Bismillahirrahmanirrahiim
In the name of Allah the most beneficent, the most merciful
I testify that there's no God to be worshiped but Allah
And I testify that Muhammad (SAW) is His messenger
Dengan nama Allah yang maha pemurah
Lagi maha mengasihani
| | | | |
"Saya nak berubah,"
"Nak tinggal jahiliyyah?" dia tunduk. Angguk.
Alhamdulillah. Nampak dah sikit manusia hasil tarbiah.
"Lepas tu?" Saya pandang dia dengan senyum mesra.
"Saya....Tak tahu nak mula dari mana," Telusnya.
"Kita selalu macam tu kan...? Kita nak berubah, tapi tak tahu nak mula dari mana. Tak tahu nak buat apa. Tak tahu nak jadi manusia yang macam mana..."
"Kalau awak, awak buat macam mana?"
"Pertama, jangan layan rasa 'tak tahu' tu. Kang makan diri. Last2 futur, niat nak berubah ditangguh lagi. Kedua..."
"Apa?" Muka dia excited.
| | | | |
"Kau kena cuba jugak wey," Elle mengeluh kecil.
"Tapi susah la. Kau tahukan, aku ni jenis yang macam mana.." Anna senyum.
"You're not born sinful, Elle"
"Fitrah aku memang macam ni la. Kau ingat senang ke nak mujahadah tu?"
"Kau tahukan, fitrah manusia tu sebenarnya baik? Kau cuba nak berdalih ye Elle?"
Elle mati bicara. Padahal dia yang cari Ann. Niatnya nak cuba berubah.
Cuba selangkah maju.
Ke hadapan bersama Islam.
Cuba selangkah di depan.
Meninggalkan jahiliyyah di belakang.
Ala, Islam takkan tertegaklah kalau jahiliyyah tersergam megah.
Tertegaknya Islam atas keruntuhan jahiliyyah.
Elle ingat lagi kata2 Anna dalam bulatan gumbira mereka minggu lalu.
Anna bawak ayat Allah. Tadabbur sama2.
Dan (ingatlah Wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil ia bertanya Dengan firmanNya): "Bukankah Aku Tuhan kamu?" mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), Kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya Kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".
(Surah Al-A’raf:172)
"Mujahadahlah, Elle."
"Susahlah Anna,"
"Susah memang susah. Tapi bersakit2 di dunia, bersenang-lenang di syurga. Kau tak nak ke?"
"Aku cuba. tapi...macam mana...?"
"Senang saja...Mulakan dengan..."
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
BISMILLAH.
Dengan nama Allah, Tuhanku dan Tuhanmu.
Dengan nama Allah, Aku mulakan segala sesuatu.
Dengan nama Allah, aku berhijrah.
Dengan nama Allah, aku bermujahadah.
Dengan nama Allah, Tuanku dan aku hamba.
[ Moga2 Dia sentiasa , selalu ada bersama dalam setiap amal dan kerjabuat kita ]
Friday, 26 April 2013
Sekolahku Pusat Mengundi...
Bismillahirrahmanirrahiim
In the name of Allah the most beneficent, the most merciful
I testify that there's no God to be worshiped but Allah
And I testify that Muhammad (SAW) is His messenger.
Parlimen Kota Raja.
Pusat mengundi : Kolej kampung Jawa.
Sekolah saya pusat mengundi !
Yeay! No point?
Saya? Memang tak boleh nak buat apa. Hatta mengundi pun tidak.
Dan sebagai manusia yang update dengan dunia luar, saya tahu la sedikit sebanyak wara-wiri demam PRU.
Huhu. Surat khabar. Radio. Gosip bloggers. Ceramah politikus. Gosip cikgu2. Gosip pelajar? Hehs.
Speechless
. Hanya seorang pelajar sekolah menengah,
Sedang tumbuh membesar,
Pemerhati yang baik walau bukan pendengar yang setia,
Bakal pemimpin masa depan negara...? Erk!
Mungkin.
Kepada pakcik2 makcik2,
Dato'2, Datin2,
YB2, wakil2 DUN sekalian,
Ya. Saya memang seorang pemerhati.
Dan tak akan kekal begini.
