nur:30

"Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya( auratnya) kecuali yang biasa terlihat..."-an-Nur:31
Ala...Sebenarnya simple je nak practise ikhtilat ni..Asalkan ada keinginan dlm hati..Mesti boleh! Islam kan mudah?
Well~ dah nampak nuur kecerahan? haha...
Sebenarnya..memanglah bukan mudah kita nak praktikkan benda yg jarang2 sekali kita lihat di luar..
saya mengaku..Dunia luar xkan mempraktikkan penjagaan ikhtilat seperti ini...(sebab tu saya sayang KKJ)
Malah mungkin sesiapa yg cuba mempertahankannya di luar akan dicop sbg:
1. Syadid
2. Kuno   
3.Outdated
4. Pelik
5. Sengal
6. Menyusahkan
tapi x pe! Sahabat saya pernah cakap" kita menerima tarbiah di sini supaya kita mampu wujudkan tarbiah dalam diri kita bila kita hidup di dunia luar sana..Dunia yang tidak bertarbiyah.."
Jadi saya nak nyatakan kat sini,
Korang bila nampak org2 sebegini,janganlah kutuk mereka! Tapi jadikan mereka suri teladan..Bukankah Islam itu datang dlm keadaan yang asing dan akan kembali dlm keadaan yg asing? maka beruntunglah mereka yang terasing...

Saya cuma nak katakan...
Saya x kisah apa orang nak kata... Malah saya gembira & sangat selesa dgn penjagaan ikhtilat seperti ini... Rasa selamat & seronok!
Penjagaan ikhtilat ni..ibarat precaution step la...Utk hati kita & utk diri kita... Agar kita tidak mudah ter'sangkut' pada jaring2 nafsu dunia...
Mana tahu dgn kita menjaga ikhtilat ni..Orang akan tertarik dgn Islam? banyak lagi cara menjaga ikhtilat...tetapi sebenarnya menjaga ikhtilat x lah terlalu terikat dgn teknik2 sebegini..Asalkan kita tahu menjaga batasan dlm pergaulan mengikut syarak, itu sudah cukup utk menjauhi zina dan menjaga martabat agama. Teknik2 di atas sbg contoh semata2..bagi yg baru bertatih..teruskan bertatih utk menjaga ikhtilat...bagi yg sudah boleh berjalan..teruskan berjalan...Bagi yang sudah boleh berlari..err...jangan lari dari menjaga ikhtilat ye? >_<
Moga Manfaat Berpanjangan~

Friday, 10 February 2012

Global Day of prayer for Syria

Bismillahirrahmanirrahim...
In the Name of Allah...The Most Beneficent..The most merciful...

Gambar ini:
Nampak menakutkan,bukan?
tapi saya jumpa ramai manusia2 prihatin yang menjadikan gambar ini sebagai profil pics mereka di facebook...
Jadi...saya berasa terpanggil utk berkongsi tentang nasib saudara2 kita di Syria...Moga Allah berikan ganjaran terbaik bagi mereka yang berhuang untuk menegakkan agamaNya...sebenarnya info ini telah di'copy-paste' oleh saya drpd :http://melayukini.net/2011/12/isu-syria-40000-rakyat-mati-dibunuh-pemerintah-kejam/...jadi..sebarang kesilapan info sangatlah dikesali dan saya memohon maaf di atas kecelaruan ini..tetapi sebarang manfaat mohon disebar bersama..credits 2 melayukini.net....thanks 4 sharing!

Isu Syria – 40000 Rakyat Mati Dibunuh dan Dirogol Pemerintah! | Apakah Sebenarnya yang terjadi di Syria sehingga Liga Arab memboikot kerajaan Syria? Alhamdulillah hari ini saya diberi kesempatan untuk mendengar tentang bagaimana revelosi Syria berlaku dan apakah kekejaman yang telah dilakukan oleh kerajaan Syria ini. Yang memberi taklimat atau talk tentang revolusi Syria ini ialah Syeikh Hassan Al-Hindawi. Beliau telah di hantar oleh Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi dalam misi menjelaskan apakah yang sebenarnya berlaku di Syria. 

