lalala

Wednesday 27 February 2013

Kolej Bertarbiah Tinggi yang Saya Rindu


Bismillahirrahmanirrahim
In the name of Allah, the most merciful, the most beneficent
I testify that there's no God to be worshiped,
And I testify that Muhammad (SAW) is His messenger.

Tarbiyah bukanlah segala-galanya,
Tapi segala-galanya dapat diraih dengan tarbiah.

Ini adalah antara kata-kata yang biasa bermain di gegendang telinga,
Graduan2 kolej bertarbiah tinggi ini tatkala diri tidak lagi berada di sini,
Mengenang saat2 indah dididik menjadi helang agama bertarbiah tinggi,
Pasti diri akan tersenyum sendiri,
Dan menyedari yang diri ini mungkin tidak akan lagi berada di bumi yang diwaqaf ini,
Air mata pasti sekali murah kerana derita merindui.

Saya pernah mengalami semua itu.
Rasa getir tatkala diri jauh dari tarbiah,
Rasa pahit tatkala sedar diri mulai didlingkari jahiliyyah,
Rasa sakit kerana gagal mempertahan diri tanpa biah solehah,
Rasa rindu untuk kembali bermula,
Sebagai jasad baru semula,
Dan kembali ke bumi penuh barakah,
Demi mencicip kembali erti tarbiah, makna tadhiyyah,
Dalam diri, dan sekitarnya.

Alhamdulillah.
Terima kasih ya Allah,
Allah yang telah sangat berbaik hati,
mengirim saya semula ke bumi ini,
Allah yang sungguh sempurna perancanganNya,
Yang kadangkala saya sendiri tak pernah menyangka,
I've end up as a stayer.
Ini wajar ditulis dalam buku sejarah diri.

Ehem cik stayer!
Tak payah nak bangga sangatlah jadi stayer,
Tak payah nak bajet best lah dapat duduk kat KISAS tu lama2,
Tak payah nak perasan hebat sangatlah kau tu pegang tampuk pimpinan kolej,
Kalau tak sedar diri tu macam hapa!

Benar,
Allah telah beri saya hadiah SPM terbaik yang saya pernah dapat,
Kembali mencicip udara Kolej Bertarbiah Tinggi meskipun Klang agak sering berjerebu.
Allah hantar saya kembali ke sini,
Sedang saya tidak tahu untuk apa,
Atau masih lagi mempersoal kenapa?
Dan segalanya yang berlaku dalam tempoh sesingkat kerdipan mata ini,
sungguhlah, sangat sedih sekiranya dikenang kembali.

Sungguh, kehidupan saya setelah kembali ke sini,
Akan menjadi filem paling sedih yang pernah saya tonton seumur hidup,
Kerana sayalah, yang gagal memikul tanggungjawab ini sebaiknya.

Allah amanahkan saya untuk kembali ke sini,
Pasti ada hikmah yang belum saya singkap,
Pasti ada, di mana-mana.
Mak Abah hantar saya kembali ke sini,
Walaupun saya tahu mereka sebenarnya sangat teringin,
Melihat saya ke IPTA,
Sahabat2 yang menghantar saya kembali ke sini,
Dengan ucapan2 mereka yang indah,
Yang sering sekali menjadi sumbu kekuatan saya untuk terus bertahan,
Senior2 yang tahu saya adalah seorang stayer pasti pula berkata,
"Teruskan langkah. Stayer ni penjaga tarbiah & biah Bumi Waqafan,"

Dan saya yang memandang dan mendengar dan memikul ini semua,
Pun kadangkala bangkit dan kadangkala rebah,
Tapi dalam bangkit dan rebahnya saya,
Wujud satu dua perasaan yang baru terkesan belakangan ini.

"Awak, saya ada satu soalan nak tanya,"

"Tanyalah. Jangan malu2,"

"Sebenarnya dah lama nak tanya ni, cuma takut awak terasa," kata seorang sahabat, salah satu tulang belakang saya.
"Awak tak rasa sedih ke lalu kat blok f5/f4? Tak teringat ke kenangan awak dengan kawan2 dulu?"
 Dan saya lekas sekali tersenyum. Sambil otak ligat mencari jawapan, kalau2 masih ada.
Sebab soalan yang sama pernah saya lontarkan dalam diri suatu ketika dahulu,
Dan dalam kalut mencari jawapan untuk menenangkan kolam hati sendiri,
Saya sendiri tak pasti ,apakah perasaan yang masih berbaki?