Saya bukan sekadar seorang pemerhati,
Saya juga ada hasil janji yang dinanti untuk ditepati.
Ada orang kata,
Buang undi itu satu jihad?
Benarkah?
Anda jawab sendiri.
Anda sendiri bagi definisi.
Ada satu doa ni,
Ameen.
Sekolah saya pusat mengundi.
Perang bendera dan poster pun dah mula rancak.
Pembaziran nyata di mana2.
Manifesto sudah ditabur sebnayak2 janji.
Apapun natihanya PRU kali ni,
Saya yakin Allah akan tetap melindungi.
Dan saya, seorang pemerhati.

"Ya Allah tunjukkanlah kepada kami yang Haq dan berilah kekuatan kepada kami untuk mendekatinya.
Ya Allah tunjukkanlah kepada kami yang Batil dan berilah kekuatan kepada kami untuk menjauhinya"
Ameen.
Sekolah saya pusat mengundi.
Perang bendera dan poster pun dah mula rancak.
Pembaziran nyata di mana2.
Manifesto sudah ditabur sebnayak2 janji.
Apapun natihanya PRU kali ni,
Saya yakin Allah akan tetap melindungi.
Dan saya, seorang pemerhati.
Kadang2 Saya salah, Awak betul
Bismillahirrahmanirrahiim
In the name of Allah the most beneficent, the most merciful
I testify that there's no God to be worshiped but Allah,
And I testify that Muhammad (SAW) is His messenger.
Kadang2 saya ingat saya betul,
Rupa2nya tak.
Kadang2 saya ingat awak salah,
Rupa2nya tak jugak.
"Sahabat, ana mintak maaf. Ana tak dapat stay,"
Saya diam. Tidak tahu mahu respons apa. Kenapa perlu minta maaf? Itu takkan mengubah apapun.
Saya tak perlu pun berduyun2 sahabat yang stay bersama. Tak. Saya perlu kalian, tapi cukuplah beberapa.
Saya pun tak mampu berdiri sendirian.
Tapi saya takkan marah, kecewa ataupun rasa nak lempang sahabat2 yang meneruskan langkah,mengejar cita2.
Teruskan, teruskan langkah yang mulia itu. Bila Dia dah lorongkan jalan, jangan tangguh lagi.
Islam di luar sana perlukan helang2 qawi macam antum.
"Tak apa. Stay bukan jaminan istiqamah,"
"Betul." Dia bersetuju.
Tapi moga2 di manapun kita,
Dakwah tetap terpikul sebagai amanah,
Tarbiah pengekang nafsu manusia,
Ukhuwah pengikat kasih kita. <3
"Sahabat, enti tahukan,kita perlu memilih pemimpin?" Saya angguk.
"Kami nak dia," Kami sepakat memilih dia.
"Tak boleh. Kami nak dia." Mereka jawab.Eh, tak sebulu rupanya.
"Mana boleh. Kami yang nak kerja dengan dia. Kami nak dia. Kalian tak faham."
Dia diam.
Atau mungkin sebenarnya dia lebih daripada kami dalam soal mengerti?
"Ana tahu dia mampu. Ana lebih kenal dia daripada enti. Dia sahabat ana."
"Kalian tak faham kami. Kalian tak duduk di tempat kami...!" Bahang mulai terasa. Kenapa begini?
"Kami sepakat memilih dia. Maaf, nanti kita sama2 nantikan hikmahnya."
Dan ternyata dia benar.
Ternyata pilihannya tak salah.
Ternyata dia terlebih futuristik.
Ternyata dia lebih mengerti.
"Sahabat, terima kasih pilihkan dia untuk pimpin kami," Saya senyum. Lepas nampak hikmah sikit demi sikit.
"Cuma ini, sedikit yang termampu saya bantu."
Dan sekarang, kami pun mengerti.

Friday, 19 April 2013
Stories: Mine , Yours, Ours!
Bismillahirrahmanirrahim
In the name of Allah, the most beneficent, the most merciful
I testify that there's no God to be worshiped but Allah,
And I testify that Muhammad (SAW) is His messenger.
Appreciate more,
Complaint less.
* * * * * * * *
"Huh!" Sigh.