Mengapa Syeikh Hassan Al-Hindawi dihantar oleh Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi?

1) Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media-media terutamanya media antarabangsa. Jadi, beliau dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria.
2) Media-media barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka media barat telah putar belitkan fakta.
3) Syeikh Khalid bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman. Teman itu berkata dia lihat di surat khabar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV di Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Asad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan Syria telah mengumpulkan pegawainya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Asad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
4) Jangan terpedaya dengan keyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. tapi, sejak zaman ayah Basyar Asad lagi tidak ada SATU PELURU PUN yang singgah ke tanah Israel. Bahkan tanah Tinggi Golan yang terletak di tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.

Punca Revolusi

Puncanya bila ada sekumpulan kanak2 dalam 28 orang bermain2 dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak2 ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan dinegara-negara yg berrevolusi. Apabila tahu pasal ini, pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak2 ini. Mereka telah disiksa dengan cara mencabut kuku2 kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dan keluarga minta mayat kanak2 itu serta meminta kanak2 yang lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 di kalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan ini. Perkara ini merupakan sesuatu yang menghinakan. Lantas berlakulah revolusi di Syria.

Kemarahan Rakyat Syria

1) Kebangkitan rakyat bermula 8 bulan yang lepas.
2) Jumaat lepas, labih 3 JUTA rakyat Syria keluar berdemo.
3) Kini, kesemua rakyat Syria keluar berdemo. Mereka mahukan kebebasan. Selama 42 tahun mereka tidak mendapat hak kebebasan.
4) Rakyat minta supaya Allah diletakkan pada tempatnya, mahukan kebebasan, dan supaya jaga tanah air dengan seeloknya.
5) Rakyat Mahu Presiden Dihukum. Itu antara slogan yang dilaungkan sekarang kerana presiden Syria telah banyak membunuh rakyatnya.

Kekejaman Kerajaan Syria (Presiden Basyar Asad)

1) Dalam masa 42 hari telah mati seramai 40 000 orang rakyat Syria. Ini serius kejam.
2) 39000 orang Syria telah cedera. Mereka TIDAK dirawat dan dibiarkan sahaja.
3) Bunuh 19 orang doktor Syria di hospital dan 40 orang pesakit Syria di hospital.
4) 9000 tahanan ditahan.
5) 413 orang telah syahid didalam penjara.
6) Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita-wanit ini DIROGOL di hadapan abang2, ayah, anak2 dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7) Seorang ukhti, bernama Zainab Al-Husni. Beliau telah ditangkap dan dia mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT. Anggota badan yang di kerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau. INI SERIUS KEJAM!
8 ) Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9) Menyuruh tukar La ilahaillah kepada La ilah illah Basyar Asad. INI SERIUS SESAT!

Berita Baik

1) Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30 000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo. Mereka tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Asad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
2) Pertubuhan2 Arab telah ambil pendirian untuk tentang apa yang telah Syria lakukan tehadap rakyatnya. Mereka tidak benarkan pegawai2 Syria untuk memasuki tanah mereka. Tapi ada duanegara yang tidak berpendirian sedimikian iaitu Iraq dan Lubnan.
3) Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID.
4) 95% ulama’ Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
Ini sahaja yang mampu saya beritahu perihal apakah sebenarnya yang berlaku di Syria sana. Oleh Irfan Masiri Islamic Theology and Phylosophy | Group Usrah HRM

Sumber info:http://melayukini.net/2011/12/isu-syria-40000-rakyat-mati-dibunuh-pemerintah-kejam/
credit to him...




Wednesday, 8 February 2012

Enchanted but Emo...?

Bismillahirrahmanirrahim...
In The Name of Allah...The Most Beneficent...The Most Merciful...

So...What's the topic???
Enchanted? Like tiz?


But emo???
Like this??



Baiklah..Apa yang cuba saya perkatakan ni ek??
Enchanted + Emo = Girls!

It is a normal thing to feel that a girl is enchanting and charming, right?
But nobody denies that girls are the most emotional on Earth!