Lalu saya jawab,
"Najah, syukur kerana Allah memberi saya tarbiah kasih sayang dari kakak2 dan sahabat2 dulu. Itu yang membuat saya kekal bertahan sampai saat ini. Sedangkan cabaran masa depan yang terlalu rencam itu kadangkala membuat saya takut untuk terus berdiri, tapi setiap sudut dan setiap inci yang saya lalui di sini mengingatkan saya,dulu saya juga pernah di sini. Dulu saya berkongsi rasa takut yang sama, lalu lekas sekali Allah menthabatkan hati. Dulu saya kuat kerana saya ada mereka, walaupun kini tidak lagi, saya tetap ada Allah, yang selalu menguatkan diri."

Aheh! Jawapan bajet bagus...! Bolehla...

Tapi sebenarnya tidak begitu,
Ada satu dua perasaan yang baru saya ketemu,
Dalam tempoh terdekat ini.
Rasa malu.
Rasa sayu.

Rasa malu.
Kerana diamanah Allah untuk tolong jadi agen,
Jaga tarbiah & biah solehah bumi waqafan,
Tapi...Apa yang saya buat...?
Nauzubillah...Takut nak mengaku dah terlangsai amanah itu,
Kerana saya sendiri tahu,
Hakikatnya bagaimana.
Rasa malu,
Kerana mak abah ingat anaknya di sini sedang berjuang habis2 an untuk segulung keputusan cemerlang,
Tapi hakikatnya, jarang sekali saya hidup dipeluk ilmu,
Rasa malu,
Sebab kakak2 dan sahabat2 anggap saya mewakili mereka,
Yang meneruskan langkah di bumi waqafan,
Tapi hakikatnya,
Kadang2 saya takut,
Kolej bertarbiah tinggi ini hanya sekadar nama.
Takut sudah tiada apa yang tertinggal,
sekadar nama.
Sekadar sebuah kolej yang benama Kolej Islam.
Yang pelajarnya persih suci bertudung labuh,
Tapi tidak tahu kenapa dia menyarung telekung mini itu,
Yang pelajar lelakinya hebat tinggi menjulang ego,
Tapi tidak sedar sebenarnya dia tersalah mengerti tugas rijal yang sepatutnya mengepalai nisa',
Yang para pelajaranya hidup bagaikan robot,
Belajar hanya untuk keredhaan dunia,
Dan akhiratnya tercicir entah ke mana.
Yang para pelajarnya sekadar tahu berbicara berdegar2,
Buku2 agama ingin dikupasnya dari muka ke muka,
Sedangkan pemahaman agamanya sedikit cuma,
Yang pelajarnya tahu apa itu 5 uniques,
Tapi 5 uniques hanya tinggal sejarah.

Tak nak!
Saya tak nak semua ini berkubur begitu sahaja,
Dan tertulis dalam kitab sejarah,
Bila ditatap kembali,
Hati makin berdarah.

Rasa sayu,
Melihat kolej ini pada hari ini,
Muhasabah ini bukan hanya pada ri'ayaat,
Tapi sangat khususi buat para ruasaa',
 Benar, tarbiah memang Allah yang jaga,
Tapi apa pula bahagian kita?
Di mana saham kita, dalam amanah menjadi agen penyambung tarbiah?

Rasa sayu ,
Mengenang betapa kolej ini yang suatu ketika dahulu dijulang hebat,
Kerana ketaqwaan hati2 yang bersatu di dalamnya,
Kerana kehebatan ruh Islami yang mekar subur di dalamnya,
Kerana kemesraan yang nyata terukir dari nurani hati para murabbi dan pelajarnya,
Kerana kehebatan wehdah natijah dari ukhuwwah yang sangat indah,
Dalam kalangan para pelajarnya.
Kerana keberkatan ilmu para penghuninya yang menjulang tinggi nama KISAS di dada2 akhbar,
Kerana kesantunan budi para penghuninya yang membuat KISAS dipandang tinggi,
Kerana ketinggian thaqafah para penghuninya membuat KISAS makin disegani.

Tapi itu dulu.
Kisah yang telah lama bersemadi.