Penatlah hidup!
Penat tau hidup kalau orang tak tahu menghargai.
Lagi penat kalau diri sendiri yang tak reti2 nak menghargai.
Beg sekolah dicampak ke atas bench kat sebelah.
Malas. Malas nak pikir pasal sekolah.
Buat serabut kepala otak je.
Skateboard digenggam kemas.
Habislah skateboard ramp ni petang ni.
Paan dan Apit tak datang pun tak jadi hal.
Petang ni cuma aku, denagn kepala otak aku je.
Let go of everything.
Spill out everything.
Menggila...? Ya kot.
Magic flip. Tak jadi.
Kick flip pulak.
Berlatih la. Tak lama lagi X Games Asia.
Tiba-tiba jatuh pulak. Tak jadi wheelie.
Putus asa.
Lap peluh. Nike World Cup Special Edition t-shirt dah basah.
Apa hal nih?
Semua pun tak jadi.
Paan dengan Apit confirm tak datang la.
Sunset dah mula nak nampak.
Anna terdiam. Cantik. Serius cantik.
Rugi tak bawak DSLR.
Ok. Tak pernah pun sebelum ni pegi skating bawak camera.
Aih. Akak sapu sampah ni cun pun cun.
Tak nampak la muka foreigners tuh.
Teguk air. Hampir setengah botol.
Dehydrated sungguh ni.
Ajak akak ni lepak jap ah.
Sembang2. Haha. Tetiba ramah.
Your stories. Yours. Akak sapu sampah . Any name. Not stated.
5.31 p.m. Mula cerita.
"Akak keja ni tak ada pilihan Dik. Bukannya akak tak cuba cari kerja yang selesa sikit. tapi, yelah. Nak buat macam mana. Hidup akak bukan senang macam adik."
"Kak, cerciter. Orang baik sikit hari nih. sanggup tadah telinga."
"Sejak kecil, akak tak tahu siapa mak bapak akak. Akak dipelihara di Rumah Jabatan Kebajikan Masyarakat." Akak tu diam kejap.
"Lepas tu, masa akak 6 tahun, ada family datang ambil akak jadi anak angkat. Ingat hidup bolehlah jadi baik sikit. Rupa-rupanya tak. Diorang layan akak macam sampah. Diorang pukul akak, marah akak suka2 hati je. Asal geram sikit, semua lepas kat akak. Akak tak tahan, tapi terpaksa tahan. Lepas tu diorang serahkan akak kat kawan diorang. Akak ingat kawan diorang ni ok sikit, rupa-rupanya lebih kurang je. Dia ibu tunggal. Pendapatan dia pun taklah sebanyak mana. Kira akak tinggal dengan dia tapi akak sendiri kena cari pendapatan sendiri, nak sara hidup akak. Masa tu akak baru 8 tahun. Tak tahan, akak cabut lari. Akak duk dengan makcik tu 3 bulan je."
"Lari? balik rumah yang lama? Yang jahat tahap dewa tu?"
"Tak. Akak hidup geladangan. Bayangkan, seawal usia 9 tahun, akak terpaksa hidup gelandangan. Cari makan pakai sendiri. Mintak sedekah tu dah memang kerja akak setiap hari. masa tu tak fikirlah nak tebal muka ke hapa ke. Aci selamba je la. Tidur pun kat kaki-kaki lima. Pandai2 la cari alas. Kotak ke, kain ke. Asal hidup sudah. "
"Sampai umur berapa?"
"Sampailah akak 13. Lepas tu akak cari kerja. Yelah, kerja apalah sangat akak boleh buat. dahlah baru 13 tahun, tak sekolah pulak tu. Siapa nak gaji akak? Tapi alhamdulillah la. Ada dapat kerja kat sebuah kedai makan ni. Ok la. Boleh tahan. Akak kumpul duit. Share bilik dengan member. Alih2 member tu buat khianat. Dia ajak balak dia tidur sekali...."
"Habis tu akak?"