So...
I just want to make clear of this...
It is a fate that a girl is enchanting but emo...
It is a nature..A girl's nature...
Well..If we see this on the positive side...
We'll find out that girls are fantastic!
Well...They are emo..Sometimes they make stupid things...
They cried over silly things...They sometimes fail to attend their feelings...
But that is it!
Girls are emo...But they are strong human being too!
They make awesome things...They are very caring...Cheerful...
They love kids...They talks politely...
They are hardworking..They think critically...
Well I am not saying these things cause I'm a girl..

But I'm just wanna tell girls out there...
That it's okay to have those crazy feelings sometimes...
It is okay to stumble down sometimes...
It is okay to feel hurt and left abandon sometimes...
It is okay to feel all alone sometimes...
It is okay to mumble on silly things sometimes...
It is okay to cry on stupid things sometimes...
It is okay to let it all out sometimes...
But don't worry...
U won't feel all those when you lend your heart to Him...
La Tahzan ya Ukhti! Innallaha ma'ana..

There're many things you can actually do to cover all these stupid silly things...
1. Let it all out by; crying..shouting...
2.Take ablution...
3. Open Allah's love letter and read it...
4. Understand His words whole-heartedly...
5. Tell somebody that you're down...
6. Make yourself busy with works! So you won't think about it..and think about it again...

So..I have check out Avril's new Goodbye Lullaby..
err...It's not about her that I'm wanna tell ya all...
But this video is really something.. I feel relieved after listening to her...
Don't matter the singer please...( even though she's my fav!)
Matter the words! Every body hurts....!



Tuesday, 7 February 2012

Sekadar Luahan Saya Kepada Mereka...

In The Name of Allah...
Moga Allah bersama saya pada setiap langkah dan perbuatan saya..

Jadi, topik yang ingin saya sentuh kali ni ialah...
Taaruf dlm handset..a.k.a..buat2 x knal yg akhirnya m'bwa kpd 1 perkenalan yg akan membinasakan...
Biarlah Najwa latif dgn Cinta Muka Buku nya..
Biarlah Al-Akh 'F-F' dgn Nafsu Muka Bukunya..(credit 2 him)
dan biarlah saya yang mengenengahkan isu ni...
Isu yg saya kira penting..
bahkan sangat penting bg adek2 remaja atau shbt2 yg mula berjinak2 dgn virus ini...
Maka saranan saya..Berhati2lah..dan tinggalkanlah ia dgn segera!!!


Selalu kan fenomena ni terjadi?
L: Assalamualaikum, mat! Eh, ko kat ner skunk?
p: Wslm.. Eh,awk silap no ni...Saya bukan Mat...Mgkn juga bukan Minah..
L: Abes 2 awak sape?
P: Err..saya fulanah la...xpe la awak..da silap no ni..Assalamualaikum..( bertindak bijak!)
L: Eh wak! x pela...awak nama penuh sape ek?? dok kat mne? umo bpe??( memulakan sesi taaruf..)
Maka mereka pun berkawanlah..Kawan..hubungan permulaan 3 bulan pertama...
masuk bulan ke -4...
L: Awak..awak ni muda setahun drpd saya kn? apa kata awak jd
 adik angkat saya, nak?
p: Urm..(berfikir) Ok gak..saya pun x de abg... 
Mungkinkah si fulanah x sedar akan kakinya sudah masuk ke perangkap sang buaya?
Setelah bermula hubungan adik-abg..
L: Adik, kredit abg habis la..x leh nak mcj...
P: ala..abg top up la...
L: Adik tlg top up kan bleh?
Yang si fulanah ni pun atas dasar ihsan sesama manusia menambah nilaikan abg agkatnya...
dan tabiat ini berterusan...si fulanah tanpa sedar dipergunakan...
Masuk bulan ke-9...
L: Adik..abg rasa dah sampai masanya kita ke peringkat yg lebih serius...kita kapel jom!
P: tapi, abg bkn dah ada makwe ke? Adik x nak kaco...
L: Ala..abg dah break ngan dia... sbb dia x special mcm adik..( dan diteruskan dgn ayt jiwang memujuk thp geli geleman)
Akhirnya si adik bertukar kpd kekasih..si abg terus dgn tittle abg...bezanya dlu abg-adik..kini abg-syg...
Masok setahun perhubungan...dan berdating sudah menjadi resmi org berkasih...