Rasa sayu,
Sungguh, saya rindu.
Kalau tanya saya apa yang saya rindu pada Kolej Bertarbiah Tinggi ini,
Pastilah mutiara2nya yang makin malap, tak tergilap.
Mungkin sekali dek kerana dosa yang banyak terhijab.

Sungguh, saya rindu.
Pada muslimat2nya yang solehah.
Pada adik2 yang gemar sekali menyantuni akak2 dengan ucapan salam,
Pada muslimat2 yang sanggup bersahabat dengan muslimat lain,
hanya kerana Allah yang mereka cinta.
Pada muslimat yang tahu menjaga batasan suaranya,
yang dia tahu benar itu aurat, bukan malu tak bertempat.
Pada muslimat yang gigih sekali mempertahankan maruahnya,
Demi meletakkan Allah dan Rasul sebagai yang etrutama melebihi kasih mana2 manusia,
Pada muslimat yang ceria dan bebar berekspresi mengikut suasana,
Pada muslimat yang air matanya kerap kali tumpah,
Pada karpet musollah Al-Muqarrabin kerana khaufnya pada yang Esa.
Pada muslimat yang gigih belajar dan aktif pula beriadah,
Kerana dia ingin jadi muslimat yang Allah redha.

Sungguh, saya rindu.
Pada panggilan muslimin-muslimat,ana-enta,ikhwan-akhawat.
Pada segaris senyuman tulus yang dilemparkan tatkala salam terucap menghormati guru.
Pada TAKLIM (tazkirak kelas 5 minit),
Pada tazkirah Asar sebelum beriadah,
Pada sendu tangis tatkala menutur doa rabithat & doa wehdah,
Pada liqa' albab, liqa' muhasabah,liqa' fuad, liqa' L-shape,
Pada ikhwan-akhawat yang sudi meraikan emosi dan egois masing2,
Pada mereka yang benar2 tahu erti ghaddul basar,
Pada mereka yang sudah ditarbiah,
Dan rajin sekali menghidupkannya.

Sungguh, saya rindu,
Pada muslimin yang benar2 tahu dan mengerti,
Seperti apa muslimat ini,
Dan bagaimana mereka harus dilindungi mahupun dihargai,
Pada muslimin yang cukup professional dalam menjalani urusan,
Sehingga langsung tidak terpalit fitnah kerana gagal mengawal ikhtilat,
Pada muslimin yang cukup wara' dan patuh seklai pada Allah dan RasulNya,
Pada muslimin yang bukan sekadar tahu berkata2 tetapi juga tahu melaksana,
Kerana mereka adalah agenda qudwah hasanah,
Pada muslimin yang cukup cakna masalah tarbiah,
Pada muslimin yang tahu merendahkan egonya ,
Kerna ego bukanlah satu2 ciri istimewa pada diri seorang pemegang tampuk pimpinan,
Pada muslimin yang matang sekali dalam mengatur hidupnya mahupun golongan yang dipimpin,
Pada muslimin yang tahu bila perlu berkau syadid dan bila perlu berlapang dada,
Pada muslimin yang awal sekali memenuhkan saf Subuh di Musollah Saidina Ali,
Supaya kalau sekalipun musuh kalian adalah syaitan semata2,
Mereka pasti gentar.

Sungguh, saya rindu.
Saya rindu pada semua ini.
Antara guliran mutiara putih bersih,
Yang sempat saya kutip 2 tahun lalu.
Kini kalaupun langkah bari akan tercipta tidak lama lagi,
Saya tidak pasti,
Apakah saya akan berkesempatan lagi,
Untuk menenmukan guliran2 mutiara sepersih ini?

Yang penting,
Saya sangat rindu,
Pada Kolej Islam yang Bertarbiah Tinggi.



2 comments:

  1. Hang ni online kat mane? hehe.

    Khalissss! ana rindu enti sangaaaaaaaaaat ! :)
    Moga thabat shbt :D

    Dari insan yang gagal utk menjadi stayer. ehek.

    ReplyDelete
  2. Allahu|Allahumma solli a'la muhammad..
    Mashaa Allah. mengusik kalbu kot.
    Tapi kan.. knapa mcm ada bnda yg tk kena ja?
    #moga semua baik baik saja.. Inshaa Allah

    اَللّهُمّ سَلِّمْ تَرْبِيَةً بِاَرْضِنَا المَوْقُوْفَةً، وَ سَلِّمْ بِيئَةً صَا لِحَةً هُنَا

    ReplyDelete