"Akak...Pernah diperkosa dengan balak dia. Bukan sekali tu je. Balak dia siap ajak kawan-kawan dia yang lain. Memang masa tu hidup akak kelam sangat. Hidup dah tak fikir hala tuju. Setiap hari asyik nak seronok je. Dapat gaji, joli. Dah tak fikir dosa pahala. Ala, dari kecik akak memang tak fikir dosa pahala pun. Tak ada siapa nak bagitahu akak, ni dosa ni pahala. Main redah je la. Nak hidup, kena pandai survive."
"Pastu apa jadi?"
"Sampailah akak jumpa sorang makcik ni. Baik sangat. Alhamdulillah lepas jumpa dia akak berubah sikit sikit. Makcik tu jodohkan akak dengan anak dia. Anak dia ok je. Tapi kelaurga besar la yang menentang. Yelah, sapa sanggup terima orang macam akak ni masuk keluarga dia. Dahlah tak sekolah, gelandangan pulak tu, tak tahu asal keturunan, tak dara lagi. Memang habis murahan la akak rasa masa tu. tapi Alhamdulillah, kami kahwin juga."
"Tapi tak lama lepas tu, mak mentua akak meninggal. Keluarga besar halau kami. Suami akak tak boleh nak buat apa2 sebab dia sakit. Akak lagi la bingung. Akak pun cuba kerja. Jual kuih, kutip barang-barang terpakai , kerja kilang, tapi semua tak jalan. Kami sekali lagi jadi gelandangan. Sampailah sekarang ni, akak tumpang teduh di bawah Rumah Ehsan kerajaan negeri. Dengan gaji sapu sampah ni tambah duit zakat sebulan, bolehlah akak nak menyara sikit keluarga akak."
Akak ni. Aku baru je jumpa. Tapi cerita panjang berjela. Entah jujur entah tidak.
Tapi muka nampak baik.
Tiba-tiba suami dia datang. Naik kerusi roda.
"Ok lah dik. Akak gerak dulu. Akak mintak maaf sebab cerita macam2 kat adik. Mungkin adik tak nak dengar pun. tapi akak nak adik tahu, ada banyak benda sebenarnya yang hadir dalam hidup kita. Kita kena banyak belajar mensyukuri, daripada terus menghakimi."
"Assalamualaikum"
Salam berjawab perlahan.
"Kak!" Akak tadi kalih belakang.\
"Nah!" 1 Bar coklat 'Boost!'.
Akak tu tersenyum. Anna balas nipis.
"Terima kasih eh. Best jumpa akak."
| | | |
My stories. 5.31 p.m. Kepala otak cuba hadam kata2 akak. Di samping membandingkan dengan keadaan aku sendiri.
Aku.
Walaupun tak cantik mana, tapi sweetlah jugak.
walaupun tak kaya macam Pak PM, walaupun tak mampu beli cincin RM 24m,
Kira bolehlah jugak hidup selesa.
Walaupun Papa Mama busy,
Aku tahu aku lahir dari benih dan rahim siapa,
Walaupun tak pandai mana,
Aku sekolah kat sekolah standard jugak.
Walaupun suara tak sedap mana,
Tapi kira layaklah masuk Malaysia's Got Talents.
Walaupun lari tak laju mana,
Kira mampulah kick flip kat Mystery Varsity Red deck aku nih,
Walaupun tak disayangai semua,
taklah sampai dibenci semua.
Walaupun selalu putus cinta,
Taklah sampai hilang dara.
Walaupun selalu kena kutuk
taklah sampai kena pukul teruk-teruk .
Walaupun selalu kena marah dengan cikgu,
Paan dgn Apit ade je ngan aku selalu.
Ok Anna.
Dah!
Cukup2 complaint dengan hidup sendiri.
open your eyes bigger, wider.
See the other different worlds,
The teaches yourself to start contenting.
Yours. Mine. Ours. Stories.
The end.

Thursday, 4 April 2013
Epal ;)
Bismillahirrahmanirrahim
In the name of Allah, the most beneficent,the most merciful
I testify that there's no God to be worshiped but Allah
And I testify that Muhammad (SAW) is His messenger.
Bicara tentang cinta.
Oh! Ini di luar fitrah saya.
tapi, tak mengapalah. Sekadar berkongsi cerita.
Benar. Ini sekadar bercerita di alam maya.
...................................................................................................................................................................