L: Syg..ble U nak buktikan cinta U kat I?
P: Err..perlu ke? X cukup ke bukti cinta I selama ni kat U?
L: Belum la syg...Buktikanlah...sekali ni je...
Lalu si fulanah lemah dek rayuan kekasih hati..Mahkota diri direnggut pergi...
Setelah madu disedut habis..sang kekasih hati senyap seribu bicara...3 bulan kemudian...
P: bang, I mengandung...
L: hah? Anak sapa? U buat dgn jantan mana hah?
P: Anak sapa lagi...Anak kitalah bang! Macam mana ni?/ kalau mak baak I tahu mampus I bang...
L:Ala..gugurkan je...Bukan urusan aku...dah! lepas ni jgn kacau aku lagi..hubungan kita dah berakhir..It's over! ( pandai speaking tetiba)
Lalu bercucuranlah airmata si fulanah...Flashback memories...
Daripada dulunya dia seorang gadis yang naif...
Kini dia pengemis cinta yang dhaif..
Tapi dia juga pembawa janin yang naif..
yang tidak tahu apa2...tetapi menanggung seksa akibat cinta huru hara ibu bapanya...!

Fenomena biasa, bukan???
Mustahil seorang rakyat Malaysia menggeleng...
kerana ini memang realiti remaja kita pada hari ini...!
Saya bukan marah...tapi kecewa!
saya bukan bengang...tapi kesal...!
Saya bukan sempurna...tapi seboleh2nya menjaga!
Bila mak bapak larang..kita x nak dgr...itu biadap namanya...
Tapi bila Allah larang...
"Dan janganlah kamu MENDEKATI zina...Sesungguhnya ia perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."- al-Isra':32
Kita pun buat derk je...bkn biadap dah namanya...
Ni dah BODOH SOMBONG!
Bajet pandai nak hidup atas muka Bumi milik Allah....
yang lelaki (maaf! kpd yg x lyak digelar ikhwah)....
Knp  BODOH sgt???
kalau anda yg m'jd mangsa ditipu wanita, dikikis harta?
Knp DAYUS sgt??
Kalau anda yg m'jd si penipu..si pengikis harta...?
Knp KEJAM sgt??
kalau andalah si penyedut madu wanita yang malang...
Knp BANGGA sangat??
kalau hidup wanita itu berjaya anda porak-perandakan....
Bukankah Allah telah mengangkat tinggi martabat seorang lelaki?
"Laki-laki itu plindung bagi wanita, kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka ( lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (lelaki) telah memberikan nafkah dan hartanya..."- an-Nisa':34
Mengapa menjatuhkannya dan menjahanamkan martabat golongan yg berada di bawah tanggungannya?
Bukan saya hendak membela kaum wanita 100%...
Kami juga ada banyak cacat celanya...
Cuma yang saya kesalkan..
Bukankah lelaki mempunyai 99 akal dan 1 nafsu?
Sedangkan wanita dikurniakan 99 nafsu dan 1 akal?
Mengapa tidak dimanfaatkan sebaiknya akal yang sihat dan waras itu wahai kaum Adam?
Atau kamu lebih rela mempertahan ego daripada tunduk pada fitrah yang waras?
Mengapa kamu sering memanipulasi wanita yang kamu anggap lemah dan mudah dibuli?
Atau kamu ingin tangan lembut dari jiwa beremosi ini menampar pipimu baru kau keluar dari dunia halusinasi??
Kamu Fikir..Kamu teliti...Wallahu a'lam...


P/S: bahasa kasar yg sengaja digunakan adalah bertujuan utk menyedarkan..Kalau ada yg terasa..bguslah..Terasalah dan berubahlah...Bagi yg x terasa..Mungkin anda bkn golongan yg saya maksudkan..Tapi tolong...Sebarkan manfaat...May Allah bless~