"Awak, saya dapat sekolah agama yang saya cerita kat awak tu." Mujahid memandang gadis di hadapannya.
"Awak nak pergi? Sini pun sekolah agama."
"Mestilah. Dah lama saya idam sekolah ni." ujar gadis itu. Girang. Mujahid pandang lagi gadis yang sedang tersenyum di hadapannya. Gadis itu sedang leka memandang langit yang redup.
"Okay. Semoga berjaya. Iyalah, awak kan pelajar cemerlang PMR."
"Dan awak bakal pelajar cemerlang SPM," Solehah mengemas begnya dan bersedia untuk pulang.
"Awak..." Solehah memandang Mujahid.
"Ya?"
"Saya pun... Insya Allah saya akan sambung belajar di luar negara." langkah Solehah terbejat.
"Di mana? Timur tengah?" Mujahid mengangguk lalu tersenyum.
"Nanti...Makin jauhlah kita." Solehah mula rasa nak menangis. Bayangkan betapa jauhnya mereka nanti. Mujahid memang sangat menginginkan untuk belajar di Timur Tengah.
"Tak apa. Kita percaya antara satu sama lain,kan?"
Solehah jadi lega.Lazuardi petang menjadi saksi itu perjumapaan terakhir mereka sebelum masing-masing membawa haluan sendiri.
Mujahid tahu apa yang mereka lakukan itu salah.
Ya,itu sangat salah di sisi agama.
Agama tidak membenarkan mereka berdua-duaan begitu.
Agama tidak membenarkan dia merapati gadis sunti di hadapannya itu tanpa sebarang urusan yang mendesak.
Agama mengajarnya untuk mengekang diri daripada mendekati zina. Cukuplah dengan mengekang diri dari mendekati zina, berbuat zina janganlah sesekali.
Dia pelajar agama. Dia tahu banyak hukum hakam. Dia petah sekali berbicara. Dia seringkali mengeluarkan fatwa ,sekiranya orang bertanyakannya itu dan ini.
Tapi dengan perasaannya sendiri, dia kalah.
Sungguh, dia belum mampu menang bermujahadah.
Begitu juga Solehah.
Dia mengerti agama menghalalkan ukhuwah.
namun ukhuwah itu telah disalahertikan.
Dia tenggelam dalam kabut perasaannya sendiri.
Solehah tenggelam dalam pencarian identiti dirinya sebegai remaja.
Dia masih bertatih saat Mujahid menghulurkan salam kasih.
Dia tahu dia salah, tapi...
Dia juga belum mampu bemujahadah.
Seringkali Solehah menyedapkan hatinya.
Dia begitu yakin sekali bahawa suatu saat nanti, dia pasti sah menjadi milik Mujahid.
Walaupun dia pelajar sekolah agama, pengetahuannya agak dangkal,
Menyebabkan Solehah lebih menurut hawa nafsu daripada syariat agama.
Solehah berharap dengan berpindah, dia mampu berubah.
Solehah berharap, dengan berpindah, jarak tidak akan menggugah kasihnya.
Solehah berharap, dengan berpindah dia dapat mempersiapkan diri untuk menjadi milik Mujahid yang sah.
Solehah yakin dengan cinta Islamik yang dia pertahankan.
Walaupun seringkali Solehah mendengar,
CINTA ISLAMIK TIDAK WUJUD!
Namun apakan daya, dia tetap mempercayai bahawa dia di pihak yang benar.
Solehah tersepit.
Di antara menjadi hamba Allah yang solehah, dan menjadi kekasih yang cuba setia.
Sudah setahun lebih Solehah menjadi pelajar di sekolah agama yang dia idamkan. Solehah menjadi makin sibuk. Sibuk menelaah, sibuk menerima tarbiah , sibuk berukhuwah, sibuk berusrah, sibuk,sibuk dan sibuk. Hingga dia sendiri terlupa akan seseorang yang pernah mendapat tempat di hatinya,suatu ketika dahulu,kini dan masih juga.
Di sekolah, terdapat seorang pelajar lelaki yang seringkali berbicara mengenai "Islamic Couple". Pelajar lelaki itu sangat menentang pasanagan yang mengaku bercinta berlandaskan agama Islam. Ini seolah2 menghalalkan sesuatu yang telah ditetapkan sebagai haram. Irshad namanya. Solehah sangat membenci Irshad. Solehah sering terasa hati tatkala Irshad berbicara. Irshad sangat cakna sebenarnya dengan masalah2 sosial yang melanda remaja seusianya. Irshad yakin, apa yang diperkatakannya memang menyakitkan mereka yang bermasalah, namun Irshad sedar dakwahnya perlu diteruskan. Oleh kerana dia berada di kelompok agamawan, Irshad tahu bahawa kebanyakan mereka tidak mungkin sewenang-wenangnya bercinta. tetapi yang mengamalkan "Islamic Couple" tak kurang ramainya. Irshad kasihan, kerana mereka ini tidak sedar bahawa mereka sedang menimbulkan fitnah terhadap agama. Kerana itu, Irshad tidak takut memperkatakan yang benar.
Di sekolah.
Di surau asrama. seperti biasa, Solehah akan menghabiskan masa mencari peluang mendekatkan diri pada Allah. Banyak yang dia pelajari di sini yang membuatkan Solehah rasa berdosa terhadap masa silamnya. Tentang dirinya yang jahil, tentang dia yang jauh dari agama, tentang rasanya terhadap pemuda yang belum halal baginya.
Solehah ingin berubah.
solehah terlalu ingin berubah.
Dia tidak ingin membuang seluruh masa silamnya,kerana dia tahu dia akan memerlukannya,untuk mengenang baetapa Allah terlalu mengasihinya dan membawanya keluar dari medan Jahiliyyah.
Dia cuma ingin menjadi lebih baik.
Ya, dia cuma ingin menjadi lebih baik.
Ditakdirkan Allah, Solehah terbaca suatu artikel mengani wanita. Ditampal oleh seorang AJK Surau. Solehah mencari nama yang menampal. Matanya tertancap pada sebaris nama. Ahmad Irshad. Solehah tidak jadi untuk membacanya. Solehah ingin melangkah pergi.
"Solehah, sudah habis solat sunat?" tegur seorang rakan. Solehah sekadar mengangguk.
"Eh,ada artikel baru. Kau dah baca?" Solehah sekadar menggeleng. Sahabatnya, Zuhad tahu bahawa Solehah sangat gemar membaca. Setiap artikel baru yang ditampal pasti menjadi tumpuan Solehah. Namun apabila reaksi Solehah lain semacam, Zuhad berasa pelik.
"Oh...Jangan cakap kat aku kau tak baca artikel ni sebab Irshad yang tampal...?" Solehah mengangguk perlahan. Matanya memandang kosong pada artikel yang tertampal comel dengan gambar sebiji epal di papan kenyataan surau.
Solehah masih teringat kata2 Irshad yang pedas menususk kalbunya yang membuatkan dia makin membenci Irshad.
"Orang zaman sekarang ni sesuka hati mereka mengubah syariat agama. Saya hendak tergelak apabila seorang Akhi ni memberi hujah surah Al-Hujurat untuk membenarkan dia dan kekasihnya berpasangan. katanya mukmin itu bersaudara, jadi tidak ada salahnya dia menjalin hubungan dengan kekasihnya kerana dua-dua pun mukmin." Irshad berjeda. satu kelas gawat dengan gelak ketawa. Solehah hanya tunduk.
"Persoalannya sekarang, iman yang bagaimanakah yang menjamin taraf 'mukmin' mereka? Oh. Saya bukanlah mahu menghukum sesiapa. Tidak. Cuma saya ingin membetulkan salah faham yang berlaku dalam kalangan remaja Islam sekarang ini yang sewenang-wenangnya menukar hukum agama. Yang peliknya, mereka yang berkelakuan pelik ini bukannya orang zaman batu, malahan pelajar agama pula tu. Siap bagi dalil,hujah bagai. Kononnya mereka di landasan yang betul. Namun sayang, mereka tak sedar mereka di jurang kehancuran."
"Dahlah Solehah. Cuba baca dulu. Comel apa. Siap ada gambar epal lagi." ujar Zuhad lembut sambil merangkul pinggang sahabatnya dan kembali menghadap papan kenyataan surau.
~ Wanita = Epal ~

Suatu saat di pagi yang cerah. Angin bertiup tenang. Sinar mentari lembut menerangi alam.Tetapi sayang, itu semua tidak dapat meredam kegundahan hati sebuah epal yang berada tinggi nun di pucuk. Sejak seminggu lalu epal itu sibuk berfikir, kenapa aku tidak dipetik orang? Padahal… kulitku licin mulus. Warnaku merah bersinar. Siapa yang melihat pasti meluap-luap seleranya. Pasti mereka terbayang betapa manisnya rasaku.
Tetapi… kenapa aku tidak dipetik orang?
Epal tersebut memandang ke bawah. Hairan, kenapa manusia lebih memilih kawan-kawannya yang berada di bawah sana. Bukankah mereka tidak mendapat udara yang bersih dan cahaya mentari seperti aku yang berada di puncak ini? Bukankah kawan-kawanku itu banyak yang telah rosak kerana seranggga?
Epal tersebut bingung memikirkan kenapa rakan – rakannya yang telah banyak tersentuh dan penuh debu menjadi pilihan, bukan dirinya yang belum tercemar dan dijamah orang. Apakah kekurangan diriku?
Perasaan rendah diri mulai merasuk. Makin lama makin kuat, diselangi rasakecewa dan bimbang. Murungnya tidak terbendung lagi. Lalu, pada pagi yang damai dan indah itu, epal tersebut memutuskan menggugurkan dirinya ke tanah. Ketika sudah berada dibawah, hatinya gembira bukan kepalang. Sedetik lagi aku akan dipilih manusia. Warna merahku yang berkilau dan kulitku yang licin mulus ini pasti mencairkan liur mereka.
Epal menanti manusia beruntung itu. Sayang sekali, sehingga malam tiba, tiada seorang pun datang mengambilnya. Rasa gembira pun bertukar menjadi risau dan sedih.
Siang berganti malam, hari berganti minggu. Kasihan..akhirnya epal tersebut busuk diatas tanah menjadi makanan ulat dan serangga. Membusuk dan dipijak – pijak manusia.”
Solehah terdiam seketika.
Mindanya ligat berputar.
Benar. Apa yang diperkatakan di dalam artikel yang baru sahaja dibentangnya tadi sangat menususk ke dalam hatinya. Air matanya perlahan-lahan mencucur. Sungguh,ini tidak disedari.
"Whoaa...Makan dalam ni." ujar Zuhad tiba-tiba tanpa menyedari betapa Solehah terasa seperti seorang gadis murahan.
Tiba-tiba Solehah pergi meinggalkan Zuhad yang terpinga-pinga. Sambil menjungkitkan bahu, Zuhad menuju ke dalam musolla untuk mencari kelibat naqibahnya.
Solehah berlari kemengahan menuju ke biliknya. Dia langsung tidak mengendahkan setiap mata yang memandangnya. Solehah membuka diarinya. Dia mencapai stapler lalu mengepilkan kesemua mukasurat di halaman diarinya yang menjadi medan untuk dia meluahkan rasa rindunya dan cerita2 yang dia ingin cerita kepada Mujahid tatkala tiba saat yang mereka percaya bahawa mereka akan bersatu juga.
Dia membuka halaman baru. Pensil dicapai lalu dicoretkan kalimah agung,
Cukup.
Cukuplah selama ini aku memperbodohkan diri sendiri.
Cukuplah selama ini aku yang mengoyakkan maruahku sendiri.
Cukuplah selama ini aku tidak pernah menyediakan ruang hati yang bersih agar mudah diterangi cahaya ilmu.
Cukuplah selama ini aku gagal mencari cinta Ilahi tetapi sibuk menumpang kasih Mujahid.
Cukuplah Solehah.
Aku tidak akan lagi menjadi epal yang menggugurkan diri ke tanah lalu membusuk mati.
Tidak akan.
Tiba2 Zuhad muncul entah dari arah mana.
"Kau nak cerita tak?" Zuhad tenang menanti reaksi Solehaha yang sudah sedikit reda.
"Ucad, tolong aku boleh?"
"Apa?"
"Aku tak nak jadi epal tadi."
Zuhad tertawa.
"Boleh. Insha Allah. Kau tahu, walalupun sesetengah epal yang jatuh itu orang tidak pandang, kadang2 Allah selamatkan juga. Epal yang jatuh, tidak semuanya buruk."
"Ya. Tapi aku sudah tidak mahu menjadi epal yang menjatuhkan diri."
"Okay. Kita sama-sama cuba, ya?"
Zuhad mengeyitkan matanya kepada Solehah.
* * * *
"Assalamualaikum Kak. Kakak sihat?" soal solehah melepas rindu kepada kakaknya.
"Sihat alhamdulillah. Solehah, Mujahid sudah terbang ke Syria minggu lalu."
Solehah terdiam seketika. Ingatannya terhadap Mujahid hampir terpadam 60% sejak dia bertekad mahu menjadi solehah yang baru.
"Ye ke kak? Hurm...tak apalah. Eloklah tu. Dia pun memang nak sambung belajar di sana. Kak, akak ingat tak pesan akak sebelum Solehah masuk sekolah ini dulu?"
"Apa ya? haha. Akak lupalah dik"
"Untuk mencari cinta Allah sebelum cinta manusia. Adui la kakak ni.."
"Oh..Ya..Akak ingat...Hurm..kenapa?"
"Alhamdulillah kak. Saya dah jumpa."
"yeke dik? Alhamdulillah. Moga istiqamah. Ini kena celebrate ni,"
"Tak payahla kak... Nikmat cinta Allah ni tak terkira kalu nak diraikan pun. Terima kasih ye kak. Tak pernah condemn Solehah walaupun akak tahu couple tu haram, selalu galakkan Solehah cari cinta yang lebih utama, selalu bagi rasional dan sebab untuk solehah lakukan sesuatu. Akak pernah dengar perkataan da'ie?"
"Ahah,"
"Hurm...solehah rasa akak dai'e yang baik." Tulus suaranya kedengaran.
"Adik akak dah besar..." Air mata kesyukuran menitis perlahan.
* * * * *
Solehah meneliti muka depan surat khabar.
SERANGAN DI SYRIA BERTERUSAN SEJAK SEMALAM
Solehah berastaghfar di dalam hati. Perasaannya tidak tenteram memikirkan Mujahid yang sedang menuntut di sana. Bukan kerana Solehah masih punya perasaan terhadap Mujahid, tapi kerana cakna terhadap sahabatnya yang seorang itu.
"Aku yakin dia selamat," Ujar Zuhad tiba2. Zuhad selalu begitu. Tiba2 muncul entah dari mana. Dengan kata2nya yang selalu tepat pada waktu.
"Kalaupun dia gugur,biarlah sebagai syahid."
* * * * *
"Sayang,awak kemas apa tu?"
"Diari lama."
"Banyaknya. Awak ni memang rajin menulislah. Ini kalau hantar kat apek sulat kabar lame ni konpem dapat seratus." suaminya berlelucon.
Tiba2 tangannya mencapai sehelai kertas berwarna hijau yang sudah pudar warnanya.
"Oh..Awaklah yang kidanp artikel yang saya tampal kat musolla dulu ye.." Irshad memandang isterinya dengan wajah yang dibuat-buat garang.
"Hehe. Biasalah. Kerja kisnap-mengidnap ni memang kepakaran saya sejak kecil. Kalau Irshad nak tahu, dulu Solehah suka kidnap mangga belakang rumah. Lepas tu masa Solehah darjah 4, Solehah suka kidnap buku tulis budak2 pandai kelas sebab nak tiru kerja sekolah diorang. Lepas tu kan..." Mulut Solehah ditekup perlahan.
"Banyak cakap juga awak ye. Dah. Sekarang Ahmad Irshad dapat kidnap Solehah Muhammad. Hurm..Ada bantahan?"
"Tak ada, Tuan!"
Mereka tertawa bahagia.
* * * * * *
Mujahid,
Mungkin sedari awal lagi, Solehah bukan untukmu.
Dia , biarlah terus Solehah.
dan kamu, Mujahid di jalan Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)